INILAH SAHABATKU...!!! SAHABAT SELAMANYA!!

spinner.gif

Prologue

 

          Hati Puteri tidak dapat menahan sebak. Kesakitan yang dapat dirasakan oleh Anissa dapat dirasakan. Air mata yang meleleh di pipi Anissa bagai merobek-robek hatinya, Tujuh tahun hidupnya dihabiskan dan diluangkan bersama Anissa. Sakit Anissa, sakit jugalah dia. Dan begitulah sebaliknya.

          Mereka dilahirkan sebagai kembar seiras, namun yang membezakan mereka adalah rambut mereka. Rambut Puteri luas manakala rambut Anissa ikal mayang. Selain itu, kecerdasan mereka juga amat ketara. Puteri lebih cerdas manakala Anissa sering jatuh sakit yang menyebabkan kecerdasan Anissa agak kurang.

          Puteri hanya tua Anissa dua minit. Sifat ke-kakak-kakanya begitu terserlah semenjak dia kecil lagi. setiap kali mereka sedang bermain dan tiba-tiba Anissa sakit, si kecil itulah yang memapah adik kembarnya ke bilik. Lalu diberikan air dan ditidurkan adik kembarnya. Kalau dimarahi, mereka akan melindungi satu sama lain. Jarang sekali mereka bergaduh.

          Sehingga pada umur mereka mencecah enam tahun. Anissa disahkan menghidapi kerosakan ginjal. Anissa terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mencuci darahnya tiga kali seminggu sambil menunggu donor ginjal yang sesuai.

          Setiap kali- selama setahun- Anissa dihantar ke hospital untuk dialisis, Puteri akan mengikut dan menemankan Anissa. Setiap kali jarum selebar straw Yakult menembusi kulit adiknya, mereka akan sama-sama menangis. Menangis kesakitan, kehibaan. Ibu mereka pula yang akan memujuk mereka. Hati seorang ibu bagai dicarik-carik melihat keadaan anaknya yang masih kecil menderita. Namun air mata ditahan-tahan agar dapat memberi kekuatan kepada si kecil.

          Tetapi penderitaan Anissa tidak lama.

          "Puteri, mari sini sayang... adik dah tak ada... Lepaskan adik...Jangan nangis sayang..." pujuk Encik Johari, ayah Puteri.

          Tangisannya disimpan di dalam hati. Dalam keadaan isterinya terisak-isak dan anaknya meraung-raung, mana mungkin dia turut menangis. Jenazah harus diselenggarakan. Lagipun ada sesuatu yang harus dilaksanakan.

          Seminggu setelah pemergian Anissa, Puteri menerima satu kejutan. Dia disuruh melawat seseorang yang telah mengambil sesuatu yang amat berharga kepunyaan Anissa. Jiwa kecilnya mengamuk. Hatinya benci. 

          Dia dibawa ke rumah 'seseorang' itu. Bersama iu dan ayahnya, dia menuju ke sebuah bilik. Seseorang budak kecil perempuan sebayanya terbaring lesu di atas sebuah katil. Keadaan budak itu mengigatkannya tentang Anissa. Perlahan perasaan benci berubah menjadi kasih. Nalurinya sebagai kakak kembali.

          Ternyata hati Anissa telah bersatu dengan hati kanak-kanak itu. Syahira. Dia menghidap penyakit hatidan memerlukan donor hati. Ibu dan ayah yang uruskan pemindahan hati itu. Puteri mendekati Syahira lalu tangan dihulurkan bersama sebuah senyuman. Apabila huluran tangan disambut, maka bermulalah salam ukhuwah. Dua hati satu jiwa...

Comments & Reviews (1)

Login or Facebook Sign in with Twitter


library_icon_grey.png Add share_icon_grey.png Share

Who's Reading

Recommended