Bab 40

37 5 2
                                    

" kau memang tak nak cerita dekat aku ke siapa kau sebenarnya. " Soal Ashraf dengan nada tak puas hati. Lalu mereka duduk di bangku kantin.

" Cerita pa..." Soal Amar lalu dia menadah tangan berdoa. Dengan bismillah Amar mula makan.

" Yang kau ni anak Datin Adila. Dah seminggu kita berkawan. Tapi kau tak pernah cakap pun yang Datin Adila tu mama kau. " Rungut Ashraf yang tak puas hati.

" Tak ke gila tiba-tiba nak cakap yang aku ni anak Datin Adila. Lagipun aku tak nak lah kau rasa segan bila berkawan dengan aku. " Ujar Amar sebaik saja di habis mengunyah makanan nya.

" Betul juga tu. Segan juga aku kalau aku tau kau anak Datin. Tapi setidaknya masa aku kutuk Az hari tu, Kau patut beritahu aku yang Az tu sepupu kau. " Bentak Ashraf dengan geram.

" Dah kau syok kutuk dia. Takkan aku nak mencelah. "

" Tapi Asal aku susah nak nampak kau sebelum ni. Kau pergi mana. " Soal Ashraf dengan hairan.

" Aku kerja part time, selalu aku balik lewat malam. Sebab tu kau susah nak nampak aku. " Uji Amar berselang dengan makan.

" Dah kenapa kau kerja. Tak mungkin Datuk Farid tak bagi duit belanja dekat kau. Sedang dekat family aku dia taja semua sekali. Az pun tak kerja aku rasa, sepatutnya kau tak payah kerja macam Az tu, goyang kaki je. " Soal Ashraf dengan nada hairan namun sempat juga dia mengutuk Azwan.

" Siapa cakap aku tak kerja. " Sampuk suara seseorang. Lalu di duduk di sebelah Amar yang kosong itu.

Naik menyampah Ashraf bila Azwan turut ada di situ bersama mereka. Tanpa menghiraukan pandangan Ashraf itu, Azwan terus duduk makan sekali dengan mereka.

" Nah aku belanja ayam masak merah dekat kau. " Kata Azwan lalu dia meletak seketul ayam pada pinggan Amar.

" Eh....mana kau dapat. Tadi aku pi tak ada pun. " Soal Amar dengan nada terkejut. Lalu dia tersenyum melihat lauk yang di berikan oleh Azwan tadi.

" Lauk ni khas untuk tetamu datang tadi. Kebetulan banyak lagi yang tak habis, jadi aku ambik sikit untuk kau. " Ujar Azwan sambil mengambil seketul ayam di dalam plastik makanan.

" Thanks lah, ingat juga kau dekat aku. " Terus Amar menyambung semula makanan nya.

" Adik aku...takkan aku tak ingat. "

Tersenyum kecil Amar bila Azwan berkata begitu. Namun tak bagi Ashraf, seakan meluat saja dengan apa yang dikatakan oleh Azwan tadi. Bukan Azwan tak perasan dengan memek muka yang di lakukan oleh Ashraf tadi.

" Kau tak puas hati ke apa. Sakit sangat hati kau tu. "

" Tak sakit pun. Tapi aku menyampah perangai kau acah-acah jaga Zack. Abang mithali sangat. " Uji Ashraf.

" Ahhh...sudah dua orang ni. Tak boleh jumpa langsung.." desis hati Amar melihat perang mulut mula berlaku di antara Azwan dan Ashraf.

" Tak perlu jadi abang mithali pun aku memang jaga Zack. Tak macam kau...."

" Sudahhh!!!.... depan rezeki kot korong nak gaduh. " Marah Amar bila Azwan dan Ashraf tak mahu berhenti bertekak.

Menikus saja keduanya bila Amar mula marah. Dan hal itu sudah mula menarik perhatian orang sekeliling mereka.

" Aku nak makan pun tak senang dengan korang berdua ni. " Uji Amar dengan geram. Setelah selesai makan, Amar terus meninggalkan mereka berdua.

" Kau lah ni..Kan Zack dah marah. " Rungut Azwan yang tak puas hati.

" Kau lah punya pasal. Kalau kau tak datang, Zack takkan marah. " Kata Ashraf lalu di bangun dari meja itu.

**************

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now