Bab 41

59 2 2
                                    

Tersenyum kecil Amar bila hajat Datuk Farid mahu melakukan majlis tahlil untuk arwah Hajah Sakinah tercapai. Haji Suhaimi turut ada bersama dengan Amar sambil memberi juadah makanan pada tetamu yang datang.

Selesai saja majlis itu, Amar mula mengemas barang yang di gunakan tadi. Sedang Amar sibuk mengemas, Anas datang dan mula menghampiri nya.

" Malam ni kita lepak na. " Ajak Anas.

" Tengok dulu....aku tak berani nak janji. " Kata Amar sambil menyusun dulang makanan.

" Wey....aku ada hari ni ja dengan hang. Esok hang nak balik sana dah, lepas tu entah bila pulak hang nak balik. Jom lah...." Pujuk Anas lagi

" Aku tau tu. Nanti aku cuba cari masa dengan hang. Tapi ayah duk panggil aku, suruh aku pi rumah dia. Macam ada benda serius ja. " Ujar Amar.

" Aku ikut hang. Lepas tu kita pi lepak. "

" Yelah...nah...hang pi hantar kat abang Wan. Cepat sikit aku siap Keja aku. " Terus saja Amar serahkan dulang itu pada Anas.

Terus Anas melakukan apa yang di suruh oleh Amar tanpa membantah. Selesai saja Amar mengemas terus mereka menuju ke banglo tiga tingkat milik Tan Sri Yahya. Lalu Amar turun dari motosikal milik Anas dan menuju ke pintu rumah Tan Sri Yahya.

" Master Zack...." Tegur anak buah Helang Merah bila melihat Amar sedang masuk ke dalam kawasan mereka.

Amar hanya lalu tanpa menegur pengawal yang sedang jaga itu. Lalu dia hentikan motor itu di halaman rumah sambil di ikuti Anas.

" Zack....bila hang sampai Penang. " Soal seorang lelaki yang baru keluar dari banglo tiga tingkat itu

" Semalam aku sampai...Mana Ayah...." Kata Amar pada lelaki bernama Firdaus

" ada dekat ruang tamu. Dia tengah tunggu kau. " Kata Firdaus sambil menghampiri pada Amar.

" Mana Bang long Jan? Aku tak nampak dia pun."

" Master Jan terpaksa keluar negara atas arahan ayah. Cuma ada master Dayana dan master Haris saja tinggal dengan ayah buat masa ni. " Kata Firdaus sambil menghulur kotak rokok pada Amar.

" Urusan kerja apa yang ayah suruh tu? Sampai dia tak bawa anak bini dia. Selalu kalau dia nak kemana mesti dia bawa. " Soal Amar dengan hairan sambil itu dia mengambil sebatang rokok lalu di hala ke mulutnya.

" Aku tak pasti. Sebab ayah sendiri minta master Dayana tinggal sini sementara master Jan uruskan kerja dia tu. " Terang Firdaus lagi sambil itu dia menghalakan Api lighter pada Amar.

" Bang long Jan pi dengan sapa ja. Takkan dia sorang diri. "

" Dia bawa Ken...tinggal Zam untuk jaga master Haris. Hang pi lah masuk...lama Ayah tunggu hang. " Kata Firdaus sambil menyuruh Amar untuk masuk.

" Yelah..." Terus Amar menyudahkan rokok yang ada di tangannya lalu dia masuk dengan Anas.

Masuk saja Amar ke dalam rumah itu. Dia ternampak Husin sedang memeriksa kesihatan Tan Sri Yahya sambil di temani Haris. Cucu Tan Sri Yahya.

" Ayah..." Hairan Amar lihat Husin yang turut ada di situ. Lalu dia mengambil ambil Haris yang duduk disebelah Tan Sri Yahya.

" Ayah tak sihat ke. " Soal Amar dengan nada kerisauan.

" ayah ok...jangan street sangat, jaga kesihatan tu. " Pesan Husin sambil menyimpan peralatannya.

" Ayah cuma terkejut saja. Kamu tak check ayah pun tak apa. " Kata Tan Sri Yahya

" Mana boleh macam tu. Ayah hampir pitam tadi tau tak. Bahaya untuk jantung ayah tu. " Kata Husin.

" Ayah kenapa? Ada hal buruk ke sampai nak pitam ni. " Soal Amar yang ingin tahu.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: a day ago ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Hati Yang disakiti Donde viven las historias. Descúbrelo ahora