34

1.2K 78 0
                                    

  "Sayang buat apa tu?"

Badan berpaling memandang suaminya, aik bagaimana dia tidak perasan lelaki itu pulang, bunyi kereta pun tiada

Jebat menyilang tangan bersandar di tepi pintu, memandang isterinya. Fokus betul wanita itu membaca novel sehinggakan suaminya pulang pun dia tidak sedar. Sudah hampir lima minit Jebat bersandar di sana

  "Abangggg"

Comel sahaja dia berlari kecil mendapatkan suaminya, tubuh sasa Jebat dipeluk lama, ah rinduuuu

Seketika pelukan dilepaskan, tangan Jebat naik menekup lembut pipi Mawar

  "Assalamuaikum bunga abang"

Lembut bagai baldu tutur katanya membuatkan Mawar tersenyum malu, pipi putih itu mulai menukarkan warnanya kepada merah jambu. Nak cendol ke?

  "Walaikumsalam abang" bisiknya membalas senyuman Jebat

Suaminya mengangguk

  "Kenapa tak tidur lagi ni, cuba tengok sikit jam tu dah jam berapa?"

Kepala didongak memandang sekilas jam di dinding, sengihannya dipamerkan

  "10.21pm"

  "Habistu?"  Sebelah kening dijongket memandang wanita itu, tangan masi setia menekup pipi comel isterinya

  "Mawar tunggu abang"

  "Ye ke tunggu abang"

Novel yang dibaca isterinya di atas tilam dipandang, tak boleh percaya betul ni mesti gedik-gedik dengan novel dia tu. Kita ni tak cukup sweet je?

  "Abang esok Mawar dah habis pantang"
Tangan suaminya ditarik dibawa duduk di birai katil

  "Hm, kenapa sayang ada nak pergi mana-mana?" Belakang tubuh isterinya diusap

Mawar mengangguk

  "Mawar nak pergi rumah Mail esok,boleh?"

Kedua tapak tangan disatukan,bersinar sinar matanya meminta belas kasihan dari lelaki itu. Sedar tak sedar sudah cukup 44 hari dia berpantang. Begitu juga dengan kejadian hitam yang menyebabkan dia kehilangan cahaya matanya

  "Tapi abang ada meeting esok lah sayang,tak tahu lagi habis jam berapa"
Berkali kali tapak tangan Mawar dikucup meminta maaf kepada wanita itu, dia selalu sibuk kebelakangan ini

  "Tak apa, Mawar boleh bawa Nilam. Sekali kenalkan dia dengan Mail"

Tangan naik menggaru kening, kalau dah macam ni memang tak dapat tak boleh lah gamaknya

  "Sayang abang tahukan keadaan Nilam macam mana sekarang, tiba-tiba tunang dia ternampak sayang dengan Nilam. Aih bahayalah, bawa Mateo lah teman nak?"

  "Okaylah tapi bawa Nilam boleh?"

Jari kelingking Jebat dikuis kuis, ni lagi bahaya. Kalau cakap tak boleh terus patah jari kelingking dia. Suaminya menghela nafas panjang

  "Ye lah bini, dah tidur"

Novel diletak di atas meja

  "Tidurlah dulu, abang nak mandi"

Bantal peluk diletakkan disebelah kiri dan kanan Mawar, selimut ditarik menyelimuti isterinya. Baru sahaja kaki melangkah ingin pergi namun langkahnya terhenti apabila tangan Mawar menahan hujung bajunya

  "Kenapa nak kena mandi?"

Berkerut dahi Jebat, apa punya soalanlah budak ni tanya. Takkan nak tidur dengan bau-bau pelik ni

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now