3

2.1K 96 5
                                    


"Datang pun"

Tempat kosong dihadapan sepupunya diambil. Champagne dituang kedalam gelas kecil sebelum diteguk

"Long time no see,ingatkan dah nak jadi ustaz"

"Aku ni sibuk Mateo,bukan macam kau tak ada kerja" sepupunya dijeling

"Aku ni pun kerja tau tapi tak lah macam kau,sebab tu lah perempuan tak lekat"

Wajah Jebat dipandang sinis. Terasalah tu

"Masa enjoy aku enjoy,masa kerja aku kerja-

"Banyaklah kau punya masa kerja kau kerja. Kerja kau menggatal je,cleaner janda anak lima dekat syarikat aku tu pun kau ngorat"

Giliran dia menjeling ke arah Mateo

"Eh apa salahnya bukan aku kacau bini orang pun"
Ujarnya memasang muka kesal

"Memang bukan bini orang masalahnya si Rogayah tu seumur dengan mummy kau,bangang"

Tubunya disandar kebelakang,malas hendak melayan perangai kebudak-budakkan sepupunya itu

"Cakap pasal mummy,orang tua tu asyik tanya pasal kau je,minyak dagu brand apa yang kau calit dekat orang tua tu?"

Menyampah.Setiap kali dia pulang dari pejabat,mesti nama Jebat yang menyapa halwa telinganya.Mummynya bukan nak tanya dia penat atau lapar,tetapi pasal Jebat

"Diamlah bangang,esok esok aku datanglah"

Sebelah tangannya naik menindih wajah

"Lahhhh nak gurau pun tak olehhhh"

  "Lahhhh nak gurau pun tak olehhhh"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"YaAllah ni bat ke ni?"

Setiap sudut wajah dan tubuh anak buahnya dipandang lama.Terkedu dia melihat kehadiran Jebat diiringi bersama anak lelakinya,Mateo

"Hi my"

Mak saudaranya dibawa ke dalam dakapan

Hampir terduduk orang tua itu dihadapannya.Budak bertuah itu akhirnya datang menjenguk setelah hampir satu tahun hilang membawa diri setelah pemergian kedua orang tuanya

"Banyaklah you punya hi,mummy ni macam mak si tanggang tunggu kamu datang ke sini,bukan main bat ye, alang alang datang je nanti masa rumah ni tengah bergema surah yasin"

Pinggang dicekak melihat tajam ke arah Jebat

"Bat sibuklah mummy,banyak benda nak urus dekat pejabat tu"

Dia melangkah mengikut Puan kyla ke dapur

"Sibuklah sangat,sibuk you mengalahkan perdana menteri" ujar makciknya

𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Where stories live. Discover now