❥ HEL : Chapter : 05

5 0 0
                                    

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

❀❀❀❀❀

                                 SUASANA yang riuh di kawasan taman permainan itu menggagalkan seorang Azzalea Zahra Zuwena untuk fokus membuat kajian kes Sejarah nya . Mana tidak nya , idola taman sedang memegang bola .

" Wooo !! " buat ke sekian kalinya , jejaka kacukan Philippines itu menjaringkan gol . Zahra tersenyum . Tangannya kembali ligat menulis laporan kajian . Malas melihat kaum hawa menggeletis dengan pujaan hati nya . Annoying !

Panas telinga Zahra mendengar nama Hanz di seru - seru dengan suara kepit milik gadis - gadis taman mahupun taman lain . Terlalu hebat pinangan anak Uncle Ezekiel ni . Rasa mahu hempas sahaja buku nya dan jerit bahawa Hanz adalah miliknya tapi apa boleh buat , takut nanti ada yang taknak keluar rumah ehh tidak ! Terus pindah negara ! Hanya membayangkan sahaja sudah buat dia mahu mencarut diri sendiri . Aishhh jangan buat kerja bodoh yaa Zahra !

Tiba - tiba tekak nya terasa seperti merengek meminta air . Termos putih nya di capai tetapi tidak sempat hasrat si tekak ingin di tunaikan , aluminum berbentuk selinder itu sudah melayang ke atas .

Mata nya memandang pelaku yang sudah menggangu hak tekaknya dan cukup dengan tatapan syahdu dari anak mata Hazel itu buatkan dia diam seribu bahasa . Niat mahu memarahi tetapi tidak jadi dek kerana kacaknya anak Mama Ateen yang sedang meneguk rakus air milik nya . Dengan peluh yang menitik di dahi , baju yang dibasahi peluh , headband yang mencengkam kemas rambut nya yang lembap dan halkum yang turun naik tidak lupa rahang yang menegang saat meneguk air .

Bunyi sorakan tadi berubah menjadi bunyi siulan dan bisikan orang ramai . Tubuh Zahra hanya membatu tetapi tidak jantung nya . Ya Rabb selamatkan hambu muu !

" Thanks , flower " ucap Hanz lalu kembali ke court dengan selamba . Zahra masih statik di tempatnya . Bunyi bisikan gadis - gadis semakin tajam menusuk ke gegendang telinga nya . Ada yang berbunyi sinis , ada yang berbunyi cemburu dan ada yang berbunyi teruja .

" Apesal pandang - pandang ? Tak puas ? Panas ? Panas kipas deckk ! " sindir Janneth sinis . Bukan dia tidak dengar semua bisikan - bisikan syaitan yang cuba menyebarkan fitnah ! Orang nak bahagia pun di kacau ! Sibukk je semua macam nak mintak pelempang .

Suasana menjadi senyap dan kembali fokus pada perlawanan bola itu . Janneth kembali duduk . Tau pulak nak diam !

" Mamat tu pun satu , ada yang dapat pelempang kang . Apa ? Ingat sweet ? Minum - minum air orang kat public . Saja nak buat kecoh . Kalau dia je dapat masalah takpa la jugak , ni tak . Kau yang kena semua . Aku pecahkan ban motor dia baru tau rasa ! " bebel Janneth . Naura ketawa .

" Eleh kau , kata je la kau jealous sebab Dinie tak buat macam tu . En , en ! " usik Naura . Tajam anak mata Janneth menjeling sahabat nya .

" Kau pun nak kena lempang ke ? " tanya Janneth mendatar . Tentang Dinie dia sensitive yaa ! Jangan !

" Tauu laa benteng tuu tinggi , jangan laaa lempiaskan kat member . Sian dia " usik Naura lagi . Janneth bangkit .

" Ha ni aku bengang ! Kau nak aku jerit kat Qafeel ke ? Kau ada hati kat cousin sendiri ? " ugut Janneth , Naura terus diam dengan sengihan . Kedua tangan di angkat tanda menyerah . Janneth terus duduk . Pandangan dialihkan pada Zahra yang tersengih sambil menatap buku kajian Sejarah itu .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 Her Endless Love  [ SU ]Where stories live. Discover now