Chapter 24: Are you Boboiboy?

1.1K 48 6
                                    

Di istana Zahara...

"Shh... Kita kena senyap kalau tak mati kita Stacy tangkap nanti", bisik Ren kat Kitara dan Bbb dibelakangnya yang kelihatan sedang menyelinap seperti pencuri.

Ini sebab dah pukul 3 pagi di situ dan mereka baru balik sudah tentu kena marah sebab buat orang risau utama lagi Stacy akan jadi singa nanti🤣

"Kau tu diam, dan kenapa kau takut dengan perempuan blond tu?", balas balik Kitara dengan muka menyampah.

"Ahh... Abang Kitara tak tahu Kak Stacy agak menakutkan bila marah... Boy ingat lagi masa waktu kami kecil. Boy, Kyu, Leo dan abang Ren balik lewat sebab tak sedar bermain hingga malam dan bila kami sampai rumah kak stacy jadi singa untuk 3 jam", jawab Bbb sambil sweatdrop.

Kitara terus facepalm dan Ren merinding ketakutan.

"Tapi, bukankah waktu ni sekarang semua sedang ti-"

Tiba tiba lampu di ruang utama itu terbuka cerah dan tiga orang menyelinap tu terkaku di situ.

"Tidur", sempat lagi Kitara habiskan apa dia nak cakap tadi.

"Ehem!"

Mereka bertiga beralih serentak dan terus tersentak melihat semua orang ada di situ sedang renung tajam kat mereka bertiga utama lagi si Stacy dan Ren rasa roh dia dah keluar tapi ada tiga orang nampak mengantuk di situ iaitu, Gopal, Qually dan Lay yang pasti sudah dipaksa.

"Ren~ korang~ pergi mana baru balik pukul 3 pagi ini ha~", tanya Stacy sambil senyum manis dan pejam mata tapi bunyi nada dia menakutkan dan mereka bertiga terus seram sejuk dan telan air liur.

"Satu lagi... Kau... Helen... Kau ni... Boboiboy bukan?", tanya Sankyu pulak dengan nada dan tatapan muka yang serius.

Kitara, Ren dan Bbb saling memandang dengan muka nervous dan makin sweatdrop.

"Hah... Dia selalu kurang waspada", keluh Kenji sambil tepuk dahi.

"Aku dah pesan tolong tengok sekeliling dulu", komen Naeva pulak facepalm.

"Fufufu, korang ni comel lah"

"Bonda ini bukan masanya"

"Jadi, korang pun tahu juga? Tuanku pun?", tanya Leo nampak tak percaya.

Mereka bertiga saling memandang dan angguk kepala.

Gaps.

"Tapi! Kenapa!?", tanya Ying.

"Bbb... Apa sebenarnya berlaku? Kenapa kau tak beritahu kami? Kenapa kau di sini? Dan... Di mana Helen sebenar kalau begitu?", tanya Yaya kedengaran sedih.

"Dey Bbb! Aku ni kawan baik kau! Sampai hati kau tak beritahu aku!?", tanya Gopal sambil goncang si Bbb itu hingga pening.

"Oi berhenti" tegur Kitara terus Gopal lepaskan Bbb sebab takut dan lari sembunyi belakang Qually yang sweatdrop kat kawan dia ni.

"Adakah itu bermaksud Kapten Ren dan Kitara pun tahu pasal ni?", tanya Fang serius dan kedengaran kecewa.

"Well... Itu...", Ren beralih kat Kitara minta tolong. Kitara mengeluh panjang.

"Masa Helen diculik tu... Waktu kami nak selamatkan dia, kami terdengar perbualan Helen dengan Kai yang nampaknya si Kai tu tahu Helen ni ialah Bbb...

Dan sebab kenapa Bbb menyamar sebagai Helen tu kami masih belum tahu tapi kami sudah janji akan rahsiakannya", jelas Kitara.

Mereka semua disitu termasuk Naeva dan Kenji nampak shock kecuali Ren dan Bbb sedang tahan dari ketawa dan Helena hanya senyum saja.

"Kenapa?", tanya Kitara hairan dengan reaksi mereka semua.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now