One shot (Spoiler) : What if...

561 42 31
                                    

Author: Ready🙂 untuk hadiah special korang^^

...

Di suatu tempat...

"Ergh... Apa... Apa berlaku?", soal seorang lelaki apabila dia baru sedar. Kepala dia berasa berdenyut-denyut dan sakit seluruh badan. Penglihatan dia nampak samar-samar.

Dia kelip mata banyak kali untuk dapat view yang elok. Apabila penglihatan dia dah okay. Mata hazel coklat dia terbuka luas dan mulut ternganga sedikit.

Muka dia seperti nampak sesuatu yang ngeri dan sesuatu yang akan sentiasa menghantui hidupnya selamanya.

Itu Ren. Mukanya ada kesan calar dan darah mengalir sebelah menutup sebelah matanya membuat mata tu merah apabila angin bertiup lembut pada rambutnya membuat mukanya nampak lagi jelas sebab rambut depannya panjang.

Di depan Ren... Dia nampak... Darah. Darah di mana2 saja. Ada di kawan2 dia, rakan sepasukan dia, dan semua orang yang dia kenal.

Ren berasa tak percaya apa dia nampak. 'Ini... Tak... Aku mesti mimpi... Ini... Mustahil...'

Ren cuba bangun tapi terduduk balik dan tanpa sedar air mata mengalir membuat dia berasa hairan. Ren berasa dia akan alami panic attack jadi dia cuba bawa bertenang.

'Aurora? Aurora? Kau ada kan? Beritahu aku... Ini mimpi kan? Ini mustahil kan? Aurora?', Ren cuba panggil Aurora banyak kali dalam mindanya tapi tiada sebarang balasan.

Jantung Ren makin berdegup laju. Dia tak mahu tengok lagi sebab tu dia tunduk muka ke bawah tengok tanah tapi dia perlu pastikan.

Ren angkat mukanya dan mukanya bertambah pucat dengan air mata mengalir deras.

"Huff... Stacy? Leo? Kyu?", panggil Ren ketakutan apabila perkara pertama dia nampak lagi sekali ialah Stacy peluk Sankyu dan Leo seperti melindungi mereka dua. Belakang Stacy ada banyak kesan tikamam. Mereka bertiga bersandar di batu besar dan batu tu mempunyai banyak kesan darah begitu juga kolam darah di bawah mereka tiga.

Ren tak pasti mereka masih lagi hidup. Perasaan cemas dan takut datang balik. Ren ingin bangun tengok keadaan mereka. Untuk pastikan mereka hanya pengsan saja tapi badan dia tak dapat bergerak.

"Stacy! Leo! Kyu!"

'Tak... Mustahil... Ini... Mimpi saja...'

Ren beralih ke arah lain dan nampak Fang dengan Kaizo bersama. Keadaan Kaizo dan Fang sama seperti Stacy, Leo dan Sankyu tadi. Kaizo cuba lindungi Fang.

"Oi... Ka... Kaizo... Tolong jangan bergurau lagi... Fang?! Korang-! Ochobot?", Ren baru perasan Ochobot ada juga bersama Fang tapi dia sudah hancur.

Ren beralih lagi sekali dan nampak dua kembar Mizuki, Lay dan Lisa saling berpegangan tangan dan bersandar pada suatu bangunan runtuh. Mereka dua senyum, mata Lay sebelah ada kesan darah mengalir begitu juga Lisa di mulutnya.

"Lay!!? Lisa!! Tolong cakap sesuatu! Jangan nak usik aku lagi!! Oi!"

Pernafasan dan degupan jantungnya bertambah laju. Dia berasa makin sukar nak bernafas. Macam yang lain tiada balasan juga apabila dia panggil jadi dia bertambah panik lagi.

Kali ni, dia nampak Gopal, Qually, Yaya dan Ying terlantar atas tanah dengan lumuran darah. Yaya dan Ying kelihatan berpegangan tangan juga.

"Gopal... Qually... Hiks! Tak... Ini... Yaya! Ying! Hiks", jerit Ren lagi kedengaran ketakutan dan bergetar sama. Dia menangis lagi. Seluruh badannya bergetar. Dia seperti tak dapat percayakan semua ni.

Ini mustahil kan?

Ren beralih tengok tempat lain dan nampak Kitara dengan Klein terlantar atas tanah dengan lumuran darah. Mereka dua berpegangan tangan juga dan hadap tengok langit.

Boboiboy 2 : The Prince ElementalWhere stories live. Discover now