11

75 6 0
                                    

my memory is gone but my heart still loves you...- ZAFRAN


      MASING-MASING menikmati makanan yang di hidangkan. Suasana sepi menyebabkan azielah mulai berasa kekok dan tidak selesa. Afham perasan kelakuan azielah.

"sayang okay tak?" afham berhenti makan lalu memandang azielah.

"saya okay je. Kenapa awak pandang macam tu?" mataku  beralih memandang ibu dan ayah afham sambil menikmati makanan tersebut. Mereka juga turut memandang ke arah ku dan tersenyum.

"saya tengok sayang macam tak selesa"

Dalam hatiku mengatakan betul bahawa aku kurang selesa pada malam ini. Entah mengapa sejak mula afham menjemput ku datang ke sini sampai berjumpa dengan kedua ibu bapa afham. Tapi aku cuba mengawal perasaanku agar tidak terlalu ketara. Nanti takut apa pula kata ibu dan ayah dia.

"azielah malu dengan datin dan datuk ke?" datin dayana mencelah.

"t-tak ada datin. Saya okay je. Afham je ni mengada-ngada" soalku lagi.

"kalau macam tu baguslah. Datin harap kamu tak segan-segan dengan kami. Sebab nanti kamu juga akan jadi dalam sebahagian keluarga ni"

Aku hanya senyum sahaja. Begitu juga afham.

"ibu kamu  sihat? Kenapa tak datang sekali?"

" sihat alhamdulillah. Umi kata dia nak rehat dekat rumah. Maklumlah umi tu kadang-kadang tak berapa sihat. Sebab tu lebih selesa duduk rumah je. Lepastu, umi kata dia kirim salam dekat datin dengan datuk"

Datin dayana dan datuk sekadar mengangguk. Faham apa yang disampaikan azielah.

"sebenarnya datin dan datuk nak bincang soal pertunangan kamu berdua tapi disebabkan ibu zielah tak ada, datin rasa tak elok macam tu. Ada ibu kan lebih baik kalau nak bincang tentang ni"

Tiba-tiba aku rasa sebak bila datin dayana menyebut perkataan ibu. Hatiku dilanda rasa sedih kerana tidak dapat bersama ibu sejak kecil lagi. Mengingatkan peristiwa lampau, aku seperti mahu menangis sahaja tapi keadaan tidak mengizinkan.

"saya mintak maaf ye datin. Saya bukan tak ajak umi ke sini tapi dia sendiri cakap, dia nak rehat dekat rumah"

"ya saya faham tapi maybe next time?"

Aku hanya sekadar mengangguk sahaja. Tidak dinafikan bahawa ibu dan ayah afham sangat baik. Seorang yang peramah dan suka membantu orang lain. Jika suatu hari nanti aku tak ditakdirkan bersama apa reaksi diorang?

"kalau korang tak keberatan boleh mama tanya? Macam mana hubungan kamu berdua. Baik-baik saja kan"

Aku memandang sekilas ke arah afham manakala afham juga memandangku,lalu aku memberi isyarat mata untuk memberitahu ibunya.

"erhm! Kitorang okay je ma. Tak payah risau" afham berlagak tenang dan senyum memandang ibu dan ayahnya.

Melihat reaksi ibu dan ayah afham, aku sudah dapat teka apa mereka nak cakap.

"serius? Papa harap kamu jaga elok-elok anak orang. Papa tak nak nanti orang lain dengar benda yang tak baik. Kalau papa dapat tahu siap kamu!" tegas dato idris.

"ish! Abang ni. Am tahu lah mana baik mana buruk. Lagipun diorang kenal bukan sehari dua. Lima tahun bang. Abang je tak perasan..."

Aku sendiri sokong apa yang dato cakapkan. Mahu saja aku mengadu tentang afham yang terlalu lama sidai aku sendiri disini. Tapi aku tak nak rosakkan mood dinner malam ni. Terpaksa saja aku tak ada mood. Kalau tidak sudah lama aku merajuk.

"papa dan mama jangan risau am cuba jaga azielah macam nyawa am sendiri. Dan lagi satu am tak akan buat benda tak elok dengan dia. So, macam mana tarikh tunang?"

"kalau mama awal bulan depan atau hujung bulan ni. Macam mana zielah? Mama cuma bagi cadangan je. Mama takut kamu busy dengan kerja sebab tu elok buat hujung bulan"

Afham pula asyik memandang ku sahaja. Aku tahu mesti dia nak jawapan keluar daripada mulutku tapi suaraku seperti tersekat di kerongkong. Aku cuba tarik nafas dan hembus. Aku mesti yakin.

"hujung bulan"

"baik. Mama harap urusan pertunangan korang nanti dipermudahkan segalanya"

"aaminn"



             GAMBAR semalam  ditenung lama. Semakin lama dia cuba mengingat, kepalanya juga  serentak berdenyut sakit. Kenapa susah betul untuk dia mengesan  wajah gadis itu.

"aduh! S...sakit. Macam mana aku nak ingat ni. Ya, allah kau bantu aku untuk mudah mengingati siapa gadis dalam gambar ni"

Sarah berasa kasihan pula melihat aisar memaksa dirinya untuk cuba mengingat. Jauh di sudut hati sarah dia tidak akan membenarkan aisar mengingati siapa dirinya sendiri. Jika satu hari nanti ingatan aisar pulih mana mungkin dia akan kembali duduk di sini. Malah, dia meninggalkan kami semua.

"A...abang. Abang okay tak tu? Sarah cuma nak tahu keadaan abang je"

Pelipis dahi dipicit berulang kali. Bosan mendengar suara yang sama saja. Lantas, badan direbahkan ke sofa empuk. Mata ditutup serta merta, malas mahu memandang wajah gadis itu. Jika dipandang mahu sahaja dicekiknya.

"kau nak apa lagi sarah! Tak serik ke aku marah kau semalam sampai kepala aku rasa nak meletup. Kalau kau nak tanya pasal aku baik kau blah je. Aku tak larat nak layan perangai setan kau tu. Please... Kali ni je jangan ganggu aku"

"sarah cuma risaukan abang je. Takut abang pengsan macam mana. Sarah tak kisah lah pasal semalam tu. Sarah tak ambik hati langsung dengan kata-kata abang. Sarah tahu memang buat masa ni abang takkan boleh terima sarah tapi mana tahu satu hari nanti hati abang terbuka untuk sarah"

Kaisarah sentiasa yakin dengan kata-katanya. Dia juga tahu aisar tak ada bergantung harap dengan sesiapapun. Selama aisar duduk disini aisar banyak mintak bantuan dengan kami sahaja.

"kau ni memang jenis spesies perempuan tak tahu malu eh? Aku pun tak faham dengan kau. Mulut aku ni berbuih dah cakap benda yang sama je dengan kau. Nak kata kau buta tak? Mata kau segar lagi. Pekak? Aku rasa ya sebab taik telinga kau dah banyak sebab setahun kau tak korek"

Selamba saja aisar berkata demikian. Malas mahu menjaga hati. Hati sendiri tak terjaga, hati dia pulak. Memang tak la.

"Kenapa abang cakap macam tu. Kotor tahu tak! Abang ni tak baik tau. Dosa"

"tahu pulak kau cakap dosa. Aku ingat kau fikir neraka je. Pasal kotor pulak, haritu sentuh aku tak pulak cakap kotor bila aku cakap macam ni dia pulak jijik. Nampak sangat kau buta ilmu halal haram. Aku malas nak bahas soal agama sebab nanti ada yang makin panas dalam rumah ni.. "

Pedas kata-kata aisar. Dia bingkas bangun dan keluar rumah untuk hirup udara. Kaisarah pulak  kaku terdiam disitu  dengan wajah merah padam menahan amarah.

Lama kan author tak update story drpd sblm puasa smpai last raya harini. Hrp 2 chap author publish puaskn hati korang. 🤭❤️.

Btw, SHRMZB. 🤪
Don't forget to vote and comment 👇

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now