2

211 8 0
                                    

My memory is gone but my heart still loves you ... - ZAFRAN

          WAJAH yang tadi kelihatan merah padam kini tenang semula seperti sediakala. Aisar memejamkan mata seketika lalu menghembus nafas dengan perlahan. Motorsikal diparking betul-betul di hadapan rumah. Aisar cuba beriak tenang agar mak lek dan pak lek tidak mengesyaki yang bukan-bukan pada dirinya. Kaki diatur masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.

"Assalamualaikum mak lek dan pak lek?" kaki terus berjalan ke dapur melihat mak lek yang sibuk memasak dan dibantu oleh pak lek. Sweet sungguh mereka walaupun sudah mencecah usia tua.

"Waalaikumsalam, eh aisar cepat kamu balik. Settle dah semua?" soal pak lek.

"haah siap dah. Sebelum tu aisar  nak cakap sikit ni yang aisar ada cadangan nak buat penanaman sikit dekat situ. kalau kita biarkan tanah pak lek dan mak lek macam tu nanti tak dapat hasil. Pak lek dan mak lek setuju tak dengan cadangan aisar ni?!" pisang goreng yang terhidang di atas meja di ambil lalu disua ke mulut.

pak lek dan mak lek memandang sesama sendiri lalu beralih semula melihat aisar. Mereka  mengangguk setuju dengan pendapat anak angkatnya aisar.

"Kamu nak tanam apa dekat situ?" pak lek menyoal semula.

"tanam sayur dengan buah-buahan. Kalau membuahkan hasil, nanti kita boleh jual. Ada juga pendapatan sikit-sikit pak lek dan mak lek. Betul tak?" senyuman manis ku lontarkan.

"betul."

Mata mak lek melilau seluruh pelusuk rumah. Lehernya dipanjangkan sedikit seperti mencari sesuatu. Pak lek seakan perasan sesuatu dengan kelakuan isterinya.

"kaisarah mana aisar. Bukan tadi dia pergi kebun ke hantar dulang makanan yang mak lek suruh?" mata mak lek tertumpu ke arah aisar. Di dalam hati aisar sudah menyumpah seranah tetapi dia cuba berlagak tenang.

"Dia kata nak ambil angin kejap dekat kebun!" tipu aisar.

mak lek sekadar mengangguk. Tiba-tiba kelibat kaisarah mengejutkan mereka sekeluarga. kaisarah berlalu pergi ke singki meletakkan dulang , membersihkan segala pinggan kotor yang digunakan. Kaisarah hanya mendiamkan diri dan malas mahu memandang wajah lelaki itu yang sedang memerhatikannya sejak tadi.

"Haah sarah lambat sangat kamu ambil angin dekat kebun tu. Kenapa ada bujang lagi try kamu ke sampai tersekat tepi jalan?!" gurau mak lek.

" Ish mak ni merepek. Tak adalah sarah saja je nak tenangkan fikiran sebab hati sarah terlampau sakit. Sakit jaga perasaan orang!" kaisarah sempat memberikan jelingan maut ke arah aisar lalu pergi ke ruang tamu. Tidak betah melihat wajah lelaki itu. menyakitkan betul!

Mak lek menjadi blur dengan kata-kata kaisarah. Dia hanya mengelengkan kepala sahaja dengan karenah gadis itu. 

"Pak lek , Mak lek esok aisar nak ke bandar kejap. Nak beli baja sayur-sayuran dengan buah-buahan?" 

"Boleh, tapi kamu pergi sendiri ke. Tak nak pak lek temankan atau kaisarah?"

"Hmm... Tak pelah pak lek aisar boleh pergi sendiri. Lagipun, aisar pergi bandar bukan lama sangat" lebih rela berjalan sendiri daripada diteman dengan betina murahan tu.

"kalau macam tu, hati-hati saja kamu ke bandar. Manalah tahu sesat sampai tak tahu jalan balik" seloroh mak lek sambil tertawa kecil.















               AZIELAH menyiapkan makan tengahari  dengan air tangannya sendiri. Umi hanya membantu sikit-sikit sahaja kerana azielah menghalang orang tua itu membuat kerja yang banyak. Sejak dua menjak ni, umi asyik kurang sihat sahaja sehingga mimpi yang bukan-bukan. Hal ini membuatkan azielah  menjadi gusar untuk meninggalkan umi sendirian dirumah walaupun ada maid untuk menjaga rumah tersebut.  Lauk yang dimasak pada hari ini sangat menyelerakan sebab tetamu istimewa nak menjamu selera sekali.

UNGKU AQIEL ZAFRAN 2 (SLOW UPDATE ) Where stories live. Discover now