40

281 14 0
                                    

HAZIQ dinaikkan pangkat sebagai CEO baru Bakti Holding. Syed Huzair pula kembali ke syarikat asalnya. Pelantikan Haziq tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada ahli lembaga pengarah kerana mereka meragui kemampuan Haziq untuk mentadbir syarikat besar ini lagi-lagi Haziq yang masih muda dan masih mentah dalam dunia perniagaan. Namun, mereka tidak boleh membantah kerana pemilik Bakti Holding sekarang adalah Ruhaila. Ruhaila juga pemenggang terbesar saham dalam syarikat itu menyebabkan Ruhaila boleh berkuasa mutlak dan mempunyai veto dalam menentukan hala tuju syarikat. Ramai yang mengeluh apabila Ruhaila yang menjadi pemilik syarikat kesayangannya tetapi apa boleh buat? Terpaksalah mereka menerimanya.

Haziq pula sudah tentu suka dengan menjadi CEO syarikat ini. Dia dari dulu lagi berangan nak jadi CEO syarikat dan masa itu, dia sekadar berangan sahaja kerana tahu dia tak mungkin menjadi CEO tetapi dia tidak menyangka angan-angannya itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sahaja nak menempah restoran bagi meraikan kenaikan pangkat, dia menerima tetamu yang tak diundang pula. Tetamu itu duduk tidak sopan di atas sofa mahalnya. Haziq segera bangun mengunci pintu ofisnya. Dia duduk di sofa berhadapan tetamunya itu.

"Kau nak apa?" soal Haziq. Tak sangka pula Jack sanggup datang ke sini mencarinya. Sudah dia pesan pada Jack supaya pergi dari Malaysia.

"Aku nak duit." Ujar Jack. Jack berpakaian baju tidak berlengan. Tangan kirinya penuh dengan tatu naga. Muka pula berparut panjang. Kepalanya botak dan di belakang kepala ada tatu ikan jerung. Jack adalah gengster di bandar ini.

"Aku dah bagi duit dekat kaulah, Jack!"

"Kau kata nak bagi sejuta tapi kau bagi 30 ribu sahaja. Baki kau nak bayar lepas budak tu mati tapi mana dia? Dah berapa lama aku tunggu duit aku."

Haziq ketap gigi. Dia lupa hendak meminta wang selebihnya daripada Syed Abdullah. Haziq bangun dan pergi ke mejanya. Dia menarik laci meja dan mengeluarkan buku cek yang baru dia terima. Dia ragu-ragu mahu memberikan cek ini kepada Jack kerana duit yang diterima oleh Jack adalah duit syarikat. Ah! Bagi sahajalah. Kalau nak minta dengan Syed Abdullah, boleh aje tetapi dia malas pula. Haziq menulis jumlah wang di cek itu dan menandatangani di cek. Dia serahkan kepada Jack.

"Jangan cari aku lagi!" pesan Haziq.

Jack senyum sumbing. Dia mencium cek itu di depan Haziq. Kemudian dia pergi.

Haziq duduk di kerusi dengan rengusan nafas yang tidak selesa. Kehadiran Jack di sini bakal menimbulkan kepelikan pada staf syarikat. Pasti akan ada yang bercakap tentang dia dengan Jack. Haziq berharap sangat tiada sesiapa yang tahu fasal pembunuhan Raihana. Dia juga berharap Jack tidak akan cari dia lagi selepas ini.

#

JEFRI memberi gelas berisi air kosong dengan ubat untuk Yuhaira. Dari tadi Yuhaira mengadu pening kepala. Nak pergi ke klinik, Yuhaira tak mampu nak berjalan. Mujur Jefri ada kenalan doktor yang datang memeriksa Yuhaira. Menurut doktor, darah Yuhaira berada pada tahap rendah kerana stress. Yuhaira dinasihatkan agar tidak menyusahkan diri dan perlu bertenang. Jika tidak, ia akan menjejaskan kandungan Yuhaira.

"Maaf susahkan abang." Ucap Yuhaira selepas menelan ubat.

"Aira terlalu stress sebab fikirkan Ruhaila dan Haziq?" Dia tak perlu meneka punca Yuhaira stress. Dia tahu. Sepanjang malam Yuhaira tak tidur memikirkan fasal Ruhaila dan Haziq. Jefri tidak mahu perkara itu membuatkan Yuhaira menjejaskan kesihatannya lagi-lagi Yuhaira tengah mengandung sekarang.

"Mereka berdua satu-satunya ahli keluarga yang Aira ada selain abang dan lain-lain. Aira tak boleh tidur selepas Pak Cik Ghazali cerita semuanya." Kepalanya pula tengah diserang sakit kepala yang kuat. Akibat banyak berfikir, dia hampir menjejaskan diri dan kandungannya. Yuhaira mengusap perutnya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now