PROMO EBOOK TERBARU

862 12 5
                                    

Hai, assalamualaikum semua.
Saya muncul lagi dengan Ebook terbaru.

Harap sudi support ya. Macam biasa, kali ni gabung lagi dengan kawan-kawan.

❤Blurb Kombo Delicious❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❤Blurb Kombo Delicious❤

*Miss Clumsy Next Door*
YURA AMEENA si gadis clumsy pemilik kedai buku yang bercita-cita mahu menjadi penulis novel cinta seperti arwah kakaknya.

Namun begitu, desakan mamanya selalu membuat dia sakit kepala.

"Mama tak kira! You kena terima Fahmi! Sampai bila you nak lari? Fahmi betul-betul sayangkan you!" MAMA

Yura tak mahu! Yura tak pernah sukakan Fahmi!

Pertemuannya dengan AYYASH ZARKASHI, pemilik studio fotografi serta juru kamera yang merangkap jirannya itu. Memberi peluang cerah untuk Yura melarikan diri dari desakan mama.

Apatah lagi, lelaki itu ibarat hero yang selalu menyelamatkannya.

“Ayyash... awak nak tak kahwin dengan saya?” YURA

"Tapi kau tak kenal aku.” AYYASH

Bagi Yura, kerana itu dia memilih Ayyash. Kerana sekurang-kurangnya nanti mereka tidak rugi apa-apa jika berpisah.

Soalnya hati, tidak mampu ditelahi. Mereka akhirnya jatuh cinta di dalam lakonan yang dicipta.

Di saat meniti bahagia...

"Kau tahu siapa sebenarnya suami kau tu, Yura?" FAHMI

"I thought you are my hero. But you're a liar. Am I a joke to you, Ayyash?" YURA

Mampukah Ayyash memujuk hati Cik Clumsynya kembali setelah rahsia yang di simpannya selama ini terbongkar tanpa sempat dia menjelaskannya?

*Bila Hati Terlanjur Cinta*

Cinta bukan pada paras rupa, bukan juga pada harta tetapi pada rasa. Rasa untuk saling melengkapi dan melindungi.

Itulah yang terjadi Kasir Yaman. Cintanya berputik dari masa wanita itu belum kepunyaan sesiapa hinggalah wanita itu menjadi bunga larangan yang tak mampu dimiliki.

Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak kan kemana. Berpisah masa dan tempat, mereka akhirnya bertemu lagi sebagai jiran.

Bila mendapat tahu perkahwinan Nufa Yulinar tidak bahagia, Kasir bertindak mahu mendapatkan kembali cinta pertamanya.

"Biar saya bantu awak." KASIR YAMAN.

"Awak hanya akan keruhkan keadaan." NUFA YULINAR.

Tegarkah dia melihat bunga yang menjadi dambaan hatinya menderita? Salahkah dia bila hati terlanjur cinta pada bunga larangan?

I'll be there before the next teardrop falls.

*Pencuri Hati Si Playboy*

Black dan Hakim, dua playboy yang tiba-tiba dicuri hatinya membuatkan mereka menjadi lelaki setia. Berlainan garis masa. Berlainan generasi. Tetapi punya satu impian, mahu memiliki gadis yang sentiasa menjadi igauan. Selama ini mereka menjadi pujaan wanita tetapi bila berdepan dengan Mayang dan Wafa, terus taring yang sudah lama diasah menjadi tumpul! Langsung tidak lut untuk menawan hati dua wanita itu.

Black & Mayang
“Black? Black ke ni! Ya Allah! Mana jambang awak!”
“Kan awak tak suka jambang saya. Remember?”
“Lepasni, please bela jambang awak balik. Saya rasa macam nak pergi dating dengan lelaki tak cukup umur.”
“Mayang!”

Hakim & Wafa
"Fa, abang betul-betul dah jatuh cinta pada Wafa. Abang nak cop Wafa dulu."
"Awak ingat saya kertas ke nak cop-cop bagai!"
"Maksud abang, cop jadi bakal isteri. Wafa jangan pergi dekat orang lain. Abang nak."
Wafa tergeleng kepala perlahan. Hakim punya ayat! Huh! Bikin jantung terkejut!
"Abang tahu Wafa juga ada hati pada abang. Meh la kita bersama. Nanti abang hantar rombongan meminang ya?"

Kalau nak disenaraikan semua yang mereka dah buat untuk menawan si pencuri hati itu pasti sudah setebal 1000 mukasurat! Namun, kisah silam mereka sentiasa menjadi batu penghalang pada bahagia di depan mata.
Berjayakah si Playboy mencuri pula hati dua wanita itu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Duda Limited Edition (EBOOK)Where stories live. Discover now