2. Terbang!

43 2 1
                                    

Sebuah kereta Mercedes Benz menyusur laju di jalan raya. Dhia dan Meena kelihatan gembira di tempat duduk belakang. Kebetulan semalam ayah mereka, Dato' Adam Putra Lee, menyuruh pemandu keluarga untuk menghantar anak kembarnya ke lapangan terbang. Senang hati sikit Dhia dan Meena!

        "Dato' suruh ingatkan cik berdua untuk call dia bila dah sampai sana." pesan Encik Harith, pemandu mereka.

        "Okay, Harith. Kan kitorang dah cakap tak payah panggil kitorang 'cik'. Lagipun umur kita bukan beza sangat pun." balas Meena.

Harith Shah, merupakan pemandu keluarga mereka yang sudah 3 tahun bekerja. Umurnya baru sahaja 26 tahun, tapi Harith memutuskan untuk bekerja sebagai pemandu keluarga Dato' Adam. Ini kerana ayahnya merupakan pemandu peribadi Dato' Adam selama 10 tahun, dan sepanjang tempoh itu, Dato' Adam telah membiayai kos pembelajarannya sejak di bangku sekolah, dan juga menanggung kos rawatan ibunya di hospital. Disebabkan itu, Harith terasa terhutang budi. Tambah lagi keluarga Dato' Adam sudah menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga.

Harith selalu segan dengan Dhia dan Meena. Dia masih tak berani untuk memanggil mereka dengan nama sahaja sejak mula bekerja.

         "Nanti kirim salam ibu ayah tau," tambah Dhia sebelum mereka berdua keluar dari kereta. Mereka kemudian melambai kepada Harith apabila dia memandu melepasi mereka.

Finally mereka tinggal berdua sahaja! Tak adalah berdua pun sebenarnya, mereka akan ditemani oleh pemandu pelancong sekejap lagi.

         "Meena, cuba kau call dia. Bagitahu kita dah sampai." kata Dhia setelah mereka mengambil tempat duduk dalam kawasan lapangan terbang Kuala Lumpur.

        "Aku dah WhatsApp, dia cakap nanti dia datang kat kita." balas Meena.

       "Siapa nama dia eh? Lupalah. Nanti dia sampai nanti aku macam dungu je tak tahu nama."

        "Dean Ameer," jawab Meena, "Dia kata tak payah panggil 'encik',"

Selang beberapa minit kemudian, sedang Meena dan Dhia mengambil gambar menggunakan telefon pintar mereka, seorang lelaki datang menghampiri.

      Dari pemakaiannya, menampakkan dia sebagai seorang yang bergaya dan disenangi. Dean Ameer. Pemandu pelancong bertubuh tinggi dan fit, sentiasa pemurah dengan senyuman, kelihatan mesra, dan mempunyai fashion sense yang baik, memberi imej pemandu pelancong high class kepadanya.

Daripada agensi pelancongan yang si kembar hubungi, Dean Ameer merupakan pemandu pelancong yang mempunyai rating yang sangat bagus. Ramai pelanggan yang menggunakan khidmatnya memberi maklum balas positif.

"Very friendly and good at explaining things."

"Dean Ameer boleh cakap dalam beberapa bahasa. So, memudahkan customer."

"Calm and quick at problem solving."

"Handsome dan peramah gila! Siap bagi tips belanja dengan jimat!"

      Hampir semua orang berpuas hati. Sebab itulah Meena dan Dhia mengambil keputusan untuk lantik Dean sebagai pemandu pelancong mereka.

        "Hai, saya Dean Ameer." kata Dean sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

        "Hai, saya Meena. And ni Dhia," Meena kenalkan diri sambil menyambut tangan Dean. Nak harapkan Dhia kenalkan diri? Memang tak lah!

        "Nice to meet you both. So, korang dah breakfast? Kalau belum kita still ada masa nak makan."

         "Dah, kitorang makan tadi kat rumah. Awak dah makan ke?" balas Meena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADRYA TWIN : Travel LogWhere stories live. Discover now