1. Planning

52 2 0
                                    

Sebuah rumah teres dua tingkat dihiasi dengan perabot serba putih kelihatan harmoni, walaupun penghuninya tidak kelihatan di ruang tamu. Segala bingkai gambar diperbuat daripada kayu berwarna hitam memenuhi ruang dinding berhampiran tangga ke tingkat dua. Gambar-gambarnya menunjukkan dua gadis dengan wajah yang sangat iras, jelas menunjukkan mereka pemilik rumah.

       Dalam sebuah bilik di tingkat dua, kedengaran suara pasangan kembar itu sedang ketawa dan berbual. Di atas katil dengan selimut kait berwarna pastel salmon, seorang daripadanya sedang membaca majalah berselang dengan perbualan. Kembarnya pula meniarap di atas lantai sambil menikmati makanan ringan. Tangan kirinya sibuk scroll skrin telefon.

       "Meena!" teriak si kembar sambil menutup majalahnya.

      "Haa?" jawab Meena tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin gajet.

      "Jom travel!"

Perkataan itu berjaya membuatkan Meena menoleh dengan senyuman lebar. Terus excited!

        "Seriouslah, Dhia? Jom!" balas Meena teruja.

Meena dan Dhia, sepasang kembar seiras. Berusia 22 tahun, baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta. Specific, jurusan pengurusan perniagaan.

       Jarak usia mereka yang hanya 20 minit menyebabkan mereka sangat rapat dan belum pernah lagi berpisah. Walaupun kembar seiras, mereka mempunyai personaliti yang agak berbeza.

Dhia Adara Lee. Seorang yang kemas dan tersusun, daripada dekorasi biliknya sahaja cukup menunjukkan yang dia lebih minimalis dan estetik. Semasa masih menuntut pengajian ijazahnya, Dhia sering dijadikan pelajar contoh. Bagus komunikasi dan penulisan, menjadikan dia berada dalam kategori pelajar pandai. Dhia lebih mesra dengan orang yang dia kenali. Dengan Meena, of course-lah lagi liar! Tapi kalau dengan stranger, Dhia ni agak sombong dan cold. Cakap pun sebutir je.

       Ameena Yara Lee pula merupakan si kakak dalam pasangan kembar ini. Mesra dengan panggilan 'Meena', dia lebih ceria dan outgoing. Walaupun Meena juga perform dalam pelajaran, tetapi dia lebih dikenali kerana aktif dalam aktiviti fizikal. Wall climbing, hiking, ballet, zapin, zumba, futsal, softball, dan banyak lagilah. Semua dia sertai! Berbanding Dhia yang berfikir sebelum bercakap, Meena pula lebih jujur dan positif dalam berkata-kata.

        Mereka berdua banyak menghabiskan masa di rumah selepas habis degree. Dhia dan Meena tidak bekerja diluar kerana mereka sudahpun mempunyai perniagaan sendiri, dan untungnya lumayan. Mereka berdua berminat dengan fesyen, dan pengetahuan tentang bisnes memberi kelebihan kepada mereka untuk membuat jenama pakaian sendiri.

TheDaintyMerry merupakan hasil usaha mereka berdua dalam dunia perniagaan. Huruf D dan M merupakan huruf pertama dalam nama panggilan mereka. Perniagaan dalam bidang fesyen memerlukan mereka untuk bijak mengurus dan kreatif. Dhia lebih banyak memainkan peranan dalam pengurusan rekod atau order pelanggan, pemasaran dan penulisan blog. Manakala Meena pula berperanan dalam bahagian kreatif iaitu membuat website design, pemilihan fabrik dan trend, serta photoshoot. Bila bergabung pasangan kembar ni, maka terhasillah jenama pakaian yang semakin menempah nama.

      Sedar tak sedar, sudah lima tahun mereka mengusahakan perniagaan bersama. Duit dalam akaun bank pun dah stabil. Walaupun ibu bapa mereka merupakan orang berada, tetapi Dhia dan Meena jarang sekali meminta duit daripada mereka. Bahkan, Dhia dan Meena lebih kerap menghulur duit poket dan belanja makan.

        Dalam lima tahun itu jugalah mereka sibuk belajar sambil bekerja. Sekarang selepas habis belajar, mereka mengambil keputusan untuk berehat seketika. Enjoy masa muda katanya. Bila datang idea Dhia untuk travel, lagilah dia orang excited!

         "Tengok ni!" Dhia menyelak ke satu halaman dalam majalah yang dibacanya lalu menunjuk kepada Meena. "Aku jumpa artikel pasal travel ni. Cuba teka tempat mana yang artikel ni suggest?"

          Meena membesarkan matanya, seolah-olah Dhia menghantar jawapan menerusi telepati kembar mereka. "No way??" jeritnya teruja.

        "Nampaknya kau tahu dah kat mana,"

        "Korea??" jerit Meena, sebelum mereka berdua menari akibat terlalu gembira. Meena dah lama nak pergi bercuti di negara itu. Kali terakhir mereka bercuti adalah sebelum daftar ke universiti. Itu pun bercuti dengan ibu bapa mereka dekat New York. Dhia dan Meena teringin sangat travel berdua sahaja, dan antara tempat percutian dalam wishlist dia orang ialah Korea!

       Bisnes fesyen mereka juga banyak terinspirasi oleh pemakaian orang Korea. Kemudian mereka sesuaikan dengan suasana dan keadaan di Malaysia. Trendy, tapi selesa. Bercuti di Korea bukan sahaja banyak tempat menarik, Meena dan Dhia juga boleh memerhatikan fesyen di sana. Kata orang; sambil menyelam, minum air.

        "Kita dah boleh buat planning kot. Saving daripada TDM pun dah boleh tampung bajet." kata Dhia.

       Meena mengangguk, kemudian menunjuk ke arah majalah yang dipegang kembarnya. "Artikel tu tulis apa lagi?"

       "Oh ni," balas Dhia, "Pakej perlancongan, tips travel, and tempat-tempat menarik."

       Dhia menambah, "Kat sini ada sediakan juga website untuk cari pemandu pelancong."

        "Sini, aku search." balas Meena, sambil unlocked iphonenya. Dhia kemudian mengambil tempat di sebelah Meena, dan sekarang kedua-dua kembar duduk di atas lantai bilik Dhia. Mata mereka fokus mencari pemandu pelancong dan pakej pelancongan. Dalam masa yang sama mereka terus sahaja memeriksa tiket penerbangan ke Korea.

       Hampir tiga jam berlalu, mereka sudah pun booking tiket dan hotel. Pilih pemandu pelancong pun sudah. Settle terus!

        Dhia kemudiannya berdiri dan mengambil tualanya sebelum ke bilik mandi. Namun langkahnya terhenti, sebelum perlahan-lahan menoleh ke arah Meena yang sedang sibuk menyanyi riang sambil mengemas semua makanan ringan mereka.

        "Meena," panggil Dhia.

         "Haa?"

          "Kita,.." sambung Dhia perlahan, "belum bagitahu ibu dengan ayah."

Meena membesarkan matanya, terlupa nak minta izin! Cepat-cepat dia mencapai iphonenya dan menelefon ibu bapa mereka. "Kau mandi je lah. Aku bagitau diorang."

        "Okay," balas Dhia. "Kalau diorang membebel, kau tadah je lah telinga tu."

Memang betul pun sangkaan Dhia. Ibu mereka, Puan Adalia, membebel hampir setengah jam. Nasiblah Meena pandai ambil hati dan pujuk, akhirnya ibu mereka memberi keizinan. Siap offer nak bagi duit belanja lagi!

    Sekarang baru betul-betul selesai! Tinggal tunggu hari sahaja untuk perlancongan mereka ke Korea! Tak sabar!

   
***

🌸 Bab seterusnya : 🌸
Terbang ke Korea!

ADRYA TWIN : Travel LogWhere stories live. Discover now