13.

4.2K 600 130
                                    

Tangan naik menyelak muka surat seterusnya. Dahi sedikit berkerut cuba membaca dan memahami tulisan berangkai yang ditulis dengan dakwat hitam. Tulisan tangan hampir 30 tahun lepas milik arwah mak itu masih belum selesai dibaca.

'Anna demam. Semalam dah cuba telefon abang tapi macam biasa tak berjawab. Mungkin abang sibuk sampai tak sempat nak jawab call.'

Anna berdecap sinis. Dari suku awal diari tu lagi, mak langsung tak ada cerita pasal lelaki yang sepatutnya bergelar ayah buat Anna tu datang menjenguk. Ni dah nak habis muka surat pun, masih tak wujud lagi wataknya dalam tulisan mak.

Diari tebal sebanyak lima buah yang sedikit kusam itu milik arwah mak sebelum Anna wujud dalam rahim lagi.

Sedikit sebanyak, menerusi diari itu dia dapat maklumat mengenai lelaki yang bertanggungjawab mengandungkan mak. Termasuk beberapa orang lagi yang terlibat dalam drama hidup mak sebelum dia meninggal.

Maklumat yang tunggu masa nak dilerai satu persatu. Sedikit masa je lagi.

'Petang tadi kami cuba pergi ke alamat rumah abang, ajak Anna sekali tapi yang menyambut depan pintu cuma Bik Ina. Puan katanya tak nak diganggu. Terkilan sedikit tapi tak apa. Bukan rezeki.'

Anna meletak diari itu sedikit kasar ke riba sambil kepala mendongak ke langit. Mencari sisa sabar untuk menahan diri daripada mencarut. Kenapa mak ni baik sangat? Sanggup menagih kasih dekat manusia yang langsung tak menghargai.

Matanya serta merta panas. Memori yang terkubur beberapa belas tahun lepas kembali terbayang. Seakan masih terasa sakitnya saat dia yang ketika itu baru berusia sepuluh tahun, melihat mak menangis dan meraung di depan wanita yang dipanggil puan merangkap 'nenek' untuk Anna kalau mengikut hukum alam.

'Saya bukan nak puan terima saya, tapi tolonglah terima anak saya puan. Dia darah daging puan, dia tak salah." Dengan air mata yang mengalir, mak memohon. Kepala tunduk merenung riba sendiri yang sedang melutut di depan wanita yang merenung mereka jijik.

'Aku tak ada keturunan perempuan murahan macam kau. Anak kau tu anak haram, kau jangan nak cacatkan keturunan aku. Pergi balik sebelum aku report polis.' Sombong dan berlagak suara wanita itu.

'Puan tolonglah. Saya merayu. Biarlah Anna jumpa dengan ayah dia puan." Mak mendongak dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata.

'Biarlah Anna hidup dengan ayah dia.'

Wanita yang dipanggil puan itu bercekak pinggang. Setapak dia maju sebelum dagu mak dicengkam dan didongak kasar. Renungannya tajam menikam wajah cengkung mak.

'Lepas kau dah menyundal, pandai pula suruh anak aku bertanggungjawab. Dah tahu miskin, yang kau pergi susahkan hidup jual diri kenapa?! Dah mengandung anak haram, baru terhegeh nak minta simpati!'

Plak!

Pipi mak ditampar kuat sehingga tubuh kurus mak terdorong sedikit.

'Mati jelah senang. Kau dengar sini eh, mati hidup balik pun aku tak terima perempuan jijik macam kau ni! Keluar dari rumah aku! Bawa anak haram kau ni sekali!'

Diperlakukan macam sampah. Makian dan hinaan dilontar macam mak dan Anna tu bukan manusia. Dan Anna masih ingat dengan jelas wajah yang bongkak mendongak langit itu bagaimana parasnya.

Sedikit masa je lagi, Anna.

Kolar oversize shirt di tubuh, ditarik sedikit menampakkan sisi bahu sebelah kiri. Di situ masih wujud garis parut akibat seretan pada tubuhnya dan mak ketika mereka dihalau keluar dari rumah agam milik keluarga lelaki yang sepatutnya dipanggil 'ayah.'

Anna tersenyum sinis. Ketika mereka dihina dan diludah, lelaki itu langsung tak tunjukkan muka. Entah sebab betul tak ada di rumah waktu itu atau sengaja tak nak munculkan diri. Apa yang Anna tahu, lelaki itu pengecut dan tak layak dipanggil lelaki.

RoseannaWhere stories live. Discover now