Romance : Ahmad Khalif ✓

De dsyaf_

34.1K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... Mai multe

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

15

756 83 1
De dsyaf_

Amaran!
Akan ada beberapa watak yang mungkin awak semua tak tahu.  Cerita ini ada 10% sambungan dari Novel Rais Alif, sebab itu saya sarankan baca Rais Alif dahulu, takut awak semua pening dengan watak yang muncul secara tiba-tiba dalam novel ini.

Enjoy!


***

"Ish, kau tepi la!" Lengannya menolak tubuh Kamal menjauh.

"Alah Zikri... Kamal induuuu."

"Bapak kau la nak rindu-rindu." Ditolak wajah Kamal sejauh yang mungkin dari terus mencuba menciumnya.

"Kamal, behave la sikit kan umum ni." Teguran dari isteri Kamal, Tiara membuatkan lelaki itu terus kembali seperti biasa.

"Abang cuma rindu Zikir, lama tak jumpa hmm..."

Melihat wajah Kamal yang merajuk membuatkan Zikir ingin muntah, sumpah geli.

Tapi normal bagi lelaki yang bakal bergelar bapa seperti Kamal, mengidam dan segala jenis alahan ditanggung olehnya itu yang manja tanpa batas tu.

"Ini terus menetap di sini ke?" Soal Tiara sambil memandang wajah Zikir dan Misha silih ganti.

Misha memandang Zikir lalu mereka mengangguk dan tersenyum, akhirnya jumpa juga orang yang sesuai untuk menjaga syarikat di luar negara.

"Alhamdulillah, bolehla nak jumpa selalu. Eh Rais dengan Aisyah dah tahu?"

"Kami balik diam-diam ni, nanti nak surprisekan dia hehe.."

"Jom pergi rumah Rais?" Ajak Kamal tiba-tiba.

"Awak okay tak? Ke penat?" Soal Zikir kepada Misha.

Mereka baru sahaja sampai dengan beg pakaian yang berat, tak sempat jejak rumah lagi terus Kamal ajak makan ketika menjemputnya.

"Larat, tapi saya kene tukar pampers dan susukan Wafie sekejap, boleh?"

"Boleh, saya dengan Zikir tunggu sini." Jawab Kamal.

Tiara pantas berdiri menolong Misha mengangkat beg pakaian Wafie, manakala Wafie yang sedang ketiduran didukung oleh Misha dan mereka berlalu ke tandas.

Selepas memastikan para isteri hilang dari pandangan, Kamal mendekat diri dengan Zikir.

"Eh kau ni aku debik juga kang, kau nak apa menempel kat orang ni?" Garang Zikir.

"Nak gosip lah, ish!" Kamal memuncungkan bibirnya.

Sumpahla Kamal, rasa macam nak tumbuk je muka lelaki ni, nasib member.

"Kau tahu pasal Khalif?"

Zikir mengerut dahi sebentar, cuba mengingati.

"Ouh budak punk tu?"

Laju Kamal mengangguk,

"Ha kenapa dengan dia?"

"Dia sebenarnya dah ada anak tau.."

"Anak?"

"Haah, tapi aku tak tahu sangat ceritanya jadi jap lagi kita tanya Rais jela."

Zikir hanya mengangguk, lalu secawan kopi diangkat dan dihirup perlahan.

"Takde baby dari luar negara ke?"

Soalan Kamal membuatkan Zikir tersedak, aih budak ni memang mintak kene pukul.

***

"Assalamualaikum, kum, kum.." Laung Kamal kuat.

Tiara hanya menggelengkan kepala, nak sorok mana lagi muka dapat suami perangai tak semenggah macam ni?

"Yakin ke Rais dengan Aisyah ada kat rumah?" Soal Misha.

Kamal melihat jam tangannya,

"Dah pukul 6 petang ni, biasa diorang dah balik."

Nak tengok kereta Rais dan Aisyah, kadang mereka parking di garage tertutup jadi tak tahu tuan rumah ni ada ke tidak.

Tiba-tiba kereta Honda milik Rais memasuki,

"Hah! Tu pun!" Jerit Kamal teruja.

Ya Allah, harapnya anak kami tak macam tu, doa Tiara.

"Sobat!!!" Jerit Rais teruja turun dari kereta dan berlalu ke arah Zikir.

"Eh asal kau peluk dia je?" Soal Kamal tak berpuas hati.

"Kau kan aku dah selalu peluk."

"Mana aci pilih kasih!"

"Yelah- yelah.." Mereka bertiga berpeluk sambil terloncat-loncat bahagia.

"Tiara, jangan tengok nanti anak awak follow bapak dia naya jee."

Aisyah memegang bahu Tiara seolah memberi kekuatan untuk bersabar. Pintu rumah dibuka oleh Aisyah, lalu Raisyah di dalam kereta yang sedang nyenyak tidur diangkat masuk ke dalam rumah.

"Jemput la masuk." Pelawa Aisyah.

Tiara dan Misha yang sedang menggendong Wafie pantas masuk.

Tup!

Jeritan mereka bertiga terhenti dan memandang ke arah pintu yang ditutup. Rais cuba membuka pintu namun terkunci.

"Sayang! Tak lawak la main kunci-kunci ni!" Jerit Rais sambil mengetuk pintu rumahnya.

Mendengar tawa persatuan bini-bini di dalam membuatkan mereka mengeluh.

"Ini semua salah kau Zikir." Kamal menunding jari ke arah dada Zikir.

"Eh apahal aku pulak?"

"Takde, semua salah kau! Baby! Bukak pintu, abang penat ni!" Rayu Kamal sambil berlutut di depan pintu.

Drama king sungguhla.

"Kita baru sampai ni Yang, bukak la pintu ni haa.." Laung Zikir pula.

"Raisyah, bukak la pintu ini anak ku, babah mu mau masuk."

Apa dia ingat Raisyah tu sampai ke? Berdiri pun tak betul lagi budak tu.

"Akak, tak jahat ke buat macam tu kat diorang?" Soal Tiara risau.

"Jahat la jugak, tapi takpe kejap lagi akak bukak, biar diorang kat depan tu nak sangat berpeluk menjerit sakan."

Misha hanya tergelak, adoila petang-petang macam ni. Tiara hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas sofa.

Tak larat bawak perut.

Tanpa sedar mereka lupa akan para suami di luar,

Paling mantap.

***

"Khalif dah sedia."

"Sedia?" Soal Tak Sri Ahmed pelik.

"Ya, Khalif dah sedia."

"Apa benda yang kamu dah sedia?"

Khalif mengeluh kuat,

"Khalif dah sedia nak ambil alih syarikat abi."

"Eh tumben kamu?" Soal Umi yang baru sahaja keluar dari dapur bersama sebuah teko air dan beberapa gelas cawan.

"Khali serious ni umi, tak main-main." Wajah dikerutkan lagi tanda dia betul-betul serious.

"Okay, cuba bagitahu umi kenapa? Tiba-tiba takde angin, takde ribut ni?"

Puan Sri Khalisa melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan suaminya, air kopi yang masih panas dituang ke dalam cawan.

"Minum bi." Tan Sri Ahmed menyambut cawan yang dihulur sebelum memberi sebuah senyuman.

"Khalif nak kumpul duit."

"Iya umi tahu, tapi atas sebab apa?"

"Sebab Khalif nak kahwin."

Puffff!!

Habis tersembur air kopi yang dihirup oleh Tak Sri Ahmed. Puan Sri Khalisa mula menepuk belakang suaminya bagi menenangkan batuk yang semakin kuat.

"Dah, abi dah okay."

"Kamu serious la Khalif? Kamu jangan main-main boleh tak?" Soal abi dengan wajah tegang.

"Khalif tak main-main abi, Khalif betul-betul nak kahwin." Tangan siap diangkat menunjukkan kesungguhan.

"Siapa perempuan tu?"

"Hanum.."

Puan Sri Khalisa mengerut dahinya, jangan cakap..

"Hanum yang kamu rosakkan dulu tu?"

"Umi tahu?" Soal Khalif terkejut.

Macam mana umi boleh tahu?

"Dah waktu kamu ke luar negara, dia datang cari kamu selalu, jadi betul ke? Umi ingat nak call tanya, tapi tak lama lepastu dia terus hilang tak pernah datang dah. "

Khalif menunduk, sebegitu rupa Hanum mencarinya tapi dia?

"Kenapa umi tak beritahu Khalif dari awal? Dia mengandung umi, anak Khalif. "

Pufff!!

Lagi sekali Tan Sri Ahmed tersembur.

***









Dalam kiraan

3

2

1

...

Saya cantik!!!

Continuă lectura

O să-ți placă și

236K 15.9K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
2K 76 54
Helena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu...
101K 4.3K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
3.2M 282K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...