Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

Door syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... Meer

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 24

22.1K 1K 84
Door syza_ra


AAIRA dan Syafiqah sudah siap mengemas beg, hari ini merupakan hari terakhir mereka di kem tapi mereka akan pulang ke kuala lumpur esok.

Petang tadi kakitangan hospital membuat sedikit majlis untuk perpisahan mereka, lebih kurang 15 orang doktor dari luar yang diraikan termasuk Aaira dan Syafiqah

"dah siap kemas barang?" kak Afiya yang kebetulan lalu di hadapan bilik mereka, menegur

"dah kak" jawab Syafiqah, kak Afiya mengeluh perlahan, dia masuk dan duduk di birai katil.

Aaira mendekati kak Afiya dan duduk di sebelahnya

"kenapa akak murung je?" tanya Aaira, Syafiqah mula mendekati mereka berdua dan duduk di sebelah kak Afiya

"akak sedih, korang dah nak balik padahal abang Hanif lagi 3 minggu baru balik, mesti akak sunyi nanti" luah kak Afiya.

Aaira jadi sedih kalau bukan kerana tugas, sudah pasti dia akan menemani kak Afiya

"akak jangan sedih sedih, kitaorang janji bila ada cuti, kitaorang datang melawat akak" pujuk Aaira.

Syafiqah mengangguk mengiyakan kata kata Aaira

"korang janji eh datang melawat akak, rumah ni sentiasa terbuka untuk Aaira dan Syafiqah" kata Afiya

"ya kak kitaorang janji, dah akak jangan sedih sedih nanti baby pun sedih kat dalam tu" Aaira cuba bergurau untuk menceriakan kak Afiya

"hahahahaha... Aaira ni ada je lawak dia" akhirnya kedengaran gelak tawa kak Afiya.

Afiya memeluk Aaira dan Syafiqah walaupun sedih untuk melepaskan mereka berdua tapi Afiya faham kerjaya mereka sebagai seorang doktor















"KAU tak nak jumpa captain Luth buat kali terakhir?" Syafiqah memandang wajah Aaira, murung saja mukanya

"tak, cukup lah tiga hari ni aku dah intai dia, aku dah puas hati, lagipun aku masih tak mampu jumpa dia lepas kes jogging haritu" jawab Aaira

"kau akan berhenti berharap atau masih nak teruskan?" Syafiqah ingin tahu

"kau ingat senang aku nak mengalah, aku takkan lepaskan lelaki sebaik Luth, cuma sekarang aku perlukan masa untuk healing" seorang Aaira masih lagi bersemangat

"aku yakin dia suka aku cuma dia keliru plus dia malu nak luahkan semua tu" sambung Aaira

"aku sentiasa sokong kau okay babe, jangan risau" Syafiqah mengusap kepala Aaira














Keesokan harinya...

AAIRA sudah siap memasukkan beg ke dalam bonet tapi yang dia pelik Syafiqah masih belum turun, sudah hampir 20 minit dia di bawah tapi batang hidung Syafiqah tak muncul muncul.

Nasib baik harini mereka diberi cuti khas dari doktor Hisyam kalau tak terkocoh kocoh mereka nak balik ke kuala lumpur.

Akhirnya Syafiqah turun dengan beg roda diikuti dengan kak Afiya di belakang.

Syafiqah yang sudah sampai ke kereta memasukkan luggage ke dalam bonet kereta Aaira, dia perlahan lahan mendekati Aaira

"Aaira nanti berhenti dekat pejabat kem tau" pinta Syafiqah.

Aairamemandang pelik ke arah sahabatnya

"kenapa?" Aaira menyoal

"aku nak pulangkan cable phone yang aku pinjam dekat Arshad 2 hari lepas" kata Syafiqah

"ouhh...ok, kejap lagi kita singgah" Aaira kemudian mendekati kak Afiya

"kak, Aaira balik dulu tau kirim salam dekat abang Hanif nanti bila dia dah balik, kalau ada masa Aaira datang bawa Syafiqah dengan mama tau" Aaira kemudian mencium tangan Afiya dan memeluk wanita yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri dengan erat.

Afiya mengalirkan air mata dan membalas pelukan Aaira, selalunya dia tak menangis tapi kali ini dia terlebih sensitif mungkin kerana mengandung.

Selepas itu Syafiqah pula datang mendekati Afiya untuk bersalam, tapi kenapa dia rasa macam nak minta maaf masa pagi raya

"akak Iqa nak ucap terima kasih dekat akak sudi terima Iqa sebagai tetamu dalam rumah akak bagi Iqa makan free, tumpang tidur free, terima kasih tau kak" ucap Syafiqah

"apa cakap macam tu, akak dah anggap Iqa macam adik akak sendiri,macam mana akak sayang Aaira macam tu lah juga akak sayang Iqa. Nanti senang senang datang tau ikut Aaira balik sini" seperti apa yang Aaira buat Syafiqah juga turut memeluk Afiya,

tapi dia tak menangis cuma rasa sebak nak berpisah dengan orang sebaik kak Afiya, untung abang Hanif dapat kak Afiya sebagai isteri.

Sudah lah cantik, baik, peramah pula tu

"bye kak, assalamualaikum" lambai Aaira dan Syafiqah.

Afiya membalas lambaian mereka "waalaikumusalam, hati hati bawa kereta"

"dah sampai ni, turun lah" arah Aaira bila keretanya berhenti betul betul di hadapan pejabat tentera kem ini

"alaaa kau taknak teman aku ke, jom lah aku segan nak masuk sorang" ajak Syafiqah

"aku malas lah, lagipun kalau kita berdua turun, nak kena cari parking pula, kau jela turun" dia memang malas nak keluar dan dia tak nak terserempak dengan captain Luth Haiyyan

"please, kau tak sayang aku ke" Syafiqah mula merengek macam budak budak.

Aaira yang malas nak dengar rengekan Syafiqah, terus bersetuju

"yela yela kita cari parking dulu" Aaira menurunkan handbreak kereta dan mencari parking

"assalamualaikum" Syafiqah memberi salam kepada petugas yang menjaga di bahagian meja penyambut tetamu

"waalaikumsalam, ya boleh saya bantu?" tanya petugas itu

"saya nak cari captain Arshad Shah, dia ada tak?" jawab Syafiqah

"ouhh... dia ada, sekejap ya saya call dia" petugas itu baru sahaja nak mengambil ganggang telefon untuk menelefon Arshad tapi Arshad dah muncul dulu

"Syafiqah" panggil Arshad yang berjalan ke arah mereka bersama Luth Haiyyan.

Bila Aaira nampak je Luth terus dia menyorok di belakang Syafiqah dan cepat cepat dia mengeluarkan telefon, buat buat busy

"mana saya punya cable" Arshad menghulurkan tangan

"sabar lah, kan saya tengah cari ni" kata Syafiqah sambil menyeluk beg tangan

"ha jumpa, nah" Syafiqah meletakkan cable di atas tangan Arshad

"korang berdua nak pergi mana?" tanya Syafiqah

"ouhh kitaorang nak keluar kejap ada hal" Arshad lihat Luth di sebelah, sibuk memerhati Aaira yang sedang khusyuk melihat telefon bimbit di tangan

'dia marah ke dekat aku sampai muka aku pun dia taknak pandang, tapi haritu dia cakap dia takkan putus asa' Luth berkata dalam hati

"ehem ehem Aaira busy sangat dengan telefon tu, chat boyfriend ke?" Arshad saja menarik perhatian Aaira, dia tahu kalau bukan dia yang mulakan Luth akan pandang saja Aaira

"eh tak ada lah, saya whatsapp dengan mama saya, dia tanya dah gerak ke belum" kata Aaira matanya hanya memandang Arshad tak menoleh langsung ke arah Luth, walaupun hati ni nak sangat memandang lelaki itu sebelum mereka berpisah

"okay lah, kitaorang gerak dulu" pamit Syafiqah

"okay hati hati bawa kereta Aaira" Luth ingin berkomunikasi dengan Aaira.

Tapi Aaira hanya mengangguk kepala sahaja tanpa memandangnya, kemudian mereka berdua menuju ke kereta.

Luth mengeluh perlahan melihat Aaira berlalu, dia tak tahu sama ada wanita itu marah akan dirinya atau tidak tapi bila melihat gaya Aaira, Luth rasa Aaira mungkin perlukan masa















"AKU tengok Aaira tadi langsung tak pandang muka kau" Arshad memulakan bicara selepas mereka selesai melatih pelatih baru

"aku pun perasan tadi" jawab Luth perlahan

"tula kau, siapa suruh tolak dia" perli Arshad kemudian dia cepat cepat berjalan meninggalkan Luth di belakang.

Orang dah suka kau tolak, nasib kau la Luth











MALAM itu, Aaira berehat di dalam bilik sambil membaca buku genre fiction, fantastic beast karya J.K Rowling.

Rindu betul dia dengan biliknya selepas 2 minggu di kem

'tuk' 'tuk' 'tuk'

bunyi pintu diketuk membuat bacaan  Aaira terhenti

"masuk lah pintu tak kunci" terjengul kepala abangnya, Aarif

"ya allah adik abang dah balik rindu betul dekat kau, Aaira" Aarif berua ura mahu memeluk Aaira namun cepat cepat tangannya di tampar

"hmmm yela rindu, abang cuma rindu nak buli Aaira je kan" luah Aaira

"hahahahah...mana ada la, abang betul rindukan kau" jawab Aarif kemudian dia melabuhkan punggung di atas katil

"so how? bertugas dekat sana? okay? mestilah okay kan, dekat dengan crush" baguslah, dia yang tanya dia yang jawab

"hmmm okay lah dapat pengalaman baru, kawan kawan baru" balas Aaira dia malas nak ceritakan perihal Luth pada abangnya, tak ada mood

"aikk itu je takkan pengalaman lain tak dapat, contohnya dapat boyfriend ke, come on lah dik duduk situ 2 minggu, takkan tak rapat lagi dengan Luth kesayangan kau tu"

"rapat je tapi kitaorang masih kawan, tak ada hubungan istimewa" Aaira jujur,

Luth pun tak suka dia ,boyfriend apa kalau dah kena tolak

"kau ni lambat bertindaksebab tu kau melepas" Aarif saja nak sakitkan hati Aaira

"apasal pula Aaira, sepatutnya lelaki dulu yang kena mulakan langkah" Aarif tersenyum umpan dah mengena

"dah kau yang syok dekat dia, kau lah yang kena tackle dia dulu" Aarif menambahkan lagi amarah Aaira

"ish dah la abang keluar, malas Aaira nak layan abang" Aaira baring dan satu badanya dia bungkus dengan selimut, malas nak layan abangnya yang sewel itu

"ish orang nak bagi semangat, bukan nak sakitkan hati" geram je Aaira dengar abang dia cakap macam tu

"tipu, itu bukan semangat tapi nak mematahkan semangat, dah keluar" kata Aaira dari dalam selimut, dia halau abangnya sekali lagi dan berharap Aarif dah keluar

"hishh, nak gurau sikit pun tak boleh, abang bagitahu mama" Aarif bangun dari katil Aaira dan bergerak menuju ke arah pintu tapi semasa nak tutup pintu itu sengaja dia hempas kuat biar Aaira lagi sakit hati

"ishh tak guna punya abang habis roboh pintu aku" kutuk Aaira, dia keluar dari selimut dan sambung bacaannya yang tergendala tadi sambil menyumbat wireless earphone.

Dia mendegar lagu di playlist favouritenyanya

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

830K 30.5K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐚𝐞𝐞𝐪 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧�...
569K 19.5K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
152K 13.5K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
12.4K 664 46
" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga...