HI, ENCIK PROFESSOR!

De Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... Mai multe

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 6

3.9K 434 162
De Angel_k20

Qarizh menutup telinganya dek jeritan Aralyn yang maha kuat mengetuk gegendang telinga. Aralyn ni, suaranya kalau menjerit tu kalah nada suara penyanyi yang boleh menyanyi dengan nada tinggi selama berjam-jam tu!

"Kau ni tak letih ke menjerit kuat-kuat?" marah Qarizh lalu mencapai kuih pau yang disediakan oleh Mona lantas menyumbatnya ke dalam mulut Aralyn.

"Emm! Em!" jerit Aralyn dengan mulut penuh tertutup oleh kuih pau.

"Em... ap... emm sedap. Kau beli kat mana ni?" Aralyn yang sedari tadi menjerit terus terdiam apabila kuih pau yang disumbat ke dalam mulutnya itu digigit. Sempat pula dia memuji keenakan kuih itu dengan mulut penuh. Dua kali gigit, habis ditelannya tanpa sempat mengunyah 40 kali kunyahan seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Ternganga Qarizh melihatkan aksi makan tidak senonoh seorang Aralyn Awliya. Ni orang perempuan atau raksasa betina yang makan pelahap macam kebuluran setahun? Sudah la pelahap, comot pula. Memang tak boleh dibuat isteri langsung!

"Nak sebiji lagi," kata Aralyn sambil membuat muka comel dengan mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali kepada Qarizh yang memandangnya dengan riak wajah bengang. Sengaja cari pasal dengan Aralyn Awliya kan, memang mendapatlah Qarizh melayan budak tidak matang ni.

Qarizh mendengus seraya melabuhkan punggungnya di sofa. Sengaja dia tidak mengendahkan permintaan Aralyn yang nampak sangat mengada-ngada padahal Mona elok je berdiri tegak macam patung cendana di sebelah gadis itu. Ambil jelah sendiri, tangan kan ada?

"Huh," cebik Aralyn lalu turut sama melabuhkan punggungnya di sofa yang bertentangan dengan Qarizh apabila permintaannya tidak dilayan. Sebelum duduk, sempat tangannya mencapai tiga biji pau berinti kari daging dari pinggan plastik yang ditatang oleh Mona lalu sebiji disuakan ke mulut manakala dua biji lagi dipegang dengan tangan kanan dan kirinya.

'Gadis ni tak semenggah langsung!' cemuh hati Qarizh lalu dia juga mencapai sebiji pau dari pinggan yang kini diletakkan di atas meja kopi.

'Emm... sedap. Tak hairanlah kalau minah ni melantak macam dinasour Giganotosaurus tak makan setahun!' kata hati Qarizh lagi sambil mulutnya juga tidak berhenti-henti mengunyah kuih pau.

"Kau datang sini kenapa sebenarnya?" tanya Aralyn sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

"Apa lagi? Nak bawa kau keluar ke site la," balas Qarizh dengan selamba.

Aralyn mencebik melihatkan gaya selamba Qarizh. Entah kenapa, hatinya mendidih je melihatkan riak tenang jejaka di hadapannya ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Qarizh ni dah lupa ke yang dia tu mengaku jadi The King? Amboi sesedap rasa je mengaku diri sendiri The King? Tak layak la!

"Kau bukan The King." Tiba-tiba, Aralyn menuturkan ayat itu seraya menjelingnya dengan pandangan tajam menikam.

"Memanglah aku bukan The King sebab aku The Prince, anak abah aku. Kalau aku dah kahwin barulah aku The King, ketua keluarga aku. Faham?" balas Qarizh dengan riak selamba.

"Yang tadi kau cakap kau tu The King kenapa?" soal Aralyn tak nak kalah.

"Sebab Mona cakap kau dah gila angaukan The King dan cara untuk menghentikan angau kau ialah dengan mengaku diri sendiri ialah The King. Puas hati?" balas Qarizh seraya tersenyum sinis memandang riak wajah Aralyn yang berubah rona.

"Mona!" pekik Aralyn sambil bercekak pinggang. Marah!

Mona yang bersembunyi di sebalik meja kerjanya terus menekur meja lalu merendahkan sedikit badan dan meninggalkan hanya sanggul tingginya sahaja tersembul di sebalik komputer. Gerun hatinya apabila Aralyn Awliya mengamuk.

Aralyn mengipas-ngipas mukanya dengan menggunakan tangan. Panas ni panas! The King yang dia nampak semalam tu sangat cool dan cold, handsome walaupun muka tertutup separuh, tegap, sado, aura dia tu wah... boleh angau berkali-kali Aralyn memikirkannya. Suara dingin dia tu pun sedap je didengar. Tapi Qarizh di depannya ni? Dah la tak handsome, annoying pula tu! Aralyn mencebir di dalam hati sambil otaknya ligat merangka apa tindakan seterusnya yang mahu buat untuk jejaka di depannya ini.

"Kau dah siap makan kan? Cepatlah nanti suasana semakin gelap pula," kata Qarizh lagi sekali gus menghentikan peperangan lalu dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluarnya.

Aralyn menjulingkan matanya melihatkan gelagat Qarizh. Memang menyakitkan hati betul la mamat ni. Sebelum ini dia tidak pernah diarah tetapi dia yang selalu mengarah anak buahnya. Tapi hari ni? Mahu saja dia campakkan jejaka 182 cm tu jatuh gaung!

"Dah siap mengata aku? Dah jom nanti gelap mak lampir cekik kau pula," kata Qarizh dengan selamba lalu menghadiahkan kepada Aralyn jelingan maut. Hah, macam la dia tak tahu yang Aralyn di depannya ini memang tengah mengatanya kaw-kaw di dalam hati.

Aralyn bangun dari sofa dengan menarik muncung sedepa lalu tanpa sepatah kata, dia mendekati Qarizh lalu menyepak betis jejaka itu sekuat hati lantas berlari naik ke tingkat atas dan meninggalkan jejaka itu termengaduh serta terhincut-hincut sendirian. Dalam berlari naik menapak ke anak tangga tingkat atas, sempat dia berpaling ke arah Qarizh lalu menjelirkan lidahnya buat jejaka itu yang memandangnya dengan pandangan tajam.

"Padan muka!" ejek Aralyn lalu berlalu masuk ke biliknya dengan sengaja menyanyi sekuat hati. Suara sumbang pun tak apa, asal mamat tu bertambah bengang lagi. Aralyn ketawa jahat di dalam hati lalu menghempaskan pintu biliknya dengan sehabis tenaga.

Bam!

Qarizh yang menyaksikan aksi menjengkelkan hati gadis itu menggeleng kepala. Telatah Aralyn yang memang kebudak-budakan dan memang betullah apa yang Pak Sunya cakap tempoh hari. Gadis bernama Aralyn Awliya ni macam lembu liar yang sukar dijinakkan, tetapi awas! Jikalau dah jinak, perangainya akan macam kucing Parsi pula. Comel dan manja. Semua ni gila!

"Ehem!" dehem Riyad sambil membetulkan cermin matanya yang terlorot ke hidung dek terkejut dengan bunyi kuat hempasan pintu. Bergegar rumah usang ini apabila sejurus sahaja Aralyn menhempas pintu, bunyi kaca pecah berderai pun kedengaran. Confirm cermin sisip angin tingkat atas yang dah sipi-sipi terlekat di rangka cermin yang kedudukannya bagai telur di hujung tanduk tu akhirnya bertemu ajal juga.

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...

"Jadi, apa patut kami panggil err... encik? Abang? Bos?" soal Riyad dengan tersengih-sengih.

Qarizh mengerutkan dahi mendengar soalan daripada Riyad? Bos? Tak best la sebab panggilan 'Bos' tu dekat-dekat dengan kod nama Rayyan iaitu 'Boss'. Tak boleh!

"Just call him Prof," sampuk Amirul sambil menayangkan dua batang jari telunjuk dan jari tengahnya lalu ketawa terkekek-kekek. Isyarat 'peace'. Bila lagi kan nak kenakan profesornya yang seorang ni? Asyik dia je yang kena, tak adillah.

Qarizh menjeling kepada Amirul dengan pandangan sinis. Oh, nak kenakan dia ya? Tak apa tengoklah nanti apa dia akan buat kepada budak nakal ni.

"Ya, panggil aku Profesor. Panggil dengan ejaan penuh, Profesor. Kau pun sama Amirul, panggil aku Profesor." Hambik kau Amirul! Qarizh ketawa jahat di dalam hati apabila melihatkan riak muka Amirul yang tiba-tiba berubah pasrah dan redha. Tadi galak sangat...

"Tapi Prof..." Amirul cuba membantah sekali lagi tetapi bantahannya terus dicantas laju oleh Qarizh yang memandangnya dengan pandangan mencerlung tajam.

Gulp!

Amirul terus menunduk lalu perlahan-lahan duduk di atas sofa lantas menyambung kembali menuam pipinya dengan ais. Padu gila sepakan Aralyn sampai sekali sepakan terus lebam pipinya. Nasib baik ada ratu kebaya cantik Cik Mona Edora yang baik hati menghulur bantuan dengan memberikannya sepaket ais untuk menuam pipi.

"Riyad dan Mona, korang berdua dah boleh mula untuk ke lapangan terus pagi esok. Jacky, buat seperti yang aku arahkan dengan segera." Qarizh mula memberikan arahan mandatori kepada anak buah Aralyn bertiga. Ingat dia mahu? Kalau tidak disebabkan amanah dari dekan fakultinya Prof. Dato' Dr. Hisham ayahnya si Aralyn ni, memang haramlah dia nak jejak ke sini bertemu dengan manusia pelik-pelik ni.

"Baik, Profesor," jawab Jacky, Mona dan Riyad serentak.

"Err..." Amirul yang sedang menuam pipinya tiba-tiba menyampuk dan mengangkat tangan.

"Saya nak kena buat apa?" tanyanya lagi sambil tersengih-sengih.

'Oh, offer diri?' detik hati Qarizh lalu tanpa isyarat, mulutnya mengukir senyuman semanis madu kepada Amirul.

********************

Aralyn memeluk tubuh di kerusi penumpang sebelah pemandu. Dalam berpeluk tubuh, kakinya tidak berhenti-henti menguis karpet kereta mahal milik Qarizh itu. Qarizh yang kekal tenang memandu di sebelahnya dijeling dengan penuh rasa tidak puas hati.

"Aku cakap dengan kau ni," marah Aralyn lalu berpaling kepada Qarizh. Amirul yang menjadi penonton drama free di kerusi belakang hanya dipandang dengan kerlingan hujung anak mata. Persetankan Amirul, yang penting setan di sebelahnya ini mesti dituntut penjelasan!

"Cik Araly janganlah marah. Mirul takut," kata Amirul dengan serba salah. Bukanlah niatnya mahu menyampuk pergaduhan dua orang merpati dua sejoli ni tetapi entah kenapa, dia yang dipaksa ikut ke tempat 'special' oleh Qarizh ni merasa tidak senang duduk pula. Aura yang menyelubungi kereta mewah ini bukan kaleng-kaleng gelapnya dan sangat tidak keterlaluan jikalau dia mahu mengatakan yang peperangan bakal meletus sekejap lagi.

"You shut up!" marah Aralyn kepada Amirul lalu dia menumpukan semula perhatiannya kepada Qarizh.

"Siapa kau tiba-tiba claim kau tu bos aku? Padahal, terang lagi bersuluh tertera di sijil perakuan perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia tu syarikat Guardian of Life tu milik aku. Aku pemilik tunggal," kata Aralyn dengan muka masam mencuka.

Qarizh hanya membiarkan sahaja Aralyn meluahkan kemarahannya tanpa ada niat sedikit pun mahu menyimbah minyak ke atas api yang sedang marak membakar. Bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Sarah di hujung earbudnya lagi seronok didengar berbanding dengan bebelan Aralyn yang tidak berkesudahan sejak naik kereta sampailah sekarang. Aralyn ni kalau bagi kat dia tugas MC, agak-agaknya 24 jam boleh bercakap tanpa henti.

"Qarizh...!" tekan Aralyn. Semakin marah.

"Encik Tunang Abang Sayang!" panggil Aralyn dengan gigi dikacip rapat.

"Ya Sayang," balas Qarizh seraya memberhentikan kereta di pinggir jalan. Setelah elok kereta berhenti, Qarizh berpaling kepada Aralyn dengan senyuman sinis terzahir di bibir.

"You should'nt call me like that," ejek Qarizh lalu ketawa keras lantas keluar dari keretanya. Puas hati dapat mengenakan Aralyn.

"Aahhhhhhh!" jerit Aralyn sekuat hati sehingga memaksa Amirul yang berada di belakang menutup telinga dengan kedua-dua belah tangan. Akhirnya, lahar gunung berapinya meletus jua dek kerana seorang Qarizh Zahwan!

Ktak. Bum!

Selang lima minit setelah Qarizh keluar dari keretanya, dia kembali masuk ke kenderaannya itu dengan membawa empat gelas plastik CoolBlog berperisa coklat. Satu gelas dihulurkan kepada Amirul dan dua gelas lagi kepada Aralyn yang menyambutnya dengan muka merah padam. Tanpa ucapan terima kasih dilontarkan buat Qarizh, Aralyn kemudiannya menikam sekuat hati penutup lutsinar gelas itu dengan menggunakan muncung tajam straw.

Tikaman gelas pertama adalah tikamannya ke perut Qarizh. Tikaman pada gelas kedua ialah tikamannya pada dada jejaka itu. Walau hanya dalam bayangan, dapat berangan menyakitkan profesor itu guna tu pun sudah cukup puas hati!

Qarizh hanya memerhatikan sahaja tingkah Aralyn dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Papa si Aralyn sebenarnya sudah siap berpesan kepadanya bahawa Aralyn tu sejenis yang happy go lucky tetapi dalam cerianya itu, terselit satu perangai hodoh yang entah dari mana diwarisi iaitu suka membentak jika kehendaknya tidak dipenuhi. Anak tunggal manja macam itulah. Jika Aralyn mula memberontak, caranya hanya satu je untuk mengembalikan semula mood cerianya iaitu bagi dia apa-apa saja makanan atau minuman asalkan berperisa coklat.

Coklat terbukti dapat memacu perasaan gembira, ceria dan bahagia kepada pemakannya. Ini kerana, terdapat lebih dari 300 bahan kimia semula jadi yang terkandung di dalam coklat seperti contoh phenylethlyamine, tryptophan, dan anadamide. Ketiga-tiga bahan ini berperanan untuk meningkatkan tahap kecerdasan dan keseronokan dan membuatkan pemakannya merasa bahagia. Phenylethlyamine juga digelar 'ubat cinta' kerana ia boleh membuatkan perasaan pemakannya seperti sedang dilamun cinta.

Tidak mahu terus melayan ulah Aralyn yang nampak semakin okey selepas meminum air coklat, Qarizh terus menumpukan kepada pemanduannya dan keadaan menjadi semakin hening apabila Aralyn kini sudah tidak marah-marah. Kini, gadis itu ralit membelek gambar-gambar mayat yang penuh mengerikan di telefonnya dan mulutnya pula tidak henti-henti menyedut CoolBlog. Sunguh, Aralyn Awliya ni memang seorang yang sangat pelik!

Setelah sejam memandu dari G.O.L, kini mereka bertiga sampai di destinasi yang ingin dituju iaitu kawasan perumahan di mana kes pembunuhan yang mayat dijumpai di dalam dinding rumah. Qarizh mengerling sekejap jam tangannya lalu tanpa bicara, dia mengisyaratkan kepada Aralyn dan Amirul agar mengikut langkahnya.

Waktu sekarang ialah jam 6 petang. Sepatutnya, mereka sampai lebih awal dari tadi tetapi disebabkan Aralyn buat hal dan kebetulan azan Asar pun sudah berkumandang, mereka bersolat Asar terlebih dahulu di pejabat itu sebelum memulakan perjalanan ke sini. Solat kan, tiang agama Islam. Jika tidak solat, maka runtuhlah agama seseorang itu. Solat adalah perkara pertama yang dihisab oleh Allah ketika hari Akhirat kelak.

Suasana rumah yang ditinggalkan itu terasa agak menyeramkan. Menurut Sarah, sejurus selepas penemuan mayat itu, penyewa rumah yang juga orang yang menjumpai mayat itu terus berpindah rumah. Termasuk hari ini, sudah 40 hari rumah itu dibiarkan kosong tanpa jejak manusia. Pita kuning yang bertanda 'POLICE LINE DO NOT CROSS' pun masih elok terentang di sekeliling tempat kejadian.

"Prof, kita masuk ni tak dikira menceroboh ke?" tanya Amirul dengan penuh rasa was-was.

"Tak pun sebab kita ada surat kebenaran dari pihak polis," jawab Qarizh pendek seraya menapak masuk ke dalam pagar rumah lalu berhenti di muka pintu.

"Prof tak takut ke? Nampak macam ada benda tak baik kat sini," kata Amirul sambil merapatkan dirinya kepada Qarizh. Sempat pula hujung baju T-Shirt yang dipakai oleh Qarizh itu ditarik kecil.

"Kau ni jantan ke pondan hah penakut sangat ni?" tanya Qarizh dengan muka sengaja digarangkan. Tergeletek pula hatinya melihat gerak laku Amirul yang nampak takut-takut untuk masuk ke dalam rumah. Takut hantu la tu...

Amirul akhirnya mengalah apabila dikata sebegitu rupa oleh Qarizh. Nasib badan la apabila celupar sangat mulutnya bertanya kepada Qarizh apa tugas yang perlu dilakukannya juga ketika profesor itu sibuk mengagihkan tugas kepada Mona, Jacky dan Riyad tadi. Jawapan yang diberi oleh Qarizh kepadanya memang sangat-sangat membuatkanya mahu terjun gaung pada masa itu juga!

'Kau, jadi assitant aku. Petang ni kau ikut aku dan Aralyn ke site pembunuhan yang mayat dijumpai di disimen ke dalam dinding. Kes ni kan, kau dah belajar dalam kuliah hari tu? Oh lupa, kau tidur dan assigment dua muka surat tu pun kau tak hantar lagi. Jadi, anggaplah ni assignment kau.' Amirul terhenyak mendengarkan arahan Qarizh. Sungguh, dia lupa nak menghantar laporan tugasannya kepada profesor itu kelmarin. Nasib la badan...

Kreak...

Qarizh membuka pintu rumah dan sebelum melangkah masuk, dia memberikan salam kepada 'penghuni' rumah itu dengan lafaz assalamu'alaina wa'ala 'ibadillahis solihin yang bermaksud 'salam bagi diri kami dan salam bagi diri hamba Allah yang soleh'. Sebenarnya, sangat dianjurkan untuk memberi salam dengan salam ini ketika mahu masuk ke dalam rumah kosong yang sudah lama tidak berpenghuni.

Bukan apa, dunia ini bukan sahaja manusia yang menghuninya bahkan jin dan syaitan serta makhluk Allah yang lain pun turut menjadi sebahagian dari isi dunia. Jadi, dengan memberi salam seperti itu, ia adalah adab yang dituntut bagi menghormati makhluk-makhluk Allah SWT selain daripada manusia yang berkemungkinan tinggal di tempat tersebut. Jika syaitan yang ada di tempat itu ketika kita memberi salam, maka salam itu akan memedihkan syaitan seterusnya membuatkannya lari dari situ.

"Kenapa kau tak bagi Jacky ikut sekali?" tanya Aralyn sambil matanya serius memandang ke serata arah kawasan ruang tamu.

"Dia tu penakut sangat," jawab Qarizh dengan selamba.

"Mana kau tahu?" balas Aralyn.

"Huh," cebik Qarizh lalu melangkah masuk ke bilik di mana mayat dijumpai, meninggalkan pertanyaan Aralyn digantung tidak bertali.

"Hish, orang tanya ni jawab la!" bebel Aralyn lalu dia turut sama mengekor Qarizh masuk ke dalam bilik diikuti dengan Amirul yang kini berdiri bulu roma.

Seram betul rumah ni dirasakannya sekarang, seperti ada mata yang memerhati. Sekilas tadi dia ternampak ada biasan bayang hitam di cermin yang tergantung di ruang tamu. Dia mahu memaklumkannya kepada Qarizh tetapi dia sendiri tidak pasti apa benda itu. Mungkin, hanya perasaannya sahaja. Amirul terus menepis perasaan takutnya itu jauh-jauh lalu cuba menguatkan hatinya sendiri.

"Kau nampak tak ni?" tanya Qarizh kepada Aralyn yang sedari tadi menjengul-jengulkan kepalanya ke arah yang diteliti pandang oleh Qarizh. Dirinya yang memang pendek itu memang sangat tidak memberikannya manfaat apabila berdepan dengan manusia berketinggian 182 cm ni.

Bagai memahami lagak Aralyn, Qarizh membuka ruang kepada gadis itu untuk mendekatinya dan melihat ke arah yang ditelitinya tadi. Tiada apa pun yang pelik dengan struktur simen yang sudah berkecai dipukul dengan tukul ketika pihak polis dan forensik mengeluarkan mayat dari dinding simen. Cuma, apa yang menarik perhatiannya ialah secebis fabrik yang terselit di antara runtuhan simen.

Dengan menggunakan lampu suluh bercahaya putih, Aralyn menyuluh cebisan fabrik itu lantas menariknya dengan berhati-hati dari runtuhan. Setelah diteliti, dia membuat kesimpulan awal bahawa cebisan kain itu bukan milik mangsa memandangkan mangsa ialah seorang wanita. Sedangkan, fabrik yang dijumpai ini nampak macam fabrik yang biasa diguna untuk membuat pakaian lelaki. Tambahan pula, ada sesuatu yang pelik pada cebisan kain ini.

Ada kesan darah dan darah itu masih baru dan basah!

Aralyn memandang Qarizh dan Amirul silih berganti dengan riak cuak. Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan tiada siapa dibenarkan masuk ke rumah ni selagi kes belum selesai. Melainkan... ada orang lain yang menceroboh masuk tanpa kebenaran. Tapi, siapakah penceroboh itu?

Ktang!

Bunyi periuk jatuh di dapur serentak memeranjatkan mereka bertiga. Qarizh bingkas bangun tinggungannya lalu bergerak perlahan-lahan ke arah dapur. Aralyn mahu mengikut tetapi Qarizh lebih pantas menghalangnya.

"You girl, stay there." Pendek, tetapi ayat itu terkandung maksud melindungi. Aralyn yang pada mulanya berkeras ingin mengikut tiba-tiba terasa langkahnya seperti digam dengan gam gajah. Entah kenapa, dia merasakan aura dingin suara Qarizh itu seperti... The King.

Tapi, The King sangat cool bukannya macam si Qarizh ni. Annoying gila!

Sudahnya, Aralyn hanya menunggu di muka pintu bilik dengan ditemani oleh Amirul di sebelahnya. Masing-masing memandang langkah Qarizh yang menapak penuh berhati-hati ke arah dapur dengan perasaan bercampur baur. Ada takut, ada risau. Eh, risau? Aralyn memegang dadanya sendiri.

'Kenapa aku perlu risaukan si annoying tu?' detik hatinya sendiri lalu pantas dia menggeleng kepala dan menghambat jauh fikiran risaunya. Badan sado macam si Qarizh tu, takkan ada sesuatu yang buruk pun akan berlaku la...

Ktang!

Terhinjut bahu Aralyn dan Amirul apabila bunyi periuk jatuh sekali lagi lagi berbunyi. Mereka berdua dapat melihat yang Qarizh juga terhenti langkahnya di muka pintu dapur dan memandang sekeliling dengan pandangan penuh bersiaga.

Meow...

Aralyn dan Amirul terus menarik nafas lega apabila seekor kucing jenis Calico berlari keluar dari dapur. Comel kucing itu, berbulu tiga warna iaitu hitam, putih dan oren.

"Tak ada apa pun, cuma kucing," kata Qarizh lalu berpaling ke arah Aralyn dan Amirul yang juga masing-masing menarik nafas lega. Namun, perasaan lega budak berdua itu tidak lama apabila dia mendapati riak wajah mereka berubah terkejut.

"Qarizh!" jerit Aralyn sekuat hati dengan tangannya diajukan ke arahnya. Isyarat mata gadis itu seperti menunjukkan ada sesuatu di belakangnya lalu dengan pantas dia memusingkan tubuhnya semula ke arah arah dapur. Namun, belum sempat dia matanya menangkap apa sebenarnya 'sesuatu' yang ditunjukkan oleh Aralyn, telinganya menangkap desiran angin yang pantas membelah udara.

Zup!

Qarizh terasa sesuatu yang sejuk menghiris abdomennya dan dia dapat merasai ada cecair yang panas mula mengalir laju keluar dari tempat yang terasa dihiris tadi. Sakit!

'Sesuatu' itu menyeringai kepadanya dengan senyuman sinis sebelum menghilang ditelan kegelapan jam 7.30 malam.

Done!

Vote & Komen sangatlah dihargai.

Continuă lectura

O să-ți placă și

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
315K 32K 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seper...
1.2M 56.2K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
419K 19.5K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...