KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

Door KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... Meer

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 34

4.2K 395 70
Door KhaiShif

Mendung yang berarak ditatap Asmodeus. Dia menghela nafas berat. Malam ini tugasnya sebagai pemantau keadaan sama seperti Shiki. Manakala yang lain menyeludup masuk ke istana raja.

Secara senyap, kesemua mereka yang berjumlah enam orang menyelinap masuk ke kawasan masing-masing yang telah ditetapkan.

TANG!

"Apa benda tu?" Bisik Noaki. Terkejut dia. Sudahlah gelap, penglihatan juga terbatas.

"Pagar istana dah terbuka." Jawab Kirito secara berbisik juga.

"Dorang nak pergi mana malam buta ni?"   Ken dari kejauhan bertanya. Bukan sepatutnya kesemua ahli diraja sedang beradu ke? Ni boleh pula ada kereta kuda keluar.

Yosuke menggeleng kepala. Tak tahu.

"Masuk." Arahnya menggunakan jari.

Yang lain akur. Ketika pagar istana terbuka besar, keenam-enam lelaki itu menyelinap masuk.

KTANG!

Sekali lagi bunyi pagar istana yang agak menyeramkan berbunyi. Pencahayaan di ruang istana ketika itu agak malap, buatkan yang bermata seperti Lucas dan Ken bercahaya ketika di dalam gelap.

Lucas dan Ken lantas berubah bentuk. Keduanya menyerupai serigala bertubuh besar. Lucas yang sememangnya di kenali sebagai alpha putih agak terkejut melihat Ken yang menyerupai serigala hitam. Namun sempat syak wasangka itu di tolak ke tepi.

"Kami pergi dulu." Bisik keduanya.

Kedua serigala itu pun menggunakan deria yang ada untuk mencari si raja palsu.

"Aku juga." Bisik Noaki.

Ketika semuanya berjalan lancar, tiba-tiba obor di kawasan istana menyala terang. Kirito, Yosuke dan Kotaro tersentak. Ketiga mereka mula merapatkan diri apabila sebuah angkatan tentera mengepung. Zirah besi yang dipakai terlihat turut memantulkan cahaya.

Kotaro telan air liur kelat.

"Penceroboh!" Pekik suatu suara seperti mengarahkan untuk ketiga-tiga mereka ditangkap.

"Lawan." Bisik Yosuke yang sempat menoleh ke belakang.

"Tsk, plan gagal." Decit Kirito.

Maka ketika itu, bermulalah pertarungan yang tak dijangka. Kotaro dengan kilatnya menghentam tentera berzirah. Manakala Yosuke dengan apinya, meleburkan zirah yang dipakai. Kirito pula menggunakan pedang yang dibawa untuk berlawan.

"Zirah besi dorang terlampau kuat nak dileburkan." Bisik Yosuke.

Di lain tempat pula, Lucas dan Ken serta Noaki terlihat turut sama di serang. Penyeludupan mereka seakan sudah diketahui seseorang.

"Aku benci zirah besi dorang." Luah Lucas yang berderam kasar.

"Grrr," Ken juga tidak turut ketinggalan.

"Banyakkan berlawan!" Jerit Naoki. Pedang emas yang di seru ketika perlawanan menentang Osward terlihat, tergenggam erat di tangan.

"Terlampau banyak!" Ujar Kotaro di sisi lain.

Melihat keadaan yang sudah kucar kacir. Sempat Kirito mendongak. Melihat ke arah istana pada tingkat paling atas. Dia mendecit. Raja Takabuki berdiri di beranda biliknya. Sambil tersenyum seakan sudah tahu rancangan mereka.

"Kirito, fikirkan sesuatu!" Pekik Yosuke. Terlihat peluh sudah bercucuran jatuh di wajah kerana keletihan.

"Ada di kalangan kita pengkhianat!" Ujar Kirito sambil melibas pedangnya.

"Siapa?" Soal Kotaro.

Petir hijau dan biru saling sambar menyambar. Memberi kesan elektrik pada si pemakaian zirah.

"Aku tak tahu!"

Di tempat Shiki berada, terlihat dia sedang memantau apa yang terjadi pada Kirito dan kawan kawannya. Dia berdecit. Sesuatu yang tak terjangka terjadi.

"Deus, ada pengkhianat di kalangan kita." Ujar sang raja naga.

Asmodeus berpaling ke belakang.  Menatap rutin harian penduduk Asteria yang berada di pembetungan. Satu-satu ditatapnya wajah penduduk itu.

"Kita kena cari." Lantas Asmodeus beredar.

"ARGHHHHHHH!" Pekik Halena, tiba-tiba. Buatkan Shiki tersentak mendengarnya.

"Apa pula kali ni?" Gumam Shiki. Melalui arah jeritan itu, Shiki dapat agak datangnya dari ruang rawatan.

"Apa yang awak semua nak?!" Jerkah Miyako. Wujudnya sudah berubah menjadi rupa asalnya. Kesembilan ekor musang meliuk liuk di belakang.

Selagi boleh, dia akan cuba lindungi penduduk Asteria di pembetung, daripada askar berzirah yang tiba-tiba datang mengucar ngacirkan keadaan.

"Bunuh semua mereka. Tuanku Takabuki tidak mahu melihat sisa sampah Asteria." Arah seorang general. Zirah yang dipakai terlihat sedikit berlainan dari askar yang lain.

"Berani awak sentuh mereka? Saya bunuh awak!" Tengking Miyako. Kesembilan ekornya menajam seperti jarum. Siap untuk menusuk.

"General." Panggil salah seorang askar Asteria.

"Perempuan tu biar aku yang uruskan." General Shin tersenyum sinis.

"Baik general." Lebih dari 60 askar Asteria menceroboh masuk ke dalam pembetung. Setiap kawasan pembetung sudah ditawan. Masing-masing hanya menunggu arahan untuk menyerang dari general mereka.

Miyako mendecit. Ekornya menusuk satu persatu askar Asteria yang mahu membunuh rakyat asal kerajaan itu. Kerana ekor yang tajam seperti bilah pedang, ianya lantas menembus zirah yang dikatakan kebal.

"Halena, awak kena bersembunyi. Biar saya dengan Wisteria uruskan hal ini." Ujar Miyako. Wisteria di sebelahnya mengangguk. Cemeti yang terbuat dari permata keras dikeluarkan. Cemeti peninggalan keluarganya itu lantas melibas satu persatu askar yang berani mara.

KTANG!

Bunyi besi belaga dengan cemeti Wisteria kedengaran.

" B... Baik.. " Sahut Halena . Sebelum lesap, sempat dia membawa keluar semua pesakit yang berada di dalam ruang rawatan.

BURNNNNN!

"Arghhhhhhh!" Teriak askar Asteria.

Api biru yang tidak tahu asal usul kewujudannya, tiba-tiba membaham ganas satu persatu askar yang ada di dalam pembetung. Dari jauh, Shiki tersengih.

Serangan dalam skala besar itu, berjaya menghapuskan separuh dari askar yang mengepung.

ZAPP!

Miyako mengelak apabila sebilah belati nyaris mengenai wajahnya. Dia mendengus.

General Shin si pelaku tersengih.

Anak mata Miyako meruncing apabila tiba-tiba general muda itu menyerangnya dengan sepakan padu.

BAM!

Mujur Miyako sempat mengelak. Jelas di ruang retina mata, sebuah kawah besar terbentuk kerana serangan itu.

"Silakan cik?" Sinis general Shin.

Ketika Miyako sibuk dengan general Shin, Kirito di istana pula sibuk dengan askar yang tidak ada habisnya.

"Bayang pemusnah." Gumam Asmodeus.

Perlahan-lahan timbul asap hitam seperti kabus menyerang askar yang terselamat daripada api biru Shiki tadi. Bayang bayang seperti orang-orang juga terbentuk dibalik kabus hitam yang semakin menebal.

KRANK!

Leher askar berzirah dipatahkan. Bayang bayang hitam tadi, datang menempel pada baju zirah askar Asteria, lantas mengawal tubuh itu. Ada pula yang berfungsi sebagai bom. Meletup dalam jangka masa yang ditetapkan.

"Macam dulu dulu." Tegur Shiki yang menghampiri.

Asmodeus menoleh. Tiada riak yang terpapar. Anak matanya saja kosong. Darah segar askar Asteria ditatap jelik.

KRANK!

Lagi dan lagi, leher askar Asteria dipatahkan. Ada pula yang ditusuk. Tidak kurangnya yang meletup sehingga berkecai. Pancuran darah berada di sana sini. Bagaikan ada kolam darah yang besar di hadapan Shiki dan Asmodeus.

"Aku dah naik bosan dengan askar yang tak ada habisnya ni!" Jerkah Kotaro. Sejurus selepas itu, muncul sambaran kilat yang maha dahsyat menghempas bumi. Sekaligus menghancurkan askar yang berada berdekatan.

Kirito dan Yosuke yang terpisah menjenguk. Serangan Kotaro agak kuat bagi mereka. Tak seperti sebelum ini.

"Tak ada pilihan lain." Gumam Kirito. Matanya menatap langit yang semakin mendung. Seakan mengetahui niatnya.

Tanpa ada yang menyedari, sebuah pentagram besar berwarna merah muncul di dada langit. Lima bucu bintang seperti di mata Kirito muncul di tengah-tengah bulatan pentagram. Ada juga tulisan purba di sekeliling bulatan.

"Hancur." Gumam Kirito.

Titisan-titisan hujan terasa membasahi tubuh. Yang anehnya pada hujan tersebut, air hujannya berwarna merah darah. Malah air hujan itu menghakis zirah besi yang digunakan askar Asteria.

"Arghhhhhhh!" Jeritan kesakitan para askar Asteria kedengaran. Tidak kira kulit atau zirah, keduanya melecur habis.

"Apa yang jadi?" Soal Yosuke kehairanan.

"Tak ada masa nak terangkan. Kita masuk sekarang." Gesa Kirito. Tangannya sempat menarik Kotaro yang semakin menggila.

"Darah?" Gumam Kotaro setelah sedar dari kegilaan dia.

"Cepat masuk!" Pintu gerbang istana yang terbuka di masuki. Awal-awal lagi Kirito sudah ambil haluannya sendiri. Berpecah dari terus berkumpulan.

BURNNNNNN!

Api hitam menjulang naik ke atas. Termengah megah Kirito dibuatnya. Dalam terkejut bercampur penat, makin banyak pula musuh yang datang.

"Aku dekat mana ni?" Gumam Kirito sambil menggaru kepala. Tangga yang dinaiki tadi membawa dia ke suatu bilik yang berbeza. Berpintu hitam dan sedikit emas sebagai perhiasan.

"Sudah. Bilik apa pula ni?" Bilik berpintu hitam ditolak.

Berkunci!

"Tsk, amende main kunci kunci ni." Bebel Kirito sambil meleburkan tombol pintu dengan api hitam miliknya.

KREK!

"Kita bertemu lagi, Kirito Sasaki." Seorang lelaki berambut merah darah berpaling. Matanya merenung mata merah Kirito. Ada senyuman manis menari di bibir lelaki itu.

"Siapa kau? Bila pula kita berjumpa?" Soal Kirito. Dari apa yang dilihat Kirito, ada aura kegelapan di badan lelaki di hadapannya.

Puak syaitan!

"Tenang, aku di sini cuma sebagai pengutus arahan Tuanku Onxy. Dia memberi kau tawaran untuk sertai kami. Apa kau setuju?" Ujar Isaac tenang.

Kirito berkerut seribu.

"Sebagai syaitan berdarah tulen, keturunan generasi pertama. Aku tolak tawaran Onxy. Katakan pada dia, Razvan tak akan tunduk pada semut macam dia." Anak mata Kirito bersinar bersama pentagram merah. Sekaligus mengunci pergerakan Isaac.

"Ka... Kau!" Riak wajah Isaac berubah drastik, apabila dia mula merasakan pergerakannya di kunci.

"Aku raja kau. Sampaikan utusan raja sebenar kau." Arah Kirito.

Anak mata hitam Isaac, terukir tanda  pentagram seperti Kirito. Ketika itu, Isaac sudah berjaya dikawal oleh sang kegelapan asli.

"Baik Tuanku." Ujarnya. Sedikit demi sedikit tubuh Isaac hilang. Mahu memberi tahu Onxy mengenai perintah Kirito.

"Tsk, palsu tu dah mula gerakan dia."

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

68.8K 330 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
4.9K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
2.1K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je
37.8K 147 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg