The Stupidos | The Hidden Cure

izkhai tarafından

882K 55.8K 6.5K

Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat me... Daha Fazla

00 | TRAILER
00 | THE STUPIDOS
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48 | END
AUTHOR'S NOTE :)
[CLOSED] Pre- Order E-book TS : The Hidden Cure
[CLOSED] Pre-order Novel The Stupidos | 3rd Batch

28

10.2K 1K 215
izkhai tarafından

-They hate me because
it's easier than beating me-

"Weyh!" Lucas menyiku lengan Ethan. Ethan mengangkat sebelah keningnya. Lucas menunjuk ke satu arah dengan jari telunjuknya.

Ethan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Lucas itu. Sahabatnya itu menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan.

"Kau tengok perempuan itu."

"Which one?" tanya Ethan. Sudahlah semua perempuan di situ. Mana satu yang Lucas tunjuk pun dia tidak tahu.

"That girl with the blonde hair." balas Lucas.

Ethan memandang ke arah pelajar perempuan itu. Satu-satunya pelajar perempuan rambutnya berwarna blonde di situ.

"Kenapa dengan dia?" tanya Ethan pelik. Langsung tidak berminat apabila bercerita tentang pelajar perempuan kecuali Hazel.

"Hari itu dia confess dekat aku." ujar Lucas.

Ethan memandang Lucas. Terlihat gaya Lucas seperti menyampah dengan pelajar perempuan itu.

"Selepas itu?" tanya Ethan.

"Aku reject. Aku nak ada awek? Memang taklah. Ke laut semuanya nanti. Then, dia campak buku dia dekat muka aku! Sumpah time itu aku rasa nak cekik perempuan itu!"

Ethan tergelak mendengar cerita lelaki itu.

"Muka aku nampak macam meja, ke? Sesuka hati dia saja! Kalau muka aku dah tak hensem lagi macam mana!"

Ethan hanya tergelak sahaja sejak tadi. Terhibur dengan kisah yang diceritakan oleh Lucas itu.

"Kurang ajar kau gelakkan aku, bro!" Lucas menumbuk bahu Ethan. Tumbuk biasa saja.

"Apa pandang-pandang?" marah Lucas apabila pelajar perempuan itu memandangnya.

"Eh siapa pandang you?" balas gadis Lucas membuat muka jengkel.

"Aku campak kau karang! Sibuk nak pandang sini apa hal?" kata Lucas dengan kasar.

Dia begitu sensitif bab-bab muka ini. Gadis itu memang mencari pasal dengannya. Pelajar perempuan itu menjeling Lucas.

"Eh suka hati I lah! Kerek lah you ini!" balas gadis itu. Lucas buat muka menyampah.

"Tengok itu."

"Itu bukan ke Melisa dari kelas teater itu?"

"Haah."

"Kenapa dia bergaduh dengan Lucas?"

"Kau tak tahu ke dia kena reject dengan Lucas?"

"Seriuslah?"

"Ya, tapi dia tak puas hati. Then, dia baling buku dekat Lucas. Tepat-tepat dekat muka pula itu."

"Ee menyampahnya. Dia ingat dia siapa?"

"Annoying gila dia. Orang lain pun kena reject tapi tak ada lah sampai macam itu sekali gayanya."

"Ha padan muka kau kena kutuk." kutuk Lucas perlahan. Ethan hanya menggelengkan kepala sahaja.

Hazel dari jauh melihat Lucas dan Ethan. Gadis itu tersenyum lebar. Terus dia berlari mengejar langkah dua lelaki itu. Dia menyelit di tengah dan memeluk lengan Lucas dan Ethan.

"Kau tengok itu."

"Eh perempuan itu lagi."

"Dia orang dah jadi best friends sekarang."

"Haah. Aku pun perasan. Rapat gila."

"Dulu perempuan itu bukan main sombong. Sekarang berkawan dengan dia orang. Rapat pula itu."

"Apa saja lah yang ada dekat perempuan itu kan?"

"Kau tengok itu. Siap pegang tangan dia orang lagi."

"Gedik betul dia."

"Biasalah itu. Nakkan attention."

Hazel menunduk mendengar kata-kata pelajar-pelajar perempuan di situ. Senyuman di bibirnya pudar. Tangannya diturunkan dari memeluk lengan Lucas dan Ethan.

Majoriti pelajar di sekolah itu membencinya. Sejak dia berpindah ke sekolah itu sehinggalah sekarang. Makin bertambah dibenci ada lah.

Lucas dan Ethan perasan dengan perubahan pada riak wajah Hazel. Kedua-duanya memandang tajam ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang mengata Hazel itu.

Berlalu pergi semuanya apabila mendapat pandangan tajam daripada Lucas dan Ethan.

"Hazel."

"Ya." Hazel mendongak memandang Ethan dengan senyuman.

"Kau okey?"

"Okey."

"No. You are not." Lucas memeluk leher Hazel.

"Aku okeylah." Hazel tergelak kecil cuba menutup rasa terkilannya.

'Kenapa kau nak terasa Hazel? Kau kan dah biasa kena kutuk dengan students dekat sini.' bisik Hazel di dalam hati.

"Tadi kau orang cerita apa saja?"

"Sibuklah si pendek ini." bidas Lucas Ditolak pipi Hazel sehingga tertoleh ke arah Ethan.

Hazel mencebik.

"Ada ubi ada batas, ada hari aku tampar muka kau pakai kaki aku." balas Hazel dengan nada bergurau.

Ethan tertawa kerana dia pernah menggunakan ayat itu semasa ulangkaji untuk ujian sebelum ini.

"Wuu takutnya! Sampai ke kaki pendek kau nak tampar muka aku!" ejek Lucas. Dijelirkan lidahnya ke arah Hazel. Hazel memandang Lucas tajam.

Dengan perasaan geram, Hazel menanggalkan kasutnya lalu dibaling ke arah Lucas. Tapak kasut Hazel tepat-tepat terkena di pipi kiri Lucas.

Ethan tergamam. Begitu juga dengan Hazel. Dia ingatkan balingannya akan tersasar tetapi jangkaannya salah malahan terkena tepat di pipi jejaka itu.

Lucas memegang pipinya. Dia tergamam. Hazel terus mencapai kasutnya dan berlari meninggalkan Lucas dan Ethan.

"What the heck? Apa jadi tadi?" gumam Lucas tidak percaya. Pipinya yang terkena tapak kasut itu dipegang.

"Rasa apa?" tanya Ethan sekadar ingin mengusik. Lucas memandang Ethan.

"Rasa vanilla."

"Eh? Kurang ajar budak pendek ini! Kalau aku dapat aku cekik, cekik dia!"

Lucas terus memulakan langkah untuk mengejar Hazel yang sudah lama lari meninggalkannya. Almaklumlah otaknya baru dapat mencerna dengan baik.

"Kau jangan nak cekik dia! Aku cekik kau balik!" Ethan mengejar langkah Lucas. Takut Lucas mencekik Hazel. Bermulalah sesi larian antara tiga sahabat itu.

"Hazel! Baik kau berhenti!"

"Tak nak!"

Lucas melajukan langkahnya. Lagi beberapa langkah di belakang Hazel sahaja.

"Hazel!" Lucas ingin memegang bahu Hazel tetapi Hazel terus mencangkung. Akibatnya, Lucas tersasar berlari ke hadapan.

Hazel mendongak. Dia tergelak melihat Lucas yang jatuh tersungkur di atas lantai itu. Ethan berhenti berlari lalu turut tertawa.

"Hazel!" Hazel terus bangkit berdiri apabila ternampak Lucas yang bangkit berdiri.

Dia terus berlari ke belakang Jayden yang kebetulan lalu di situ. Sebelah tangannya memegang belakang blazer Jayden.

"Lucas kejar aku." Digoyang-goyangkan tangannya yang memegang blazer Jayden itu.

"Hazel. Sini kau." Lucas ingin mencapai tangan Hazel tetapi Jayden memukul tangan Lucas.

"Hazel." Hazel menjenguk sedikit untuk melihat Lucas.

"Tak nak." Hazel berdiri tegak semula.

"Kau buat apa, Hazel?" tanya Jayden ingin tahu. Pelik apabila Lucas dan Hazel bermain kejar-mengejar.

"Aku baling kasut dekat Lucas. Kasut itu kena dekat pipi Lucas." jawab Hazel jujur. Tak mahu lagi menipu. Nanti Jayden memarahinya seperti hari itu.

"Kenapa kau baling kasut dekat pipi Lucas? Tahu kan kotor. Dah lah kena muka."

"Alah! Tak sengaja kan! Kan aku dah kata tadi terkena!"

"Ha Hazel. Dengar itu. Meh sini. Meh. Anak papa sini meh." Lucas menepuk tangannya beberapa kali lalu mendepakan tangannya.

"Tak nak!"

"Eh budak ini!" Lucas cuba mendapatkan Hazel.

Hazel seboleh-bolehnya mengelak. Ditarik Jayden sekali. Gaya sudah seperti bermain permainan Musang dan Ayam pun ada.

"Kau dah baling kasut dekat muka aku. Then, kau lari pula."

"Hari itu kau baling kasut kena kepala aku, aku tak marah pun!"

"Hazel!"

"Tak nak! Ethan tengok ini Lucas!"

Ethan yang memerhati hanya tergelak. Terhibur melihat Hazel yang takut dengan Lucas dan Jayden yang sudah seperti patung. Mengikut saja Hazel menariknya.

"Tengok saja Ethan! Tengok muka hensem aku ini puas-puas!"

"Apa hal ini?" tanya Theo. Theo menepuk bahu Ethan.

"Hazel baling kasut terkena pipi Lucas. Itu Lucas tengah nak dapatkan Hazel."

"Ethan!" panggil Hazel. bagaikan hendak menangis pun ada.

"Macam best saja. Aku nak join lah." Theo berlari ke arah Lucas, Jayden dan Hazel.

Tahu apa yang Theo buat? Dia pergi diri belakang Hazel. Selepas itu, bahu Hazel dipegang. Jayden sudah seperti mak ayam manakala Theo dan Hazel ialah anak-anak ayam.

Theo tertawa riang apabila Lucas cuba menangkap Hazel tetapi tidak dapat. Hazel masih sedaya-upaya agar tidak dapat ditangkap Lucas.

"Ethan!" panggil Hazel.

"Okey! Okey!" Ethan mendekati Hazel lalu Hazel pergelangan tangan Hazel dipegang dan ditarik. Kedua-duanya berlari pergi.

"Woi!" Lucas mengejar Hazel diikuti Theo. Jayden mengeluh. Dia memulakan langkah mengejar sahabat-sahabatnya itu.

Bersambunglah sesi kejar-mengejar antara kanak-kanak ribena yang terhenti tadi.

"Wah best-nya!" Theo menjerit teruja. Sempat dia mengorek hidungnya kerana gatal di bahagian dalam hidungya. Dasar bebal! Tak senonoh!

Selamba sahaja Theo mengesat jari telunjuk yang digunakan untuk mengorek hidungnya di baju Lucas. Lucas menghentikan lariannya.

Lucas mencapai dan menggenggam baju yang tersarung di badan Theo. Tadi dia sempat menoleh memandang Theo dan tepat pada masa itu Theo mengorek hidung.

"Tak senonoh kau! Kau dah korek hidung selepas itu lap dekat baju aku!" Ditarik-tarik rambut Theo.

"Aduh sakit!" Theo menepuk-nepuk tangan Lucas.

Ethan dan Hazel menghentikan larian lalu tergelak. Jayden turut menghentikan larian. Dia menggelengkan kepalanya.

Adakah anda perasan bahawa di dalam cerita ini Lucas macam dianiaya pun ada? Theo dan Hazel kerap bergaduh dengan Lucas.

Ethan pernah bergaduh dengan Lucas. Jayden juga pernah bergaduh dengan Lucas. Adakah Lucas dianak tirikan?


Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
10.8K 1.2K 89
RAIN SHOP @tsweetestrain- "Kami menghasilkan cover&banner yang mungkin menarik perhatian anda." . . . Guna cover/banner selama sehari Mention usernam...
46.1K 3.2K 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju...
3K 756 22
Semuanya bermula bila anak makcik Sobehah nak sangat patung dinosaur yang Tadika Semerak bagi untuk budak lima tahun yang baru masuk tadika sebagai h...