crystal.

Oleh cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... Lebih Banyak

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

30

586 125 196
Oleh cypeofy


CHAPTER 30
b r i n g b a c k

YOONGI tak ambil masa lama untuk mempercayai bahawa mahluk itu adalah Alana. Dia tahu daripada pandangan mata gadis itu sahaja. Namun daripada pandangan mata Yoongi, kelihatan gadis itu bagaikan lemas dalam dirinya sendiri. Itu membuatkan Yoongi terpana.

Ini bukan Alana yang dia kenali.

Darah menitis-nitis daripada celahan bibir Alana. Mata Alana mencerlung tajam pada Yoongi, dia cuba menstabilkan pernafasannya. Cerlungan tajam Alana bagaikan menusuk habis ke retina mata lelaki itu. Yoongi perlahan-lahan bertinggung, menghampiri gadis tersebut. Langsung tak berasa gementaran dengan gadis itu.

" Whoever you are, please hear me. " suara sarut milik Yoongi kedengaran lembut. Alana memincingkan telinganya, matanya kelihatan keliru tatkala bertatapan dengan lelaki yang dia seakan tak kenali.

" bring back Alana, please. "

Alana menderam kasar, matanya kembali tajam merenung lelaki dihadapannya itu. Darah masih lagi menitis daripada celah bibirnya. Yoongi tak mengalah.

Jungkook yang baru sahaja sampai, terpempan tatkala melihat situasi diantara Yoongi dan Alan— mahluk itu. Pedangnya digenggam erat apabila matanya mendarat pada susuk tubuh lelaki gempal yang sudah mati dengan begitu menyeramkan.

Alana yang menyedari kehadiran yang lain mula tak senang duduk. Dia bertinggung, cuba menyeret dirinya ke arah yang tersorok daripada yang lain. Tak mahu diperlihatkan keadaannya yang sungguh mengerikan — iaitu sisi gelapnya.

Yoongi yang hanya memerhatikan gerak-geri Alana terus mendiamkan diri. Mahluk itu masih mempunyai Alana di dalam tubuhnya.

" mana Alana? " soal Hoseok yang sudah menyalakan api pada tangan, hanya tunggu untuk membaling ke arah sasarannya sahaja. Seokjin yang ada disebelahnya menyinggung lengan lelaki itu. Hoseok tersedar lalu memandang Seokjin, lelaki itu menggelengkan kepala; menyuruh Hoseok jangan bercakap.

" we won't hurt you. " Ujar Yoongi lagi, cuba meyakinkan. Alana kelihatan mempercayai kata-kata Yoongi. Tak lama kemudian, tubuh Alana longlai lantas rebah di atas tanah; tak sedarkan diri.

Yoongi terus mengendong Alana dengan ala-ala bridal. Tubuh gadis itu cukup ringan, membuatkan gendongannya mudah sahaja.

Jungkook hanya memerhati, pedangnya serta merta pudar secara magis. Matanya ralit melihat Alana, bimbang dengan gadis itu.

" Dia tak akan apa-apa. Mari masuk rehat. " ajak Yoongi senada, wajahnya bertukar menjadi tak beremosi. Dingin memandang yang lain. Seokjin dan Hoseok terangguk-angguk tatkala melihat Alana sudahpun tak sedarkan diri.

Namun tidak bagi Jungkook. Dia perasan Yoongi seakan ada sisi lembut terhadap Alana. Wajahnya tertunduk, lantas dia melepaskan keluhan ringan. Terus, langkahnya diaturkan menyaingi yang lain. Meninggalkan Namjoon yang berdiri terpacak di situ, merenung mayat lelaki gempal tadi.

" Alana... dia yang buat ini? " gumam Namjoon perlahan, sebelum perlahan-lahan melirikkan matanya ke arah gadis yang digendong oleh Yoongi. Rasa syak wasangka mula menyelubungi diri.


AKU bangun, kelopak mataku dibuka dengan cara paksaan. Meskipun kepala ini berdenyut-denyut menahan kesakitan yang aku sendiri tak dapat ungkapkan, aku gagahkan diri juga untuk bangun. Pelipisku diurut perlahan, cuba memejamkan mata dan menenangkan minda.

Sungguh, pemikiran aku bagaikan tak stabil. Rasa berkecamuk membuatkan pandangan berpinar-pinar bagaikan ada kelipan bintang di hadapan aku. Mata dipisat-pisatkan lagi, untuk menghilangkan kemamaian diri.

Tetiba perutku memulas. Rasa sungguh tak selesa, sehinggakan aku mengurut perutku dengan kerutan pada wajah. Rasa mual daripada rongga tekak mula memuncak.

Aku terus menekup mulut seraya meluru ke arah sebuah kamar lagi satu yang ada dalam kamar ini. Thank god, ianya kamar mandi sama seperti aku jangkakan. Aku membongkokkan badan, serta merta semua isi perutku dimuntah keluar oleh diri ini. Abdomenku jelas menendang keluar segala makanan yang aku makan tadi.

Liur muntah yang mengalir pada bibir, ku seka terus. Nafas berat ini kedengaran. Keringat mula mengalir pada wajah. Aku bagaikan kehabisan tenaga, rasa begitu lemah sekali.

Mataku membuntang apabila melihat isi muntahku pada mangkuk sinki. Penuh dengan darah – seakan daging yang tidak kunyah habis. Baunya begitu hamis, membuatkan tekak aku kembang dan memuntahkan lagi isi yang sama.

Namun rambutku yang panjang mengurai itu seakan menyukarkan muntahku. Aku terkial-kial cuba untuk menyelaknya kebelakang, tetapi ia terjurai juga.

Menyeksakan, sangat menyeksakan.

Tetiba ada seseorang menarik ke semua juntaian rambutku kebelakang. Memegangnya, tak mahu ia terjurai. Aku tak tahu siapa gerangan tersebut kerana aku terus menerus memuntahkan segala isi perut.

Beberapa minit berlaku, akhirnya aku rasa lega. Paip air dibuka olehku seraya membasuh mulut yang bersisa muntah tadi. Aku sempat berkumur, kemudian meludah air tersebut pada mangkuk sinki. Sebuah helaan lega dilepaskan.

" selesa? "

Mataku berkalih, kelihatan Yoongi yang sedang memegang juntaian rambutku daripada tadi. Sebuah senyuman terukir pada wajahnya yang pucat. Aku membalas ia dengan senyuman lemah seraya mengangguk.

" Baguslah, ini pakaian untuk kau tukar. " Yoongi melepaskan rambutku dengan cermat sebelum menghulurkan dua helaian pakaian ke arah aku. Belakang lehernya digosok perlahan tatkala aku mencapai pakaian itu daripada peganggan dia.

" terima kasih " ringkas sahaja kataku membuatkan dia angguk seraya melangkah keluar daripada kamar mandi. Pintu ditutup rapat dan aku memandang pakaian tersebut.

Pakaian Yoongi.

Entah kenapa, tiba-tiba wajahku terasa hangat. Begitu hangat membuatkan aku mengemam bibir. T-shirt hitam yang ada lambang corak rock bersama seluar jeans hitam. Memang stail Yoongi.

Aku tak ambil masa lama, setelah dapat menyarungkan pakaian itu pada tubuh seraya melipat pakaian ketat kepunyaan aku tadi, aku terus keluar. Kelihatan Yoongi sedang menyandarkan tubuhnya pada dinding kamar, wajahnya perlahan-lahan diangkat lantas bertatapan denganku.

Matanya memerhatikan aku yang memakai pakaian dia. Dari atas sehingga kebawah. Senyuman kecil tersungging pada wajahnya, tatapi dia menyoroknya dengan menggosok hidung.

" Yoongi.. kau tak tidur? " soalku, membuatkan matanya bertemu denganku. Dia menggeleng sekilas. Wajahnya ditundukkan.

" aku nak tanya kau sesuatu.. itu yang aku tunggu kau bangun daripada tadi. " ujarnya dengan nada perlahan tetapi dapatku dengar ia dengan jelas.

Wajahku tertumpu pada Yoongi. Lelaki itu nampak tak selesa. Keningku bertaut seraya menghampirinya.

" tentang apa? " soalku, pelik.

" tentang tadi. "

Aku terdiam seribu bahasa. Wajahku berubah raut dan aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tubuhku menghampiri katil lantas menghenyak punggung di atas permukaan tilam tersebut.

" aku tak ingat. " jawab aku membuatkan Yoongi menjungkitkan kening. Keliru.

Aku mengeluh perlahan sebelum menyambung lagi kata-kata. " Apa jadi pada aku tadi..? Kenapa aku muntah daging dan darah? " kini aku pula menyoal Yoongi dengan dua soalan sekaligus.

Yoongi terdiam sejeda. Tak pasti apa yang mahu dibalas terhadap soalan yang diutarakan oleh aku.

" kau pasti penat. " Yoongi berdiri tegak. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia sebolehnya tidak mahu memandang aku. Tak mahu langsung bertentangan mata dengan aku. Itu membuatkan aku dapat kesan ianya sesuatu yang tak bagus — tentang apa yang terjadi tadi.

Yoongi mengorak langkah ingin keluar daripada kamarku. Wajahnya nampak sugul, kelihatan tak beremosi langsung tetapi daripada pandangan mata; emosi dia bagaikan sukar untuk ditafsir.

" Yoongi, "

Panggil aku dan langkahnya terhenti, dia mengalihkan pandangannya ke arah aku. Pandangan redupnya menjengah pemandanganku.

Aku mula rasa badan aku mengigil. Tubir mataku bergenangan dengan air mata. Diriku dihambat dengan perasaan yang aku sendiri tak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Takut, gementar, gundah, semuanya bercampur-baur.

" a-apa jadi kat aku tadi..? " dengan tergagap, aku menyoal lelaki itu. Yoongi memerhatikan aku buat seketika. Matanya tak berkerdipan.

" aku... bertukar jadi mahluk mengerikan kan? "

c r y s t a l

MYTHOLOGY
— C R E A T U R E S —

information of the day :
U K T E N A

HMMM sabar ya fy akan try masukkan scene action banyak banyak supaya tak bosan HAHAHA

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

543K 36.9K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
373K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
133K 860 8
duniaku yg penuh dgn dugaan