Dedicated To Wife ✓

Von stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... Mehr

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 20

2K 143 20
Von stargazell

  LANGKAH Syuhada terpasung. Lututnya terasa longgar laju jatuh menyembah bumi. Hujan yang menitis perlahan tidak sehebat rasanya kini. Perasaan sebal di dada.

  Tanah yang mula lembap dek hujan yang menyirami digenggam perlahan. Mulutnya terketar-ketar. Matanya tidak henti memandang nama Farhan yang terletak pada batu nisan tersebut.

  "A... Awak pan... panggil saya kk... ke Farhan?"

  Serentak itu air mata lebat mencairkan make up pada wajahnya. Busana putih yang dia pakai juga dia tidak kisah andai kotor sekalipun. Pampasan duit dia mampu bayar tapi rindu kehilangan seseorang bukan mudah untuk dibayar.

  "Awak... rindu saya ke Farhan?"

  Sungguh Syuhada mengharapkan jawapan dari sebelah sana. Walaupun dia sedar di dalam tanah ini tiada Farhan, namun hatinya sebal. Kakinya melangkah ke sini tanpa dia sedar.

  "Saya minta maaf Farhan.." ucapnya halus.

  Dari kejauhan, seorang insan bersama anak kecil hanya memandang Syuhada dari jauh. Wajah lelaki itu tampak kecewa.

   "Papa marah ibu ke?" Tanya Syah pada lelaki yang membawanya. Syahadat juga terkejut melihat ibunya berlari tanpa sedar keselamatannya mungkin terancam.

  Aizat cuba tersenyum. Anak itu dipeluk.

  "Tak. Papa tak marah. Papa cuma... sedih." Tepi pelipis Syahadat dikucup. Matanya masih lagi setia merenung Syuhada dari jauh.

  Dia sedar betapa berbezanya dia jika dibandingkan dengan Farhan. Farhan sudah bertahun lama hidup dalam Syuhada sedangkan dia masih beberapa bulan cuba masuk ke dalam hati Syuhada. Dan ternyata gadis itu belum sepenuh hatinya berikan apa yang dia ada untuk dirinya yang kini sudah bergelar suami.

  Telefon pintar dari poket dikeluarkan. Nama Izzati dicari. Dia menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp kepada adik perempuannya itu.

  Aizat: Suruh tetamu balik. Majlis dah habis. Bayarkan dulu upah tok kadi. Nanti aku bayar kau balik.

  Kemudian Aizat menyimpan kembali telefonnya. Dia tidak tunggu Izzati untuk membalas pesanannya.

  "Papa... maafkan ibu?" Pinta anak kecil itu. Mungkin dia masih kecil tapi dia tahu lelaki yang baru bergelar suami itu kecewa. Tubuh itu dipeluk erat. Dia juga tidak lepas memandang ibunya yang hanyut dalam dunianya sendiri.

  Dia juga rindu papanya yang sebenarnya tetapi tidak sehebat cinta ibu pada papa. Sehinggakan pada hari pernikahan, ibu masih teringatkan papa.

  Aizat tersenyum kecil. Dia cuba demi anak kecil ini.

.

.

  WAKTU sudah menjelang asar. Sehinggakan hujan sudah berhenti, Syuhada masih duduk di kubur itu. Dia rasa sayu ingin meninggalkan kubur itu.

  "Jom balik ibu." Syahadat memeluk ibunya erat. Tapi sayang, ibunya tidak membalas.

  "Papa tunggu ibu."

  Syuhada tersentak. Dia teringat Aizat, lelaki yang sudah bergelar suaminya. Dadanya sesak. Laju dia bangun dan beredar. Dia dipimpin oleh Syah ke arah satu kereta yang Syuhada cukup kenal. Kereta Aizat.

  Syuhada membantu Syah untuk masuk sebelum dia masuk ke tempat duduk hadapan. Suasana sunyi tidak mampu dia pecahkan. Wajah yang memandu di sebelah tampak tegang. Mungkin terasa dengan perbuatannya.

  Syuhada pejam mata. Bukan niatnya ingin lari dari majlis. Hatinya yang mengawal segala pergerakannya tadi. Lelaki di sebelahnya sudahpun bertukar baju. Tiada lagi busana putih yang dipakai pagi tadi.

  Syuhada memandang luar tingkap. Ujian DNA itu belum tiba di tangannya. Ketika nak ambil keputusan HIV dahulu, Aizat yang terpaksa ambilkan kerana pengetua buat meeting secara mengejut. Kalau tidak pasti keputusan itu ada pada tangannya dan dapatlah dia tahu siapa Aizat.

  Sampai di rumah Aizat hanya keluar tanpa bicara. Syuhada yang masih di dalam kereta terasa sebu. Marahlah lakinya itu. Perkarangan rumah ini dilihat. Dia tak pernah datang. Ini rumah Aizat.

  "Ibu jom masuk." Ajak Syah. Dia sepertinya sudah mengenali selok belok rumah ini.

  Kedua-dua mereka memberi salam sebelum masuk. Ruang tamu lengang tiada orang.

  "Papa mana Syah?"

  "Atas. Jom Syah tunjuk bilik." Tangan ibunya ditarik untuk naik ke tingkat atas. Kebetulan di ruang atas dia bertemu dengan Izzati, adik Aizat. Dia hanya senyum apabila bersemuka tetapi gadis itu bertindak sebaliknya. Hanya jelingan diberi sebelum dia kembali masuk ke biliknya. Syuhada terkedu melihat adik iparnya. Dia dapat rasa ada sesuatu yang adik Aizat tidak suka akan dia.

  "Ibu masuklah. Syah nak rehat dekat bilik. Bilik Syah depan bilik papa dengan ibu tau." Anak kecil itu kemudian membiarkan ibunya di hadapan bilik utama manakala dia bergerak ke bilik bertentangan. Senyuman manis dia tayangkan kepada si ibu yang melihat sebelum pintu ditutup.

  Syuhada genggam lima jarinya. Sudah lama sejak dia tidak duduk berdua dengan lelaki dan kini perasaan ini hadir kembali. Perasaan di mana perut memulas seperti ada yang tak kena.

  Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Bayu angin yang sejuk menampar-nampar wajah Syuhada. Dia disajikan dengan bilik yang moden dan tidak banyak perabut.

  Aizat kelihatan baring membelakangi dia dan satu bantal ditekup ke muka persis anak kecil. Syuhada kembali menutup pintu. Kakinya sebenarnya sudah beku tetapi dia gagahkan jua. Bahagian sisi katil yang tidak terusik dijadikan tempat dia melabuhkan punggung.

  Bibir dia kemam. Bagaimana dia ingin memujuk? Nafas kecil dia hela. Tiba-tiba pula dia rasa kekok. Serupa anak dara yang baru kahwin!

  "Aizat---"

  "Baaaaa!!"

  "Ahhh!!" Dek terkejut, Syuhada tersadung kakinya sendiri sebelum dia tidak mampu mengimbangi diri. Sudahlah dia duduk sipi-sipi, terus dia melatah dan terbangun lalu tersadung kain labuhnya.

  Dari tadi dia pejam mata, langsung tidak jatuh. Terus dia buka mata, mana tahu tadi tu hanyalah khayalan.

  Tetapi ternyata lebih dari itu.

  Liur dia telan perit. Wajah di hadapan matanya terasa dekat. Baru kini dia sedar pinggangnya dijamah tangan asing. Wajah Aizat yang sunggih senyuman nakal dipandang penuh tanda tanya.

  Dia tak marah ke?

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

I Remember You | ✔ Von Hani

Aktuelle Literatur

302K 18.8K 54
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 •...
169K 6.7K 55
[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk me...
1.3M 38.7K 80
Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhian...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...