SELEBRITI. » park jimin

bajumelayujimin tarafından

8.2K 904 583

Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahu... Daha Fazla

Pengenalan & Sinopsis versi ala-ala KaryaSeni
i. Prolog
ii. Sebab kenapa aku suka Park Jimin.
iii. Aku bukan Han Yeoreum yang kau kenal dulu.
iv. Aku rindu kau, Han Yeoreum.
v. Kau memang teruk, Park Jimin.
vi. Aku tak suka tengok kau marah.
vii. Kau tak salah apa-apa, Park Jimin.
viii. Di saat Yeoreum kembali menggapai tangan Jimin.
x. Kau buat aku keliru.
xi. Aku keliru. Antara Park Jimin yang sekarang dan dulu.
xii. Aku ingin percaya dekat kau.
xiii. Balas... dendam?
xiv. Kau tak boleh buat aku begini, Park Jimin.
xv. Aku pun suka berkawan dengan kau.
xvi. Dia tak cemburu langsung, huh?
xvii. Sampai bila aku boleh bertahan dengan dia?
xvii. Trivia.
xviii. Sebab aku rindu kau.
xix. Maafkan aku, Han Yeoreum.
xix. Trivia bahagian 2.
xx. Sayang.
xxi. Cinta pertama dia.
xxi. Trivia bahagian 3.
xxii. (Tak) Move on.
xxiii. Cemburu + Marah + Mementingkan diri sendiri = Toksik
xxiii. Trivia bahagian 4
xxiv. Kau suka aku ke?
xxiv. Trivia bahagian 5.
xxv. I love you.
xxv. Trivia bahagian 6.
xxvi. Kenapa kau nampak lain malam ini?
xxvi. Trivia bahagian 7.
xxvii. Perasaan manusia memang pelik.
xxvii. Trivia bahagian 8.
xxviii. Main kasar.
xxviii. Trivia bahagian 9.
xxix. Aku tak faham macam mana kau masih boleh suka dekat aku.
xxix. Trivia bahagian 10.
xxx. Airmata murahan.
xxx. Trivia bahagian 11.
xxxi. Kepercayaan aku hanya sampai di sini.
xxxi. Trivia bahagian 12.
xxxii. Kapal terbang dan bintang.
xxxii. Trivia bahagian 13.
xxxiii. Peluk aku.
xxxiv. Epilog
xxxv. Finale/Penghargaan

ix. Dia masih ingat piza kegemaran aku.

193 25 36
bajumelayujimin tarafından

Yeoreum tiba-tiba berasa cuak sewaktu menaiki lif bersama Jimin di sisi. Mata Yeoreum terkerdip-kerdip, terfikir akan peminat Jimin dan wartawan yang hanya menunggu Jimin untuk masuk ke dalam perangkap. Bibir mula diketap dengan resah.

Ting!

Bunyi lif berdenting menandakan mereka sudah sampai ke tingkat yang dituju membuatkan Yeoreum tersentak. Pintu lif pun terbuka. Ah, sudah. Tanpa menunggu dengan lebih lama, Yeoreum menarik getah yang mengikat rambutnya menjadi tocang.

Hoodie disarung ke atas kepala dan rambutnya dibawa keluar, sebolehnya menutup wajah. Mata Yeoreum ralit memandang sekeliling, memastikan tiada mata mencurigakan yang memerhatikan mereka. Kontra dengan Jimin yang hanya berlagak tenang dengan tangan di dalam poket jeans.

"Apa yang kau tengah buat?", soal Jimin apabila melihat Yeoreum yang berjalan dengan kepala yang acapkali menoleh ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang. Yeoreum yang menutup wajahnya dengan rambut menoleh ke arah Jimin yang menjongketkan salah satu keningnya.

"Tengok kalau ada orang stalk kita... Eh, bukan kita, kau. Macam mana kalau orang fikir kita ada skandal?", ujar Yeoreum, seolah-olah berbisik, takut orang lain terdengar. Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tangan Jimin mula memeluk tubuh. "Kau tahu tak, gaya kau macam ni lagi buat orang curiga, kau relaks dahlah.", Jimin memberi nasihat. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip, memikirkan ayat Jimin.

"Ya ke?", Jimin menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan Yeoreum mula mengalihkan sedikit rambut yang menutup wajahnya. Namun, tidak sampai tiga saat kemudian, Yeoreum kembali menutup wajahnya dengan rambutnya yang panjang mengurai.

Kepala Yeoreum gelengkan dengan laju. "Tak, tak. Aku masih kena ambil langkah berjaga-jaga.", kata Yeoreum. Jimin terasa ingin menepuk dahinya sendiri, tidak tahu mahu kata apa lagi dengan perangai Yeoreum.

Ada orang apanya, mereka ada di tempat parkir kereta.

Jimin pun mula mengorak langkah ke arah kereta miliknya yang terparkir. Yeoreum pantas mencapai kunci kereta di dalam poket hoodie lalu menekan punat mangga dibuka. Apa lagi, Yeoreum terus membuka pintu untuk duduk di tempat duduk memandu.

Barulah Yeoreum menghembuskan nafas lega. Kepalanya tersandar pada tempat duduk kereta mewah itu. Jimin membuka pintu lalu duduk di tempat duduk sebelah Yeoreum.

"Tapi, kita nak pergi mana?", tanya Yeoreum sambil kembali mengikat rambutnya. Dia bukan boleh biar rambut lepas lama-lama, terasa serabut dan panas. Jimin menoleh ke arah Yeoreum lalu memerhatikan Yeoreum yang mengikat rambutnya.

Tangan Yeoreum mengetatkan ikatan rambutnya. Kepala Yeoreum menoleh ke arah Jimin apabila Jimin tidak menjawab soalannya. Jimin masih merenungnya.

Jimin tiba-tiba mengangkat tangannya lalu meletakkan helaian rambut Yeoreum ke belakang telinga Yeoreum. Yeoreum terus menjauhkan kepalanya dari tangan Jimin. Dia terasa bulu roma di tengkuknya terus menegak.

"Apa kau buat?", soal Yeoreum.

"Ada rambut kau yang jatuh.", balas Jimin, seperti tiada apa yang berlaku. Yeoreum meneguk liurnya lalu memandang ke depan, tidak ingin memandang wajah Jimin dengan lebih lama.

"Kita pergi makanlah. Piza?", Jimin memberi cadangan.

"Kau gila eh? Piza mestilah ramai orang!", dengan geram Yeoreum berkata. Mamat ni memang pendek akal atau apa, bagi cadangan yang tak masuk akal.

"So?", soal Jimin seolah-olah tidak mengerti. Yeoreum menjulingkan mata, cuba menahan marah di dalam hati.

"Ramai orang, Park Jimin. Kau lupa ke kau selebriti?"

"Kau takut sampai macam tu sekali ke kalau ada skandal dengan aku?", soal Jimim. Yeoreum memandang ke arah Jimin.

"Ha'ah.", jawab Yeoreum lalu mula menghidupkan enjin kereta, "Tak ingin aku ada skandal dengan kau.", sambungnya. Setelah memakai tali pinggang keledar, Yeoreum pun mula memandu keluar daripada tempat parkir kereta itu.

"Pergi jelah makan piza. Bukan kau suka piza ke?", ujar Jimin. Yeoreum menjeling sedikit ke arah jejaka di sebelahnya.

Sejujurnya, dia agak rasa terganggu apabila Jimin masih ingat akan makanan kegemarannya walaupun enam tahun sudah berlalu sejak kali terakhir mereka berjumpa. Emosinya terasa terganggu.

"Ini bermaksud kau dah tak benci aku lagi kan?", tanya Jimin.

"Aku masih tak suka kau, okay. Jangan nak perasan.", balas Yeoreum. Jimin memandang ke arah Yeoreum.

"Apa yang perlu aku buat supaya kau tak benci aku, Han Yeoreum?", seperti perlahan sahaja nada suara Jimin bertanya. Yeoreum mengetap bibirnya.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang boleh kau buat supaya aku dah tak benci kau. Tapi, Jimin, aku tak benci kau. Jauh sekali.

Aku cuma nak jauhkan diri aku dari kau. Tapi, kenapa kerapkali kau seperti magnet yang menarik aku bersama kau?

"Ambil lesen memandu.", jawab Yeoreum, jawapan itu spontan keluar dari mulutnya. Kening Jimin terjongket, tidak menyangka jawapan daripada Yeoreum.

"Lesen memandu?", soal Jimin. Yeoreum mengangguk.

"Buat apa kau beli kereta mahal tapi tak ada lesen kereta. Bunyi macam membazir je. Risau tahu tak kalau peminat kau tahu kau tak ada lesen kereta?", balas Yeoreum dengan panjang lebar.

"Peminat aku ke... Kau yang risau kalau aku tak ada lesen memandu sebenarnya?", senyap, tiada jawapan daripada Yeoreum. Yeoreum terbatuk kecil.

"Kenapa kau tak ambil lesen memandu?"

"Aku dah ambil... Tapi aku gagal."

"Alah... Biasalah kalau gagal."

"Tiga kali aku gagal."

"Tiga kali?!", suara Yeoreum bertanya seperti tidak percaya. Jimin hanya menjongketkan bahunya.

"Kau berapa kali kena ambil lesen memandu?", tanya Jimin pula.

"Aku? Sekali je.", seolah-olah berlagak pula kedengaran suara Yeoreum berkata. Jimin tiba-tiba menyesal apabila menanyakan soalan itu.

"Kalau macam tu... Kau ajarlah aku macam mana nak lulus ambil lesen.", kata Jimin. Yeoreum menjulingkan matanya.

"Eh, tak kuasa aku.", ujar Yeoreum, jelas tidak mahu mengajar Jimin, "Bukannya kau tak reti bawa kereta. Hati-hati sahajalah bila ambil ujian tu.", sengaja Yeoreum berdalih. Memang tak kuasa dia mahu mengajar Jimin pula.

Akhirnya, mereka tiba di hadapan PizzaHut. Yeoreum menanggalkan tali pinggang keledarnya tetapi Jimin hanya memandang ke luar tingkap. "Kita makan dekat sini?", Jimin bertanya.

Tajam mata Yeoreum menjeling Jimin. "Kau juga kata nak makan piza tadi.", dengan geram Yeoreum berkata. Jimin melepaskan sebuah keluhan sebelum menaip sesuatu di atas GPS. Kening Yeoreum berkerut.

Setelah selesai menaip, Jimin kembali bersandar pada tempat duduknya sambil memeluk tubuh. "Jalan.", ujar Jimin, nadanya seolah-olah mengarah Yeoreum. Yeoreum mengepal penumbuknya, mentang-mentanglah aku yang memandu, sedap sahaja dia mengarah.

Enjin kereta yang sudah mati kembali dihidupkan. Lexus LC 500 itu mula dipandu ke arah tempat yang ditaip oleh Jimin.

Jari Jimin mula menghidupkan radio sebelum audio mula berkumandang memenuhi ruang kereta mewah itu.

"Kembali bersama saya, DJ Suga. Ah, saya ada terima soalan daripada 6347.", suara DJ lelaki yang garau tetapi lembut didengar itu mula berkumandang.

"Oh?", kening Jimin terjongket, "Encik Min?", gumam Jimin sendiri.

"Apakah erti cinta pertama dan kepentingannya? Kenapa semua orang macam anggap cinta pertama itu penting sangat?", DJ Suga mula membacakan soalan itu. Dia senyap seketika sebelum dia mula berkata,

"Cinta pertama bagi saya... Dia bergantung pada orang sebenarnya. Tapi, cinta pertama juga boleh jadi bukan terhadap orang, tapi juga terhadap sesuatu barang yang istimewa, boleh jadi buku, lagu, dan macam-macam lagi. Cinta pertama juga tak bermaksud secara romantik, boleh juga cinta pertama terhadap seseorang seperti ahli keluarga, atau kawan baik sendiri."

"Cinta pertama itu penting? Saya agak setuju dengan kenyataan tu tapi kalau dah sayang, cinta, cinta pertama tu masih boleh pakaikah kalau dah tak cinta? Kita kena percaya dekat pasangan kita demi membina hubungan yang lebih baik."

"Cinta pertama juga banyak mengajar kita... Kali pertama kita rasa macam tu, macam ni... Segalanya nampak bahagia. Tak kisahlah apa pengakhiran cinta pertama kita, saya harap segalanya berakhir seperti apa yang anda harapkan, juga terhadap 6347."

"Oleh itu, demi cinta pertama, saya akan mainkan lagu. Dengarkan, First Love oleh Bolbbalgan4."

<mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif>

Suara Bolbbalgan4 mula berkumandang bersama rentak lagu yang comel.

"Oh... Boleh tahan juga ya Encik Min?", komen Jimin sendiri sambil tersengih. Ayat DJ itu terngiang-ngiang di minda Yeoreum secara tidak sengaja. Ada bahagian yang dikatakan terasa menusuk kalbu, kerana dia sendiri, sudah tentu mempunyai cinta pertama.

"Kau setuju ke dengan apa DJ tu cakap?", tanya Jimin.

"Setuju apa?"

"Pasal cinta pertama tulah."

"Kau tak rasa ini topik yang kurang sesuai ke untuk dibicarakan antara aku dan kau?", sengaja Yeoreum berdalih, tidak mahu menjawab soalan Jimin.

"Kenapa pula kau rasa macam tu?", tanya Jimin kembali. "Kita kan kawan, relakslah."

"Tsk.", Yeoreum melepaskan sebuah tawa yang dibuat-buat sinis, "Kau kena ingat aku masih tak suka kau."

"Huh, yalah, yalah.", Jimin menjulingkan matanya, "Kau je perempuan yang boleh cakap ayat macam tu dekat aku, tahu tak?"

Yeoreum mengerutkan wajahnya, tiba-tiba terasa mual dengan keyakinan diri yang tinggi ditunjukkan oleh Jimin. Biar betullah mamat ni.

"Wah, kau makan pil perasan ke apa? Dah berapa lama kau makan? Aku rasa baik kau berhenti makan. Tak baik untuk kesihatan.", ujar Yeoreum sambil menggelengkan kepalanya. Jimin tertawa kecil membuatkan Yeoreum tersentak.

Tawa itu. Aku boleh bayangkan matanya yang bertukar menjadi bulan sabit. Gayanya yang akan bersandar pada sesuatu ketika tertawa, atau mendongakkan kepala ke belakang sambil menutup mulut.

"Kau gila, Han Yeoreum.", Yeoreum menggelengkan kepalanya. Jimin menoleh.

"Apa kau cakap?"

"Tak ada apa!", pantas Yeoreum menafikan sambil menggelengkan kepalanya. Bibirnya hanya diketap, peringatan untuk diam sahaja dilekapkan di dalam minda.

"Anda sudah tiba di destinasi.", suara wanita di GPS itu berkata. Yeoreum menjenguk melalui tingkap kereta yang bertinted gelap. Ini...

"Pertama kali nampak restoran piza mewah?", tanya Jimin sambil tersengih, "Jom. Mesti kau lapar.", ujarnya lagi.

Yeoreum mematikan enjin kereta lalu menanggalkan tali pinggang keledar. Lexus LC 500 dikunci lalu mereka berjalan beriringan ke dalam restoran.

Yeoreum tergamam apabila memasuki restoran itu. Hiasan dalaman dan susun atur perabot di dalam restoran itu setaraf dengan tempat makan hotel lima bintang. Eksklusif dan mewah. Irama jazz berkumandang lembut melalui sistem pembesar suara. Bau minyak wangi yang lembut diiringi bau makanan yang enak.

Bunyi derapan tapak kasut yang sayup-sayup, perbincangan yang diperlahankan, mungkin privasi dan ketenangan dititikberatkan di dalam restoran itu.

Jimin menolak ke atas dagu Yeoreum kerana Yeoreum ternganga kecil membuatkan Yeoreum tersentak. "Kita duduk sana.", ujar Jimin setelah bercakap dengan pengiring tetamu yang memakai tuksedo.

Mereka berjalan beriringan mengikuti pengiring tetamu ke arah salah satu meja kosong. Sekarang Yeoreum mengerti mengapa Jimin memilih restoran ini. Setiap meja dipisahkan dengan dinding yang tinggi, jadi privasi masih terjaga.

Yeoreum tiba-tiba berasa gugup. Mesti cekik darah punya harga makanan dekat sini.

Salah seorang pelayan wanita datang untuk menyerahkan menu dan mengambil pesanan mereka. Mata Yeoreum terbuntang apabila melihat harga makanan di dalam buku menu itu. Aku dah agak.

"Makan je apa yang kau nak. Aku belanja.", ujar Jimin, matanya masih membaca menu. Mata Yeoreum berkerdip-kerdip. Psikik ke apa mamat ni?

"Aku ada duitlah.", kata Yeoreum.

"Ada ke aku cakap kau tak ada duit?", Yeoreum mengetap giginya dengan geram. Baling buku menu ni dekat kepala kau baru tahu. Jimin mula menyatakan pesanannya kepada pelayan wanita itu.

Baru sahaja Yeoreum ingin menyebut pesanannya, matanya terpandang Jimin dan pelayan wanita itu yang bertentang mata. Bibir Jimin, sudah semestinya mengukir senyuman manakala pelayan wanita itu sudah kelihatan malu-malu tapi mahu.

Yeoreum menghembuskan nafas, tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Kini, dia menongkat dagu sambil tersenyum dengan palsu. Okay, kita tengok, berapa lama drama ini akan berlangsung? Apa yang mereka cakapkan pun aku tak dengar.

Setelah beberapa ketika, barulah Jimin terpandang Yeoreum dan mereka berdua seolah-olah baru menyedari kehadiran Yeoreum disitu. Yeoreum melemparkan sebuah senyuman palsu. Pipi si pelayan wanita itu sudah merah padam.

"Boleh saya pesan sekarang?", sengaja ayat Yeoreum menyindir. Pelayan wanita itu barulah menghadap Yeoreum untuk mengambil pesanannya.

Kemudian, pelayan wanita itu pun pergi setelah mengambil pesanan mereka. Namun, Yeoreum dapat memerhatikan lirikan mata pelayan wanita itu dan senyuman Jimin. Yeoreum bersandar pada tempat duduknya sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan, memerhati Jimin dengan pandangan yang sinis.

"Wah, dengan pelayan pun kau nak mengurat?", soal Yeoreum. Mata Jimin berkerdip-kerdip, seolah-olah tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Yeoreum.

"Mana ada.", balas Jimin. Yeoreum kini membuat mimik wajah seolah-olah dia mahu menumbuk wajah Jimin.

"Aku nampak cara kau senyum dekat dia.", kata Yeoreum lagi. Dahi Jimin berkerut, tidak faham.

"Eh? Aku senyum macam biasa je. Aku memang senyum macam nilah.", kata Jimin, masih menafikan. Yeoreum memandang wajah Jimin dengan bosan. Sudah terang lagi bersuluh kau mengurat pelayan tu depan aku, nak nafikan lagi? Ada yang makan kasut Converse saiz 6 nanti.

"Ha, cuba senyum.", Yeoreum ingin membuktikan bahawa Jimin salah.

Jimin pun mula tersenyum. "Sama je kan?", tanya Jimin. Mata Yeoreum membulat.

Kepala Yeoreum menggeleng laju. "Mana ada! Tadi lain, sekarang lain.", ujar Yeoreum. Sengaja betul dia senyum cara lain daripada tadi.

"Cuba kau tunjuk macam mana aku senyum tadi.", kata Jimin

"Macam ni.", Yeoreum pun tersenyum, seboleh mungkin meniru cara Jimin tersenyum ke arah pelayan wanita.

"Lesung pipit kau masih dalam.", puji Jimin dengan selamba, kini tersenyum memandang Yeoreum. Suasana diantara mereka diam buat seketika setelah Jimin memuji Yeoreum.

Yeoreum berdehem. "Kau jangan nak tukar topik.", kata Yeoreum.

Sebuah keluhan meniti di bibir Yeoreum. "Apa jadi dengan kau? Dulu kau bukan macam ni.", kata Yeoreum, benar-benar ingin tahu. Jimin yang dilihatnya sekarang, sudah banyak berbeza dengan Jimin yang ditemuinya enam tahun lepas. Sejujurnya, tak adalah beza mana.

Tambahan sifat yang dimiliki oleh Jimin sekarang membuatkan dia seperti seseorang yang berbeza.

Jimin merapatkan badannya dengan meja lalu tangan menopang dagu sambil memandang Yeoreum. "Dulu aku macam mana?", kepala Jimin diteleng sedikit ke sisi. Yeoreum meneguk liur lalu membasahkan bibirnya, tidak menyangka pertanyaan daripada Jimin itu.

Yeoreum mula membuka bibirnya. "Dulu... Kau macam sekarang juga.", dia mengambil masanya untuk menjawab, "Tapi tak adalah sampai macam ni sekali. Apa jadi, Jimin?"

Jimin hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Entah. Aku rasa aku sama je sejak dulu.", ujar Jimin sambil meraup rambutnya ke belakang. Yeoreum mengeluh perlahan lagi.

"Seulgi pun kau...", belum sempat Yeoreum menghabiskan ayatnya, Jimin menganggukkan kepalanya, mengerti maksud pertanyaan Yeoreum. Yeoreum ternganga kecil sambil bersandar pada kerusinya.

"Ha'ah. Tapi, tak dapat.", Jimin menjongketkan bahunya, "I tried working my charms on her... Tapi, dia macam tu je. Seulgi tu, baik sangat.", pesanan mereka tiba menyebabkan perbualan mereka terhenti buat seketika. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar makanan mereka, masing-masing sibuk dengan makanan.

Piza dikunyah sebelum ditelan. "Kenapa pula?", Yeoreum kembali bertanya setelah makan.

Jimin menggigit piza miliknya yang dipegang di tangan. "Dia... Betul-betul teguh pendirian. Dia hanya nampak aku sebagai kawan pelakon, tak lebih dari tu. Dari awal lagi dia dah lukis jelas-jelas garisan tu. Aku bukannya jenis lelaki yang lepas garisan kalau perempuan tu tak izinkan.", jelas Jimin. Yeoreum hanya mampu mengerdipkan matanya, padahal dalam hati sudah marak apinya.

Oh, penyakit playboy dia ni makin melarat rupanya. Nampak macam parah sahaja.

"Seulgi tu susah. Tak boleh. Dia tak cair dengan aku..."

"Macam kau.", Jimin menyambung ayatnya sambil memandang Yeoreum. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Yeoreum mengalihkan pandangannya ke arah piza.

"Wah, sedaplah piza ni.", tiba-tiba Yeoreum memuji. Jimin tersenyum, seolah-olah berpuas hati kerana dia yang memesan piza itu.

"Mestilah. Aku order double cheese, macam yang kau suka.", ujar Jimin lalu mengambil seteguk minumannya.

"Ah...", Yeoreum mengangguk kecil sambil memandang piza itu.

Dalam banyak-banyak benda yang kau boleh ingat, kenapa kau perlu ingat piza kegemaran aku, Park Jimin?

“Tell me if you ever cared,
if a single thought
for me was spared.

Tell me when you lie in bed,
do you think of something
I once said.

Tell me if you hurt at all,
when someone says
my name with yours.

It may have been so long ago,
but I would give
the world to know.”

一 Tell Me

"Tak baik tahu main hati perempuan macam tu. Kena dekat kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.", selamba Yeoreum memberi nasihat.

"Bukan aku yang datang dekat diorang. Diorang yang datang dekat aku dulu.", kata Jimin. Yeoreum ternganga sambil memandang Jimin, tangannya mengepal penumbuk dengan kuat.

Pantang betullah aku perangai lelaki macam ni.

"Wah... Tangan aku rasa ringan je nak tampar kau sekarang.", ujar Yeoreum. Jimin hanya buat tidak tahu dan sambung menikmati makanan mereka.

Senyuman canda yang Jimin ukirkan di bibir perlahan-lahan pudar sambil matanya memandang ke arah Yeoreum.

•••

Telefon bimbit milik Jimin bergetar menandakan ada panggilan masuk. Jimin meletakkan fon telinga di leher, dia seorang sahaja di dalam studio rakaman miliknya itu.

Encik Kim

Jari Jimin menyeret signal hijau untuk menjawab panggilan. "Ya, Encik Kim?", ujar Jimin.

"Saya dekat studio."

Tiba-tiba, dia mencekak pinggangnya lalu meraup rambutnya. "Apa? Laporkan diri setiap hari? Memang taklah.", kata Jimin, tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Encik Kim itu.

Apa? Dia suruh aku laporkan diri dekat aku atau Encik Min setiap hari? Memang taklah!

"Apa? Encik Kim nak tendang saya keluar BigHit ke?", kata Jimin lagi. Tetapi, minda Jimin tiba-tiba teringat akan sesuatu.

"Eh... Tak. Saya akan datang pejabat Encik Min sekarang.", Jimin terus mematikan panggilannya lalu memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar jeans.

Fon telinga diletakkan kembali pada tempat asalnya. Jimin menutup segala suis sebelum melangkah keluar dari studio itu. Tangannya melambung-lambung kecil kunci kereta.

Dia hanya perlu memandang selama 15 minit untuk ke pejabat BigHit Entertainment kerana jarak antara studio miliknya ke pejabat BigHit dekat sahaja. Lexus LC 500 itu diparkir lalu Jimin berjalan masuk ke dalam bangunan BigHit.

Lif dinaiki untuk menuju ke pejabat Encik Min. Sebaik sahaja dia tiba di tingkat yang dituju, dia berjalan ke arah pejabat Encik Min yang sangat dikenalinya itu.

Jimin mengetuk pintu kaca itu. "Masuk.", suara Encik Min berkata barulah Jimin menolak pintu kaca itu lalu melangkah masuk.

Encik Min sedang duduk di kerusinya, meneliti sesuatu pada skrin komputernya manakala Encik Kim pula sedang bermain dengan telefon bimbitnya di atas sofa.

"Oh. Jimin.", sapa Encik Kim sambil tersenyum. Encik Min turut mengangkat wajahnya apabila mendengar ayat Encik Kim.

Jimin menundukkan badannya ke arah dua orang staf BigHit itu. Mata Encik Kim berkerdip-kerdip memandang Jimin. Encik Kim dan Encik Min berpandangan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Park Jimin yang tak reti hormat orang tiba-tiba sahaja menundukkan bada tanda hormat? Memang pelik.

"Duduklah.", Namjoon mempelawa. Jimin pun duduk diatas sofa menghadap Encik Kim. Encik Min mula bangkit dari duduknya lalu duduk di sebelah Encik Kim.

"Kau pergi mana semalam?", Encik Min mula bertanya.

"Makan piza. Balik.", jawab Jimin.

"Shooting drama kau?", Encik Kim pula bertanya.

"Bolehlah... Macam biasa.", jawab Jimin. Encik Min menjongketkan keningnya, pelik dengan perangai Jimin pada hari ini. Kenapa aku rasa dia ni baik sahaja pada hari ini... Tiada jawapan sarkastik atau yang minta kaki ke muka.

"Kau tak pergi kelab sampai pukul empat dah?", selamba Encik Min bertanya. Jimin menggelengkan kepalanya.

Encik Min mula berasa curiga dengan perangai Jimin.

"Kau ada sorok sesuatu ke daripada kitorang?", tanya Encik Min. Mata Jimin berkerdip-kerdip.

"Buat apa saya nak sorok benda...?", tanya Jimin sambil tersenyum. Encik Kim kini pula tidak percaya melihat senyuman Jimin.

"Kau... Kau bukan Park Jimin kan? Baik cakap hantu apa yang tengah rasuk badan kau.", tanya Encik Kim, nada suaranya jelas curiga. Jimin hanya tertawa kecil.

Lagilah Encik Kim membulat matanya. Apa? Dia gelak?

Jimin tiba-tiba berdiri. "Laporan saya dah tamat kan hari ni? Saya pergi dulu.", kata Jimin. Tetapi, belum sempat Jimin berjalan pergi, dia teringat akan sesuatu.

Jimin tersenyum ke arah Encik Min. "Ah, Encik Min. Terima kasih sebab tolong saya.", ucap Jimin lalu menundukkan badannya.

"Ei budak ni sejak bila aku tolong kau ha?", dengan geram Yoongi berkata. Jimin hanya menolak pintu kaca lalu berjalan keluar.

"Kau tolong dia?", Encik Kim bertanya kepada Encik Min.

"Gila, buat apa aku nak tolong dia. Budak tu merepek.", Encik Min berkata. Sejujurnya, dia agak seram juga dengan perubahan sikap Jimin 360 darjah itu. Lebih baik Jimin yang kurang ajar itu daripada Jimin yang terlebih baik.

Jimin berjalan ke arah lif sambil tersenyum. Untung juga aku hantar kereta Encik Min tempoh hari.

Kalau tak, bila pula aku akan bertemu semula dengan Han Yeoreum?

•••

"Ah... Aku tak rasa macam ni...", gumam Jimin sendiri setelah selesai berlatih tariannya bersama Seulgi. Seulgi mengangguk-anggukkan kepalanya, bersetuju dengan Jimin.

"Aku pun. Kejap.", Seulgi memandang sekeliling, seolah-olah mencari idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka. Kemudian, pandangan Seulgi jatuh kepada seseorang. Bibir Seulgi mula mengukir senyuman.

"Cik Yeoreum!", Seulgi mula memanggil Yeoreum. Yeoreum yang sedang mengunyah roti sambil membaca skrip terhenti perbuatannya. Seulgi dan Jimin mula berjalan ke arah Yeoreum.

Suasana di dalam bilik tarian itu riuh rendah dengan bunyi para pelajar bersembang sebagai pelakon ekstra mereka hari ini. Babak seterusnya ialah babak di mana Seulgi dan Jimin menari bersama di hadapan para pelajar.

Yeoreum tersenyum ke arah Seulgi tetapi senyumannya sengaja bertukar masam apabila memandang Jimin. "Cik Yeoreum, boleh tunjukkan tak macam mana nak berlakon bila menari? Bila saat saya perlu buat eye contact dengan Jimin.", ujar Seulgi.

Yeoreum menoleh ke arah pengarah di sebelahnya. Selalunya pengarah yang akan beri arahan tentang bagaimana babak seterusnya akan dilakonkan. Tetapi, pengarah drama 1-4-3 itu hanya tersenyum ke arah Yeoreum dan isyarat tangannya seolah-olah mempelawa Yeoreum untuk memberi arahan.

"Macam ni... Korang... Menari kan...", ujar Yeoreum sambil mendekati Jimin. Tangan Yeoreum masih memegang buku skrip di tangannya.

Yeoreum dapat merasakan tangan Jimin yang menyentuh rambutnya yang terikat dengan ala kadar serta serabai. Memastikan tiada rambutnya yang panjang mengurai menyentuh leher.

"Apa rambut kau ni?", selamba Jimin berkata, cukup perlahan untuk Yeoreum sahaja yang mendengarnya.

"Jangan main-main Park Jimin.", bisik Yeoreum kembali. Jimin hanya tersengih, sengihan rasmi miliknya.

Yeoreum pun memulakan tariannya, tetapi secara minimalistik sahaja. Jimin di sebelahnya hanya mengikut sahaja rentak Yeoreum, freestyle.

"Pastikan awak pandang mata dia...", kata Yeoreum sambil memusingkan sedikit kepala ke arah Jimin. Jimin turut memandang ke arah Yeoreum.

Tanpa disedari, Yeoreum dibawa kembali ke waktu silam dimana mereka menari bersama dengan memakai pakaian seragam highschool. Acapkali mereka bertentang mata ketika menari. Senyuman dan tawa menghiasi bibir mereka.

"Bila korang ada di depan satu sama lain, cuba untuk tengok satu sama lain, selama yang mungkin. Jimin, kalau boleh senyumlah sebab Hoseok kan suka dekat Eul dalam drama ni.", kata Yeoreum lagi.

Pose terakhir Yeoreum ialah salah satu tangannya diletakkan diatas bahu Jimin.

"Oh... Cik Yeoreum. Pandai juga cik menari.", Seulgi memuji, agak kagum dengan skil tarian Yeoreum. Kemudian, seolah-olah baru tersedar, dia baru perasan akan tangan Jimin yang merangkul pinggangnya.

Kini mereka menghadap satu sama lain dengan jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja antara satu sama lain. Terlalu dekat.

Jimin menelengkan sedikit kepalanya ke sisi, bibirnya terukir senyuman. Yeoreum terus berdehem dan menjauhkan dirinya daripada Jimin.

"Macam tulah... Cik Seulgi patut buat.", ujar Yeoreum, agak gugup. Jimin hanya tersengih sendiri. Seulgi pula menganggukkan kepalanya, tanda dia mengerti kini.

Yeoreum terus berjalan ke arah begnya lalu mencapai botol air mineral. Setelah air itu diteguk, nafas ditarik dan dihembus untuk menghilangkan debar di dalam hati.

Kau memang gila, Han Yeoreum.

•••

aku taktau ah pasal orang lain bila baca buku ni, tapi aku rasa emo

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

12.7K 1.1K 58
Lelaki yang aku kenal kini bukan lagi seperti dulu. Dia dah berubah. Bukan lagi seperti Kim Taehyung yang aku kenali. Siapa sebenarnya dia? ...
78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
75.2K 9.2K 26
People call him, The Devil. he is the famous cruel gangleader who in the days, pretend to be a CEO and a politicians but kills at night. " but- he n...