[Terbit ]Mr. Headhunter [UNED...

Door ariaseva

7.4M 239K 86.6K

US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takk... Meer

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 15

96.4K 7.5K 1K
Door ariaseva

Aina mencelikkan matanya perlahan-lahan. Rasa seperti malas bangun dari katil bersaiz king yang empuk itu. Walaupun dia dan Darlene menetap di dalam bilik tamu, tetapi ianya langsung tidak menunjukkan seperti bilik tetamu. Kipas langsung tiada di dalam bilik itu. Pendingin hawa seperti di dalam pasaraya beli-belah. Almarinya sebesar bilik tidur mereka di rumah sewa mereka. Alangkah indahnya kalau....

"Selamat pagi anak dara. Memang nak tidur sampai esok ke ?", tegur Darlene yang sedang menonton televisyen di dalam bilik itu.

Perlahan-lahan Aina duduk dari baringnya. Darlene ditenung lama.

"Pukul berapa sekarang ?", tanya Aina yang sedang menggosok matanya. Huh ! Penuh tahi mata.

"Pukul 11 pagi dah. Kenapa ?", tanya Darlene kembali.

"Oh... 11 pa... Eh ?!!! Kita tak pergi kerja ke ?!!!", jerit Aina kuat. Matanya terbungkam luas.

"Kau tak payah nak gelabah sangatlah. Subuh pun tak bangun, nak acah pulak", kata Darlene dalam nada perli.

"Apa kaitan dengan subuh ? Aku tanya ni, kita tak pergi kerja ke ?", tanya Aina lagi.

"Tak. Subuh tadi masa aku pergi dapur, aku terserempak dengan sir Froy sekali. Dia kata kita tak payah pergi kerja. Katanya kita dalam bahaya lagi", terang Darlene.

"Yeke ? Bagusnya...", bisik Aina perlahan.

"Kau tak payah nak suka sangat lah. Happy ke dapat bahaya macam ni ?", tanya Darlene mendatar.

"Kan ada orang yang lindung kita", kata Aina mendatar. Tiba-tiba dia rasa bahagia apabila mendapat bos-bos yang jahat tetapi dalam masa yang sama adalah orang yang baik.

"Kau jangan nak perasan sangatlah. Pergi mandi sana ! Busuk kau tu sampai tingkat bawah pun boleh bau tahu tak ?!", kata Darlene sambil berdiri dari duduknya.

"Kecohlah kau. Kau nak pergi mana ?", tanya Aina kasar.

"Turun bawah", jawab Darlene.

"Ada siapa je kat bawah ?", tanya Aina sambil melangkah turun dari katil.

"Puan Avrin dengan Puan Erika dan anak-anak diorang", jawab Darlene.

"Yang lain mana ?", tanya Aina lagi.

"Pergi kerjalah. Kau ingat diorang tu macam kau ke ? Pemalas. Diorang tu gaji besar pun still gi kerja tahu tak ?", perli Darlene lagi.

"Bisinglah kau ni. Kerja asyik nak membebel je", kata Aina sebelum terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Darlene hanya melepaskan nafas panjang sebelum terus melangkah mahu ke pintu bilik. Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi ngauman kereta dari laman rumah.

Darlene terus melangkah ke arah koridor bilik itu sebelum perlahan-lahan dia membuka sliding door koridor itu.

Kelihatan sebuah Ferrari 455 telah elok terparkir di laman rumah. Rumah banglo itu cukup memenuhi gaya eropah yang tidak mempunyai garaj untuk meletakkan kereta malah hanya ada laman yang luas berbumbungkan bumbung lutsinar.

Mata Darlene masih tercari-cari empunya badan yang membawa kereta itu. Tiada bayang siapa-siapa.

"Siapa pulak yang balik ni ?", bisik Darlene sendirian.

Hayden hanya memerhati dari dalam kereta. Mata tertumpu pada gadis yang sedang mengintai dari koridor bilik gadis itu. Cantik... Gadis itu sangat cantik... Tudung sentiasa menutupi rambutnya. Kulitnya mulus. Suaranya ayu. Perwatakannya sangat menarik. Tapi sayang,... Kau akan jadi seorang isteri kepada seorang pembunuh yang langsung tidak mempunyai rasa belas kasihan.

Perlahan-lahan, Hayden tersenyum nipis.

Darlene menyorok sedikit selepas melihat seorang orang atasannya keluar dari kereta mewah itu. Sir Hayden atau sir Jayden. Handsomenya... Kalaulah jadi suami aku... Eh, tak boleh tak boleh. Jangan nak pernah terfikir pun Lene !!

Darlene hanya memerhati Hayden yang melangkah ke arah rumah. Lama-lama bayangnya pun hilang.

Perlahan-lahan Darlene melangkah turun ke tingkat bawah sebelum matanya tercari-cari bayangan orang atasannya itu. Mana pulak dia ni...

"Cari siapa ?", tanya satu suara garau dari belakang Darlene.

Dengan pantas Darlene menoleh sebelum matanya terbuka dengan luas.

"Err... Sir...", kata Darlene tersekat-sekat.

"Dah berapa lama kau intai aku ?", tanya Hayden mendatar. Wajahnya tanpa reaksi.

"Eh... Mana.. Mana ada sir...", kata Darlene sambil menoleh ke bawah.

"Apa fungsi aku jadi eagle eye kalau aku tak nampak siapa yang intai aku", kata Hayden sambil tersenyum nipis.

Darlene menoleh ke arah wajah Hayden sebelum jantungnya berdegup dengan kencang. Senyuman itu... Senyuman yang sangat mahal. Mungkin setahun sekali je dia akan senyum.

"Nampaknya kau dah tahu siapa aku", kata Hayden sambil melangkah ke arah sebuah bilik yang berpintukan pintu kayu bewarna coklat pekat.

"Sir Hayden...", kata Darlene sambil mengekor langkah Hayden.

"Pandai pun", kata Hayden sambil menoleh gadis itu dua saat.

"Senyuman sir dengan sir Jayden terlalu berbeza", kata Darlene perlahan.

"Hm", kata Hayden malas. Jarinya sibuk menekan kata kunci di hadapan bilik itu.

"Kenapa sir balik awal sangat ? Sir-sir yang lain mana ?", tanya Darlene lembut.

"Aku balik nak ambik fail. Yang lain tengah meeting", jawab Hayden jujur.

Teettt

Kedengaran bunyi pintu itu terbuka.

Hayden terus melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum dia menghentikan langkahnya.

"Jangan masuk", kata Hayden kepada Darlene yang sedari tadi hanya mengekor.

"Oh okay... Sorry sir...", kata Darlene sambil menunduk sedikit. Dia kemudian terus melangkah pergi dari situ.

Hayden hanya memerhati gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu sebelum dia menutup pintu bilik kerja itu.

Hayden membelek satu persatu fail yang ada. Mana pulak fail ni ? Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah buku tebal berkulit bewarna hitam. Buku itu tertulis "American Mafia" di atasnya.

Hayden mencapai buku itu sebelum ia diletakkan di atas meja kerja yang berada di dalam bilik itu.

Buku itu dibuka sebelum diselak satu persatu. Matanya kemudian tertumpu pada gambar-gambar yang berada di dalam buku itu.

Arlan Frecc Louise
Aryan Froy Louise
Ariq Frandy Louise
Mark Hayden William
Mark Jayden William

Hayden kemudian menyelak muka surat yang seterusnya. Terdapat banyak muka-muka anak-anak buah mereka. Apabila diselak lagi dan lagi, akhirnya muncullah wajah musuh-musuh mereka.

Mereka yang sudah mati akan dicop dengan dakwat merah, manakala yang masih diburu, masih suci gambarnya. Itu tanda mereka belum mati.

Hayden memerhati gambar lelaki itu dengan mata yang tajam.

"Dah lama kau tak muncul. Akhirnya kau muncul jugak anjing. Es hora de lo mejor contra lo mejor", bisik Hayden perlahan.

Hayden melangkah keluar dari rumah dengan tangan yang memegang fail bewarna hitam. Matanya tertumpu pada Darlene yang sedang berdiri di tepi laman. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kereta.

"Pergi masuk", kata Hayden mendatar. Tangannya membuka pintu kereta milik Ariq itu.

"Kenapa sir ?", tanya Darlene yang menyedari Hayden sudah mahu berangkat ke tempat kerja semula.

"Aku kata masuk, masuk", kata Hayden sebelum terus melolos masuk ke dalam kereta.

Darlene hanya memerhati kereta rendah itu berlalu pergi dengan laju.

Aryan hanya merenung ke dalam anak mata helang milik Hayden. Berita yang baru disampaikan oleh lelaki itu langsung tidak menggembirakannya.

"Kau yakin ?", tanya Aryan mendatar.

"I could smell his appearance", jawab Hayden mendatar.

"Go train yourself bruh. It's not gonna be that easy for us", kata Ariq yang berada di sofa hitam di dalam bilik pejabat milik Aryan.

"Tapi aku tak dapat rasa yang dia akan serang pun", celah Spencer.

"Dia tak serang. He's watching...us", kata Hayden mendatar.

"Uruskan hal kahwin kau dengan Darlene secepat mungkin. Kita kena balik US", kata Aryan mendatar.

"Kau tak rasa ke kalau aku kahwin dengan dia, nyawa dia akan lagi dalam bahaya ?", kata Hayden mendatar.

"Kalau kau tak kahwin dengan dia, dia still dalam bahaya dan akan mati. Sekarang ni ada dua pilihan. Antara dia mati di dalam jagaan kau, atau dia mati di luar jagaan kau", kata Aryan mendatar.

Hayden hanya terdiam.

"Bro", panggil Ariq.

Hayden menoleh ke arah Ariq sebelum mata mereka bertentangan.

"Es hora de lo mejor contra lo mejor", kata Ariq dengan mata tajamnya.

Hayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Jayden sebelum mereka berdua menganggukkan kepala sedikit.

"Mostrémosles quién es el mejor entre los mejores", kata Hayden sambil membetulkan tali lehernya dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

Jayden, Ariq dan Aryan hanya tersenyum mendengar kata-kata Hayden itu.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

3.5K 523 9
Bismillah "Something is off..." -Yusuf Zayyad- "Kita dah kahwin sejak tahun lepas, Yusuf Zayyad " -Adkayra- Ketidak sefahaman demi ketidak sefahaman...
3.7M 29.1K 12
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sah...
266K 27.7K 10
Hari yang sepatutnya menjadi kenangan terindah di dalam hidupnya bertukar menjadi kes pembunuhan satu keluarga. Hanya dirinya yang terselamat. Satu d...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...