Mr Killer's Girl |✔|

Autorstwa mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... Więcej

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
EPILOG
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

🍁 - [26]

54.7K 2.4K 117
Autorstwa mecx-zack

Carl Que Alexander menendang kerusi kayu di dalam kelas tersebut kuat hingga terbalik. Naik turun nafasnya dengan wajah yang membengis.

Hatinya tak henti-henti menyalahkan diri sendiri. Salah dia kalau ingin melindungi adiknya? Salahkah dia?

"Aku tak teragak-agak kali ni nak sentuh adik kau, Que. Kalau aku bunuh dia sekalipun, aku akan buat. Kau bodoh kalau kau rasa boleh kencing aku!"

Terngiang-ngiang lagi kata berbaur amaran Joe padanya. Dan masih segar lagi ugutan Joe seketika tadi.

Jika boleh, mahu dia hapuskan Joe tetapi adiknya lebih penting tika ini. Dia bingung bagaimana mahu memulihkan keadaan seperti dulu.

Beg sekolahnya disangkut pada bahu sebelum berlalu keluar daripada kelas dengan wajah kusut dan fikiran yang berserabut.

Dia harus mencari cara untuk menghentikan perbuatan Joe.

Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang pelajar tergesa-gesa berlari ke arahnya lalu tangan Carl Que Alexander digoncang berkali-kali dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Abang! A-adik abang! Hujung sana! Cepat!" jari telunjuk dihalakan pada arah pagar sekolah.

Carl Que Alexander merenung wajah pelajar lelaki itu tajam sebelum beg sekolahnya dicampak ke lantai lalu berlari laju ke arah yang ditunjukkan pelajar tersebut.

Joe semakin melampau!

"Celaka kau Joe!"

Hampir menitis airmata lelakinya sebaik melihat Joe sedang membelasah adiknya bertubi-tubi dengan dua lagi rakannya memegang kedua belah tangan adiknya daripada melawan.

Carl Hans Mikael merenung sayu ke arah abangnya dengan nafas lemah. Seluruh badannya tak bermaya.

Bukan setakat ditumbuk tetapi turut dipukul dengan kayu yang dibawa Joe.

BUK!

Carl Que Alexander meluru ke arah rakan Joe yang menahan tangan adiknya itu lalu dilepaskan tumbukan padunya sekuat hati.

Ditendang seorang lagi rakan Joe tepat pada perut lelaki itu. Joe hanya tersengih melihat amarah Carl Que Alexander.

"Korang nak apa lagi?! Tak cukup lagi ke nak hancurkan aku dengan adik aku?! Hah?!" jerkahnya dengan mata yang bergenang.

Carl Hans Mikael bersandar di tepi pagar sekolah dengan mata terpejam rapat. Suara abangnya yang kuat dan menggerunkan itu dia dengar tetapi tak mampu untuk bersuara.

Betul-betul hilang tenaganya dibelasah oleh Joe.

Ketika itu dia sedang menunggu abangnya untuk pulang bersama-sama, walaupun abangnya tak mahu pulang bersamanya.

Tetapi lain pula yang jadi bila Joe dan rakannya yang datang menyerangnya tanpa sebarang kata.

Dia cuba melawan dan berjaya membalas serangan Joe tetapi dia makin teruk dibelasah akibat rakan Joe yang menahan badannya daripada bergerak.

Mana mungkin dia yang akan berjaya jika mereka bertiga dan dia keseorangan.

"Aku benci tengok muka adik kau! Semak kau tahu tak?! Alih-alih dia jugak yang dapat nama! Menyampah lah sial!"

Suara Joe juga meninggi dengan wajah yang tegang dan penuh kebencian.

Joe mengepal tangan membentuk penumbuk lalu maju ke arah Carl Que Alexander. Dilayangkan penumbuk pada lelaki itu tapi tersasar.

Carl Que Alexander dan Joe mula bergelut sesama sendiri.

Rakan Joe hanya mampu melihat tanpa masuk campur apabila dua lelaki yang terkenal dengan sifat bengis masing-masing sedang berlawan, mahu mereka yang teruk dibelasah nanti.

Carl Que Alexander, pelajar yang digelar dengan gelaran budak setan kerana sikapnya yang tak mempunyai sifat lembut pada lawannya.

Mereka berdua hanya mengikut arahan daripada Joe, itu pun setelah diugut Joe berkali-kali.

"ARGHH!"

Joe terlentang di atas jalan tar dengan wajah berkerut sakit. Carl Que Alexander pula yang ingin menyerang Joe terhenti sebaik lelaki itu mengacah pisau dihadapannya.

Joe memang gila! Cemburu hingga sanggup membunuh!

"Apa?! Terkejut nampak aku pegang benda ni? Kau nak tengok aku bunuh adik kau betul-betul kan? Fine!"

Belum sempat Joe ingin menuju ke arah Carl Hans Mikael, badannya ditendang daripada belakang hingga pisau tersebut terlepas sedikit jauh daripadanya.

"Aku yang akan bunuh dia dengan tangan aku sendiri! Puas hati kau?!" jerkah Carl Que Alexander dengan dada turun naik.

Pisau yang terjatuh itu diambil lalu Carl Que Alexander meluru ke arah adiknya. Joe pula memerhati dengan pandangan penuh dendam dan benci pada Carl Hans Mikael.

Carl Hans Mikael membuka kelopak matanya yang bergenang dengan airmata.

Benarkah abangnya akan membunuhnya? Sanggup ke seorang abang membunuh adiknya sendiri?

Mata dipejam rapat seraya airmata yang mula mengalir keluar. Dia tahu abangnya cuma berkata begitu demi memuaskan hati busuk Joe.

"Aku tak bodoh nak bunuh kau Hans. Aku terpaksa berlakon. Maafkan aku." bisiknya pada adiknya sayu.

Pisau ditekapkan pada bawah leher Carl Hans Mikael, ditoleh sekilas ke arah Joe dengan mata yang memerah menahan perasaannya.

Itu hanya lakonan supaya Joe tak meneruskan kerja gilanya lagi, dan dia akan pastikan Joe mendapat balasannya nanti.

"QUE! KAU GILA KE NAK BUNUH ADIK KAU SENDIRI!"

Lima pasang mata terus menoleh ke arah suara kasar itu.

Joe dan rakannya berubah pucat manakala Carl Que Alexander tergamam melihat wajah bengis Carl Ayden.

Apalagi selepas ini?

*

*

*

PANG!

Kepala ditunduk ke bawah sebaik pipinya ditampar Carl Ayden kuat.

Sudah dijelaskan perkara yang sebenar tapi dah terlambat, papanya sudah salah faham.

"Aku ajar kau dari kecil sampai besar untuk jaga adik kau! Sekarang kau nak bunuh dia pulak?! Kau gila ke Que?!"

Zara Nafisa cuba menenangkan suaminya yang seakan singa kelaparan itu tetapi tangannya ditepis Carl Ayden.

Dia tak percaya bahawa Carl Que Alexander melakukan perkara tersebut pada adiknya yang satu itu.

"Que buat bersebab papa, maafkan Que. Que cuma- "

BUK!

Bibir yang ditumbuk Carl Ayden disentuh lembut dengan mata yang terpejam rapat.

Ya, dia sedar papanya tak akan mempercayai kata-katanya dan juga penjelasannya juga tak mungkin dihiraukan.

"Kau nak putar belit lagi?! Aku kecewa dengan kau Que! Adik kau! Hans adik kau! Kenapa kau buat benda bodoh macam tu?!"

Carl Ayden mengepal penumbuknya, serasa mahu saja dia ajar lelaki itu secukupnya tapi demi larangan isterinya dia cuba bersabar.

"Aku tak sangka Que! Kau nak tipu aku apa lagi? Depan mata aku nampak apa kau buat dekat Hans!"

Carl Ayden mencekak kolar baju Carl Que Alexander lalu diheret hingga ke pintu utama sebelum ditolak kasar.

Zara Nafisa sudah terjelupuk di atas lantai, dia tahu apa yang suaminya ingin lakukan tika itu.

"Mulai dari hari ni, kau jangan jejakkan kaki kau dalam rumah aku lagi! Aku tak akan maafkan kau! Anak aku bukan pembunuh macam kau! Keluar!"

Carl Que Alexander terpempam. Dunianya terasa gelap-segelapnya.

Dipandang wajah yang jelas menyinga dan juga terselit kekecewaan Carl Ayden dengan perasaan bercampur-baur.

"Papa jangan halau Que! Papa dengar penjelasan Que dulu! Tolong papa, Que tak buat Hans macam tu! Que tak mungkin bunuh adik sendiri, papa.."

Carl Ayden tergelak sinis sambil menggeleng kepalanya bekali-kali.

Dia tak akan mendengar penjelasan lelaki itu sedangkan dia nampak bagaimana pisau yang berada dileher Carl Hans Mikael.

"Aku tak akan dengar penjelasan kau! Keluar sekarang! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi! Keluar!"

Tubuh Carl Que Alexander ditolak kasar hingga lelaki itu jatuh terduduk dengan mata yang merah menahan perasaannya.

"Abang! Jangan abang. Que tak buat macam tu! Saya yakin dia tak mungkin sakitkan Hans. Que macam mana pun tetap anak saya abang.." lirih Zara Nafisa bersuara sambil teresak-esak menangis.

Carl Que Alexander menunduk. Airmata mamanya lagi sakit dilihat berbanding dihalau papanya. Airmata yang deras mengalir dibiarkan tanpa dikesat.

Ini balasannya setelah dia pertahankan adiknya? Jika ya, dia terima.

"Kalau itu yang papa nak, Que akan keluar dari rumah ni. Mama, maafkan Que. Que sayangkan Hans. Maafkan Que sekali lagi Maafkan Que papa. Que pergi dulu."

Serentak itu kakinya melangkah lemah keluar daripada rumah tersebut sehelai sepinggang. Airmatanya makin deras mengalir keluar.

Ini jalan hidupnya.

Maka, bermulah lah dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan kekejaman tanpa rasa simpati.

Bermula sebaik kakinya keluar daripada rumah yang penuh dengan kenangan bersama insan yang tersayang.

*

*

*

Carl Ayden menolak kepingan gambar Joe dan bapanya ke arah Carl Hans Mikael.

Bilik pejabatnya sunyi tanpa sebarang suara, dia harus pastikan semuanya berakhir secepat mungkin.

"Quienes son?" (Kenal siapa mereka?)

Carl Hans Mikael melihat kepingan gambar tersebut, serentak riak wajahnya berubah. Dia kenal lelaki itu, lelaki yang menghancurkan hubungan dia dan abangnya.

"I know him, papa." jawabnya tegas dengan tangan yang makin kuat mencengkam kepingan gambar tersebut.

Carl Ayden tersenyum sinis, dia berdiri sambil menyarungkan kot ditubuhnya lalu wajah Carl Hans Mikael dipandang dengan wajah tak berperasannya.

"Glad that you still remember them and bring Que, I want to meet him tomorrow at dinner."

Tanpa menunggu balasan daripada Carl Hans Mikael, dia berjalan keluar daripada bilik pejabatnya.

Sekarang, dia harus menemui Encik Omar; pengetua sekolah tempat kembar berdua bersekolah dulu.

Diego menunduk sedikit padanya lalu pintu kereta belakang dibuka. Carl Ayden mengangguk tanpa senyuman.

"Gracias." (Thank you) ucapnya pada Diego tanpa nada.

Kereta mula bergerak meninggalkan halaman rumahnya. Telefon dikeluarkan lalu setelah beberapa detik menekan skrin telefon, dia tersenyum sinis.

Selang beberapa minit, kelihatan dua buah kereta putih dan berlambang polis mengikuti belakang kereta yang dinaiki Carl Ayden.

Badan disandarkan pada kerusi lalu mata dipejam rapat.

Encik Omar, bukan saja pengetua sekolah.

Beliau juga selalu saja 'menyuap' mulut beberapa orang ternama demi kepentingan dirinya supaya namanya sentiasa menjadi butir bicara para ahli korporat terkemuka.

Kereta berhenti di sebuah Villa mewah milik Encik Omar, pintu dibuka dari luar dan Carl Ayden terus keluar lalu menuju ke arah Villa tersebut.

Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Tuan Muda." pengawal tersebut menunduk sedikit.

Carl Ayden mengikut langkah pengawal tersebut daripada belakang diiringi Diego dan Samuel, merangkap orang kanannya.

Anggota polis yang turut serta hanya menunggu tak jauh dari Villa tersebut.

Ya, dia sudah menyusun rancangannnya sebaik mungkin dan dia yakin rancangannya kali ini akan membuat Encik Omar menyesal kerana bermain dengan singa yang sudah lama terkurung dalam sangkarnya.

Setelah sampai diruang tamu Villa tersebut, Carl Ayden melabuhkan punggung di atas sofa manakala Samuel dan Diego setia berdiri disisinya.

Encik Omar melangkah perlahan ke arah lelaki yang berada di sofa itu dengan wajah hairan kerana turut disertai dengan dua orang lelaki yang boleh diagak sebagai pengawal itu .

"Encik Omar, ingat saya?" soal Carl Ayden, tenang saja.

Berubah air muka Encik Omar melihat wajah tanpa perasaan dihadapannya itu. Siapa saja tak mengenali lelaki itu.

Tiba-tiba jantungnya berdetak hebat. Pasti ada sesuatu jika lelaki ini ingin bertemu dengannya.

"Tuan Muda. Y-ya, saya ingat. Ada apa Tuan Muda nak jumpa saya?" sedikit tergagap kata Encik Omar walhal cuba berlagak tenang.

Carl Ayden tersenyum. Senyuman yang jelas tak menunjukkan bahawa dia tersenyum. Kosong.

Sampul surat bewarna putih yang terselit pada sebelah dalam kot diambil lalu diletakkan ke atas meja.

"Encik Omar boleh buka sampul tu, dan bagitahu saya semuanya tanpa ada satu pun yang tertinggal. Encik Omar faham kan maksud saya?" terus berubah serius nada suaranya.

Encik Omar tersenyum kelat dengan jantungnya yang makin berdegup kencang, dapat dia rasakan ada perkara buruk yang bakal berlaku selepas ini.

Sampul surat itu diambil.

Seketika, Encik Omar terkesima.

Wajah yang tadinya cuba dikawal setenang yang mungkin kini berubah pucat tak berdarah melihat isi sampul surat tersebut.

Carl Ayden tersenyum sinis. Senyuman yang terselit seribu satu kejahatan dan penuh makna disebaliknya.

"Have a nice day Mr Omar." sinis Carl Ayden berkata.

Serentak itu Encik Omar digari oleh seorang anggota polis manakala seorang lagi mengambil sampul surat bewarna putih yang mengandungi semua bukti tentang kegiatan Encik Omar dalam memberi rasuah kepada golongan atasan.

"Saya tak salah encik! Semua ni tak betul! Saya tak rasuahkan sesiapa!"

Carl Ayden mengetap kuat giginya, wajahnya mula timbul urat-urat hijau kecil.

Membahang api kemarahannya melihat Encik Omar yang masih lagi mahu menafikan perbuatannya.

"Aku tak cari kau kalau kau tak buat masalah dengan aku. Kau ingat aku nak sangat buka pasal 'kerja' bodoh kau? Tapi tak- "

Dia meluru ke arah Encik Omar yang jelas merenungnya dengan wajah tak berpuas hati.

Lalu tanpa sebarang amaran, leher Encik Omar dicekiknya kuat.

Berkerut seribu wajah Encik Omar, nafasnya terasa sesak saat lehernya dicengkam oleh Carl Ayden.

"Aku sumbat kau dalam penjara sebab kau dengan anak kau cari masalah dengan aku! Aku patutnya bunuh kau dari awal lagi, tapi kau dah tua. Aku tak suka 'makanan' basi! yang dah nak mampus!"

Bisiknya keras dengan suara dicelah gigi yang terketap rapat. Hampir saja dia melepaskan buku lima di wajah Encik Omar.

Leher lelaki berumur itu dilepas kasar cengkamannya. Dapat dilihat wajah berpeluh Encik Omar dengan nafas tercungap-cungap.

"Aku tak buat apa-apa dan anak aku langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang kau cakap! Encik jangan percaya cakap dia! Saya tak bersalah!"

Hilang panggilan berbudi bahasanya pada Carl Ayden. Anggota polis tersebut menggeleng tanda tak pedulikan nafian Encik Omar.

Carl Ayden tergelak. Sinis. Encik Omar memang mencabar kesabarannya. Mata dipejam sesat sebelum perut Encik Omar ditumbuknya kuat hingga terbongkok lelaki berumur itu.

"Shut your mouth, Mr Omar sebelum mulut kau bisu!" ujarnya perlahan dan keras.

Isyarat mata diberikan pada anggota polis yang memegang bahu Encik Omar supaya membawa lelaki berumur itu pergi sebelum tangannya mencari mangsa.

"KAU AKAN MENYESAL CARL AYDEN!"

Carl Ayden mengangkat sebelah keningya pada Encik Omar, ugutan lelaki itu langsung tak menggerunkannya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Encik Omar sepatutnya yang akan menyesal." sinis dia bersuara.

Sebaik kelibat Encik Omar masuk ke dalam perut kereta, dia meraup wajahnya kasar.

Satu hal sudah selesai, selepas ini dia harus bertemu dengan anaknya pula.

Masuk ke dalam kereta, dia mengarahkan Diego untuk pulang ke rumahnya.




[#]DONE.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

651K 72.4K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
3.3M 7.9K 2
M1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.8M 141K 97
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...