Aduhai, Senior Kerek !

De MiraFifah_

150K 8.1K 483

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... Mais

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 8

7.4K 437 25
De MiraFifah_

Wajah keterujaan jelas terpanacar di setiap wajah para peserta apabila memasuki bilik yang telah disediakan.

Luas.

Setiap bilik diharuskan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pelajar.

Jadi,kami membuat keputusan untuk menambah Atikah dan Nina bersama di dalam Bilik 303 ini.Enam orang jumlah keseluruhannya.

"Subhanallah ! Cantiknya pemandangan dari tingkap ni ! " ujarku apabila menyelak langsir.

Mereka terus pergi ke arah Sharmima. Reaksi mereka juga turut sama sepertinya.

"Ouh ya, kita kena berkumpul pukul berapa ehh ?" soal Wawa tiba-tiba.

"Pukul 7.30 sebenarnya, tapi kita solat Maghrib dululah.. Baru turun dekat dewan dewan makan,ok? " cadangku.

"Cikgu tak marah ke kalau lambat ?" soal Nina.

"Rasanya tak. Lagipun dahulukan solat baru buat perkara lain," pesanku.

"Ok kak, Nina faham," balasnya.

Mereka mula merakam gambar di dalam bilik.

Beberapa jam kemudian,

"Dah siap ke semua?" soalku selaku ketua bilik.Aku mula memulas tombol pintu.

"Dah," jawab Nisa dan Wawa.

Nina dan Atikah meuju keluar bilik bersama Wawa dan Nisa.

Sementara itu, aku masih setia menunggu Ikin di pintu bilik.

"Kejap ! Kejap !" teriak Ikin yang sedang membetulkan tudungnya dihadapan cermin.

"Cantik dah tu," pujiku.

"Ikin cepatlah ! Aku dah lapar gila dah ni ! " teriak Wawa dari luar.

"Woi ! Perut aku pun dah bergendang, " tambah Nisa pula.

Atikah dan Nina hanya memerhati karenah empat orang seniornya itu.

5 saat kemudian,

"Dah, jom gerak !"ajak Ikin dan terus berlalu keluar dari bilik.

Aku terus mengunci pintu bilik lalu mengekori mereka menuju ke dewan makan.

"Kenapa kamu berenam lambat ?" soaln pertama yang ditujukan kepada kami sewaktu melnagkah masuk ke dalam dewan makan.

Lewat sepuluh minit je !

Aku melihat ada pelajar yang sudah mula menjamah makanan

"Kami sembahyang tadi cikgu," jawabku mewakili ketua sebilik.

"Ouh... Pergi ambil makanan dan minuman kamu. Nanti pukul 8.00 kita dah nak start aktiviti." terang Cikgu Chia.

Kami mula bergerak untuk mengambil makanan. Mataku meliar mencari tempat duduk yang belum diduduki.

"Okay guys ! Sana kosong ! Jom !" ajakku.

Mereka menuruti sahaja.

Bacaan doa dibacakan sebelum menjamah makanan.

Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut sehingga makanan sudah pun habis dimakan.

"Alhamdulilah," ucapku setelah habis menjamah makanan.Yang lain juga begitu.

Beberapa taklimat diberikan sebelum para peserta bergerak menuju ke dewan aktiviti, di tingkat pertama.

Mereka berjalan sambil berbual-bual menuju ke dewan aktiviti.

"Weyh,telefon kena bagi cikgu lah..." rungut Ikin.

"Aku tahulah,"kata Nisa yang sedang mematikan telefonnya.

"Nama pun kem,mestilah telefon kena rampas !" sampukku pula.

"Hmmm... Tak dapatlah aku stalk crush aku !" tambah Ikin.

Aku,Nisa dan Wawa saling membalas pandangan.

"Siapa?" soal mereka serentak.

Ikin menepuk dahinya lalu mengangkat dua jari membuat simbol peace ! Dia bergegas menuruni tangga dan terus memasuki dewan aktiviti. Kawannya ditinggalkan sahaja begitu.

Ketika aku melangkah masuk ke dalam dewan aktiviti, mataku tertumpu kearah dua beg plastik yang berwarna biru di atas pentas.

'Haih... Mesti telefon kena letak dalam beg plastik tu kan ?' fikirku.

Cikgu Rafidah mula mengarahkan para peserta untuk dalam barisan. Perempuan duduk di bahagian kanan cikgu mankala lelaki duduk di bahagian sebelah kiri.Para peserta mula bergerak.

"Aku nak sama kumpulan dengan kau orang !" kataku.

"Aku pun sama weyh !" balas Wawa pula.

Keadaan menjadi sunyi ketika.

Kelihatan empat orang lelaki dan perempuan sedang melangkah masuk ke dalam dewan.

"Handsome !" kata seorang akak senior di hadapanku kepdada rakan-rakannya.Mereka mulalah berbisik-bisik tentang perkara yang tidak kutahui.

Fasilitator mula memperkenalkan diri masing-masing dan memberitahu beberapa peraturan yang patut dipatuhi.

Kemudian,kami diarahkan pula untuk membuat pembahagian kumpulan dengan mengira angka satu hingga lapan secara bersilih ganti.Pengiraan pun bermula.

"Ingat ! Jangan sesiapa berani tukar nombor !" pesan Abang Ashraf atau nama panggilan yang sepatutnya Abang Ash.

Aku mengeluh kecil.

"Aku baru nak tukar nombor dengan orang lain !" bentak Nisa yang berasa geram.

Kini mereka mencari ahli kumpulan masing-masing.

Aku terlihat Hafidz sedang berjalan menghampiri diriku.

"Sha,kau kumpulan berapa ?" soal Hafidz ingin tahu.

"Kumpulan dua. Kau berapa?" soalku pula.

"Sama dengan kaulah ! " beritahunya. Teserlah kegembiraannya di situ.

Happy semacam je dia ni ?

"Err.. Ouhk. Jom cari member yang lain." balasku dengan rasa pelik akan kelakuan Hafidz.

Pap ! Fayyad memukul bahu Hafidz.
Aku menoleh.

"Kau orang kumpulan berapa ?" terjah Fayyad tiba-tiba.

"Bodoh ! Terkejut aku ! " kata Hafidz.

Fayyad tersengih.

"Aku dengan Sha kumpulan dua," jawab Hafidz.

Aku membuat muka selamba sahaja. Aku tidak suka dengar orang mencarut.

"Sorry awak.. Saya tak sengaja," kata Hafidz tiba-tiba apabila melihat riak wajahku.

Aku memandang dia pelik.

Semenjak dua menjak ni.. Aku rasa Hafidz ni pelik! Sekejap aku kau ? Sekejap saya awak ?

"Kau dah kenapa? Bersaya-awak dengan dia? " soal Fayyad berasa sangsi.

"Pfft.. Hahaha!!! Aku bergurau je. Tak kan marah kut... " usik Hafidz.

"Perlu ke aku marah?" soal Fayyad pula.

"Kau kan suka dia," usik Hafidz lagi.

"Dah lah, aku nak cari ahli kumpulan aku ." balas Fayyad dan berlalu pergi.

Aku masih tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang.

Argh! Malaslah nak ambil tahu !!! jerit batinku.

Kini aku berada di dalam kumpulan dua.Terdapat 10 orang ahli kesemuanya. Ketua kumpulan adalah Senior Shakir yang berada di tingkatan lima.


Penghulu untuk kem kali ini adalah Ahmad Mikael. Dia juga merupakan salah seorang daripada ahli kumpulanku.

Kenapa lah mesti senior kerek tu ?!

Kami mendapat tugasan untuk membina satu arca yang melambangkan kami semua.Kerja ini perlu dilakukan di dalam kumpulan serta turut bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

Semasa perbincangan dilakukan, aku mendengar setiap butir bicara yang dibincangkan dengan teliti.Pelbagai cadangan diberikan kepada Senior Shakir.

Namun dalam diam, aku sedari Mikael sedang memerhatikanku. Bukan perasan, tapi semua mata tertumpu pada Senior Shakir tetapi Mikael memandangku ketika aku menoleh ke arahnya.

Lantak dia lah ! Tapi geram pulak dia pandang aku dengan muka hantu dia tu! Kerek ! Kalau muka dia macam hantu, agak-agak muka hantu macam mana eh ?

Setelah pembahagian tugasan diberikan, aku memulakan tugasku. Tugasan aku perlu dilakukan bersama Nina,Kak Feya,Kak Reen dan Kak Fasha.

Seronok juga buat tugasan ini. Buat kerja sambil berkenalan dengan akak senior. Cuma,Kak Fasha ni yang gedik sikit.

Kenapa? Sebab dia pandai mengkritik orang buat kerja, tapi dia tak buat satu pun !

Kak Fasha pergi mengambil bahan tambahan daripada Senior Shakir.Sementara itu,Senior Ikhwan yang duduk bersebelahan dengan group kecilku ini, berkata " Jangan layan sangat karenah Fasha tu,".Dia kemudiannya tersenyum.


Aku sedikit terkejut kerana dia menyapaku.Aku membuat isyarat ok.

Setelah lama membuat tugasan ini, akhirnya tiba lah masa untuk para fasilitator membuat rumusan tentang arca yang telah disiapkan.

Baik,Cantik dan Kreatif . Puji Abang Ash selaku ketua fasilatator. Katanya, dengan sikap bekerjasama dan bertanggungjawab, kamu semua dapat menghasilkan satu tugasan yang sempurna.Tahniah.

"Kami ada satu lagi aktiviti menarik untuk kamu semua!" kata Kak Ikha.

"Tapi sebelum tu, saya nak kamu semua kosongkan dahulu dewan aktiviti ini.Sila turun ke bahagian parking di bawah," jelas Kak Ikha.

Ahmad Mikael selaku penghulu dipanggil oleh Abang Qil.Yang lain sudah mula turun ke bawah.

Sejuk.Cuaca di bawah ini amat sejuk.
Mujur aku memakai sweater.

"Kak Feya tahu tak aktiviti apa lepas ni ?" soalku ingin tahu.

"Hmmm..... Akak rasa ada aktiviti Nightwalk," balas Kak Feya.

Gulp ! Aku tersentak.

"Ouh.." itu sahaja balasanku.

Aku meraup mukaku dan cuba mempamer riak tenang.

Argh ! Tak boleh jadi ! Aku tak nak sertai aktiviti ni !

Tiba-tiba mataku terasa pedih!Aku menggosok-gosok mataku.

"Sha! Kau kenapa? " soal Hafidz prihatin.Beberapa ahli kumpulanku memandangku.

Aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

"Awak menangis ke ?" soal Senior Ikhwan pula.

Kak Ikha yang berada disebelahku, cuba melihat mataku.

"Meh sini akak tengok,buka mata." pinta Kak Ikha.

"Tak boleh buka,pedih !" balasku.

Ahmad Mikael yang sedang menghampiri kumpulannya, melihat Sharmima.

"Asal tu?" soalnya kepada Ikhwan.

"Entahlah,mata dia pedih katanya." jawab Ikhwan.

"Cengeng ! " kata Mikael sedikit kuat.

Aku berasa seperti ingin mencilikan sahaja mulutnya itu.

"Buka mata perlahan-lahan.Biar akak tiup," kata Kak Ikha.

Aku hanya menurut.

"Fuuuh... Fuuuh.." tiup Kak Ikha.

Lama-kelamaan mataku kembali ok. Rupanya ada bulu mata memasuki mataku.

Keadaan kembali seperti biasa.

"Kenapa kau jumpa Abang Qil tadi?" soal Ikhwan.

"Ouh,dia bagi aku arahan kawal kau orang dekat bawah ni. Kejap lagi ada aktiviti nighwalk." jawab Mikael.

"Nightwalk? Alah bukan seram mana pun," jawab Ikhwan selamba.

"Jangan cakap besar, 'dia' dengar tahu tak." balas Mikael.

"Kau ni buat aku seram sejuklah! Meremang bulu roma!" balas Ikhwan.

"Errr.. Betul ke ada nightwalk malam ni ?" sampukku yang mencuri dengar perbualan mereka.Perasaan takutku sudah hampir sampai ke tahap maksima.

"Haah," jawab Ikhwan.

"Mama !!!!!!!!!!!!!" jerit Sharmima tiba-tiba. Semua mata telah tertumpu kepadanya.

"Sha!" panggil Kak Ikha terkejut dengan reaksi Sharmima.




Nantikan next chapter ;)

Continue lendo

Você também vai gostar

192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
61.4K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
343K 15.3K 19
Kehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan men...
316K 13.8K 34
Ain Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga F...