" Taeyeon !"
Terkejut beruk gadis bername tag 'Taeyeon' apabila tiba tiba namanya disergah sebegitu rupa . Cikgu botak licin bak Squidward ditambah pula misai tebal yang boleh mensesatkan lipas , nyamuk jika masuk ke dalam misainya itu di pandang takut takut .
" Ne, ssaem?" Soal Taeyeon agak gelabah . Salahnya juga kerana tadi dia tidak menumpukan perhatiannya .
" Taeyeon, kamu ni sejak budak bertujuh tu datang, kamu asyik mengelamun . Mata sepanjang masa melekat kat muka depa(?) tu! Apa nak jadi ni! " marah Cikgu Squidward . Sorry, namanya Cikgu Joe Flizzow.
" MianHaeyo, ssaem. Saya akan tumpukan perhatian selepas ini ." jawab Taeyeon lalu menunduk memandang buku .
Malangnya, Taeyeon masih tidak dapat menumpukan perhatian . Hatinya gelisah tiba tiba bagaikan ada perkara buruk yang akan berlaku . Dia memandang kiri kanan. Pelik. Rakan rakan yang lain juga kelihatan gelisah.
" Tiff, kau pun rasa macam apa yang aku rasa ke? " bahu Tiffany, deskmate nya dicuit .
" Nampaknya aku rasa apa yang aku rasa tu. Aku macam rasa aku akan kehilangan kau lah. " balas Tiffany, agak mengejutkan Taeyeon.
" Kau ni gila betullah. Fikir yang bukan bukan. Aku cepuk kau kejap lagi kut. " marah Taeyeon dengan nada yang rendah . Tetapi tiba tiba kepalanya dicepuk dari belakang .
" Biar saya yang cepuk awak dulu. Taeyeon! Saya baru tegur awak tadi! " Entah dari mana Cikgu Joe Flizzow datang, tiba tiba muncul mencepuk kepala Taeyeon.
" Mianhaeyo, Ssaem. Saya cuma tanya Tiff satu perkara yang saya tak faham. " bohong Taeyeon dan Tiffany si bestfriendnya mengangguk angguk menyokong pembohongan Taeyeon .
" Lain kali tanya lah saya. " Tegur Cikgu Joe Flizzow lantas melangkah semula ke hadapan kelas . Baru sahaja mulutnya dibuka untuk sambung pembelajarannya , loceng sekolah kedengaran .
" uh? Okay anak anak sekalian ,masa cikgu sudah pun habis jadi saya akan keluar dengan aman dan-- "
" Chakkaman, ssaem! " Tiffany memintas. Dia dan beberapa pelajar perempuan dan tidak ketinggalan juga segelintir pelajar lelaki bangun dan bertindak merapatkan diri masing masing.
Seokjin , Jhope , Suga, Taehyung, Rapmon , Jungkook dan Jimin kurang mendapat idea apa yang rakan sekelas mereka lakukan , tetapi apabila Rapmon mengeluarkan arahan untuk ikut apa yang mereka buat, semua bangun .
" Korang dah kenapa? Masa cikgu dah habislah! " soal Cikgu Joe Flizzow dengan anak mata memandang ke arah beberapa pelajar yang sudah berkumpul di belakang kelas .
" Cikgu, masa cikgu belum habis! " jerit Tiffany lagi apabila Cikgu Squidward itu sudah hampir dengan pintu utama kelas .
" Apa yang cikgu ajar dengan suara lantang selama ni? Sampai telinga korang tercabut ke semua? Tak dengar tadi loceng dah bunyi. LOCENG DAH BUNYI. HAA TU BUNYI LAGI! " ujar Cikgu Joe Flizzow dengan suara bergabung bunyi loceng yang masih berbunyi .
" Cikgu! Jangan keluar! Itu bukan loceng sekolah kita yang biasa! Cikgu dengar tak? Bunyinya seolah olah loceng yang karat di ketuk dan lama sangat bunyinya berbanding biasa! " kata YoonA pula . Mukanya berubah pucat.
Cikgu Joe Flizzow terdiam . Perlahan lahan dia melangkah ke meja guru semula . Dia lupa akan sesuatu hal.
" Tunggu.. " kata Cikgu Joe Flizzow perlahan.
Pelajar pelajar yang tadinya masih duduk di kerusi bangun dan menyertai yang lain di belakang .
" Apa yang berlaku sebenarnya ni? " Soal Suga rimas dengan keadaan yang dia kurang pasti itu .
" Ni bukan masa yang sesuai nak ceritakan pada korang bertujuh . Nanti. Sekarang korang perlu diam. " Jawab seorang pelajar lelaki bernama Hongbin .
" Tunggu.. "
" Tandanya.."
" Atau.. "
" Selamatkan?.. "
getus Cikgu Joe Flizzow perlahan namun masih didengari pelajar pelajar itu. Dia yakin satu sekolah sedang diam berdiri . Hanya bunyi loceng itu yang masih bising. Bunyinya pelik!
" Tiff, aku takut. Aku harap orang yang 'dipilih' itu selamat! " Taeyeon merungut lalu memeluk Tiffany .
" aku pun harap yang sama. "
Jimin yang mendengar bualan itu menarik muka pelik. Apa yang dimaksudkan dengan orang yang dipilih ?
Lebih kurang 17 kali loceng itu berbunyi , ia berhenti . Dan serentak itu terdengar suara seorang pelajar lelaki menjerit kuat diiringi jeritan ketakutan !
" Jom!"
Cikgu Joe Flizzow berlari ke luar kelas diikuti pelajar pelajar yang lain . BTS tiada pilihan melainkan hanya ikut rakan sekelas mereka berlari ke satu tempat.
" Uish satu sekolah lari! " Getus Jungkook pelik dengan keadaan itu . Apapun dia mahu tahu kenapa ada jeritan selepas loceng itu berbunyi .
Semua berkerumun di kelas 2A-2 yang mana jeritan oleh seorang lelaki dikesan . Cikgu Joe Flizzow menyelit di celah celah pelajar yang sedang berkerumun di pintu kelas itu .
" Apa dah jadi ?! " soal Cikgu Squidward itu cemas .
" Tt-tadi kami semua kumpul ramai ramai sebab takut . Tiba tiba.. atap kelas terbuka sendiri dan tubuh Wonho ditarik ke atas! " jawab seorang pelajar perempuan sambil menangis . Jarinya menghala ke arah atap yang sudah tertutup sendiri .
" Saya nak panjat, tapi rakan sekelas menghalang! " rungut seorang pelajar lelaki bernama Kihyun dengan bibir yang pucat .
" Lebih baik jangan , Kihyun . Kita dah terlambat dan mungkin Wonho-- " kata kata Cikgu Joe Flizzow terhenti saat atap kelas itu kembali terbuka!
Cikgu Joe Flizzow dan beberapa guru di situ berundur ke belakang .
" Semua .. tolong berundur ." Arah seorang Cikgu bernama Jaesuk dengan nada yang perlahan .
Mereka berundur ke belakang . BTS menanti dengan penuh debaran kerana ini kali pertama mereka menghadapi situasi ini .
Tiba tiba, satu tubuh berlumuran darah keluar bermula dengan kepala dari atap tetapi tubuhnya tersangkut dan ini membuatkan tubuh itu tergantung . Darah pekat yang mengalir dari lehernya yang dikelar hampir menutup setiap wajahnya . Darah menitik di lantai .
Pelajar pelajar di situ menjerit ketakutan . Ada yang sudah lari balik ke kelas masing masing . Ada yang stay di situ .
BTS terpempan . Jimin teringat akan bualan Taeyeon dan Tiffany di kelas tadi . Adakah ini yang dimaksudkan orang yang dipilih?
" Itu Wonho!" Kihyun menjerit lalu dengan tangisan yang tak dapat ditahan , tubuh Wonho, kawan baiknya ditarik ke bawah sehinggakan tubuh ngeri Wonho jatuh di ribanya .
Badan Wonho penuh dengan kelaran dan cakaran . Yang paling membuatkan pelajar ketakutan ialah kaki Wonho tiada di sebelah kiri !
" Wonho! Kenapa tinggalkan aku! " Kihyun kurang waras ketika ini lalu kepala Wonho yang hampir tercabut itu dipeluk kemas .
" Kihyun, dah. Kita akan panggil ambulans dan polis ." Tegur Cikgu Kwangsoo dengan riak yang sedih .
Kihyun mengendahkan kata kata itu . Dia hanya mahu peluk rakan baiknya .
Jhope yang sedikit sensitif mula rasa nak nangis namun tangisannya terpaksa ditahan apabila bahunya ditepuk dari belakang .
" Laa budak baru ni memang betul budak lah. nak nangis bagai. " suara gerangan yang menepuknya tadi dipandang .
" Jack.. Son. " sebut Jhope apabila name tag pelajar tersebut dipandang .
" Oh Jackson, kau tahu kenapa ? Sebab aku ada hati dan kau tak ada hati. Jadi hati hati sebelum aku tumbuk muka kau. " jawab Jhope dengan riak tak senang . Dia tahu mesti ada pelajar yanh tidak suka dengan groupnya .
" Apehal ni, Jhope? " tegur Rapmon setelah dia terdengar kata kata Jhope .
" Ni ada group mamat mana tah tiba tiba cari pasal dengan aku. " ujar Jhope dengan jari telunjuk menghala ke arah kumpulan GOT7.
" Kami kacau korang ke? Jangan nak buat semak, please. " Seokjin menegur .
Ahli GOT7 hanya mendiamkan diri . Lama mereka bertentang mata sebelum kedua dua pihak mengundur diri.
Nampaknya perang dunia ketiga dah nak mula .
Assa!
~