ZAR

By tihatti

309K 19.6K 2.6K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 31

7.5K 495 62
By tihatti

Recommended song: Fire on fire


Aku syak Adwa kena abuses dengan suami dia.”

“ Based on apa yang Aku tengok, apa yang Aku rasa dia dalam bahaya abang tapi Aku taktau lagumana nak explain lebih kat hang...Aku rasa...dia perlukan hang sekarang ni walaupun sebenarnya dia jugak buntu tak tau nak buat apa”

Tergiang-giang di telinga nya apabila mengigatkan kata-kata Dahlia sewaktu adiknya menelefon dirinya kemarin.

Hati terasa berkeceramuk, urat di leher dan pelipis dahi juga kelihatan semakin jelas, motorsikal berkuasa tinggi nya juga dibawa dengan kadar kelajuan yang paling maksima.

Dia takut...takut serkiranya apa-apa bakal terjadi kepada cinta hatinya. Dia takut kalau pisang bakal berbuah dua kali. Apa yang terjadi kepada Hawa dahulu, dia tidak mampu halang. Namun demi Adwa, akan dia lakukan semampu yang dia bisa.

Kali ini, dia takkan lepaskan Adwa lagi. Kali ini biar dia rampas Adwa daripada lelaki durjana itu. Kali ini, biar dia menjadi lelaki yang pentingkan diri.
Asalkan Adwa Naila selamat!

“ Adwa...tunggu Aku...tunggu!”

Dengusnya perlahan, Deruman enjin membelah jalan yang sunyi itu. Dinihari pagi lagi, dia segera bergegas daripada pangkalan tentera laut menuju terus ke rumah Adwa. Perjalanan yang seharusnya mengambil masa dua jam setengah berubah singkat apabila Zar tekad untuk bergerak dengan kelajuan yang paling laju. Langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri. Kepala otaknya hanya ada Adwa.

“ Vromm”

Sesampai nya dia di perkarangan rumah Adwa, gear motosikal miliknya tidak dilepaskan, dilempar ke jalan begitu sahaja, helmet di kepala dibuka dan langkah kaki laju menuju ke pagar rumah banglo mini dua tingkat itu.

Berkunci!

“ Adwa! Adwa!” Kuat pekikan suaranya memanggil nama Adwa, namun langsung tiada sahutan. Bertambah debar di dalam hati, terasa ingin luruh jantung miliknya. Diliar mata melihat ke segenap rumah, tiada kereta yang diparkir. Tanpa berfikir panjang, dia lekas-lekas memanjat melepasi pagar itu dan menuju ke pintu rumah. Tombol dicapai, dan ianya tidak berkunci.

“ Adwa...”

Dipanggil nama itu sekali lagi, dilihat ruang tamu rumah itu. Seperti tongkang pecah, bersepah sana sini malahan kaca yang pecah juga bertaburan di lantai. Allah...tiada kata yang mampu dia lafazkan sekarang ini melainkan istighfar yang tidak henti-henti.

Sunyi sepi, namun beberapa detik selepas itu deria pendengaran miliknya mendengar suara rintihan, cukup perlahan namun kedengaran sangat menyakitkan hatta pada mereka yang hanya mendengar. Tidak menunggu lama, kaki dibawa untuk mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas dan akhirnya dia berdiri kaku...

Selang beberapa langkah di hadapan, adanya bilik yang pintunya terbuka.

Di dalam bilik itu, pada pintu yang hanya terbuka separuh, dia lihat Adwa. Kekasih hati, pemilik belahan jantung, asbab mengapa dirinya mampu ketawa sebenar-benarnya kembali. Dan sekarang ini, di hadapan matanya juga  dia lihat betapa hancur nya wanita itu.

Sungguh, dia tidak kuat. Dan andai rasa sakit Adwa mampu dipindahkan kepadanya, akan dia tanggung rasa sakit itu walaupun beribu kali sekalipun.

“ Adwa...” Serak suara miliknya memanggil wanita itu. Mengiggil-gigil tubuh miliknya mendekati insan itu.  Allah, kuatkan hatinya, kuatkan hatinya, Dia tidak boleh kelihatan lemah sekarang ini. Adwa perlukan dirinya saat ini. Dia harus kuat.

Namun dia gagal. Zar tidak mampu menahan sebak apabila mendengar tanggisan yang cukup pilu itu. Sekeping hati miliknya terasa retak seribu.

“ Adwa...” Dan panggilan nama itu untuk kali ini ditemani dengan air mata yang perlahan-lahan jatuh menuruni ke pipi. Didekati Adwa, dan Zar capai gebar selimut yang tercampak di lantai lalu dia menutupi bahagian tubuh Adwa yang terdedah. Baju milik wanita itu koyak rabak pada bahagian bahu, lebam pada bahagian pipi, dan berdarah di sana sini.

“ Adwa...” Namun wanita di hadapan nya ini seolah olah berada di dunia sendiri. Seolah sudah mati walau pada hakikatnya dia masih bernafas.

Pandangan yang terhala menghadap dinding kosong itu kelihatan tidak bernyawa. Hanya esak sahaja yang keluar dari bibir yang luka itu.
Ya Tuhan...apa Zafran Anaqi sudah lakukan pada engkau Adwa sayang?

Diambil sehelai kain, dibalut pada tangan nya dan apabila ianya sudah membaluti separuh lengan nya, dengan berhati-hati dia mengesat darah yang masih mengalir di dahi wanita itu.

Terlalu lembut seolah-olah Adwa bila-bila masa sahaja mampu berkecai. Ibarat porselin yang sudah raput. Dari dahi, lalu ke telinga wanita itu dan hingga ke bibir yang sudah pecah.
Dan Adwa masih lagi statik tidak bergerak.

“ Adwa, tengok Aku, jujur dengan Aku. Suami hang buat apa? Dia pukul hang? Angkat tangan dekat hang?”

Diam, masih lagi diam. Dada yang beralun lembut itu mula dibadai ombak. Zar tidak mampu menahan rasa amarah lagi. Adwa sudah hancur sehancur nya! Dipegang kejap bahu wanita itu supaya menghadap terus ke arahnya. Menatap dalam-dalam mata milik Zar Uzair.

“ Adwa cakap dengan Aku! Demi hang Aku boleh buat benda tu. Aku bodoh Adwa, bodoh sebab tak perasan dengan keadaan hang” Sayu suara Zar, terasa serak suara itu bertanya.

Bagaikan baru tersedar daripada lamunan yang panjang, anak mata Aku bergerak menatap mata hitam itu. Sejak bila dia ada di hadapan Aku? Sejak bila...ouh Zafran pergi ke mana?

Semalam apa yang sudah terjadi? Ligat Aku perahkan akal untuk berfikir sebelum Aku menyedari sesuatu. Satu hakikat yang serkiranya boleh, ingin sahaja Aku tanam kebenaran itu dalam-dalam. Bagaikan tidak pernah wujud!

Semalam, Zafran menyakiti Aku secara fizikal dan mental. Semalam Aku mengetahui satu kebenaran pahit bahawa suamiku adalah lelaki yang bernafsu songsang. Aku...

“ Arghhhhh” Jeritan yang maha kuat meletus keluar dari bibirku. Jari jemari pula mencengkam kuat rambut. Kaki pula tidak henti menendang-nendang secara tidak menentu. Bayangan Zar tidak tumpah seperti Zafran. Lelaki itu telah jahanamkan Aku!

“ Adwa...Adwa ini Aku, Zar. Zar Uzair, Aku takkan sakitkan hang Adwa”

Sedaya upaya Zar cuba menenangkan Aku, namun ianya tidak berhasil. Segala bayangan dan bentuk penyeksaan yang Zafran lakukan semalam terasa masih lagi berbekas di segenap inci kulit. Jijik, sumpah Aku jijik kerana membiarkan lelaki dayus seperti dia menyentuh Aku.

“ Keluar, kau keluar. Aku tak nak lihat muka kau. Jantan kaparat keluar!”

Tubuh Zar Aku tolak dengan kasar. Berdesis kesakitan dirinya apabila tangan miliknya secara tidak sengaja tersentuh habuk-habuk kaca.

“ Adwa...Aku mai nak tolong hang...”

Kepala Aku gelengkan perlahan, tubuh dan emosi Aku sudah cukup lelah. Tidak teringin rasa di hati untuk melihat sesiapa hatta dia sekalipun sekarang ini. Yang Aku perlukan pada waktu ini hanyalah masa bersendirian. Cuba untuk tenangkan hati dan segala perasaan gundah yang menyapa emosi.

“ Tolong Zar...tolong keluar...”

Lambat-lambat dia mengangguk kan kepala. Bibir itu dia ketap lembut lalu menuruti permintaan Aku. Setelah beberapa ketika apabila bayangan dirinya sudah tidak kelihatan pada pandangan mata, Aku sembamkan wajah pada lutut dan tanggisan sekuat-kuatnya Aku lepaskan.

Lelah...cukup lelah. Kalaulah ini semua hanyalah mimpi ingin Aku bangkit dengan segera. Adwa Naila adalah wanita yang kuat dan bukanya wanita yang lemah. Aku bukanlah wanita yang bodoh disebabkan hal mengenai cinta namun...

Untuk kali ini, biarkan Aku remuk seremuknya. Supaya Aku boleh bangkit kembali. Mata aku pejam dengan erat dan entah bila Aku terlena kembali. Kehadiran Zar juga seolah-olah tidak memberikan kesan langsung.

Dumm” Bunyi dentuman guruh menyentakkan Aku daripada lena. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi dan lama kelamaan semakin lebat mencurah-curah. Langit gelap, Ahh entah berapa lama Aku tertidur. Zafran juga semenjak sesubuh tadi menghilangkan diri dan masih lagi tidak kembali.

Persetankan lelaki durjana itu.
Lambat-lambat Aku bangun berdiri, melangkah menghadap ke cermin. Wanita di pantulan cermin ini pucat, jika ditoreh wajahnya nescaya tidak akan berdarah. Lebam di sana sini, lagaknya seperti perempuan yang didera sahaja. Aku tergelak kecil, betul lah itu. Aku didera secara fizikal dan mental oleh suamiku sendiri. Tangan mengambil getah rambut lalu rambut yang serabai itu aku kemaskan.
Tadi apa yang berlaku?

Seingat Aku...aku mimpikan Zar datang ke sini, mata meliar ke ruang tamu. Kening berkerut pelik, bukankah malam semalam ruang ini bagaikan tongkah pecah? Bersepah dengan kaca yang pecah berderai di sana sini dan kenapa saat ini ruang ini bersih sekali?

Adakah dia betul-betul datang dan ianya bukan mainan mimpi Aku? Aku halakan bebola mata ke luar rumah, sekarang ini hujan lebat, dengan guruh berdetum tidak henti henti.

Zar...cepat-cepat Aku buka pintu rumah utama. Tergamam Aku dibuatnya. Di luar pagar, dia Zar Uzair sedang berdiri teguh walaupun seluruh tubuh sudah lencun dibasahi hujan, dan apabila dia melihat wajah panik Aku, tersenyum sedikit hujung bibir merah delima itu.

Gila, dia sememang nya gila!

Laju tangan Aku meraih payung yang terletak di tepi rak kasut, Aku pantas membuka pintu pagar ini. Apa Zar ini tolol? Sudah kenapa dia berdiri di sini, langsung tidak berganjak, kenapa dia sanggup basah kan diri?

Tolong Zar...keluar”

Ya Rabbi, takkan disebabkan ayat aku beberapa jam yang lalu, dia bertindak seperti ini. Ketika mana Aku betul-betul berada tepat di hadapan dirinya, Aku menampar kuat wajahnya. Marah, benci dan sebak dengan tindakan dia yang satu ini.

Kenapa sanggup susahkan diri? kenapa nak sakitkan hati sendiri semata-mata demi Aku? Perempuan yang sanggup lukakan hati dia berjuta kali? Perempuan yang sanggup tolak dia walhal dia ikhlas?

“ Awak dah gila ke Zar?” Tidak berbasi-basi, kuat jerkahan Aku kepadanya. Suara Aku berselang seli dengan bunyi hujan yang lebat dan dentuman kilat yang memancar.

“KENAPA? KENAPA? KENAPA?”

“ Otak tu dah tercabut ke sampai sanggup buat kerja gila macam ni?”

“ Kenapa asyik fikirkan orang lain? Takkan awak sedikit pun tak kesiankan diri awak? Jangan jadi bodoh Zar!”

Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Aku. Payung pula sudah dicampak entah ke mana dan dadanya menjadi sasaran Aku. Ditumbuk berkali-kali, geram dengan diri sendiri, dengan dia, dengan segala benda yang menimpa Aku ketika ini. Tanggisan pecah kembali, tubuh kami berdua sudah basah lencun dengan air hujan,

Namun dia tidak membalas perbuatan Aku, dibiar Aku menampar dirinya. Sebelum dia membuka kata,

“ Sebab Aku sayangkan hang Adwa”

“ Aku boleh pi balik Adwa, tapi Aku takut...”

Dia hentikan kata, mata hitam miliknya memandang tepat  ke dalam mataku, tembus hingga ke jiwa.

“ Sebab Aku takut kalau hang buat benda bodoh Adwa, Aku takut kalau Aku tak ada bila hang memang perlukan someone. Dan sebab Aku dah janji Adwa, Aku janji yang Aku akan selalu ada dengan hang, tak kisah sama ada second option, pilihan selepas seribu kali, ataupun sebagai sahabat, Aku...akan tetap ada dengan hang sampai bila-bila Adwa. Jadi...”

Diambil semula tangan Aku, dengan pandangan mata yang redup dan ada satu lagi rasa di sebalik mata itu yang tidak mampu Aku tafsirkan,

“ Pukul Aku Adwa, pukul semahu yang hang nak, tapi janji dengan Aku...hang jangan lukakan diri sendiri Adwa sebab hati Aku tak sanggup”

Tulus kata-kata yang dia lontarkan, Aku tundukkan wajah, rasa sakit pada setiap inci kulit, rambut yang sudah basah menutupi sebahagian wajah, setidak nya lebam yang ada dia tidak mampu lihat. Dengan bibir yang terketar-ketar Aku berkata. Satu kebenaran, dan satu pertolongan.

“ Tolong selamatkan saya, dia suami yang bertopengkan malaikat namun hakikatnya dia syaitan Zar”

“ As you wish...Adwa sayang” Balasnya perlahan. Namun adanya kejujuran terselit dalam kata-kata itu.

“ Aku janji...dan macam selalu, Aku takkan mungkir janji yang Aku buat dekat hang”

Aku anggukan kepala, dia satu-satunya harapan yang Aku ada. Dia Zar Uzair...laki-laki yang sentiasa ada dengan Aku walaupun Aku sentiasa menyakitkan dirinya.

Betapa baiknya dia, dan Adakah sebesar ini rasa cinta dia terhadap Aku? Kenapa dia pilih untuk cinta akan orang yang tak sudi? Seharusnya dia mendapat wanita yang lebih baik.

“ Tuhan...lindungi lelaki bernama Zar ini,” Getusku di dalam hati.

“ Dah jom masuk...tangan awak terluka” Kataku seraya menunjukkan ke arah lengan dan hujung jemari miliknya yang menitik-nitik darah. Berkaca-kaca mata milik Aku. Tidak dia cakap melebih-lebih, dituruti sahaja kata Aku dan dia membuntuti langkah Aku dari arah belakang.

Pintu rumah Aku biarkan terbuka seluas-luasnya. Dia henyakkan punggung di sofa, dan Aku ligat mencari kotak kecemasan. Huh, diri sendiri pun tidak terjaga wahai Adwa, masih lagi ada hati hendak sembuh kan luka orang lain. Ironik betul.

Yaa ironik, Aku yang basah lencun, muka dan badan dipenuhi kesan merah dan kebiru-biruan, bibir pecah dan rambut yang sudah cacamarba dek digunting sesuka hati oleh lelaki jahanam itu malam semalam, dan Aku bertindak untuk merawat luka Zar walau hakikatnya diri sendiri yang perlu dirawat.

“ Macam mana boleh terluka?”

Berbasi-basi Aku tanyakan soalan kepadanya padahal Akulah punca utama. Luka itu dibasuh, diletakkan antiseptik dan dibalut dengan kain kasa, lalu Aku letakkan kembali kotak itu di sisi Aku, Pandangan kosong Aku berikan lagi, terlalu banyak hal yang bermain di fikiran sekarang ini.

Macam mana kalau Zafran tiba-tiba pulang?

Dia akan pukul Aku lagi ke?

Dan...dia akan belasah Zar? Dan bertalu-talu fikiran dan persoalan negatif mula bermain di minda dan tanpa sedar, Aku mengigit-gigit hujung kuku milikku.

“ Adwa...pandang Aku...” Lembut dia mengarah kan diriku, dan Aku bagaikan terpukau, menoleh melihat dirinya.

“ Dia takkan balik, kalau laki mangkuk hayun tu mai sekalipun, jangan risau Aku ada” Seolah-olah tahu apa yang bermain di akal fikiran, dia berkata sedemikian dan itu sedikit sebanyak melegakan kegusaran di hati.

“ Sejak bila dia mula pukul hang?”

“ Sejak...” Lambat-;lambat Aku ingin menjawab, namun apabila melihat sepasang mata itu yang menikam tajam ke arah Aku, membuat kan Aku akhirnya berkata benar.

“ Sejak...saya keluar dengan awak pada hari convocation saya hari tu. Itu kali pertama selepas bertahun-tahun saya kenal dia Zar. Selama ni dia tak pernah...langsung tak pernah sakitkan saya tapi hari tu...dia...bukan diri dia Zar, dia bukanya Zafran yang saya kenal selama ni”

Zar kerutkan dahi, diperah kotak memori dan akhirnya mulut miliknya beristighfar tidak henti-henti. Rasa menyesal mula sesak terasa di dada.

Hari itu, dia ada di perkarangan rumah Adwa, dan dia memilih untuk pulang dengan alasan bahawa dia tidak ingin menganggu Adwa, walhal Adwa ketika itu berada dalam kesusahan.

Allah, terasa dirinya tidak berguna, kalau lah...kalau lah dia tahu.

“ Dan semalam dia pukul hang lagi?”
Aku mengangguk laju, tangan Aku genggam dengan erat, cuba menghalau rasa gelisah dan takut di hati. Tak apa, Adwa...kau selamat, selamat buat masa sekarang.

“ Jadi hang nak apa laa ni?”

Aku juga buntu, tidak tahu hendak berbuat apa. Fikiran Aku kosong. Lama Aku berdiam diri sebelum dia berkata.

“ Hang tau Adwa, kadang-kadang lari dari masalah, hilangkan diri bukanya sifat penakut.  Hang boleh lari, kumpul balik kekuatan, dan bila hang dah ready, balik dan selesaikan apa yang tertangguh” Magis, semua yang dia katakan hari ini bagaikan dia mampu membaca apa yang Aku fikirkan, bagaikan dia tahu semua yang Aku perlukan walaupun Aku sendiri tidak menyedarinya.

“ Jadi...bawa saya lari Zar...sejauh yang boleh”

Dia senyum kecil, namun dari riak wajahnya terbias rasa risau yang meggunung tinggi, Aku tahu dia sedang menahan rasa dari tadi. Mungkin keadaan Aku sekarang ini bukan seperti Adwa yang selalu dia lihat dan kenal.

“ Boleh...tapi biaq Aku bawak hang pi hospital dulu”

Dah sampai” Aku tersentak, perhatian kembali tertalih pada pandangan yang terbentang di hadapan mata. Rumah Nek Khadijah. Aku sendiri yang meminta agar dia menghantar Aku ke sini. Lari jauh daripada Zafran, keluarga? Yaa mereka ada cumanya...Aku perlukan sedikit ruang dan masa.

Dahlia tiada kerana dia sudah mendapat tawaran kerja berdekatan dengan rumah keluarga Zar. Tapi sedikit sebanyak Aku merasa bersyukur,

Kawasan rumah Nek Khadijah ini tenang, dengan haruman tanah yang menusuk hidung, apatah lagi selepas gerimis hujan yang membasahi lantai bumi. Ada pantai, ada sawah yang terbentang luas.

Cukup nyaman.

Aku tahu lari daripada masalah tidak akan selesaikan apa-apa. Tapi ini bukanya hal mengenai lari, tapi Aku perlukan sedikit masa untuk mengumpul kekuatan. Hatta sedikit. Hati ini sudah bulat kata, tiga hari di sini dan apabila Aku pulang nanti, Aku ingin meminta cerai.

Yaa cerai. Kerana Aku bukanya wanita yang bodoh untuk menerima dia kembali setelah apa yang dia lakukan terhadap diriku. Dia melayan Aku seperti kain buruk, dan Aku...akan pulangkan paku buah keras itu.

Ini bukanya novel, dimana cerita klishe apabila sang isteri didera, dipukul dan dilayan tidak ubah seperti hamba oleh sang suami namun masih mendapat ending yang bahagia. Ini realiti, dan ianya tidak seindah tinta, Zafran sudah dua kali menyakiti Aku, dan kalau Aku masih biarkan,

Tentunya Aku adalah perempuan yang benar-benar bodoh disebabkan rasa cinta. Yaa cinta itu adalah hal yang membahagiakan, namun rasa cinta kepada diri sendiri harus melebihi segalanya.

“ Hang takmau turun ka?”

Soalan Zar kembali menyetakkan Aku, lamunan panjang tadi serta merta terpadam dan hilang entah ke mana. Aku melirik ke arahnya, masih lagi memandang Aku dengan riak wajah yang risau,

“ Saya ok Zar”

“ Hang jangan duk mohong Aku, hang ingat Aku ni benak sangat ka” Pintas nya laju.

“ Sekarang memang tak ok, siapa je yang akan rasa happy after kena belasah dengan suami kan? Awak ni pun hahahaha jangan la tanya soalan yang tak bertempat” Dicuba untuk membuat jenaka walaupun terasa hambar pada pendengaran telinga Aku sendiri, dan dia tidak mengukir ketawa langsung. Riak nya masih lagi risau akan diriku.

Haih...Zar...Zar. Kenapa terlalu peduli dengan orang lain? Kenapa terlalu jaga hati orang lain daripada hati sendiri? Agaknya satu hari nanti, kalau dia pergi ke misi dan andai di takdir ada nya kesusahan, mesti dia akan selamatkan kawan-kawanya terlebih dahulu berbanding diri sendiri.

Aku turun daripada kereta miliknya, angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana senja yang menyaman kan jiwa menyapa Aku. Dan perhatian Aku teralih pada satu kawasan.

Bendang.

Aku tersenyum tipis, itu...

Continue Reading

You'll Also Like

40.1K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
206K 14K 74
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...