REBIRTH | C

Bởi bungatehh

2.7K 174 45

Setelah berjaya mendapatkan semula segala harta milik keluarganya, segala nama hotel, syarikat dan kediaman M... Xem Thêm

REBIRTH.
THE CHARACTERS.
CHAPTER 1 : HI!
CHAPTER 2 : HOUSEKEEPER.
CHAPTER 3 : TEMPAT SEJARAH.
CHAPTER 4 : UNDERCOVER?
CHAPTER 5 : ROMANTIC DINNER.
CHAPTER 6 : MATA BERTATAPAN.
CHAPTER 7 : WE DID IT.
CHAPTER 8 : I'M SORRY!
CHAPTER 9 : TRANSFORMATION.
CHAPTER 10 : HUTANG.
CHAPTER 11 : HENRY FLYNN.
CHAPTER 12 : CHICKEN AND GIANT.
CHAPTER 13 : REITH?
CHAPTER 14 : FRENCH MEALS.
CHAPTER 15 : CEMBURU.
CHAPTER 16 : PANG!
CHAPTER 17 : PANTAI.
CHAPTER 18 : IT'S YOU!
CHAPTER 19 : NOT AGAIN!
CHAPTER 20 : BREAKFAST WITH YOU.
CHAPTER 21 : LEAVE HER ALONE!
CHAPTER 22 : I'M NOT GUILTY!
CHAPTER 23 : I'M IN LOVE WITH YOU, AURORA.
CHAPTER 24 : RYEO!
CHAPTER 26 : MENJINAKKAN SINGA!
CHAPTER 27 : FLY BACK TO PARIS.
CHAPTER 28 : I'M LEAVING.
CHAPTER 29 : HUTANG SELESAI.
CHAPTER 30 : THE ARGUMENT!
CHAPTER 31 : YOU BELONG HERE.
CHAPTER 32: LEIDEN.
CHAPTER 33 : PLEASE, STAY WITH ME TIL THE END.
CHAPTER 34 : I'M SORRY, EVE.
CHAPTER 35 : HE LEFT FOR THEIR BETTER LIFE.
CHAPTER 36 : I WANNA GO HOME.
THE END : REBIRTH IS SIGNING OFF.
RAYNE'S LEGACIES.

CHAPTER 25 : SHE'S MY DAUGHTER!

60 2 0
Bởi bungatehh

Eve Aurora masih setia menanti disisi lelaki itu. Dia menggengam erat tangan lelaki itu, dan sesekali dia mengucup tangan itu, lembut. Lelaki ini telah menyelamatkan dirinya, jika tidak pasti dia yang sedang terbaring diatas katil ini. Adakah ini standard yang pernah diperkatakan oleh ibunya?

"Please be safe, Ryeo." Bisiknya perlahan sambil menatap wajah lelaki yang sedang terbaring kaku itu.

Pintu bilik wad itu dibuka.

"Aurora?." Panggil Amy Wilton. Gadis itu menghampiri Eve Aurora dan juga Ryeo Matthias yang sedang terbaring itu.

"Amy..." Amy Wilton memegang bahu kanannya.

"Saya ada bawa makanan untuk awak. Saya tahu awak belum makan."

Eve Aurora menoleh dan memandang ke arah gadis itu.

"Saya minta maaf kerana menyusahkan awak."

Amy Wilton tersenyum.

"Mana ada menyusahkan. Makan sikit, ya." Pujuk Amy Wilton. Bilik mereka juga sunyi sepi tanpa gadis ini. Gadis ini tetap setia menemani lelaki ini.

"Amy... Ryeo ditikam disebabkan oleh saya!." Eve Aurora menangis. Dengan pantas, Amy Wilton memeluk tubuh gadis itu dengan erat.

"Jangan kata macam tu, Aurora. Ryeo akan selamat. Dia seorang lelaki yang kuat." Pujuk Amy Wilton sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi Eve Aurora itu.

Eve Aurora membalas senyuman itu.

"Saya tak boleh lama-lama disini, saya perlu masuk kerja pula. Awak jangan lupa makan, ya Aurora. Kalau Ryeo tahu awak tak makan, pasti dia akan merasa sedih."

Eve Aurora angguk kepala sambil tersenyum. Amy Wilton beredar meninggalkannya berdua dengan lelaki yang sedang terbaring itu. Terasa sunyi hidupnya tanpa suara lelaki ini.

Dan setelah Amy Wilton beredar, Butler Andrew pula yang masuk kedalam bilik wad tersebut dengan membawa perkhabaran tentang kedatangan ibunya ke Volendam Town ini. Dia tidak dapat menghentikan ibunya, jika dia berada ditempat ibunya, dia juga akan bertindak perkara yang sama.

Ivy Rose tiba di Amsterdam Airport Schiphol bersama-sama dengan Max Rhett dan Pearl Emmaline. Manakala Isaac Shiloh dan Lea Heloise Angel pula akan menyusul kemudian.

Mereka bertiga yang baru tiba dari Helsinki, Finland terus bergerak menuju ke Volendam Town setelah mengetahui apa yang telah terjadi di Rayne's Hotel tersebut. Dan yang lebih membuatkan Ivy Rose bertambah marah adalah anak gadisnya telah ditampar dihadapan orang ramai bahkan bukan diatas kesalahan yang dilakukan oleh anak gadisnya! Dia juga tidak pernah bertindak sekasar itu dengan anak gadisnya. Dia ingin bersemuka dengan wanita yang telah menampar dan menghina anak gadisnya itu. Namun mereka perlu pergi ke Dijklander Ziekenhuis Hospital terlebih dahulu untuk bertemu dengan anak gadisnya dan untuk melawat lelaki yang telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Eve Aurora.

Dia keluar sejenak untuk mengambil angin segar di luar bilik wad tersebut. Si pencuri tersebut telah pun ditangkap, ternyata Amelia bekerjasama dengan Michael untuk mencuri wang dan barangan berharga milik tetamu-tetamu di hotel.

Lelaki itu masih tidak sedarkan diri lagi akibat telah kehilangan sejumlah darah yang banyak. Pucat sekali wajah lelaki itu, tiada lagi gurauan dan usikan yang meniti dibibir lelaki ini. Tiada lagi senyuman manis yang selalu dilemparkan kepadanya. Sepi hidupnya. Beginikah perasaan ibunya setelah ketiadaan ayahnya? Tangan lelaki itu digenggam dengan seeratnya.

Dan dengan tiba-tiba, pintu bilik wad itu dibuka.

"Eve." Panggil suara yang amat dikenalinya. Dia terus menoleh dan dengan serta-merta senyumannya terukir. Dia berlari untuk mendapatkan ibunya.

"Mom!." Dia memeluk tubuh ibunya dengan erat. Melepaskan segala perasaan yang terpendam.

Ibunya membalas pelukkan anaknya dengan erat. Max Rhett dan Pearl Emmaline yang berdiri disisi ibunya turut tersenyum.

"My poor baby." Ivy Rose mengusap lembut kedua-dua belah pipi anak gadisnya itu, dan menyeka air mata yang mengalir dari kedua-dua belah mata biru itu.

Dia menoleh ke arah Max Rhett dan Pearl Emmaline yang sedang berdiri disisi ibunya sambil tersenyum.

"Hi, Eve." Tegur Pearl Emmaline lembut lalu memeluk erat gadis itu.

"Hi, Aunty Pearl and Uncle Max." Max Rhett tersenyum sambil menepuk lembut bahu gadis itu.

Dengan perlahan-lahan dia melepaskan pelukkan itu dan kembali memandang ibunya.

"Mom, it's Ryeo..."

"Yes, I knew it, Eve. I come to visit him. I want to thank him for saving your life." Dengan serta-merta, mata biru itu menangis lagi.

"He lost a lot of blood, mom. It's all my fault.. mom!." Ivy Rose memeluk anak gadisnya itu sambil mengusap lembut belakang tubuh itu.

"It's not your fault, my Eve. Please don't blame yourself. Please. He will be safe. We will give him the best treatment, I promise you." Ibunya menyeka air mata itu sambil tersenyum.

Eve Aurora angguk kepala.

"Tetapi, kita perlu menyelesaikan masalah yang telah terjadi di hotel itu terlebih dahulu." Ivy Rose ingin perkara ini selesai dengan cepat dan keadaan kembali normal semula. Sebagai seorang ibu, dia tidak ingin anak gadisnya ini berdepan dengan perkara sebegini seorang diri.

Eve Aurora angguk kepala lagi. Dia juga ingin menyelesaikan segalanya dengan secepatnya dan memberikan sepenuh perhatiannya untuk lelaki ini. Dia ingin memastikan agar lelaki ini sembuh dengan sepenuhnya dalam jagaannya.

...

Sementara itu, sebuah Roll Royce Cullinan hitam telah berhenti dihadapan bangunan hotel itu, dan kelihatannya Ivy Rose keluar dari perut kereta itu bersama-sama dengan Eve Aurora, Max Rhett dan Pearl Emmaline. Mereka berempat berjalan masuk ke dalam bangunan hotel tersebut.

Pekerja hotel, termasuklah Amy Wilton terkejut dengan kedatangan tiba-tiba isteri kepada Tuan Rayne itu, terutamanya apabila melihat Eve Aurora turut ada bersama-sama mereka.

Tidak terkecuali Alejandro Marco yang kebetulannya sedang berada di kaunter tersebut. Dia juga terkejut dengan kehadiran tiba-tiba mereka berempat terutamanya Eve Aurora.

"Lady Rayne?! .... Welcome back, Lady Rayne." Tegur Alejandro Marco tersenyum menyambut kedatangan isteri kepada Tuan Rayne itu.

"Mmm.. Thank you, Alejandro. By the way, I want to meet everyone in this hotel including the guests." Arah Ivy Rose.

"Berkenaan dengan perkara apa tu ya, Lady Rayne?."

Ivy Rose menoleh ke arah lelaki itu dan menatapnya dengan tatapan tajam.

"Why you didn't tell me about about happened at this hotel, Alejandro?! Tentang kecurian yang telah berlaku dan juga tentang wanita-wanita lantang tersebut. Dengan beraninya kamu mendiamkan diri tentang perkara ini?!."

Alejandro Marco telan air liur. Dia tidak menyangka bahawa wanita di hadapannya ini akan mengetahui tentang perkara yang telah terjadi itu. Bukannya dia tidak ingin memberitahu, cuma dia tidak inginkan kredibilitinya sebagai seorang Pengurus Hotel jatuh pada pandangan mata Lady Rayne dan seterusnya menyebabkan dia dipandang rendah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan kes ini.

"Maafkan saya diatas kekhilafan ini, Lady Rayne. Saya berjanji perkara sebegini tidak akan terjadi lagi selepas ini." Apalagi yang mampu dia lakukan selain daripada meminta maaf diatas kesilapan dirinya. Dia mengakui kesilapan dirinya yang telah mendiamkan dirinya kerana ianya melibatkan prestasi dan nama baik hotel ini.

"Baiklah kalau macam itu. Tolong aturkan pertemuan saya dengan mereka semua." Jawab Ivy Rose dan terus beredar meninggalkan kaunter tersebut bersama-sama dengan Eve Aurora, Max Rhett dan Pearl Emmaline.

Namun, tidak lama kemudian, kedengaran bunyi riuh-rendah di lobby hotel tersebut. Belum sempat Alejandro Marco memanggil mereka semua untuk berkumpul, nampaknya mereka telah berkumpul terlebih dahulu. Seperti biasanya, wanita bernama Matilda itu yang menjadi watak utama mencetuskan suasana tegang, dengan lantang bersuara yang kononnya menuntut haknya. Ditemani juga oleh Lady Frances dan suaminya. Dan kali ini dia membawa juga 2 orang anggota polis bersamanya.

"Miss Matilda, can we discuss about it nicely?." Pujuk Alejandro Marco.

Wanita itu ketawa dengan sinis.

"Discuss? No! I had enough, Alejandro! There's nothing you can do. And now, let me do it by myself..! I will catch the thief with my own hands!."

Disaat kekecohan itu sedang berlaku, Eve Aurora turun ke lobby hotel untuk melihat apakah yang telah terjadi.

"Ha! There you are..!." Dia menjadi sasaran mata wanita itu. Semua mata tiba-tiba memandang ke arahnya.

Dia berdiri kaku. Amy Wilton menghampiri gadis itu dan berdiri disisinya. Dia yakin, Eve Aurora tidak bersalah. Dan wanita bersuara lantang ini harus didiamkan walau dengan apa cara sekalipun.

"Officer, please arrest her.! She stole my expensive things. She's the thief..!." Jerit Matilda dengan lantang.

"Yes! I demand for the justice..!." Celah Lady Frances pula menyokong tindakan Matilda itu.

"N-no! It wasn't me!." Eve Aurora bersuara mempertahankan dirinya.

"You stole my expensive things!."

"No! It wasn't me! I swear!."

"Watch your mouth..bitches! How dare you call my daughter a thief..?!." Semua mata memandang ke arah suara yang lantang yang tiba-tiba sahaja muncul itu. Kelihatannya Ivy Rose sedang berjalan menghampiri Eve Aurora bersama-sama dengan Max Rhett dan Pearl Emmaline. Butler Andrew juga mengikuti di belakang.

"A daughter?." Amy Wilton menoleh ke arah Eve Aurora yang berdiri disisinya.

"I will explain it, Amy." Jawab Eve Aurora.

Kini, Ivy Rose sedang berdiri disebelah Eve Aurora lalu menggenggam tangan anak gadisnya itu dengan erat.

"Beraninya kamu menuduh anak perempuan saya yang mencuri barangan mewah milik kamu berdua?! Jika dia menginginkannya, dia mampu untuk membelinya, bahkan dia mampu untuk membeli kedainya sekali..!." Tengking Ivy Rose sambil menatap tajam wajah wanita bernama Matilda dan Lady Frances itu.

Semua mata sedang memandang ke arah isteri kepada pemilik hotel tersebut. Suami kepada Lady Frances juga ikut terdiam. Dia mengenali wanita tersebut, iaitu isteri kepada Tuan Rayne. Dengan perlahan-lahan dia menghampiri Ivy Rose.

"Lady Rayne." Tegur suami kepada Lady Frances sambil tunduk hormat dihadapan Ivy Rose.

"Husband!." Marah Lady Frances, namun suaminya tidak mengendahkannya.

"Tuan Frances. I know all about your family and businesses. May I ask you something?."

"Y-yes, Lady Rayne."

"Would you please talk to your wife, Lady Frances, about manners? She's your wife, Tuan Frances. You're somebody. You're respected by a lot of people, including me. But your wife is such of..? Don't let me lose my respect towards your family, Tuan Frances."

"You!." Marah Lady Frances.

"Anastasia!." Jerkah Tuan Frances dengan lantang, sambil menarik tangan isterinya agar berdiri disebelahnya.

"Arghh!."

"Aurora is her daughter?." Bisik Alejandro Marco. Patutlah dia merasakan gadis itu sepertinya menyembunyikan sesuatu. Dan diantara ramai-ramai pekerjanya, gadis itu yang agak berani membuat tindakan bahkan meminta untuk Lady Rayne masuk ke dapur hotel dan memasak menu Finland.

"Andrew?."

"Yes, Lady Rayne." Butler Andrew menghampiri Ivy Rose.

Mata Alejandro Marco tertumpu kepada lelaki bernama Andrew itu pula. Bukankah lelaki itu merupakan tetamu kaya di hotel ini?

"Panggil mereka." Arah Ivy Rose.

"Yes, Lady Rayne." Butler Andrew nodded dan terus beredar meninggalkan mereka di lobby hotel tersebut. Dan menuju ke pintu keluar bangunan hotel tersebut.

"Mereka? Siapa mereka?." Bisik Caroline.

Matilda terdiam. Tiada kata-kata lantang yang boleh diungkapkan ketika ini. Dia tidak menyangka bahawa gadis itu merupakan anak kepada pemilik hotel ini. Ian Rayne Maverick. Siapa yang tidak mengenali keluarga Maverick, salah satu keluarga terkaya di Amsterdam ini.

Ivy Rose masih menatap tajam wajah wanita bernama Matilda itu. Andai boleh, dia sendiri ingin membalas tamparan itu, namun dia ada harga diri yang harus dijaga. Carlisle Reith yang sedang berdiri di tepi kaunter itu tersenyum memerhatikan keadaan itu. Ini adalah hari terakhir percutiannya di Volendam Town, dan yang menariknya, dia disajikan dengan drama yang sangat menarik ini.

I'd be his, if he asked.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

730 11 1
Новобранец мечтает о подвигах и, оказавшись на далекой планете, в первый же день узнает изнанку настоящей войны.
61 3 3
Yet another book made by yours truly( IM WORKING ON THE OTHERS I PROMISE) You can ask ANYTHING of ANY dragon. Go crazy!
22 0 1
Die K-Pop Boygroup Ateez wird vom Südkoreanischem Staat zu einer Art TV Show eingeladen. Was erst noch als harmlos erscheint, entpuppt sich später al...
The First Contact Bởi Corbin

Khoa Học Viễn Tưởng

14 1 3
Man has been in the stars for decades. They have finally found a new home for themselves, and their spirit is unstoppable. That is until a small plan...