CINTA KEKASIH TERAGUNG

De qfarisha

89.7K 3K 53

[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku... Mai multe

CKT 1
CKT 2
CKT 3
CKT 5
CKT 6
CKT 7
CKT 8
CKT 9
CKT 10
CKT 11
CKT 12
CKT 13
CKT 14
CKT 15
CKT 16
CKT 17
CKT 18
CKT 19
CKT 20
CKT 21
CKT 22
CKT 23
CKT 24
CKT 25
CKT 26
CKT 27
CKT 28
BAB 29
CKT 30
CKT 31
CKT 32
CKT 33
CKT 34
CKT 35
CKT 36
CKT 37
CKT 38
CKT 39
CKT 40
CKT 41
CKT 42
CKT 43
CKT 44
CKT 45
CKT 46
From Author

CKT 4

2.2K 102 1
De qfarisha

Aku terus mengangkat kepala melihat ke hadapan sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Firas parking dihadapan kedai Christian Dior . Lelaki ni kalau nak beli barang untuk kekasih hati bukan murah-murah harga mesti ribu raban .

"Kau ni memang tak reti nak turun ke ?" aku terus membuka pintu dan keluar dari perut kereta . Aku hanya mengikut Firas dari belakang . Dah dia yang nak beli barang kan . Takkan la aku pulak yang nak kena sibuk kehulu hilir nak cari barang .

"Tolong aku pilih beg ni , aku tak pandai sangat nak pilih beg untuk perempuan" Firas berkata sebaik sahaja melihat aku seperti tunggul di belakang .

"Kau ni pun satu hal . Dah tahu nak beli barang untuk awek kau , asal tak bawak je dia . Suruh dia pilih sendiri ?" aku membebel . Mana taknya dia yang nak beli barang untuk Aleesya aku pulak yang nak kena pilih .

"Leesya tak ada dekat sini , dia dekat oversea . Aku nak buat surprise dekat dia bila dah sampai sini nanti"

"Beg warna hitam ni lawa . Sesuai rasanya dengan dia" aku berkata sambil tangan sibuk meneliti beg itu .

Tanpa berkata apa-apa Firas terus mencapai beg itu dari tangan aku dan pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran . Aku pula sibuk meneliti Firas dari atas sampai bawah . Simple but handsome .

Dia makin kacak bila mengenakan T-Shirt putih , seluar jeans hitam dan kasut nike . Dah macam lelaki melayu terakhir je aku tengok . 'Haishh tak baik Leeya . Boyfriend orang tu' aku mengingati diri sendiri .Sibuk layan perasaan sendiri nanti , tak pasal-pasal aku pula yang dicop peny0ndol .

Keluar sahaja dari kedai handbag jenama tersohor , Firas terus ajak aku ke restoran . Jam dah pun menunjukkan masuk waktu tengahari , perut pun dah berbunyi tanda tiba waktu untuk makan . Aku terus setuju .

"Asal kau tak tunggu je Leesya balik ? boleh beli barang sekali dengan dia . Korang pun boleh la dating sekali" . Akhirnya ! keluar juga soalan yang telah lama bermain di benak fikiran aku .

"Dia balik nanti aku terus nak surprisekan dia beg ni . Aku nak sambut hari lahir dia . Sebab tu aku beli awal" Firas menjawab sambil mata sibuk memerhatikan skrin telefon .

"Bestnya kalau aku ada dekat tempat Leesya" . Laju kepala Firas memandang aku dengan dahi yang berkerut .

"Kalau kau dekat tempat Leesya ? maksud kau ?"

"Encik Firas , bukan kau tak tahu aku suka dekat kau . Tapi kau yang tolak mentah-mentah" . Terus aku teringat saat aku meluahkan rasa cinta aku pada Firas . Seingat aku waktu itu aku baru berusia 19 tahun . Setahun masa berlalu sekarang aku dah pun 20 tahun . Tapi Firas menolak atas alasan dia sudah ada kekasih . Sedih rasanya bila ditolak oleh crush sendiri . Namun yang paling aku risaukan bila dah confess takut aku dan Firas tidak bertegur sapa . Rupanya aku dan dia masih serapat dulu .

"Siang malam aku berdoa supaya aku dijodohkan dengan kau . Supaya nanti kau yang jadi imam aku" . Aku sendiri terkejut bila meluahkan apa yang aku lakukan untuk mendapatkan dia .

"Daripada aku kahwin dengan kau , baik aku kahwin dengan orang gila tepi jalan tu"

"Lantak la sana . Kalau kau taknak kahwin dengan aku pun , ada ramai je lelaki yang nak dekat aku . Tapi aku tetap nak kau" . Tadi cakap nak Fir jadi jodoh kau sekarang tak kisah . Mana satu la kau nak ni Leeya ?

"Tak payah nak dekat aku . Aku ni dah ada awek , saje je la nak bagitau"

"Aleeya Batriesyia ni tetap tunggu jejaka hati dia Muhammad Firas bin Megat Mikael" . Eh eh Aleeya . Berani nya kau cakap macamtu dekat boyfriend orang . Ni kalau awek dia tahu mampus kau Leeya . Kompom kepala berpisah dari badan .

"Tunggu la kau sampai ke tua . Biar jadi anak dara tua , tak ada siapa pun nak" . Dia nak kata aku tak laku ke apa ? . Suka hati mak nenek dia je cakap aku macamtu .

Malas hendak melayan . Aku diamkan diri sambil menikmati makanan yang aku pesan tadi , tanpa hiraukan Fir yang sedang leka mengetik skrin telefon . Tengah mesej kekasih hati agaknya .

Tanpa aku sedar hati sendiri sudah berduka melihat kekasih hati bersama dengan orang yang dia cintai . Andai aku orang yang berada di hati Firas , tentu aku manusia yang paling beruntung .

Continuă lectura

O să-ți placă și

283K 10.5K 61
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? K...
2.1M 108K 96
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea cinta kan abang - Aryanna Sophea Tch kau tu budak kecil, apa je yang kau tahu tentang cin...
8.6K 206 9
[bxb] [yaoi] [oneshoot] ⚠WARNING⚠ JANGAN SALAH LAPAK OR BOOK KANAK-KANAK DI LARANG BACA KERANA KEMUNGKINAN ADA BANYAK ADEGAN DAN UNSUR 🔞🔞🔞 Seora...
109K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...