๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

De missdiraa

1M 38.2K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... Mais

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 21

11.1K 454 23
De missdiraa

"TERIMA kasih ya dik. Kalau tak, mungkin akak dah meraung sebab anak hilang" ucap seorang wanita berumur tiga puluhan yang sedang sarat mengandung itu.

Kebetulan pula selepas ke tandas, Darisa terserempak dengan seorang budak perempuan menangis-nangis mencari si ibu. Jatuh kasihan Darisa melihat, mahu tidak mahu, terpaksa juga dia turut mencari-cari ibu budak itu.

"Eh takpe akak, saya okay aje.." balas Darisa sambil mempamerkan senyuman manisnya sebelum mengalihkan pandangan kearah budak perempuan disamping wanita muda tersebut.

"Siapa nama awak?"

"Aqish"

"Ouhh Aqish, Aqish umur berapa?"

"Tujuh tahun.."

Ketika mendengarkan jawapan Aqish, Darisa mengangguk faham. Perlahan-lahan tubuhnya melorot kebawah sehinggalah posisinya duduk bercangkung di hadapan Aqish.

Rambut lurus Aqish diusap-usap lembut. Comel, pipi merah bak delima. Kulit putih melepak, dahtu gebu pula pipi. Geram nak cubit-cubit.

"Aqish tau kan dalam perut mama ada baby?" soal Darisa lembut.

"Tau.." Aqish mengangguk.

"Jadi, Aqish janganlah buat mama risau" pesannya, tangan Aqish digenggam erat sebelum diletakkan diatas telapak tangan sang ibu.

"Aqish kene genggam tangan mama kuat-kuat... Jangan lepas, tak kesian ke dengan mama.. Lari-lari cari Aqish hmm?"

Mendengarkan sahaja kata-kata Darisa, Aqish mula mencebik, bibir merahnya dimuncungkan kehadapan. Matanya sudah berkaca-kaca menahan tangisan.

"Akak tak marah Aqish.. Tapi apa yang Aqish buat tu salah, mama Aqish sayangkan Aqish, takkanlah Aqish tak kesian dengan mama.." air mata yang mula menitik-nitik membasahi pipi gebu itu mula dikesat menggunakan ibu jari.

"Maaf.. Aqish mintak maaf mama.." rayu Aqish, pinggang ibunya dipeluk erat sambil menghamburkan tangisan. Darisa pula hanya mampu tersenyum hambar, tiba-tiba pula rasa bersalah sebab buat anak orang menangis.

"Sshhh, jangan nangis.." pujuk Darisa sekuat hati.

"Takpelah dik, biasalah.. lagipun bagus juga adik bagi nasihat kat Aqish, sebab dia ni keras kepala.. Akak pun dah tak larat nak banyak kali pesan kat Aqish" luah wanita muda itu.

Gadis itu mengangguk faham. Teringat pula dia waktu kecil dulu, sama juga. Keras kepala, semua nak diikut. Kalau tidak, mengamuk tak pasal-pasal.

"Akak sorang aje ke? Husband akak tak ikut?" kini Darisa memberanikan diri untuk menyoal. Sejak tadi, tidak dilihat pun kelibat ayah kepada Aqish. Ragu-ragu juga dia hendak bertanya tadi.

Namun begitu, soalan Darisa dibalas dengan senyuman datar. Kepala wanita muda itu mula tertunduk kebawah.

"Suami akak dah meninggal dua bulan yang lepas sebab sakit kanser.. Akak ni single mom sebabtu susah jugak nak jaga Aqish dalam keadaan mengandung macam ni.." luahnya walaupun terasa sedikit sebak di dada.

Terdiam Darisa kala mendengar, terkejut pun ada. Serba salah kerana mengungkit mengenai hal itu. Lebih baik tadi dia diamkan sahaja. Apalah kau ni, Darisa.

"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiu'un, maaf kak.. Saya tak berniat pun nak lukakan hati akak, apapun saya ucapkan salam takziah, saya yakin akak boleh teruskan hidup, membesarkan Aqish dan baby supaya jadi anak yang soleh dan juga solehah.. Insha Allah, aaminn" doa Darisa buat wanita di hadapannya. Tak sangka ada juga wanita yang kuat menghadapi rintangan hidup.

"Insha Allah aamin, tak sangka ada jugak orang baik macam adik ni.. Bagus kalau ada yang jadikan kamu isteri.. Terima kasih atas doa adik, akak selalu doakan kebahagiaan adik.." jawabnya. Tubuh kecil Darisa dimasukkan kedalam dakapan. Harum wangian seorang wanita yang kuat itu dihidu oleh Darisa.

"Terima kasih banyak akak.." Darisa pejam mata sambil menikmati kehangatan pelukan wanita muda itu.

"Sama-sama.." ucapan terima kasih itu dibalas oleh wanita tersebut. Namun tak lama kemudian, wanita itu mula meleraikan pelukan.

Bakul beg yang ada di tangannya dihulurkan kepada Darisa sehingga membuatkn gadis itu terpinga-pinga.

"Akak bagi kat adik.. Dalam bakul tu, ada telekung, abaya, tudung labuh macam akak guna sekarang sekali dengan niqab.. Mana lah tau adik berminat nak guna.. Pakailah, tengok pakaian adik pun sekarang, akak rasa adik suka pakai baju-baju longgar kan?" beritahunya. Penampilan Darisa membuatkannya tertarik. Tak menjolok mata pun.

"Ahh.. Ini pun sebab saya baru nak cuba-cuba pakai pakaian longgar-longgar, labuh-labuh.. sebelum ni saya pakai seluar dengan blouse aje.."

Tersenyum wanita tersebut ketika mendengar, "Masha Allah, akak suka dengar... Bagus lah tu mencuba, nanti lambat laun, dah biasa.. Macam akak jugak dulu.. Akak pun bukannya terus bertutup-tutup macam ni.. dulu akak macam awak jugak, pakai biasa-biasa, seluar jeans.. Tudung pun main lilit-lilit aje.. Tapi lepas aje kahwin, akak terus rasa nak berubah sebab keluarga mertua akak semua kuat agama, malu jugak sebab akak sorang je macam terpesong.." sempat lagi wanita itu bercerita kisah penghijrahannya sebagai seorang wanita berniqab.

"Tapi dengar ya.. Jangan berubah semata mata sebab manusia.. Cuba dekatkan diri kepada Allah dulu, bila dah rasa dah sedia untuk fasa seterusnya.. Cubalah, tak salah cuba, Allah akan ada sentiasa untuk adik.."

"Akak..." panggil Darisa lembut sambil menundukkan kepalanya. Kata-kata semangat yang diberikan oleh wanita di hadapannya membuatkan keinginannya untuk berubah dan mendekatkan diri lebih kepada Allah semakin bertambah.

"Ya?"

"Susah ke nak kekal beristiqomah?"

Tersenyum-senyum wanita muda itu mendengar, kemudian dia menghembuskan nafas kasar. "Allahuakbar, berdasarkan pengalaman akak.. Susah sangat-sangat, kena lawan perasaan... dan waktu tu jugak, adik kena banyak ingat Allah.. sebab tu akak galakkan adik untuk dekatkan diri dulu dengan Allah, mendalami ilmu agama dengan baik.. Pergilah mana-mana majlis keagamaan ataupun ceramah-ceramah untuk tambah ilmu pengetahuan hm" pesan wanita tersebut.

Entah terdetik hati Darisa untuk mengenali semula agamanya dengan begitu mendalam. Sejak arwah ibu dan ayahnya meninggal, Darisa sudah terasa jauh dengan Allah SWT. Kegiatan ibadah yang selalu dilakukan terhenti tatkala Encik Philip dan Puan Qaira mengambil alih hak asuhannya.

"Eh Ya Allah, akak dah lambat ni.. Adik jaga diri baik-baik ya.. Akak ada meeting pulak tak lama lagi" gesa wanita mengandung tersebut. Laju-laju tangan kecil Aqish dicapai.

"Perlahan-lahan kak, nanti jatuh macam mana" laung Darisa, dia yang naik risau akan keadaan wanita tersebut.

Namun begitu, wanita itu hanya mendiamkan diri. Berlalu pergi sambil mempamerkan senyuman, walaupun tidak kelihatan kerana ditutupi dengan niqab. Namun, mata yang berbentuk anak bulan itu jelas memberitahu bahawa wanita itu sedang tersenyum kearahnya.

"Ya Allah, Dina!" dahinya ditepuk tatkala teringat akan Irdina. Asyik leka berborak, sampai lupa kawan sendiri. Laju-laju Darisa mengatur langkah pergi daripada kawasan tersebut. Berjalan menuju ke Hawa's Boutique.

Namun begitu, langkah Darisa terhenti tika melihat sosok tubuh yang amat dikenalinya. Mulut terkunci buat seketika, kewujudan Haffaz membuatkan gadis itu terkaku. Namun pada masa yang sama, hatinya terasa agak sakit tika melihat Irdina berdua-duaan dengan suaminya.

Lebih sakit apabila Irdina menyentuh suaminya seperti tidak ada apa-apa, bibir merahnya diketap rapat. Menahan tangis.

"Kenapa dia ada kat sini?" soal Darisa sendirian. Hati seakan-akan direntap kasar, perempuan mana yang tidak cemburu melihat lelaki yang sudah menjadi hak miliknya kini berdua-duaan dengan perempuan lain? Kawan sendiri pula itu.

Tak semena-mena air mata Darisa mengalir keluar, kemesraan Irdina dan Haffaz membuatkannya cemburu. Siap bertepuk bahu pula itu, tertawa. Dan saat itu juga, Darisa sedar dia tidak berharga pun dimata Haffaz.

'Kau bukan siapa-siapa untuk dia, Risa..'

"WEH, tadi aku jumpa cinta hati aku lah.." seloroh Irdina penuh teruja. Memaut lengan Darisa sambil tersengih-sengih gembira. Wajah tampan jejaka yang sudah mencuri hatinya terbayang-bayang didalam fikiran.

"Cinta hati?" berkerut dahi Darisa. Tidak faham.

"Haah, dia lah lelaki yang aku kata.. Lelaki yang dah curi hati aku kali pertama aku pandang dia.. Hensem kan, sebelum ni aku ada ajak dia makan sama-sama.." beritahu gadis muda itu.

Ketika mendengarkan pernyataan tersebut, Darisa terus terdiam. Daripada semua pernyataan yang dilontarkan oleh Irdina, Darisa yakin perempuan yang ditemui oleh Haffaz beberapa hari yang lalu adalah Irdina.

Sekali lagi, hatinya terasa perit.

"Ouh..."

"Ouhh aje? Eeee, tak seronok lah kau ni, Risa.. Cakaplah congrats ke sebab dah jumpa jodoh" gurau Irdina sekali dengan tawa kecilnya.

Namun begitu, gurauan Irdina sama sekali tidak menggelikan hati Darisa. Malah membuatkan gadis itu semakin merasa sedih dan sakit.

"Dina.." panggil Darisa lembut.

"Ya?"

"Kau suka kat dia ke?" soalnya penuh keseriusan.

Irdina tersengih, lalu menganggukkan kepalanya. "Suka, tak pernah lagi aku rasa suka macam ni kat seorang lelaki tau.."

Lagi-lagi Darisa tertunduk, bagai dipanah dengan petir. Kawan yang sudah dianggap adik beradik kandung kini menyimpan perasaan terhadap suami sendiri. Mampukah dia untuk berterus terang?

"Hesy kau ni kenapa, balik-balik dari tandas tetibe buat muka masam macam ni.. Kau ada nampak sesuatu ke.. Ke ada orang kacau kau hah?" lengan bajunya sempat ditarik ke atas penuh geram namun Darisa lekas-lekas menarik lengan baju Irdina semula.

"Dina.. Aurat.." katanya tegas.

"Ouh.. sorry.."

"It's okay.." senyum Darisa, masih lagi mampu tersenyum walaupun terasa pedih didalam dadanya.

'Patut ke aku undur diri?' bisik hatinya perlahan. Mungkin tempatnya memang bukan disisi Haffaz, mungkin saja Irdina yang layak berada disisi lelaki itu berbanding dirinya yang langsung tidak diiktiraf sebagai isteri.

'SUKA, tak pernah lagi aku rasa suka macam ni kat seorang lelaki tau' Suara - suara halus Irdina mulai terngiang-ngiang didalam fikiran Darisa sehingga semua kerja surirumahnya asyik tergendala. Banyak termenung.

"Kenapa kau tercegat kat situ" tegur suaminya. Pantas Darisa menolehkan kearah Haffaz, lelaki itu tenang berdiri sambil memeluk tubuh kemudian bahu kanannya disandarkan di muka pintu.

"Ahh.. takde.." balas Darisa acuh tak acuh, aktivitinya kembali diteruskan.

Namun begitu, jawapan gadis tersebut tidak memberikan kepuasan terhadap suaminya.

"Sini.." selamba lelaki itu menarik pergelangan tangan isterinya. Kemudian, disandarkan tubuh Darisa pada dinding konkrit itu.

"Apa awak buat ni?"

"Aku nak tanya kau, kenapa dari tadi kau senyap?" katanya. Setiap inci wajah isterinya diperhatikan penuh teliti.

"Takde apa-apa, saya cuma penat.." dada tegap Haffaz ditolak perlahan. Malas lagi hendak bergaduh, sama juga. Haffaz tetap dengan egonya.

"Tak, aku tak rasa kau penat.. Baik kau bagitau aku.." desak lelaki itu lagi. Kini dia mengunci pergerakan Darisa dengan merapatkan tubuhnya dengan tubuh gadis di hadapannya.

"Saya penat sebab aw--"

Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Darisa menggantungkan ayatnya. Anak mata pantas beralih kearah telefon Haffaz yang terletak rapi diatas meja ruang tamu.

"Siapa lagi call malam-malam ni..." bisik lelaki itu perlahan. Tanpa melengahkan masa, dia meninggalkan Darisa begitu sahaja.

"Hello Dina.."

Dup!

Sebaik sahaja suaminya menjawab panggilan tersebut, nama yang amat dikenali itu disebut-sebut oleh Haffaz.

'Dina?' getus hatinya. Tertunduk kepala Darisa ketika mendengar, Haffaz pula mula mengorak langkah menuju ke kolam renang besar yang terdapat di luar rumah.

Sempat lagi dia mengintai suaminya yang berada di luar. Gelak, senyum seperti orang yang sudah dilamun cinta. Sungguh remuk hati gadis itu. Memang sudah tak ada peluang ke dia untuk bertakhta didalam hati lelaki itu?

"Sudah lah Darisa.. kau sendiri tau dia memang tak boleh terima kau.." sedarnya sendiri. Air mata yang mengalir dikesat dengan telapak tangan, sedaya-upaya tersenyum walaupun hakikatnya dia sudah tidak tahan dengan rumah tangga tanpa cinta.

Tanpa membuang masa, Darisa terlebih dahulu menyelesaikan tugasnya sebelum memasuki bilik tidur. Pakaian kotor Haffaz diletakkan ke dalam mesin basuh.

Namun begitu, tiba-tiba air mata yang sejak tadi bertakung kini mengalir dengan deras membasahi wajah jelita gadis itu. Terhinggut-hinggut kedua dua bahu Darisa menahan suara tangisan daripada keluar. Baju kemeja suaminya dicengkam kuat sambil mendakap erat baju itu.

Tak pernah sekali pun Haffaz menyentuh mahupun memeluknya penuh kehangatan. Malah tidak pernah sekali pun Haffaz mengucup dahinya sepertimana suami orang lain lakukan. Kalau ada pun, hanya di hari akad nikah mereka.

Kecewa?

Sedih?

Dengki?

Tipulah kalau selama ini, Darisa tidak merasa semua itu. Lebih menyakitkan hati, Irdina yang dianggap seperti keluarganya sendiri kini menjadi orang ketiga didalam hubungan mereka.

"YA ALLAH.."

Suara lembut mula menyeru nama Allah sambil menadahkan tangan di dalam bilik yang gelap dan hanya diterangi dengan cahaya bulan.

"Sesungguhnya hanya engkau tempat dimana aku memohon segala-galanya, maafkan hamba-Mu atas segala kesalahan yang telah dilakukan.. hamba-Mu ini terlalu banyak kekurangan" luahnya. Menitik-nitik mutiara jernih yang keluar daripada tubir matanya.

Bibir merahnya diketap rapat sekuat hati agar tidak mengeluarkan suara tangisan. Tersedu-sedan gadis itu dibuatnya. Namun, masih lagi sanggup menadah tangan kepada Ilahi.

"Saya tak mintak lebih.. saya cuma nak kasih sayang dia walaupun sedikit.. Biarlah untuk kali terakhir.. sesungguhnya engkau lebih memahami hamba-hambaMu berbanding dengan manusia-manusia yang mengenali ku.."

"Saya dah cukup bersyukur kerana ada Allah yang sentiasa berada di sisi waktu saya susah.. Saya dah takde siapa... Saya takde tempat bergantung lagi, semua orang dah bencikan saya.. Saya nak buat macam mana dengan orang yang bencikan saya?"

"Saya tak boleh benci mereka balik, Islam sendiri dah ajar umatnya, jangan membenci orang lain walaupun ada yang membenci kita.." beritahunya. Masih lagi menangis teresak-esak, kata-kata ibu dan ayahnya masih lagi diingat sampai sekarang.

Walaupun orang lain berbuat jahat dengannya, Darisa tidak pernah membenci. Hanya diam seperti orang naif.

"Tapi walaupun saya sedar saya takde orang lain lagi.. Saya masih ada Tuhan yang sentiasa perhatikan saya.. " ucapnya sekali dengan senyuman penuh lebar. Tenang jiwa ketika mengingat Allah kembali.

Benar, lebih baik bergantung dengan Allah berbanding dengan manusia. Hidup lebih aman dan damai, Islam lebih indah jika mempunyai penghayatan yang mendalam.

Seusai sahaja memohon doa dan petunjuk daripada Yang Maha Esa, Darisa meraup seluruh wajahnya dengan begitu lembut. Nafas dihembus berat, air mata yang membasahi pipi itu dilap menggunakan hujung telekungnya.

Tenang jiwa selepas menunaikan solat Tahajjud, meluahkan semuanya kepada Allah SWT adalah jalan penyelesaian yang baik buat umat Islam yang mempunyai masalah didalam kehidupan.

Perlahan-lahan, Darisa mula berbaring diatas sejadah dengan posisi baringnya seperti janin didalam kandungan. Kitab Al-Quran yang kecil dimasukkan ke dalam dakapan.

"Mama.. babah.. Risa rindu..."

Sambil mata dipejam, Darisa meluahkan rasa kerinduannya kepada arwah ibu dan ayahnya. Semakin erat kitab Al-Quran itu dipeluk. Dia sudah tidak ada sesiapa, tidak ada yang mahu memeluknya penuh kehangatan.

Hidupnya adalah untuk dirinya seorang.

Dia hanya beban buat orang lain.

BERSAMBUNG

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

2.5M 15.2K 9
| PDF | EBOOK| CRIME ACTION ROMANCE ๐ƒ๐ž๐ง๐๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š, ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š, ๐›๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๏ฟฝ...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
564K 6.9K 9
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-๐€๐‘๐™๐„๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
3.3K 227 10
soon, pbakl 2023 ๐Ÿซถ๐Ÿป terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited ๐Ÿซถ๐Ÿป preorder melalui Shopee penerbitansuarahati atau boleh dapatkan di...