C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C71

2.5K 320 88
By leimonadd

RASA dingin yang mencucuk kaki mengejutkan Nufa dari lenanya. Terus tangan dibawa menggosok kaki yang dah sejuk bila sila dibetulkan. Sambil itu menoleh pandang Nadhif yang tenang memandu di sebelah.

"Tak sampai lagi?" Soal Nufa dengan suara seraknya.

Nadhif jadi menoleh. Senyum kecil terukir tanpa paksa lihat Nufa yang seperti masih mamai. Mata terkelip-kelip dengan dahi yang berkerut. Pandang pula luar tingkap lama-lama. Bila gelap tak nampak apa, baru lah gadis itu memandangnya semula.

"Belum." Balas Nadhif pendek seiring mata memandang Maps di telefon.

Nufa mengeluh kecil. Dia menggeliat kecil sebelum badan disandarkan rapat pada kerusi.

Nadhif pandang Nufa sekilas. Tanpa suara, badan membongkok mengambil botol mineral di cup holder. Buka penutup botol dan terus disuakan botol kepada Nufa.

Nufa pandang Nadhif. Lambat-lambat tangan ambil botol sebelum isinya digogok perlahan. Dada dah rasa berdebar. Bangun-bangun tidur dilayan begini. Memang berdebar lah.

"Thank you." Ucap Nufa perlahan. Penutup botol yang dihulur Nadhif diambil dan botol ditutup rapat.

Nufa pandang luar. Memang gelap-gelita. Rasanya kiri kanan mereka hutan. Tak pun kawasan ladang kelapa sawit. Kereta yang ada di jalan pun boleh dibilang berapa.

Dalam Nufa melihat keluar, tangan mula dibawa merapat ke mulut. Tapak tangan ditiup untuk rasa hangat sebelum tangan dibawa melekap ke kaki. Beberapa kali dia ulang perbuatan yang sama.

Tumpuan memandu Nadhif jadi terganggu seketika. Sekejap-kejap mata memandang Nufa dan jalan raya berulang kali.

"Sejuk?" Soal Nadhif pendek. Kaki Nufa yang tidak berstokin dipandang.

Nak salahkan Nufa, tak boleh. Yalah. Plan asal mereka bukan nak berbulan madu. Hanya pergi drive-thru McDonald untuk beli McFlurry Oreo yang Nufa ingin. Lihat pakaian mereka pun, santai sahaja. Memang nampak spontan plannya.

Nufa menoleh.

"Haah. Aku tak pakai stokin sebab ingatkan duduk dalam kereta sekejap aje." Sempat Nufa memerli Nadhif.

Nadhif julingkan mata ke atas. Faham benar maksud tersirat ayat Nufa tadi.

"Aku takde bawak jaket pula." Omel Nadhif perlahan sambil menoleh sekejap-sekejap ke kerusi belakang. Tiada baju spare juga.

Nufa hanya diam. Lihat wajah Nadhif memang berkerut. Seperti lelaki itu memang ambil berat dengan perkataan 'sejuk' tadi.

"Takpe lah."

Nadhif menggeleng kecil.

"Lambat lagi kita nak sampai ni." Balas Nadhif tanpa memandang Nufa.

Mata lurus pandang hadapan. Jari pula dah mengetuk stereng perlahan-lahan. Dan Nufa tangkap semua itu. Baru faham dengan tabiat lelaki itu.

Nadhif diam, tapi jari dia ketul-ketuk benda. Maknanya lelaki itu sedang berfikir.

Oh, begitu. Faham!

"Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Tanya Nufa, mengalihkan Nadhif daripada terus berfikir.

Sekilas Nadhif pandang Nufa sebelum dia jongketkan bahu. Buat Nufa julingkan mata ke atas.

"Eleh."

Nadhif senyum senget dengar eleh kecil Nufa. Comel aje. Bangun-bangun tidur dah kalah. Padan muka!

Diam antara mereka. Dan Nadhif perasan yang Nufa masih lagi cuba hangatkan kaki. Perlahan-lahan tangan Nufa menggosok kaki, tapi tetap juga dapat ditangkap Nadhif.

"Huwainaa," Nadhif memanggil dan Nufa menoleh. Kening terjongket naik sendiri tanda menyahut panggilan lelaki itu.

Tanpa kata, Nadhif menepuk pehanya perlahan. Melihatkan itu, dahi Nufa langsung berkerut. Tak faham.

"Kaki letak sini." Tiga perkataan itu langsung hantar hangat ke wajah Nufa.

"Ewww! Tak nak!" Kepala menggeleng-geleng tidak mahu. Tangan juga sama dah bergerak-gerak menolak.

Nadhif berdecit perlahan. Mata juling ke atas.

"Lama lagi lah kita nak sampai. Kau nak bagi kaki kau kebas ke?"

Nufa tetap menggeleng. Malu lah dia!

"Kebas pun, kebas lah. Tak nak!" Nufa tetap menolak tidak mahu.

"Cepat lah. Bukan aku nak buat apa-apa pun." Nadhif tak mahu mengalah. Sekali lagi pehanya ditepuk perlahan, menyuruh Nufa jatuhkan kaki di situ.

"Tak nak!"

"Kenapa pulak?" Soal Nadhif. Dahi dah berkerut tak faham dengan penolakan Nufa.

"Eee! Tak nak lah!" Wajah Nufa dah rasa hangat. Nadhif ni memang lembab ke macam mana? Tak nampak ke muka dia merah sebab malu. Lagi mahu tanya!

"Okey." Tangan Nadhif angkat sedikit, mengalah.

"Tapi, try dulu. Kalau suka, teruskan. Kalau tak, tak payah. Biar kaki kau kebas beku apa benda semua tu lah." Masih tidak mahu mengalah, Nadhif suarakan cadangan.

Nufa diam. Atas bawah, atas bawah Nadhif dipandang.

"What?"

"Jawapan dia jelas, aku tak suka. Tak payah nak ada 'kalau suka' bagai." Bidas Nufa. Tangan naik memeluk tubuh dan pandangan dibuang ke luar tingkap. Sambil sila dibetulkan, sorok kaki dari rasa haea dingin aircond kereta.

Jatuh bahu Nadhif. Malas dah nak berlawan kata dengan Nufa. Tapi, tanpa Nufa sedar, Nadhif perlahan-lahan naikkan suhu aircond.

Senyum dah senget. Jari dah mengetuk perlahan stereng kereta, ikut rentak lagu yang bergema dalam kepala.

"Hisss." Nufa berdesis bila rasa sejuk makin mencucuk. Tangan dah mula bergerak mengusap lengaannya untuk hasilkan haba.

Nadhif senyum senget. Tangan naik membetulkan topi di kepala. Nufa dikerling sedikit.

"Hisss." Nufa berdesis lagi. Tangan bergerak mahu turunkan suhu aircond tapi cepat sahaja ditepis Nadhif.

Berkerut Nufa pandang Nadhif. Tak puas hati.

"Nak buat apa?" Soal Nadhif tanpa nada.

"Aku sejuk lah."

"Aku panas." Laju Nadhif membalas.

Terkelip-kelip laju mata Nufa. Wajah Nadhif dipandang penuh hairan. Tak faham mana yang panas kalau hidung lelaki itu juga dah memerah.

"Macam tak betul aje." Omel Nufa.

Nadhif angkat bahu sedikit. "Terpulang, tapi aku panas. Kau sejuk, kau pandai-pandai hangatkan diri sendiri."

Jatuh rahang Nufa. Gelak sinis terluah selepas itu tanda percaya dengan apa yang dia dengar. Sumpah Nadhif pentingkan diri sendiri.

"Macam ni lah nak honeymoon. Benda kecil macam ni pun tak boleh nak beralah." Omel Nufa tak puas hati.

"Macam kau lah. Pre honeymoon tak nak buat. Aku nak tolong hangatkan kau pun, kau tak nak." Nadhif membalas laju. Nufa langsung tidak dipandang walau diri tahu gadis itu sedang memandangnya.

Terus memerah wajah Nufa. Tanpa kata terus lengan Nadhif dipukul kuat sekali. Mahu lepaskan geram dan malu.

"Aduh! Sakit lah!" Rengus Nadhif sambil usap laju tempat yang dipukul Nufa.

"Aku malu lah! Ha! Puas hati?"

Nadhif julingkan mata.

"Malu apa! Aku suami kau!"

"Eee!" Menjerit geram, Nufa langsung luruskan kaki ke arah Nadhif. Dan kuat dia jatuhkan kakinya di situ.

"Ack!" Mengaduh kejap Nadhif.

Nufa ambil topi di kepala Nadhif sebelum wajahnya ditutup dengan topi itu. Peluk tubuh dan badan merapat ke pintu.

Nufa sedang sorok malu!

Nadhif terkebil-kebil pandang Nufa. Kaget sekejap sebelum bibir orak senyum kecil.

Nufa diam. Namun, sedikit tersentak jadinya bila kakinya disentuh tangan hangat Nadhif yang mengurut perlahan kakinya yang sejuk.

"Sejuknya." Di balik topi, Nufa dapat dengar omel kecil Nadhif. Buat wajahnya menghangat.

Diam antara mereka. Nufa masih sorok malu dan Nadhif masih setia mengurut perlahan kaki Nufa. Memang rasa hangatnya.

Diam-diam, Nufa tarik topi jatuh dari wajah. Nadhif dipandang lurus dengan dada yang dah berbaur seribu satu rasa.

Semua gerak-geri Nadhif diperhati. Sekejap tangan kanan lelaki itu mengurutnya. Dan bila rasa hangatnya hilang, tangan kiri lelaki itu pula yang mengambil tugas.

Nufa jadi terharu tiba-tiba. Macam ni rupanya rasa ada suami. Hahaha!

Sedang ralit Nufa memerhati, Nadhif menoleh ke tepi. Tersentak kecil Nufa. Kening jadi ternaik dan kepala menggeleng perlahan.

Dahi Nadhif berkerut tapi bibir ukir senyum kecil.

"Lapar?"

Hilang terus debar Nufa. Wajah tunjuk riak bosan.

"Kau ingat kerja aku makan dua puluh empat jam ke?"

Nadhif senyum sinis. "Manalah aku tahu. Kau kan gadis comel gendut."

Geram, terus kaki Nufa berkerut menendang perlahan perut Nadhif, buat Nadhif pura-pura mengaduh sebelum lelaki itu hamburkan tawa kecil.

Pandang Nufa, gadis itu dah menjeling tak puas hati. Hilang sekejap kantuknya melayan Nufa. Bagus juga ya rasa sejuk ni.

"Apa-apa pun, kau lapar ke tak ke, aku dah beli something." Kata Nadhif sambil tangan mengagau temapt duduk belakang.

Bunyi keriuk plastik ditangkap Nufa dan kepala ikut menoleh sama. Bila Nadhif tarik keluar sebungkus plastik putih dari tempat duduk belakang, Nufa terus tegakkan badan.

"Apa ni?" Tanya Nufa saat Nadhif serahkan plastik merah itu kepadanya.

Nadhif diam sahaja. Biar Nufa yang cari tahu sendiri.

"Eh!" Wajah Nufa berubah ceria. Nadhif dipandang bersama tangan dah bawa sebuah cawan plastik yang berisi buah tembikai potong di dalamnya.

"Tembikai!" Nufa bersorak kecil.

Nadhif hanya angguk kecil, mengiyakan. Dia tahu itu tembikai. Dia yang beli tadi di RnR. Nufa masih lagi tidur tak ingat dubia tika itu.

"Nadhif! Mana dapat ni?" Tanya Nufa. Memang teruja habis.

"Tadi ada lori tembikai jatuh. Aku minta lah sebiji." Malas-malas Nadhif menjawab. Saje nak sarkastik dengan Nufa. Nak bagi kantuknya makin hilang.

Nufa julingkan mata ke atas. Namun bukan dengan rasa menyampah yang dia tak suka. Tapi dengan rasa menyampah yang dia suka. Hehehe.

"Terima kasih." Ucap Nufa gembira.

Nadhif diam.

"Aik, terima kasih je ke?"

Nufa pandang Nadhif. Tak rasa nak menyahut soalan Nadhif. Bahkan enak dia menyumbat masuk sepotong tembikai ke dalam mulut.

"Rugi buat baik dengan kau. Apa pun tak dapat." Sengaja Nadhif buat ayat sakit hati.

Namun, untuk minit yang seterusnya, Nadhif terdiam bila pipinya rasa hangat melekap dengan hangat pipi Nufa.

Ya. Ini bukan drill! Pipi Nadhif dan Nufa bertemu dan ini bukan drill!

Cukup lima saat, Nufa jarakkan diri. Kaki yang ada di atas peha Nadhif juga dah dikalihkan dan selamba Nufa betulkan sila di atas kerusi.

Nadhif menoleh pandang Nufa. Terkebil-kebil mata pandang gadis itu, tidak percaya.

Nufa buat selamba lagi walaupun wajah dah hangat dengan rasa malu. Dan untuk tutup malu itu, Nufa suakan sepotong tembikai kepada Nadhif.

"Nganga."

Seperti robot, Nadhif hanya menurut. Dia nganga dan Nufa suapkan tembikai.

Diam mereka menikmati. Tapi dengan Nufa yang masih selamba dan dengan Nadhif yang dah berulang kali meraupkan wajah menghilangkan rasa segan.

Ceh! Hebat sangat mengaku suami tadi. Isteri dia baru peluk sikit dah menggelupur malu. Puih!

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

USAI solat Subuh di sebuah masjid, mereka teruskan perjalanan lagi. Tapi, perjalanan kali ini tidak lama seperti semalam. Cukup 25 minit, dan Nadhif dah tarik handbreak lepas tukar mode Drive kepada Parking.

Sandarkan tubuh ke kerusi, mata lembut memandang Nufa.

Nufa memandang ke luar. Wajah yang tidak beriak tadi terus disimbah rasa ceria. Nadhif dipandang tidak percaya.

Nadhif senyum kecil bila apa yang tergambar di kepala tentang riaksi Nufa, dapat dilihat sendiri di luar fikiran. Malah, riaksi Nufa lebih lagi.

Hilang rasa penat memandu semalaman.

"Nadhif! Pantai!" Tangan Nufa memegang erat lengan Nadhif.

"Ya, pantai." Jawab Nadhif perlahan. Dari lengan, Nadhif tarik masuk tangan Nufa dalam genggaman tangannya.

Nufa teruja. Tak peduli dengan perilaku Nadhif. Bahkan, erat sama dia menggenggam tangan Nadhif.

"Jom, turun! Nak tengok sunrise!" Ajak Nufa bila lihat langit yang gelap seperti mahu berubah warna cerah.

Mengangguk, Nadhif layankan sahaja. Pegangan tangan terlepas bila Nufa terlebih dahulu keluar dari kereta. Tak terasa, Nadhif cepat-cepat matikan enjin dan ikut keluar sama.

Tinggalkan Nadhif, Nufa dah berlari-lari anak memijak pasir pantai. Mahu lebih merasai, selipar dicabut dan gelak kecil bila kehalusan pasir pantai menyentuh kakinya.

Nadhif diam-diam tersenyum melihat Nufa dari jauh. Selipar ikut sama dicabutkan dan dipegang bersama topi. Tangan masuk ke dalam poket seluat sebelum kaki menyambung langkah menghampiri Nufa yang dah menghadap laut.

Teruja, Nufa arah Nadhif untuk lajukan langkah. Sambil itu berdebar lihat Nadhif yang jelas nampak kacak itu.

Mamat ni. Masa ni dia nak keluarkan sisi kacak tu. Mujur sekarang tak ramai orang.

Memang tak ramai orang pun. Boleh dikira berapa ramai pengunjungnya. Nufa pasti, niat mereka sama sepertinya. Mahu lihat matahari terbit.

Nadhif makin menghampiri. Sekeliling dipandang sebelum wajah tersenyum manis Nufa menjadi tumpuan pandangannya.

Ciptaan Tuhan paling cantik di mata Nadhif sekarang adalah Nufa Huwainaa.

She's rising too. Rising her sweet glow.

"Tak ramai orang." Kata Nadhif bila sudah hampir dengan Nufa.

Selipar dijatuhkan di sebelah selipar Nufa dan topi disaukkan ke kepala. Rambut yang sedikit terkeluar hanya dibiarkan ditampar bayu pantai.

"Haah. Tak ramai orang." Balas Nufa.

Tangan naik membetulkan sedikit tudung yang terbang dipukul bayu.

Nadhif pandang Nufa. Perlahan-lahan, Nadhif ubah tempat. Daripada berdiri di sisi Nufa kepada berdiri di belakang Nufa.

Nufa perasan. Dan belum sempat Nufa mahu menoleh, tubuhnya terlebih dahulu didakap Nadhif dari arah belakang. Elok tangan Nadhif melingkar kemas di pinggangnya.

Nufa berdebar namun dalam masa yang sama dia tenang berada dalam dakapan itu.

Lihat tiada penolakan daripada Nufa, Nadhif menarik Nufa lebih rapat ke tubuhnya. Dan mata terpejam rapat dengan bibir digigit tahan senyum bila Nufa sendiri elok sandarkan tubuh ke dadanya.

Pandang Nufa, Nadhif jatuhkan kepala.

"Suka?" Lembut dia berbisik di telinga Nufa. Sambil itu mata galak memandang sisi wajah Nufa.

Angguk sekali, Nufa tersenyum lebar.

Nadhif senyum. Tarik badan Nufa, mereka sama-sama duduk di atas pasir. Nadhif masih memeluk Nufa dan Nufa masih selesa sandar tubuh pada Nadhif.

Diam mereka menikmati deru ombak yang memukul pasir pantai. Itu sudah cukup jadi irama romantis buat mereka.

Mengintai, Nadhif perlahan-lahan silangkan jemari mereka bersama. Dan Nufa ikut tunduk memandang jemari mereka yang erat bersilang sesama sendiri. Mula rasa rama-rama berterbangan dalam perut.

Geli yang mengasyikkan!

"Aku suka kalau kau suka." Kata Nadhif. Dagu jatuh berlabuh di bahu Nufa dan sengaja pipi dilekap bersama.

Nufa hanya senyum, tidak menolak. Antara rasa memang mahu bermanja dan kasihan kerana Nadhif sudah lelah memandu untuk dapat momen ini.

Nufa pandang langit yang makin cantik berubah warna. Dari warna biru gelap, perlahan-lahan bertukar warna oren dan kuning cerah saat matahari makin memunculkan diri.

"Cantiknya." Kagun Nufa dengan apa yang terhidang di hadapan mata.

Sungguh. Ciptaan Tuhan memang tidak terbanding keindahannya.

Nadhif senyum. Wajah Nufa dipandang dari tepi.

"Haah. Cantik." Dan lancar mulut mengeluarkan pujian.

Nufa menoleh. Nadhif yang memandangnya ditentang berani.

Lama mereka berpandangan sesama sendiri cuma Nufa tewas lebih awal. Tak sanggup mahu tenggelam dalam renungan redup Nadhif bersama melawan hempasan rasa dalam dada.

Nadhif buka topi dan terus disarungkan topi itu di kepala Nufa. Tarik muncung topi, Nufa ikut terpusing memandang Nadhif.

Nadhif senyum.

"Happy honeymoon, My Huwainaa." Dan bersama bisikan lembut itu, mata Nufa terpejam menerima luahan rasa Nadhif di bibirnya.

Oh! Ini lagi susah mahu dilayan daripada Sayf Hakim. Urgh!

*AAAAAAHHHHH APA NI HAHAHAHAHAHA. Harap korang enjoy dan makin rasa single. Sekian //nangis hujung katil

Continue Reading

You'll Also Like

313K 14.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
268K 19K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...
331K 34.1K 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki...
123K 14.1K 34
"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 �...