badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]

hannazhya tarafından

3.4K 228 7

soon, pbakl 2023 🫶🏻 terbitan Suara Hati bacaan 10 bab terawal raw, unedited 🫶🏻 preorder melalui Shopee pe... Daha Fazla

Bab 1: Her | Faris
Bab 2: Him | First meet
Bab 3: Her | D-day
Bab 4: Him | Saviour
Bab 5: Her | You in?
Bab 6: Him | Welcome
Bab 7: Her | Red. Failed.
Bab 8: Him | Koyak tengah
Bab 9: Her | He was quick

Bab 10: Her | Naik pangkat

348 19 1
hannazhya tarafından

"CIK ALEEYA."

Suara yang garau memanggil itu membuat kepalaku spontan terdongak. Lebih tepatnya, terkejut. Sebab aku tak menyangka akan mendengar suara itu di pejabatku pagi ini. Kalau jumpa Sakinah, logik lagi. Tapi, yang muncul ini adalah abangnya, Shahrul.

Spontan, sebelah keningku terjungkit sedikit. Pintu pejabat yang bertutup rapat dikerling sesaat.

"Sejak bila masuk pejabat I tak perlu ketuk, Encik Shahrul?" Pen di tangan diletak ke atas meja sebelum tubuh ditegakkan. Dan, Shahrul yang segak bersut terus menapak menghampiri lalu duduknya dilabuhkan di kerusi berhadapan denganku.

"You nampak busy sangat. I buka pintu pun, kepala you masih pandang meja."

"Kalau you ketuk, I boleh dengar, Shahrul." Aku tersenyum sedikit. Memang aku sejenis yang mudah ralit kalau sedang bekerja. Cuma, kalau pintu itu diketuk, pasti aku boleh dengar.

Tapi, kalau dah namanya Shahrul, sebiji perangainya dengan Sakinah, si adik. Masuk pejabat aku ini macam masuk rumah sendiri aje.

"You sihat?"

Spontan, aku tergelak kecil. "You datang untuk tanya khabar I, Shahrul?"

Kali ini, dia pula yang tergelak. Kepala diangguk perlahan sebelum soalannya diulang semula. "I mean, is everything okay with you? Last time kita jumpa masa wedding Aunty Sofia."

Soalan Shahrul membuat nafasku terhela spontan. Pen di tangan terlepas sebelum aku menyandarkan tubuh pada kerusi kerjaku. "Macam ini ajelah, Shahrul. Apa lagi yang I boleh buat? Just keep on living." Aku membalas separuh hati.

Aku dan Shahrul tidaklah rapat mana, tapi disebabkan aku dan Sakinah yang sudah berkawan lama, maka segala yang terjadi dalam keluargaku juga diketahui sepenuhnya oleh Shahrul. Dan, tak dilupakan juga yang keluarga Shahrul adalah antara rakan bisnes yang rapat dengan The Beauty Edition.

"By the way, sejak bila Faris naik pangkat?"

Soalan Sharul kali ini menyentakku. "Faris? Naik pangkat?" Keningku berkerut.

Aku tak ingat pula sejak bila Faris naik pangkat? Setakat ini, apa yang aku tahu ialah Faris bekerja sebagai salah seorang security crew. Atau bahasa lainnya, security guard. Di mana naik pangkatnya itu?

"Ya. Tadi, I terserempak dengan Faris dalam lif on the way nak ke pejabat you. He was all in suit. A black suit."

Tubuhku yang tersandar pada kerusi terus tertegak. Sut hitam? Itu memang mustahil untuk jadi pakaian kerja Faris. Biasanya, uniform Faris adalah uniform pengawal berwarna hitam, bukannya sut.

"You serius ke ini?"

"Yeah. I pun pelik juga sebenarnya. Sebab I tak tahu pula you bersetuju untuk Faris naik pangkat sebagai chief of security department, looking at how much you dislike him."

Kali ini, mataku terus meluas. Ketua sekuriti? Kenapa aku tak dapat apa-apa notis? Kenapa aku langsung tak diberitahu? Sejak bila? Selama ini, semua hal pangkat dan penggajian pekerja pasti akan dimaklumkan pada aku.

"You tak tipu, kan?"

Shahrul ketawa spontan. "Untuk apa I nak tipu you, Leeya? Tak ada faedahnya."

Aku terdiam. Kepala spontan menerawang memikirkan Faris. Patutlah waktu aku datang pejabat pagi tadi, aku langsung tak nampak Faris di pintu masuk pejabat. Tapi, kalau betul Faris naik pangkat, sebab apa? Dan siapa yang luluskan? Tanpa autoriti aku?

Mama?

Apabila nama mama terdetik dalam kepala, terus muncul rasa syak wasangka. Kalau betul pun mama nak naikkan pangkat Faris, mama takkan buat senyap-senyap di belakang aku. Selama ini, segala benda kami uruskan bersama. Apa yang berlaku di syarikat, aku dan mama akan tahu bersama. The Beauty Edition berdiri bersama di antara kami.

"Leeya?"

Panggilan Shahrul membuatkan aku spontan menoleh semula. Namun, kepala dah mula tak tenteram. Ada macam-macam prasangka yang mula muncul tanpa dipinta.

"You fikir apa ini sampai jauh sangat termenung?"

Aku menggeleng perlahan. Tak mampu nak menjawab, aku terus bangkit dari kerusiku. Segala fail ditutup sebelum kaki bergerak keluar dari meja yang ditempati.

"Shahrul, I think you kena balik dulu. Kita sambung borak kemudian. I nak jumpa mama sekejap."

Tanpa menunggu jawapannya, kakiku lebih pantas berlalu. Sekarang ini, hanya satu yang menjadi sasaran kepalaku.

Pejabat mama.

"JADI, betullah? Mama naikkan pangkat Faris tanpa tanya Leeya dulu?" Suaraku bertukar mendesak. Masuk ke pejabat mama, aku ingatkan penafian yang akan diberi mama. Sebaliknya, mama hanya diam. Dan, mengenali mama, aku tahu diam itu maksudnya dia membenarkan tekaanku.

"Leeya, mama bukan buat keputusan ini terburu-buru. Mama memang dah lama fikir untuk naikkan pangkat Faris."

Aku berdecit. Tak percaya. "Mama, mama tahukan yang Faris itu baru kerja sini selama setahun? Kerja sebagai security guard with low certification. Baru setahun kerja, mama dah naikkan pangkat dia top chief security. Encik Zuhar mama letak mana?" Aku mula berpeluk tubuh. Sedaya upaya mengawal suara dari meninggi.

Wajah mama berubah sedikit. "Leeya, hanya sebab Faris tak cukup berada untuk dapatkan proper education, tak bermaksud Leeya boleh rendahkan Faris."

Aku menggeram perlahan. Lain maksud aku, lain pula yang mama faham.

"You know that's not what I mean, mama. Bukan Leeya nak rendahkan dia, tapi mama tahukan yang pangkat itu bukannya benda kecil? You're giving him to so many company access. Bilik sekuriti, kamera, aset, peti kebal, security team, and keys to so many rooms."

"Yeah, and what's wrong with that?"

Tanganku spontan naik memicit dahi. Walaupun nama 'sekuriti' itu mungkin tak 'glamer' macam nama CEO, tapi Faris punya banyak akses di syarikat. Segala password penting akan mudah jatuh ke tangannya.

"Banyak benda buruk boleh jadi, mama."

Kali ini, kening mama terangkat sedikit. Tangan naik memeluk tubuh. Dan, aku kenal gaya itu. Defensive mode.

"Leeya nak tuduh Faris yang bukan-bukan ke? Hanya sebab dia tak kaya macam kita? Tak sambung belajar tinggi-tinggi macam mama dan Leeya?"

Aku meraup wajah pula. Keluhan berat terlepas dari bibir.

"Bukan sebab itu, mama. Leeya bukan nak rendahkan dia. Tapi, dia baru kerja sini setahun. Kalau dia dah lama kerja sini, memang Leeya akan percayakan dia. It took years untuk mama naikkan pangkat Encik Zuhar dari kru sekuriti kepada ketua department. Tapi, kenapa semudah itu mama biarkan Faris naik jawatan hanya dalam tempoh setahun dia bekerja kat sini?"

Panjang lebar aku membebel, dan kali ini, mama hanya menjawab dengan satu keluhan lemah. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihela panjang.

"Habis itu, takkanlah Leeya nak biar aje Faris kerja sebagai pengawal di syarikat ini? He's my husband now."

Tanpa mampu ditahan, segaris senyuman sinis terukir di bibirku. "So, mama risikokan jawatan penting macam itu, untuk jaga air muka?"

"Habis itu, Leeya tak kisah orang mengata Faris sebab jawatan dia macam itu walaupun dia bergelar suami mama, founder of The Beauty Edition?"

"Siapa suruh mama kahwin dengan lelaki macam itu?" Tak mampu nak menahan, bibirku pantas menyinis. Dan, wajah mama terus berubah tegang. Garang.

"Aleeya!"

Aku menggigit bibir. Tangan terkepal erat, menahan marah. Bukan marahkan mama, tapi marahkan Faris. Satu persatu dia 'melangkah' masuk dalam keluarga aku, dan entah apa lagilah yang akan diambil alih Faris selepas ini.

Mama merengus perlahan. Wajah bertukar rimas.

"Leeya, mama tahu syarikat ini kita bangunkan bersama, tapi Leeya kena ingat mama tetap founder TBE. Mama yang teruskan syarikat ini lepas kematian arwah papa, dan Leeya bekerja di sini lepas syarikat mula stabil. I appreciate your input, but remember that TBE mampu berkembang dengan keputusan yang mama ambil secara bersendirian selama ini."

Kali ini, wajahku terus berubah. Pertama kali ayat sebegini keluar dari mulut mama. Selama ini, mama sentiasa tekankan kepentingan aku dalam syarikat. Dan aku bukannya nak lebih sudu dari kuah. Aku masih hormatkan mama sebagai pemilik segala aset dan syarikat.

Tapi, kenapa langsung tak dibincangkan bersama? Kenapa aku langsung tak diberi notis atau diminta pendapat? Hak suara aku hilang begitu saja ke selepas Faris menjadi suami mama? Faris yang baru dikenali setahun, berbanding aku yang sudah seumur hidup berkepit dengan mama?

Aku ketawa hambar. Sedikit sinis. "Right. Sorry, Siapalah Leeya ini berbanding Faris, kan?" Dalam kecewa, aku berkata penuh sarkastik sebelum memusingkan tubuh untuk berlalu.

Sempat aku mendengar mama yang seakan-akan mahu memanggil namaku, namun terhenti separuh jalan. Dan, mataku spontan terpejam sesaat.

Aku dan mama jarang bertengkar. Tapi, baru sebulan Faris bergelar suami mama, kami dah bertengkar isu kerja. Hanya sebulan masa yang diperlukan. Belum setahun, dan belum bertahun-tahun lamanya.

And I wonder what the hell awaits us more in the future.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

295K 19K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.8M 14.6K 10
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
127K 11.6K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
803K 281 1
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...