C | ๐‚๐”๐๐ˆ๐ƒ

Autorstwa leimonadd

226K 27.6K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] Wiฤ™cej

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C16

2.3K 284 59
Autorstwa leimonadd

TURUN dari kereta Sayf, Nufa terus berjalan masuk ke dalam #OhMyDobi. Tersenyum lebar dia bila lihat Afrina yang sibuk berkerja di meja kaunter. Tanpa lengah, terus dia berlari mendapatkan kakak iparnya. Dipeluk tubuh itu. Rindunya dia dengan kakak ipar kesayangan yang seorang ini.

"Kak Na!"

Terkejut, namun Afrina layankan sahaja Nufa. Pelukan Nufa dibalasnya sebelum dia hulurkan tangan mahu bersalaman dengan Nufa.

"Fuhaira dah sihat? Nufa tak sempat nak ziarah. Ingatkan nak datang jenguk hari ni." Beritahu Nufa. Crossbody bagnya diletakkan di atas kerusi sebelum dia henyak punggung di situ.

Afrina tersenyum. Tangan mula sambung kerja. Sambil itu mulut ikut sama bergerak berbual dengan Nufa. Dia pun rindu dengan Nufa yang ceria sokmo ini. Kadang ceria dan manja Nufa melebihi manja Fuhaira. Boleh keliru macam mana budak perempuan umur 6 tahun boleh jadi matang tiba-tiba. Dan yup! Hanya bila ada Nufa Huwainaa perkara itu terjadi.

"Alhamdulillah dah sihat. Hari ni dia dah boleh pergi tadika. Itu yang Kak Na masuk kerja semula." Maklum Afrina.

Nufa mengangguk.

"Kenapa dia demam tiba-tiba? Bukan dia susah demam ke? Nak kata hujan, takde pula hujan kebelakangan ini. Cuaca pun tak terik sangat. Dia berendam dalam bilik air ke apa?" Nufa kehairanan.

Memang sedari kecil, Fuhaira yang dia kenal memang susah dijangkiti sebarang penyakit. Antibodinya terlalu kuat. Asbab Afrina rajin mengamalkan makanan sunnah semasa mengandungkan Fuhaira. Alhamdulillah, ada kebaikannya.

Afrina senyum lebar sekali lagi. Nufa yang sibuk melihat memo pad kerja pada hari ini dikerling sekilas. Beg tangan diambil sebelum dia keluarkan satu kotak kecil panjang berwarna hitam. Siap berikat reben biru lagi.

Tidak menerima sebarang jawapan daripada Afrina, Nufa segera menolehkan kepala. Berkerut dahi bila Afrina senyum-senyum seraya hulurkan kotak hitam bereben biru kepadanya.

"Apa ni?" Ragu-ragu Nufa jadinya. Namun, tetap juga dia ambil huluran Afrina.

Senyuman Afrina masih belum putus. Dia sambung melakukan kerjanya sementara tunggu adik ipar loading sepenuhnya. Nufa dah buka kotak itu tapi masih diam tidak berkutik. Tengah proses lah tu.

Terkelip-kelip laju mata Nufa melihat isi kotak. Ada satu benda panjang seperti thermometer di dalam kotak itu. Warna putih biru. Tapi, bukan thermometer. Bila dia tekan button, tiada pula nombor suhu yang keluar. Hanya keluar perkaraan 3 W.

Nufa pandang Afrina. Afrina langsung tak memandangnya tapi bibir tak lekang dari senyum manis.

"Apa ni, Kak Na?" Blur, Nufa menyoal.

Kening Afrina terjongket sedikit. Dia tegakkan tubuh sambil tangan menyilang dada, memeluk tubuh sendiri. Tergeleng-geleng dia melihat wajah bingung Nufa. Memang benar tebakan suaminya. Numair kata, kalau dia tunjuk pada Nufa pun, Nufa takkan faham.

Pintu belakang kaunter yang terkuak buat mata Nufa dan Afrina tertacap di situ. Warda baru sahaja keluar dengan sebuah bakul hitam di tangan.

"What's the tea?" Soal Warda. Berdiri di tengah-tengah antara Nufa dan Afrina, dua wajah manis itu dipandang silih berganti.

"Ni apa?" Soal Nufa. Alat seperti thermometer itu disua kepada Warda.

Berkerut dahi Warda. Huluran Nufa diambil sebelum sekejap sahaja mulutnya dah melopong. Terkelip-kelip laju matanya sebelum dia menjerit panjang di situ.

"Who's pregnant? Kak Na? Kak Na pregnant?" Jeritan Warda berentak teruja. Kaki dah mula berlari setempat. Teruja.

Nufa yang mendengar terus bangun dari duduk. Alat yang berada di tangan Warda dirampas dan dibelek sekali lagi. Terkebil-kebil sendiri sebelum dia pandang Afrina yang dah gelak kecil.

Angkat dua jari tunjuk peace, Afrina mengangguk seraya satu tangan lagi mengusap perut yang masih kempis.

"Alhamdulillah." Tenang sahaja nada Afrina membalas. Nufa yang dah tutup mulut sorok senyum itu dia pandang.

"Fuhaira nak dapat adik. Sebab tu dia meragam sedikit." Jelas Afrina.

"Kyaaa!!!" Menjerit terus Nufa dan Warda di situ. Mereka berpelukan sebelum Afrina ditarik masuk dalam pelukan sekali. Teruja dan gembira.

Afrina hanya lepaskan gelak. Malu dia dengan pelanggan yang dah ikut senyum pandang mereka. Mungkin mereka terkejut mula-mula tapi mesti mereka dapat tangkap apa yang terjadi. Mana tidaknya kalau tak habis-habis perkataan baby dan pregnant keluar dari mulut dua gadis ini.

"Ya Allah! Abah dah tahu ke pasal ni?" Soal Nufa sebaik sahaja pelukan mereka dileraikan. Tangan Afrina ditarik masuk dalam genggamannya. Eee, ikutkan hati. Dia nak usap aje perut kempis kakak iparnya. Teruja!

Afrina geleng kecil.

"Belum lagi. Numair kata nak balik kampung hujung minggu ini. Nak beritahu abah sekali dengan ziarah." Beritahu Afrina, gembira. Dalam kepala dah terbayang gembira wajah tua ayah mertuanya yang mengukir senyum. Pasti atuk itu akan gembira nak timang cucu baru.

Nufa terlompat kecil di tempatnya. Warda dipeluk sekali lagi sebelum dia lompat sekali lagi. Warda hanya mengikut rentak, tumpang gembira sekali.

"Nufa ikut! Nufa ikut! Oh my god! Nufa nak call angah sekejap. Ya Allah!" Bernada teruja Nufa. Pelukan bersama Warda dileraikan sebelum laju dia melangkah keluar dari dobi dengan telefon di tangan.

Lihat keterujaan Nufa, Afrina dan Warda ikut senang. Mak cik muda tengah teruja tu. Biarkan. Mari kita sambung buat kerja.

Di luar dobi, Nufa dah halakan telefon ke hadapan. Video call dengan Numair bersama perasaan gembira yang menggebu dalam dada. Peduli lah si abang itu sedang berkerja atau tidak. Dia nak bercakap juga dengan Numair. Nak ucap tahniah kepada abang kesayangannya.

"Apa kau dik, ganggu aku. Kau nak apa, Nufa?" Suara bengang Numair kedengaran sebaik sahaja panggilan bersambung. Si abang memang malas melayan. Muka pun dia tak tunjuk.

Nufa tolak tepi rasa geramnya sebab ada rasa lain yang lebih mendominasi.

"Angah nak dapat baby baru! Oh my god! Angah!!!" Menjerit teruja Nufa di situ. Tak peduli dengan beberapa mata yang dah memandang kepadanya.

Mendengar suara Nufa, Numair terus angkat telefon. Jelas wajah Numair yang menyuruhnya memperlahankan suara di skrin telefon. Nak marah, tapi nak senyum juga. Lihat teruja Nufa, dia ikut sama gembira.

Nufa katup mulut sambil senyum comel. Ikut seperti Numair, dia letakkan jari telunjuk di bibir. Senyum rabbit tak hilang. Comel!

Numair hanya lepaskan tawa. Alahai, adik. Orang lain yang nak dapat baby, dia pula yang teruja lebih. Ini kalau dapat anak sendiri, tak tahu lah macam mana lagaknya.

Nufa... Nufa...

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

DAHI yang dah basah dek peluh dilap dengan tuala Good Morning yang tersangkut di leher. Sambil itu, mata tak lepas pandang gadis yang sedang menjerit teruja di hadapan premis #OhMyDobi. Berdiri, Nadhif menggeleng perlahan lihat aksi ceria semacam Nufa di seberang sana.

"Tertelan mikrofon ke apa budak tu? Sampai sini boleh dengar dia menjerit." Omel Nadhif di bawah nafas. Kepala menggeleng perlahan lagi sekali tapi mata dah berkalih dari memandang gadis itu.

Duduk, kotak-kotak buah yang baru dia bawa turun dari lori diperiksa satu persatu. List yang berada di tangan diteliti. Biar bilangannya sama dengan apa yang ada di hadapan mata.

"Kyaaa!!!" Namun, jerita kecil itu mengalihkan perhatian Nadhif sekali lagi. Terus dia menoleh pandang premis #OhMyDobi semula. Pandang Nufa lebih tepatnya.

Berkerut dahi lihat Nufa yang dah melompat kecil di situ. Perasan ada beberapa pasang mata mereka yang lalu lalang di situ memandangnya, tapi gadis itu buat tak kesah sahaja. Memang konfiden dan tahap malu gadis itu tinggi melangit. Mana gadis kecil molek itu dapat pun dia tak pasti.

Nadhif bangun. Diam-diam dia pandang Nufa dari jauh. Lama tak berkelip. Tiba-tiba rasa tertarik nak tengok senyum arnab gadis itu. Walau jauh, jelas ia kelihatan.

"Abang!" Dan terima kasih kepada Halwa yang menjerit dari dalam kedai, matanya teralih dari terus menerus pandang Nufa. Dia pun macam eh, tersedar. Bingung kenapa tak berkelip memandang Nufa tadi.

"Otak aku dah tak betul, gamaknya." Omel Nadhif sebelum dia menggeleng kecil. Halwa yang duduk di kaunter dia intai sedikit.

"Apa?" Sepatah Nadhif bertanya.

"Kakak Nufa ke yang menjerit tu? Kenapa?" Soal Halwa, ingin tahu. Dari tadi dia dengar suara orang menjerit. Tapi, tak cam pula. Bila dengar dengan teliti semula, macam suara Nufa. Alang-alang Nadhif ada di hadapan, baik dia bertanya.

Nadhif diam. Nufa yang masih ada di depan #OhMyDobi dipandang sekejap. Masih terlihat gembira seperti tadi. Apa yang diterujakan pun dia tak pasti.

"Haah." Balas Nadhif sebelum dia tunduk. Nak sambung kerja semula.

Halwa yang mendengar jawapan Nadhif terus tarik senyum. Berlari keluar terus dia dari kaunter dan tanpa pamit, kaki terus meluru keluar dari kedai. Nak pergi dapatkan Nufa, kakak kesukaannya.

"Hei, Halwa!" Nadhif tak sempat menghalang. Bangun dan cekak pinggang dia lihat Halwa yang dah laju melintas jalan.

Pelipis diurut perlahan. Pening dengan perangai adiknya yang seorang itu. Asal nampak Nufa aje, pasti teruja semacam. Masalah betul. Apa yang ada pada gadis gigi arnab tu pun dia tak tahu.

Halwa yang dah bertemu Nufa di hadapan #OhMyDobi itu dipandang kosong. Tak berkutik dia pandang dua gadis itu. Sekejap dia nampak Nufa matikan panggilan sebelum ceria wajah itu menceritakan sesuatu kepada Halwa. Dan kemudian, dia nampak Halwa melompat kecil, ikut teruja sebelum dua gadis itu saling berpelukan.

"The heck...?" Bingung sendiri Nadhif. Dahi digaru perlahan.

"Perempuan memang macam tu ke? Sikit-sikit peluk. Sikit-sikit lompat." Tanya Nadhif kepada diri sendiri. Apa yang seronok sangat dengan perilaku itu pun dia tak pasti.

Nadhif garu kepala sendiri. Ketuk dagu perlahan sebelum dia ikut perlahan melompat di tempatnya. Nak rasa apa yang seronok sangat. Tapi, bila sedar ada beberapa mata yang memandang, terus dia hayunkan tangan. Cover.

"Heh." Tergelak kecil Nadhif bila teringat semula apa yang dia lakukan tadi. Dah tak betul sebab dua gadis di dobi itu. Bertuah.

Tuala Good Morning ditarik sebelum wajah dan lehernya dilap. Berpeluh. Mata sambil itu pandang ke premis #OhMyDobi semula dan tangan yang aktif bergerak mengelap peluh tadi semerta terhenti.

Mata tak berkelip.

Mulut terkatup rapat.

Otak beku.

Tapi satu sahaja yang aktif. Dada. Dadanya berdebar. Gara-gara senyuman yang dia nampak tadi.

Nufa yang dah ditarik masuk oleh Halwa ke dalam premis dobi dipandang tak lepas. Fikiran mula ulang tayang apa yang berlaku tadi.

Zzup!

Mata Nadhif bertembung dengan sepasang mata Nufa. Seperti biasa, dia ingatkan Nufa nak tayang muka cari gaduh tapi sebaliknya yang buat perlakuannya terhenti adalah gadis itu pandang dia dengan senyuman manisnya. Senyuman arnabnya.

Jelas mata melengkung umpama bulan sabit itu kelihatan. Bibir gadis itu pula melebar menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Dan paling penting, gigi arnab yang comel itu. Pipi gadis itu pula memerah sedikit.

Her bunny smile. Dan Nadhif belum habis terkedu.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

BUNYI derap langkah masuk ke dalam Whole Fruit buat Nadhif yang elok menyusun buah naga di rak menoleh sekilas. Namun, kepala sekali lagi menoleh bila lihat Halwa bersama Nufa dan dua lagi gadis yang dia tak kenali. Tegak tubuh dia seraya menggeleng kecil.

"Halwa ni lah. Orang nak kerja, dia boleh bawa geng dia pula." Mengomel sendiri Nadhif sebelum dia sambung kerja semula. Tak endah dengan keriuhan yang mula kedengaran dari dalam kedai. Pasti mereka labuh duduk di Juice Cafe mereka.

Nadhif masih dengan kerjanya. Tak ambil peduli. Satu persatu buah naga yang cantik warna merahnya disusun di rak. Sudah siap, dia beralih pula ke rak seterusnya. Mahu susun buah oren pula. Oren yang dalam kotak ini pun boleh tahan besar juga. Tengok gaya, pasti manis isi dalamnya. Dan itu buat Nadih tarik senyum kecil.

"Dif." Menoleh Nadhif bila disapa. Haikal yang menyapa dengan rambut yang masih lembab dipandang. Kening diangkat tanda balas sapaan.

Haikal diam. Dia perhati sahaja Nadhif yang senyap buat kerja seberlum dia ambil keputusan untuk menolong sama. Sekarang dah masuk waktu rehat. Kalau habis awal kerja Nadhif, boleh lah mereka pekena makan di mana-mana. Tekak tiba-tiba teringin nak telan pizza. Tolak tepi dahulu kalori yang dia baru bakar dengan senaman beberapa hari ini.

Diam mereka berdua buat kerja. Selesai sahaja, masing-masing senyum sebelum fist bump sekali. 

"Jom." Ajak Haikal. Bersama senyuman, bahu Nadhif dipautnya. Tak peduli dengan Nadhif yang cuba mengelak pelukan abang-abangnya. Makin Nadhif menolak, makin dia galak mahu peluk bahu kawan baiknya itu.

"Ish. Cakap pakai mulut. Tangan tu turun." Sambil cakap, sambil tangan berusaha rungkai pelukan Haikal di bahunya. 

Haikal hanya lepaskan tawa besar sebelum dia hanya ikut langkah Nadhif yang dah masuk dalam kedai. Pasrah aje gaya kawan baiknya itu. Alah, sekali-sekala. Nak juga dia bermanja dengan kawan baiknya yang seorang ini.

Melangkah masuk, kaki masing-masing terhenti bila lihat satu meja yang meriah dengan tawa dan borak. Senyum di bibir masing-masing terus jadi pudar. Lama mereka memandang sehingga Halwa sendiri yang perasan keberadaan mereka.

Angkat tangan melambai, Halwa menggamit dua lelaki itu untuk mendekat.

"Abang! Abang Kal!" 

Gamitan itu buat tiga pasang mata menoleh. Nufa, Warda dan Afrina. Semua tumpu kepada abang-abang yang diam di belakang sana.

Nadhif pandang Haikal dan Haikal pandang Nadhif.

"Nak pergi ke?" Soal Nadhif malas. Makin malas bila tangkap wajah bosan yang dah mula ditayang Nufa. Eh, ada bau-bau nak cari gaduh nampaknya.

Haikal diam. Tolak tepi Nufa yang tayang wajah bosan, Warda dan Afrina yang ukir senyum dipandang. Sikit dia tarik bibir mengoyak senyuman buat mereka yang menyapa.

"Ada crush aku kat situ." Bisik Haikal perlahan. Mata kerling-kerling pandang meja tadi.

Dahi Nadhif berkerut. Muka senyum nak tak nak Haikal dipandang. Entah kenapa wajah Nufa yang dia pandang terus. Dan disebabkan gadis itu juga turut memandangnya, mestilah gadis itu perasan akan pandangannya. Semestinya kita ada Nufa Huwainaa. Atas bawah, atas bawah Nadhif dipandang mata bulat itu.

"Gigi rabbit tu ke?"

"Kepala kau." Laju Haikal membidas. Tinggal tak angkat tangan aje nak hempuk kepala Nadhif. Minta simpang dia jatuh suka dengan gadis kerek dua kali lima dengan dia tu.

"Dah tu siapa?" Soal Nadhif. Haikal yang dah melangkah mahu mendekat dia pandang kosong. Kagum sikit dengan simp Haikal terhadap crushnya. Boleh tolak tepi ya Nufa yang selalu dirasakan menjengkelkan itu?

Haikal berdiri berhampiran Warda. Nadhif dia pandang sebelum angkat kening dua kali. Semerta, Nadhif faham.

"Encik Haikal." Warda menyapa dengan senyuman dan Haikal hanya mengangguk.

Nufa pula tak tahan. Dia terus tunduk pandang bawah. Tak mahu pandang Haikal. Alah, lelaki itu. Tak pandang pun takpe sebab bukan senyuman yang akan dilemparkan pun. Silap-silap jelingan yang dia terima. Kerek tak sudah. Entah apa salah dia kepada lelaki itu. Bertahun sinis dengan dia.

"Nufa tunggu pizza dekat luar lah." Kata Nufa, mahu berlalu pergi dari situ. Kena jaga emosi. Datang sini sebab Halwa ajak raikan berita gembira Afrina. Tak nak lah sebab Haikal dan Nadhif, semua jadi tak seronok.

Afrina hanya mengangguk. Lega sebab takde bibit mahu bergaduh antara Haikal dan Nufa.

Nufa berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Purse dan telefon dibawa bersama. Tanpa pandang Nadhif, selamba dia melintasi lelaki itu lalu ambil langkah keluar dari kedai itu. Tak peduli dengan Nadhif yang entah memandangnya atau tidak.

Terik panas matahari buat mata Nufa berpinar sedikit. Terus dia angkat tangan menutup matanya sedikit. Silau! Berpinar! Tiba-tiba cuaca di Malaysia jadi panas semacam ya. Petanda apa ni.

Telefon dibuka. Aktiviti sementara tunggu makanan atas talian sampai.

Sedang Nufa begitu, tiba-tiba sahaja kepalanya terasa disarungkan sesuatu. Sampai ke dahi dab itu buat dia panik seketika. Tangan auto naik meraba kepala sendiri. 

"Topi?" Soal Nufa di bawah nafas sebelum topi itu dicabut.

Menoleh, mata bertembung pandang dengan Nadhif. Pandangan lelaki itu kosong sahaja. Terus atas bawah, atas bawah mata Nufa memandang lelaki itu. Bingung. Hairan. Topi di tangan dia hulurkan kepada Nadhif dan selamba Nadhif ambil semula topinya dan disarungkan kembali di kepala.

"Apa?" Soal Nufa bila Nadhif tak henti pandangnya. Tangan dah naik menutup terik matahari daripada mencucuk mata.

Nadhif pandang hadapan. Tak rasa nak jawab soalan Nufa. Dan perlakuannya berjaya hantar rasa geram dalam hati seorang Nufa Huwainaa. Annoying dia diam-diam weh. Tak buat apa-apa pun annoying!

Nufa mengomel sendiri di bawah nafas. Sengaja lepaskan geram dan mengutuk Nadhif perlahan-lahan. Walau tak jelas butir katanya, dia nak lelaki itu tahu dia tak puas hati. 

Melihat bibir comel Nufa yang terkumat-kamit itu, Nadhif gelak halus sendiri. Hidung dicuit sedikit menutup rasa bila laju mata helang Nufa menjelingnya. 

"Garang-garang nak pergi mana?" Soal Nadhif, sinis. Sesinis senyumannya sekarang.

Nufa menjeling Nadhif. Geram. Takde angin, takde ribut suka sangat nak cari gaduh. Ini lagi seorang. Kenal pun tidak, selamba aje hari-hari nak ajak gaduh.

Tak mahu sakitkan hati sendiri, Nufa tak membalas. Beberapa langkah dia ambil menjauh daripada Nadhif. Jarakkan diri, itu lebih selamat. Tiada siapa-siapa yang akan sakit dan dijangkiti. Selagi boleh cegah, kita cegah bersama.

Nadhif hanya lihat Nufa. Tangan gadis itu masih setia menutup terik matahari. Tapi, mata masih juga terkenyit-kenyit. Macam tiada fungsi sahaja. Tanpa kata, terus Nadhif merapat. Langkah diambil diam dan Nufa tak perasan.

"Ehem." Dehaman dari arah belakang buat Nufa pusingka badan. Baru nak lihat siapa, pandangannya jadi putih tiba-tiba seraya terasa ada sesuatu yang ringan dan diletakkan di atas kepala. Hidung pula mula terhidu satu bau maskulin yang menyenangkan.

"Panas. Apa function tangan kau entah. Duk tutup tapi terkenyit-kenyit mata." Suara Nadhif kedengaran sebelum pandangannya kembali berwarna. Terus wajah kosong Nadhif menyapa dua matanya.

Diam. Tangan perlahan-lahan naik menyentuh kepala. Ada sehelai kain di situ. Terus dipandangnya Nadhif tak berkelip. Lelaki itu masih statik dengan muka kosongnya. Tiada perasaan tapi tatapan lurus kepadanya.

Terkelip-kelip mata Nufa. Dada dah rasa lain macam. Kain di kepala terus dibetulkan tapi bila rasa lembab kain itu, terus dahi berkerut. Curiga dia pandang Nadhif dan dia perasan yang lelaki itu dah mula ukir senyum sinis.

Dada berdebar.

"Kain apa ni?" Soal Nufa. Rasa curiga makin meninggi.

Nadhif senyum. Tangan mula naik mengelap dahi yang sudah berpeluh. Tak cukup dahi, tengkung dan lengannya juga dilap. Selamba, seolah memberi klu kepada soalan Nufa tadi. Senyum sinis masih tersungging elok di bibir.

Dada Nufa makin berdebar. Hati dah panas. Tangan di sisi menggenggam erat penumbuk. Lambat-lambat dia tarik kain di kepala dengan hujung jari. Geli.

"Jangan cakap..."

Senyum Nadhif makin sinis.

"Bingo! Kain peluh aku." Selamba.

Nufa pejam mata. "Eee!!!!" Kain dilempar geram kepada Nadhif. Geramnya! Pengotor punya lelaki!

Dan Nadhif, dia hanya lepaskan tawa sebelum selamba dia ambil langkah pergi dari situ. Nadhif satu, Nufa kosong! Dia menang hari ini. Yes!

Geram Nufa pandang Nadhif yang dah berlalu pergi. Apa masalah lelaki itu sebenarnya? Eee, geram!

Menjeling Nufa sekilas, Nadhif senyum kecil. Terhibur.

*Do votes and comments, bb saya semua :D

Czytaj Dalej

To Teลผ Polubisz

1.6M 75.5K 60
"๐™จ๐™๐™š ๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š๐™™ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฎ ๐™ข๐™ฎ ๐™™๐™š๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™จ ๐™ฌ๐™ž๐™ฉ๐™ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง ๐™ž๐™ฃ ๐™๐™š๐™ง ๐™š๐™ฎ๐™š๐™จ" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
60.2K 4.1K 84
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
314K 14.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
652K 72.4K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020