C | ๐‚๐”๐๐ˆ๐ƒ

Od leimonadd

226K 27.5K 6.8K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] Vรญce

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C14

2.3K 270 34
Od leimonadd

PRE-LOVED SALE

TERSENYUM Nufa tulisan tangannya sendiri. Tambah bunga-bunga sedikit dan dah kertas bersaiz A3 itu dah boleh ditampal. Tak berlengah, self-on-tape diambil bersama dengan gunting. Kertas A3 di tangan di bawa bersama ke pintu dobi. Senyum lagi dia lihat baju-bajunya yang dah bergantungan cantik di rak besi yang baru dia beli bersama Sayf pagi tadi.

Seronok, kertas A3 ditampal pada dinding kaca dobi. Sambil tampal, sambil dia menyanyi kecil. Tak sabar untuk dapat semula duit pelaburannya. Walaupun mungkin tak akan sama jumlahnya seperti dahulu, dah kira okey ada daripada tiada langsung.

Warda menggeleng kecil sambil tersenyum. Nufa yang tampak riang dihampiri.

"Amboi, kemain dia! Semangat." Bersandar di pintu dobi, Warda menyapa.

Nufa senyum sahaja. Dia selesaikan kerja menampal kertas dahulu sebelum dia pusing menghadap Warda yang masih sama di tempatnya. Pintu dobi. Senyum pun masih sama.

"Semangat lah weh. Aku nak jual memori aku dengan lelaki jerk tu. Tak tahan nak berlama dah." Ujar Nufa. Baju-baju yang tergantung di rak disusun rapi. Pegang-pegang sikit rasa material kain buat kali terakhir. Sedih dah tak boleh nak jadi terlalu perempuan sangat lepas ini. Tapi, tak apa. Nanti satu masa dia pasti waktu itu akan tiba jua.

Warda senyum kelat.

"Aku sebenarnya tak sangka lagi sebenarnya yang kau dengan Mifzal dah break-up. Lagi sebab dia curang. I mean, tiga tahun ni aku tengok dia layan kau okey aje. Memang tip-top habis! Tak berkurang pun perhatian dia pada kau malah aku tengok makin bertambah. Tak sangka pulak dia curang." Kata Warda. Sambil itu garu dahi sikit. Muka pun tayang riak tidak percaya.

Nufa angkat bahu. Dia masuk semula ke dalam dobi diekori dengan Warda selepas itu. Duduk dilabuhkan di kerusi kemudiannya dan Warda berbuat yang sama. Dah copy paste semua pergerakannya. Nak tahu cerita lagi lah tu. Semalam tak puas lagi dengar 'tuang teh' dia.

"Nak buat macam mana. Dah takde jodoh." Balas Nufa mudah. Malas dah nak ulas hubungan yang sudah berakhir ini.

Warda angguk sahaja. Jari bermain dengan pen.

"Tapi kau kuat doh. Kau tak ambil masa yang lama murung semua. Kalau aku jadi kau... uish." Bicara Warda terhenti. Kepala dah tergeleng-geleng. Macam membayangkan dalam kepala keadaan dirinya jika dia di tempat Nufa sekarang.

"Tiga tahun kut!" Tiga jari Warda angkat.

Nufa hanya sengih kelat. Kalau lah Warda tahu bagaimana dia lalui malam-malamnya sebelum ini.

"Nak buat macam mana? Takkan aku nak meraung, melalak tiga tahun juga. Hidup kena teruskan walau dia dah takde dalam plan hidup aku. Kita bina plan hidup baru lah." Tenang sahaja Nufa kata. Rasa nak tergelak dengan kata-kata sendiri, tapi itu lah. Dia cuba selarikan perbuatannya dengan kata-kata.

Warda terangguk-angguk. Bahu Nufa ditepuk perlahan.

"Kau sabar eh. Dia belum cukup terbaik untuk jadi jodoh kau." Pujuk Warda dan Nufa hanya mengangguk.

"Kumbang bukan seekor. Entah-entah kumbang kau sebenarnya dekat aje." Warda dah mula masuk mode mengusik. Tengok aje senyuman macam nenek kebayan dia tu. Buat Nufa dah berkerut sendiri.

"Dekat mana pulak? Merepek kau ni." Menggeleng Nufa. Malas melayan.

Warda sengih lagi. Tangan dah menongkat dagu.

"Alah, dekat-dekat aje lah. Kau tahu tak berapa ramai oppa-oppa hensem yang walk-in kita punya dobi ni? Berlambak tau. Nak kira pakai kalkulator pun belum tentu lepas! Berlambak kan?"

Nufa menganga.

"Amboi, bercakap tak ingat oppa saranghae kau eh? Sempat aje kau mengusyar ya?" Perli Nufa. Lengan Warda dicubit perlahan dua tiga kali. Boleh tahan gedik juga perempuan seorang ini.

Mendapat cubitan Nufa, Warda hanya mengekek ketawa. Tangan Nufa dipegang kemas kemudiannya. Riak muka dah tunjuk teruja untuk sambung kata. Comel ya guys gadis begini. Tapi tak boleh mengurat lah. Dia sudah berpunya. Dan kalau dah single smula, mungkin jadi Sayf punya. Hahaha!

"Like seriously, ramai weh yang hensem. Semalam aje, dua tiga kali mata aku jadi segar."

Nufa lepaskan tawa. Terhibur sekejap dengan perangai gedik Warda. Nak kena report buah hati ni!

Warda urut pelipis sendiri sambil tayang muka sedih. Drama. Dan Nufa hanya melayan. Sembang lah kawan, sembang! Bagi dia tak bosan. Pelanggan sikit pula hari ini. Lengang aje dobi ni. Walhal hari ini hari Ahad.

"Aku tak main-main weh. Tapi semalam lelaki yang tolong kau pun hensem juga weh." Warda sambung kata. Dua tangan dah tekup pipi sendiri sambil kepala menggeleng kecil.

Dengar 'lelaki yang tolong semalam', terus wajah tak beriak Nadhif masuk dalam kepala. Serentak itu, hilang terus mood Nufa mahu melayan Warda. Ada pula bawa masuk lelaki kerek tu dalam perbualan. Tak patut!

Lihat Nufa yang tiba-tiba tak berminat melayan katanya, Warda jatuhkan tangan.

"Tak hensem ke?"

Nufa tayang muka geli. Kepala laju menggeleng sebagai jawapan. Kalau boleh nak geleng sampai Subuh esok. Nak tunjuk betapa tak hensemnya lelaki itu pada pandangannya.

"Eh, kau buta ke apa nyah?" Warda bertanya tidak percaya. Dicucuknya bahu Nufa berkali-kali, mengajak gadis itu dengar kata-katanya. Dia tak habis kata lagi ni.

"Dia tu dah lah tinggi. Muka maskulin. Rambut dia hensem. Badan berotot. Suara husky-husky sikit. Pastu semalam masa dia tolak tawaran aku nak tolong dia, ya ampun! Cool gila weh. C-O-O-L kau tahu tak? Huish!" Melambung pujian Warda kepada Nadhif, buat Nufa menggeleng malas. Malas nak percaya.

"Tolong lah, Warda. Tak eh? Tak!" Nafi Nufa malas.

Warda menggeleng.

"Sumpah hesmes gila. Macam Encik Haikal tu. Dua kali lima aje lah dorang berdua tu." Warda sambung lagi.

Nufa dah urut pelipis sendiri. Pening dengar pujian hesmes tak habis Warda.

"Hensem-hensem tak reti senyum buat apa? Kelat aje dua puluh empat jam. Lepas tu perangai pun tak semengah. Kerja nak sinis-sinis aje. buat sakit hati tau kalau jenis hensem macam tu." Kutuk Nufa. Berlainan katanya dengan Warda.

Warda geleng sekali lagi.

"Ya ampun! Kau tak pernah tengok dorang senyum ke?"

Nufa tayang muka geli.

"Tak nak aku tengok."

Dengar jawapan Nufa, terus Warda tepuk bahu Nufa berkali-kali. Meh aku ajak sembang kencang-kencang. Dah rugi sungguh Nufa Huwaina ni. Rugi gila!

"Ya ampun! Serius kau tak pernah tengok dorang senyum, Nufa? Rugi aku kat! Rugi!" Semangat Warda kata Nufa rugi.

Bahu masih dipukul Warda. Geram Nufa dibuatnya. Terus Nufa menepis laju tangan Warda. Duduk pun dah dijarakkan. Bahaya jenis bersembang seperti Warda. Tangan tak pernah nak duduk diam. Lagi-lagi bila gelak. Ya Allah! Nak patah tulang-belulang dipukul tangan kecil yang penuh bisa itu.

"Dorang senyum hensem gila weh. Mata aku ni jadi cerah terus. Tak payah pakai spek mata pun takpe dah!" Pujian melambung kepada dua lelaki yang Nufa tak senang itu kedengaran lagi.

Nufa geleng lagi.

"Aku report boyfriend kau nanti!" Jari telunjuk laju tunding kepada Warda. Mengugut. Gedik sungguh ni.

Warda tepi selamba jari Nufa. Tak ambil kisah dengan ugutan lemah Nufa. Apa yang dia nak cerita lagi kuat. Hahaha. Sekejap ya, Putra. Nak gossip sekejap aje. Tak curang pun. Awak yang satu bertakhta dalam hati.

Ceh.

"Kau tahu tak, Encik Haikal tu bila dia senyum sikit aje, dia naikkan bibir dia sikit aje, tapi dah jadi hensem gila. Kalau dia senyum lebar betul-betul... Allah, hensem teruk aku bagitahu kau. Dia ada puffy mouth kan? Ya Allah, bila tak senyum macam model. Bila senyum macam-macam boleh rasa. Ish!" Panjang lebar Warda terangkan tentang senyum Encik Haikal dia. Buat dahi Nufa berkerut tanpa diminta.

"Hiperbola sangat kau ni." Balas Nufa malas.

Warda geleng. Entah berapa banyak kali dia menggeleng pagi ni.

"Kau kena tengok."

"Tak nak aku. Kau tahu tak, asal dia jumpa aku aje, muka dia mesti ketat. Kau tahu ketat. Ketat yang kedut-kedut halus pun tak akan nampak. Faham?"

Warda julingkan mata.

"Dah kau pun bila jumpa dia muka ketat macam nak cari gaduh." Bidas Warda.

Nufa memang tau. Kalau dengan Aidan Haikal tu, asyik nak muka kelat aje. Pastu mulut tu pot-pet pot-pet keluar kata-kata sinis. Jarang lah nak tengok Nufa baik-baik dengan lelaki itu. Chemistery tak pernah nak ngam.

"Dah dia kerja nak cari pasal aje dengan aku. Dari pintu tu tau dia dah senyum sinis. Kau rasa?" Lurus jari Nufa tunjuk pintu.

"Ah, apa-apa lah. Yang penting dia hensem gila bila senyum."

Nufa julingkan mata. Malas nak melayan. Dan sebenarnya bukan dia tak pernah lihat senyum Haikal. Pernah aje. Tapi takde lah nak hiperbola seperti Warda. Hensem tu... boleh lah.

"Pastu encik semalam tu. Kau tak tahu dia ada kecacatan yang paling cantik dan manis dalam dunia?"

Nufa dah menganga pelik. Hiperbola tahap giga dah budak Warda ni.

"Kau memang suka overratted kan? Suka tambah ajinamoto lebih-lebih. Padahal biasa-biasa aje." Kutuk Nufa selamba. Kepala dah menggeleng kecil.

Warda angkat tangan separas bahu dan geleng laju-laju.

"Demi Tuhan! He got that beautiful dimple smile."

Dahi Nufa berkerut.

"Dimple smile?"

Laju Warda mengangguk. Sengih kambing bila lihat Nufa yang seperti sudah tertarik untuk mendengar lebih. Dan Nufa yang perasan dia sudah termasuk dalam perangkap Warda, cepat-cepat julingkan mata. Tak berminat dah.

"Alah, kau. Tadi dah tergugat kan?" Jari telujuk Warda dah bergerak, atas bawah menyakat. Senyum gadis itu pun dah kerang semacam.

"Please lah. Tak hadap lah mamat-mamat ketat macam tu. Dah lah! Daripada aku layan cerita hiperbola kau ni, baik aku pergi angkat jemuran. Lagi bagus!" Bidas Nufa. Jari telunjuk Warda yang bergoyang dia tepis sebelum laju dia angkat punggung. Nak beredar dari situ.

Warda hanya mencebik sengih. Nufa yang dah berlalu pergi dia pandang guna hujung mata.

"Tak hadap konon. Kau tengok lah nanti macam mana mamat yang kau tak hadap tu boleh cairkan kau." Sengih Warda diakhir kata sambil mengangguk kecil.

Nufa toleh pandang Warda. Gadis itu dah mula pegang handphone. Dan entah kenapa kata-kata Warda tadi terngiang-ngiang dalam kepala.

"Demi Tuhan! He got that beautiful dimple smile."

Lama Nufa diam. Cuba dia suaikan dimple smile yang Warda kata tadi di wajah ketat Nadhif. Tapi, tak sempat nak dapat hasil dia dah ketuk kepala sendiri. Sedar dengan fikiran entah apa-apa dia.

"Eh, geli lah Nufa. Buat kerja! Buat kerja." Langkah Nufa atur semula. Nak ke tingkat atas. Mahu agkat jemuran seperti yang dia kata kepada Warda tadi.

'Tapi... dimple smile, eh?'

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"KAKAK NUFA!" Paggilan Halwa buat kerja Nufa terhenti. Tak jadi sambung masukkan beberapa bedding dalam mesin. Sebaliknya, dia letak bakul dan berdiri untuk menyambut kehadiran Halwa. Ini kali pertama gadis itu jejakkan kaki di dobi mereka.

Langkah kaki Halwa laju sahaja menghapiri Nufa. Bila dah berdiri di hadapan Nufa, terus tangan Nufa ditarik dan dikucup lembut. Perbuatan biasa bila dia berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Lagi bila dia jumpa orang kesukaannya. Sebab tu main tarik aje tangan Nufa.

Nufa hanya senyum sahaja. Rasa kakak-kakak sangat, you all!

"Halwa buat apa kat sini? Nak hantar baju juga ke?" Soal Nufa. Mata pandang tangan Halwa. Kosong sahaja. Takde pun plastik atau beg yang berisi pakian.

Halwa sengih dan menggeleng kecil. Lengan Nufa dirangkul manja, buat Nufa tertawa kecil. Fruity sungguh Halwa ini. Mungkin dah terbiasa dengan lingkungan kawan perempuan. Sebab tu mesra terlebih begini. Atau mungkin kerana Halwa anak bongsu. Boleh jadi.

"Saje aje Halwa datang nak melawat. Kan Halwa tak pernah datang sini." Ujar Halwa. Sekeliling dobi di pandang. Luas dan tenang dengan kombinasi warna putih dan biru. Cantik!

Nufa senyum. Tangan menarik Halwa untuk labuhkan duduk di sofa. Tak dia hirau Warda yang dah terjenguk-jenguk dari balik meja kaunter. Curious lah tu siapa gadis manis sebelah dia ni.

Nufa pandang Warda. Dapat dia baca gerak mulut Warda bertanya 'siapa itu?'. Tak menunggu, terus dia gamit Warda mendekat. Nak tahu sangat, pandai-pandailah cari tahu.

Pandang Halwa semula, Halwa dah senyum.

"Senyum aje dia."

Mengekek Halwa ketawa.

"Dah kakak manis sangat."

Giliran Nufa pula mengekek ketawa. Nak beli hati dia ke macam mana ni?

"Halwa datang sini, kedai ada orang jaga ke?" Berbasa-basi Nufa bertanya. Kalau tak tanya pun dia boleh tahu jawapannya. Pastilah ada abang gadis ini.

'Kalau mamat tu jaga kedai, laku ke? Tak lari ke pelanggan tengok muka ketat dia?'

"Demi Tuhan! He got that beautiful dimple smile."

Dan Nufa tersentak bila kata-kata Warda tiba-tiba terngiang, seolah-olah menjawab soalan monolog hatinya tadi.

"Abang ada. Jangan risau." Halwa menjawab pendek. Mata pandang seorang gadis yang dah duduk sebelah Nufa. Tak tunggu lama, terus dia hulurkan tangan mahu bersalaman dengan gadis itu. Mungkin ini rakan sekerja Nufa.

Nufa senyum. Badan disandarkan sedikit pada sofa. Bagi selesa dua gadis itu bersalaman.

"Warda. Siapa ni?" Soal Warda. Muka Halwa dipandang. Seperti pernah ku lihat wajah ini. Tapi, di mana ya?

"Saya Halwa Nabilah. Saya adik Nadhif Hamza."

Berkerut dahi Warda dengar salam perkenalan Halwa. Apasal vibe macam budak baru transfer masuk sekolah ni? Tengok Halwa pun, memang seperti budak sekolah.

"Nadhif Hamza? Siapa tu, Nufa?" Soal Warda. Dia siku Nnufa yang hanya tayang sengih sahaja daripada tadi.

Senyum, Nufa rapatkan diri kepada Warda. Mahu menjawab dalam bisikan. Dengar dek Halwa, malu satgi. Buatnya gadis itu mereport bagitahu abangnya, tak ke naya nanti?

Warda yang faham, terus tadah telinga.

"Demi Tuhan! He got that beautiful dimple smile!" Tone mengejek. Itu jawapan yang Nufa beri buat Warda terus senyum kelat sambil cubit perlahan rusuk Nufa. Tak endah langsung 'aduh' Nufa. Kerja nak membahan aje. Menyampah!

Dahi Halwa berkerut lihat perilaku dua kakak di hadapannya. Sekejap senyum manis, sekejap senyum kelat. Tiba-tiba mengaduh. Apa?

"Oh, adik Nadhif Hamza. Patut lah ada iras-iras sikit." Ramah Warda menyapa kemudiannya. Sempat dia jeling Nufa yang dah sembunyi senyum sinis.

Halwa senyum sahaja.

"Ni, abang mana?" Tak berlapik, terus Warda tanya keberadaan Nadhif. Dan kerana itu, laju sahaja Nufa menyiku. Bulat mata tengok peragai gedik dan tak malu Warda.

Halwa ketawa kecil pula. Terhibur.

"Abang Nadhif jaga kedai. Halwa datang nak jumpa Kakak Nufa." Senyum manis menyambut kata-kata Halwa.

Warda jeling Nufa yang beriak selamba. Gadis itu hanya diam sahaja tak cakap apa-apa. Tapi, sungguh kata-kata Halwa tadi mencuit hati kecilnya. Buat dia pandang sahaja Nufa dengan senyum penuh menyakat.

"Oh. Adik Abang Nadhif nak jumpa Kakak Nufa."

Dengar tone suara Warda yang sungguh lain macam, laju kepala Nufa menoleh. Dan kening terjongket sedikit lihat senyum penuh misteri yang tersunging di situ. Apakah?

"Sekali tu nak tengok baju-baju tu. Dari depan kedai Halwa nampak. Tu baju siapa, Kakak Nufa? Halwa nak tengok boleh?" Soal Halwa seraya bangun dari duduk. Dia mahu ke tempat gantungan baju-baju lawa itu.

Nufa mengangguk. Dibiarkan sahaja Halwa maju dahulu. Bila langkah Halwa dah menjauh, laju dia pandang Warda. Gadis itu masih dengan senyum misterinya.

"Kau kenapa hah cakap macam tu?"

Warda buat tak dengar. Dia bangun dari duduk.

"Tak hadap konon. Tahu-tahu, dah tackle dulu hati adiknya. Puih!" Habis kata, terus Warda lari laju dari Nufa. Tahu tangan Nufa akan laju mencubitnya.

Ternganga Nufa dengar. Geli telinga! Takde masa lah dia nak tackle hati adik mamat muka ketat tu. Kalau hati si adik dia tak mahu tackle, hati si abang apatah lagi. Puih!

*Nak bagi duit raya ke tak eh, kat korang? Hewhew!

Pokraฤovat ve ฤtenรญ

Mohlo by se ti lรญbit

1.2M 66K 30
โ™› C O M P L E T E D โ™› "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai pa...
145K 10.2K 43
"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?"...
483K 24.3K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
941K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...