AKU ISTERI SIMPANAN | COMPLET...

Por chiaaatt_

225K 9.8K 591

Seperti tajuk, Valen Angel merupakan isteri kepada Ammar Firas. Tetapi, perkahwinan mereka dirahsiakan atas s... Mais

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29-Malam Kehancuran
30
31
32- if he dies, i die
33-luahkan segalanya Valen!
34
35
37
38
39
40-i love you
41
42
43
44-one more truth
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54 FINALE
TERIMA KASIH
MINE

36

3.6K 170 7
Por chiaaatt_

Valen duduk di luar rumah sambil memerhati Mayya yang sedang bermain bersama kanak-kanak lain dari kawasan rumahnya. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka yang seronok bermain bersama. Valen senyum bahagia. Dia bahagia melihat Mayya berpeluang memiliki masa kanak-kanak yang selayaknya. Tidak seperti dia dahulu.

"Mayya, balik sayang. Hujan ni." Suruh Valen apabila kelihatan hujan renyai-renyai mula turun dari langit. Mayya sempat bye-bye dengan kawan-kawannya sebelum berlari kecil ke arah Valen.

"Seronok?"

Mayya mengangguk laju. Valen kemudian mengangkat tubuh Mayya yang semakin besar itu ke ribaannya. "Mayya, daddy ada call Mayya tak?" Valen bertanya. Sudah empat hari Ammar berada di kuching. Padahal hari tu katanya paling lama pun dua malam. Eh Valen, awak kisah apa? Bukan kah awak lebih suka dia pergi? Tapi at least kalau nak pergi terus pun pamit lah dulu. Sempat lagi beberapa suara di hati mula berdebat sesama sendiri.

"Ada lah. Hari-hari dia call Mayya. Kalau malam, daddy teman Mayya sampai sleep." Mayya bercerita dengan nada bangga. Sehinggakan Valen terasa diperli. Eh eh awak ni Valen, complicated sungguh! Bak kata orang sarawak, angol palak kamek mikir eh!

"Daddy ada tanya pasal mummy tak?" Soal Valen. Mayya mendongak ke atas. Wajah Valen ditatap dalam sebelum menggeleng. "Takda pun." Mayya menipu. Sorry mummy, daddy suruh. Mayya kena tolong daddy.

"Yii mummy.. mesti mummy rindu daddy kan.. kan mummy.." Mayya mengusik Valen. Terus saja Valen mencubit geram pipi comel itu. Seperti baru semalam dia bertarung nyawa melahirkan Mayya, tiba-tiba sekarang dah bijak mengusik. Cepat masa berlalu. "Mummy rindu kan? Kan? Kan?" Mayya terus mengasak.

"Boleh lah." Balas Valen.

"Assalamualaikum."

Tanpa memandang, Valen membalas salam itu. Dia kemudian mendongak apabila Mayya sudah meloncat turun dari ribaannya.

"I miss you daddy!" Luah Mayya yang sudah pun selesa dalam dukungan Ammar. Ammar berjalan mendekati Valen. Tangan kanannya dihulur. Tapi hanya dibiar sepi. Valen buat-buat tidak nampak. "Sayang." Ammar memanggil lembut. Tangan masih terhulur. Valen yang masih duduk mendongak memandang Ammar.

"Kenapa? Gatal ke?" Tanpa riak bersalah Valen bertanya.

"Daddy. Tadi kan mummy sad." Mayya memula cerita. "Mummy cakap mummy rindu daddy sangat-sangat. Sampai tak boleh tidur. Mummy cakap tak boleh tidur sebab takda daddy hug." Bersungguh-sungguh Mayya mereka cerita. Ammar ketawa kecil, dilayankan saja walaupun dia tahu sekadar mengusik Valen. Macam mana nak rindu dipeluk, sepanjang dia di sini, tidur bawah je memanjang.

"Mayya! Siapa ajar menipu ni?" Tegur Valen tegas.

"Minta maaf dengan mummy." Suruh Ammar lalu menurunkan Mayya dari dukungannya. Mayya mencapai tangan Valen, disalam sopan. "Sorry mummy." Ucap Mayya. Valen mengusap kepala Mayya. "Mummy maafkan. Jangan lupa minta maaf dengan Allah. Okay Mayya?" Mayya mengangguk. Ralit seketika Ammar menyaksikan dua beranak itu. Dari dulu lagi, dia sangat suka dengan ketegasan dan cara Valen mendidik Mayya. Dia pula sentiasa memanjakan Mayya.

"Abang lupa, abang ada bawa suprise untuk sayang." Kata Ammar. Valen mengerutkan dahinya. "Apa?"

"Korang! Keluar lah!" Teriak Ammar. Dan terus saja ada dua orang yang keluar dari tempat duduk belakang kereta itu. Valen berdiri, dia berjalan mendekati orang itu, sudah ada air mata yang bertakung di birai mata.

"Maira! Rindunya." Kata rindu terus terluah apa keduanya sudah bertemu dalam dakapan erat. Maira pula sudah menangis teresak-esak. Masih drama queen.

"Kau kan Val. Jahat tau! Tinggal aku macam tu." Luah Maira sebaik pelukan terlerai. Bernada merajuk, manja.

"Sorry lah. Aku terpaksa." Jawab Valen. Matanya kemudian teralih pada Irfan yang sedang menggendong bayi lelaki. Dilempar senyum kepada Irfan.

"Your baby?"

Maira mengangguk. Valen mengusap perlahan lembut pipi bayi lelaki itu. Tidak mahu mengganggu tidur lenanya.

"Stay lama sikit tau."

"Memang lah tapi hotel kami kat kuching. Jauh sikit."

"Stay je sini. Nanti aku suruh staff aku sediakan vip beachhouse untuk kau." Balas Valen sebelum dia terus menelefon Faliq sekejap.

"Settle!"

Maira memandang wajah Valen dengan penuh tanda tanya, kening diangkat sebelah tanda menuntut penjelasan. Pasti Maira hairan kenapa dia boleh ads staff segala bagai.

"Later Maira. Jom masuk dulu."

******

Valen dan Maira duduk bersebelahan di atas pasir di persisiran pantai itu. Hanya ada samar-samar cahaya yang menghiasa gelapnya malam. Sengaja mereka duduk berdekatan gigi air, ingin sesekali merasa air laut menyentuh kulit.

"Macam mana kau dengan Ammar?" Maira terus membuka bicara. Tanpa perenggan pembukaan, tanpa mukadimah.

"Macam mana apa?" Valen sengaja berdalih. Dia tidak gemar membuka cerita rumah tangganya. "Kau kan yang bagitahu Ammar pasal abang-abang aku?" Valen membuat andaian. Melihat sengihan Maira yang sudah melebar, Valen semakin yakin andaiannya betul.

"Aku geram sangat. Esoknya tu dia nak nikah dengan Farisa, malamnya tu aku bagitau. Aku ajar dia setebal kamus dewan." Cerita Maira. Dengan tangan-tangan sekali bergerak.

"Lepas tu?" Valen menunjukkan sedikit minat.

"Tak jadi kahwin lah. Ammar tak datang majlis. Kecoh juga lah. Sampai masuk hospital uminya." Maira menyambung cerita. Terselit tawa di hujung ayatnya. Padan muka Puan Sri Ariana. Tak berkenan sungguh dia dengan mak long Irfan tu. Dah diuji dengan sakit teruk pun, masih juga mahu memilih menantu yang ada pangkat ada darjat. Macam boleh bawa mati.

"Kau tau tak Ammar dah berterus-terang pasal kau dengan family dia?" Soal Maira. Di hospital juga Ammar membongkar kebenaran ketika itu. Terus pengsan lagi uminya yang baru sedar. Nasib tak jadi arwah terus. Masih geram Maira mengenangkan Puan Sri Ariana yang sikit-sikit pengsan itu. Tengok perangai gedik Farisa tak pengsan pulak.

Valen menggeleng. "Dah terlambat juga Mai." Ada kekesalan di kata itu.

"Aku faham kalau kau susah terima Ammar.  Aku yang jadi saksi ni pun sampai sekarang trauma. Apa lagi kau. But one thing for sure, i know you still love him." Maira melontar tekaan. "Kan?"

"Bukan sehari dua aku dengan dia Mai. Bertahun-tahun dia buat aku bahagia. Tapi.. tak tau lah Mai. Perkara yang dia buat tu terlampau teruk. Aku susah nak move on." Sebak mula menghimpit dada. Andai saja malam itu Ammar memilih untuk bertanya dahulu, pasti mereka masih bahagia. Benar kata Maira, dia masih sayangkan Ammar. Mana mungkin rasa sayang dan cintanya pada Ammar boleh lenyap begitu saja. Sudah bertahun lamanya mereka berkongsi hidup. Kadang-kadang dia berharap perasaan ini boleh dilempar ke laut dalam di hadapannya ini. Kerana jika dia sudah tiada rasa sayang buat Ammar. Semuanya akan lebih mudah.

"Aku terfikir. Siapa agaknya yang bagi gambar tu kat umi Ammar. Ke dia upah penyiasat demi nak fitnah aku?" Valen tertanya-tanya.

"Entah." Maira melarikan pandangan matanya dan menjungkit bahu.

"Maira.. kau tahu ke?" Soal Valen. "Maira.."

"Aku rasa kau patut tanya Ammar."

"Dia tahu?"

Maira mengangguk.

"Bagitau aku Mai. Kalau kau tak nak cakap, aku lari lagi." Ugut Valen. Maira mengecilkan matanya memandang Valen. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.  Suka sangat lari. Dia nak lawan Usain Bolt ke apa?

"Iskandar." Maira menyebut nama itu. Nama adik iparnya. Valen menoleh, terkebil-kebil memandang Maira, dengan pandangan keliru dan tidak percaya.

"Iskandar? Iskandar adik Irfan?" Valen meminta kepastian. Maira mengangguk. Dia pun tidak sangka Iskandar sanggup melakukan perkara sedemikian.

"Astaghfirullahalazim."

"Bukan setakat gambar tu Val. Dia fitnah kau depan umi Am. Dia cakap dulu kau goda dia, perangkap dia sebab kau nak dia jadi pak sanggup untuk Mayya sedangkan kau mengandung anak orang lain." Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah membuka cerita, jangan berhenti di perenggan tengah, biarlah sampai ke penutup.

"Ya Allah.. apa dosa aku dengan dia Mai." Valen sudah tidak mampu menahan tangisannya. Kenapa Iskandar sanggup bertindak begitu.

"Bila Am tahu itu kerja dia. Dia belasah Is. Kalau bukan sebab mama Irfan merayu, melutut depan Ammar. Aku rasa Iskandar dah ada batu nisan kot sekarang." Mendatar saja suara Maira bercerita. Teruk juga Iskandar dikerjakan oleh Ammar ketika itu. Sampai berminggu juga lah Iskandar menerima rawatan.

"Sebab cinta, manusia boleh jadi iblis."

"Apa sebenarnya hubungan kau dengan Iskandar?" Ingin juga Maira tahu. Melihat Iskandar yang sanggup buat kerja gila gara-gara Val, dia yakin mereka pernah ada masa lalu bersama.

"He was my boyfriend. We did mistakes. I mengandung, dia paksa i gugurkan. Then i run. Dia bapa kandung Mayya." Jelas Valen tanpa berselindung. Maira menekup mulutnya. Satu lagi rahsia Valen terbongkar malam ini.

"Jantan tak guna!" Maira memaki. "Memang keturanan mereka ni semua bodoh ke apa? Iskandar bodoh, Ammar kurang bijak!" Maira berdecit marah.

"Kau lupa ke laki kau tu abang Iskandar, sepupu Ammar, masih keturunan yang sama tau!" Valen mengingatkan.

"Ye tak ye juga." Maira menggaru kepalanya yang dibaluti selendang biru itu. "Tapi laki aku special edition. Bibit unggul! Iskandar dengan Ammar tu bibit expired kot." Sempat Maira membuat lawak bodoh. Dia kemudian membaca whatsapp yang dikirim oleh Irfan.

"Apa bibit unggul kau cakap?"

"Dayyan nak menyusu." Jawab Maira lalu bangun dari duduknya disusuli Valen. Langkah diatur untuk kembali ke rumah.

"Valen."

"Hmm."

"Aku sayang kau tau. Aku nak kau happy."

Sis #teamMaira anti umi Ammar. Tak sabar nak dia tahu Valen tu jauh lebih kaya dari dia. Hahahaha..
#byeiskandar
Vote and comment!

Continuar a ler

Também vai Gostar

614K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
832K 84.6K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
43.6K 1.7K 15
( C O M P L E T E ) Cinta Fatihah pada Afiq adalah cinta yang suci . Berkahwin atas kerelaan dan bukan paksaan . Banyak kenangan yang mereka ukir , b...
283K 8.1K 47
Edlene Haura seorang budak berusia 9 tahun yang ku temui tanpa sengaja. Awal pertemuan aku sangkakan dia seorang budak lelaki. Edlene Haura membesar...