𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱...

De teaschlle

1.2K 337 83

"meeting you were a beautiful accident'' "kalau yejin takde, kita tetap akan bersama ke?" "Aku tetap akan say... Mais

prolog;
1↬
2↬
3↬
4↬
5¹↬
5²↬
6↬
8↬
9↬
10↬
11↬
12↬
13 ↬
14↬
15↬
16↬
17 ↬
18 ↬
19 ↬
20↬
21↬
22↺
***

7↬

40 14 2
De teaschlle

❝ flashback ❞

6 tahun yang lalu🌴

"mingyu?", Kataku hairan apabila melihat mingyu sedang bersedih sendirian di gelanggang bola jaring ini.

Sepatutnya aku perlu bertemu dengan seungcheol kerana dia berkata bahawa dia perlu memberitahuku somethang, i mean something.

Mingyu memandangku. Terus dia menarikku ke dalam dakapannya. Aku yang diperlakukan sebegitu terkaku dalam pelukannya. "mingyu?", Panggilku apabila mingyu diam tidak berkutik.

"dia.. dia.. dia reject aku", kata mingyu lalu menangis teresak esak di bahuku. Aku membelai belakangnya lembut.

Mingyu sebenarnya ada crush dekat seorang perempuan sebelah kelas kitorang sejak tahun pertama lagi. Nama perempuan yang berjaya menambat hati si atlet kegilaan wanita ni ialah Hani, Yoo Hani.

"Hani ada cakap kenapa dia reject kau?", Tanyaku sambil meneruskan belaian. "dia.. dia dah ada boyfriend! HUAAAA"terhambur tangisan mingyu.

Aku ni sebenarnya nak gelak tapi kesian pulak. Kang tak pasal-pasal dia murung lebih teruk kang. Sapa nak tanggung? Aku mengeratkan pelukan kami. "It's okay, ramai lagi perempuan kat dunia ni. Nanti kau jumpalah dia", pujukku.

Mingyu berhenti menangis. Air matanya dilap dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

"youngmi, aku nak berterima kasih kat kau. Thank you for comforting me", kata mingyu tersengih. Hingus yang meleleh dilapnya. "Pengotor lah kau", usikku.

Mingyu sudah membuat muka cemberut. Segan diusik sebegitu.


Telefon pintar ku berdering minta diangkat. "seungcheol" kataku sedikit teruja. Mingyu di sebelah smirk sambil keningnya terjungkit-jungkit macam kena penyakit.

"hello seungcheol. Kau dah sampai ke?", Tanyaku teruja sejurus panggilan dijawab.

"youngmi, uhm, aku tak boleh jumpa kau lah malam ni. Sorry tau", katanya lalu dia mematikan panggilan.

Aku terpegun seketika. Aku menjadi hairan. Mengapa seungcheol kata begitu? Kenapa nadanya seakan-akan kecewa? Kenapa, seungcheol?

"ha, kau nak gi date eh?", Kata mingyu tersengih. Mingyu tahu bahawa aku mempunyai perasaan terhadap seungcheol sejak kami kecil lagi. Tu dia seronok sakat aku tu.

"haah, tapi tak jadi", kataku sedikit kecewa. "Lah, kenapa?", Tanya mingyu.

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dengan pertanyaan mingyu. " Aku balik dululah. Babai", kataku tiada semangat.

Mingyu hanya mengangguk.

Aku pulang ke rumah lalu merebahkan diri ke atas katil empuk milikku. Hatiku tertanya-tanya mengapa seungcheol berkelakuan sebegitu.

Akhirnya aku tertidur dek terlalu penat berfikir.

Esoknya aku datang ke sekolah seperti biasa. Aku memerhatikan meja seungcheol.  Mejanya kosong tidak berpenghuni.

Aik? Dia tak datang ke harini ? Hmm.. mungkin dia tak sihat kut.

Aku menjadi semakin hairan. Sudah tiga hari seungcheol tidak datang sekolah tanpa sebab. Apabila aku bertanya kepada mingyu, mingyu juga tidak tahu sebab apakah seungcheol tidak datang.

Hatiku berasa tidak tenteram.

Aku tekad ingin berjumpa dengannya pada malam ini tidak kira apa yang terjadi.

+++++                                                 +++++

Hujan yang membasahi bumi kota Seoul pada malam ini agak lebat kerana sekarang musim hujan. Aku masuk ke dalam perkarangan rumah seungcheol.

ding dong!

Loceng rumahnya ditekan. Pintu dibuka dari dalam kelihatan wajah seungcheol agak lesu di muka pintu.

Lantas aku masuk ke dalam rumah apabila melihat muka pucat seungcheol. Botol wain di atas meja aku hanya melihat.

"youngmi-ya", panggilnya.

"seungcheol, kau minum ke?", Tanyaku memegang bahunya yang agak sasa itu. 

Seungcheol menolak tanganku. "kenapa kau datang sini?", Tanya dia cuba untuk membuka matanya. Aku mengeluh kecil.

"kau.. jangan.. sentuh hik aku", katanya tersedu.

"aku tahu kau suka mingyu dan kau tak suka aku pun.  Tapi, kalau kau tak suka aku, kenapa kau... baik sangat dengan aku?",katanya sambil memegang mukaku.

Aku memandang wajahnya yang tampan itu. Keningku berkerut ingin memahami kata-kata yang keluar dari mulutnya itu.

Jadi, adakah ini sebabnya dia menolak untuk berjumpa denganku? Sebab dia ingat aku suka mingyu? Kenapa kau fikir macamtu, seungcheol?

"Kau mabuk ni seungcheol", kataku memapahnya masuk ke dalam kamar tidurnya. Aku membaringkan seungcheol  ke atas katilnya. Selimut ditarik menyelimuti badannya.

"Rehat. Kita jumpa esok", kataku ingin beredar. Akan tetapi, tanganku ditariknya. Aku memusingkan badanku memandangnya yang belum sedar itu.

Akibat tarikannya terlalu kuat, aku terjatuh di atas katilnya. Seungcheol menindihku. "aku suka kau, youngmi! AKU CINTAKAN KAU LEE YOUNGMI!", jerit seungcheol kuat.

Walaupun telinga aku hampir berdarah dan pekak akibat jeritannya, itu semua tidak aku kesah. Sebentar tadi, seungcheol.. choi seungcheol

Orang yang aku suka selama bertahun-tahun ini, meluahkan perasaannya? Aku tak mimpi kan? KAN?

"sebenarnya, aku pun sukakan kau", kataku perlahan tetapi masih didengarinya. Seungcheol memandang wajahku dengan tidak percaya.

Dia mendekatkan mukaku dengannya sehingga tiada ruang antara kami. Bibirku diragut rakus olehnya. Aku membalas ciumannya.

"can i do it, youngmi?", Tanya seungcheol meleraikan ciuman. Aku mengangguk dengan hati yang berdebar-debar.

Baju t-shirt biru miliknya dibuka. Bibirku sekali lagi diragutnya. Malam itu, hujan menjadi saksi 'cinta' kami.

Aku terjaga dari tidur akibat deringan telefon milikku. "ah, sakitnya pinggang", kataku mengurut belakang pinggangku.  Seungcheol yang masih terlena aku amati.

Dia kata dia pun sukakan aku. Ish, mengmalu 🌷

Kenapa mingyu call pagi ii ni?  Aku masuk ke dalam bilik air milik seungcheol lalu menjawab panggilan mingyu.

"Hello, mingyu? Kenapa call aku nih", kataku sedikit penat akibat 'aktiviti' semalam. "Kau kat mana? Mak kau kata kau tak balik rumah malam tadi", katanya.

Takkan nak bagitahu dia yang aku 'tidur' dengan seungcheol kut. Mahunya dia report dekat mak aku. Mampus aku.

"Uhm.. alah.. kau nak apa?", Kataku cuba  tidak menjawab pertanyaannya. "Ada benda yang aku nak bagitahu kau", kata mingyu kedengaran gusar di hujung talian.

Hatiku berasa tidak tenteram buat seketika. Terus baju- bajuku yang berselerak di atas aku ambil dan pakai. Aku terus keluar dari rumah seungcheol dan bergegas ke kafe berdekatan untuk berjumpa dengan mingyu.

Sampai sahaja di kafe itu, aku ternampak kelibat mingyu yang sedang duduk di penjuru kafe.

"mingyu!", Panggilku. Mingyu yang diterjah sebegitu tersentak. "Ish, kau ni youngmi. Janganlah main terjah ii. Kang aku kena sakit jantung macam mana?", Bebel mingyu.

Aku hanya memekakkan telinga. Malas ingin mendengar bebelannya yang kalah mak lampir.

"eh? Apa benda warna purple kat leher kau tu?", Tanya mingyu membuatkan aku gelabah. Seungcheol yang meninggalkan 'kesan'  itu semalam.

"takde ape lah. Ha, kau nak bagitau apa?", Tanyaku menukar topik menyembunyikan kesan itu dengan rambutku yang panjang.

"seungcheol", kata mingyu terhenti seketika. "Seungcheol? Kenapa dengand dia?", Tanyaku tidak sedap hati.

"dia akan pindah ke London hari ni. Mungkin dia akan tinggal kat sana selama beberapa tahun", kata mingyu mengeluh.

Aku terkesima. Kenapa seungcheol tak bagitahu aku?

"youngmi?", Panggil mingyu mematahkan lamunanku.

Aku memandang wajahnya. "uhm.. dia ada bagitahu bila flight dia?", Tanyaku.

"harini pukul 10 pagi", kata mingyu. What? Sekarang dah pukul 9:45. Tadi aku keluar dari rumah seungcheol pukul 8:54. Kalau nak pergi ke Incheon airport sekarang memang dah tak sempat. ADUH.

"weh mingyu", panggilku. "Ha, kenapa?", Tanya mingyu. "Kau bawak motorbike kau kan?", Kataku. Mingyu hanya mengangguk. "Bawa aku pergi airport Incheon sekarang. Now", kataku keluar dari kafe.

Mingyu bergegas menghidupkan enjin motornya lalu kami bertolak. 'seungcheol, please. Bagi aku jumpa kau buat kali terakhir',

Nampaknya kejadian semalam langsung tidak diingati oleh seungcheol kerana terlalu mabuk.

Sampai sahaja di Incheon airport, aku terus berlari masuk untuk mencarinya. Jam sudah menunjukkan pukul 10:05 minit.

Aku terlewat 5 minit. Telefon pintar ku dikeluarkan dari beg tangan. Nombor telefon seungcheol didail.

" nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan", aku mengeluh sebentar.

Aku tak sempat nak jumpa dia buat kali terakhir..


Continue lendo

Você também vai gostar

29K 2.4K 38
Kes Red Velvet yang mati dibunuh pada malam kejadian masih belum diselesaikan, hanya seorang sahaja yang terselamat iaitu Wendy, pihak wartawan dan p...
114K 12.9K 39
Dia langgar aku tanpa sengaja dan sejak itu hari-hari aku dipenuhi dengan wajah dia. Cover credit to @KittyAleeya05
13.7K 1.5K 29
gais , nak tahu tak . crush kejam . sebab bila nampak dia , kita berdebar dan tak tentu arah . ha kejam kan ? belum lagi dia senyum . fuh diabetes s...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...