Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [...

By aevwaryn

10.6K 1.7K 350

" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so k... More

🦋 prolog
-Bab 1🦋-
-Bab 2 🦋-
- Bab 3 🦋-
- Bab 4 🦋-
- Bab 5 🦋-
- Bab 6 🦋 -
- Bab 7 🦋 -
- Bab 8 🦋 -
- Bab 9 🦋 -
- Bab 10 🦋 -
- Bab 11 🦋 -
- Bab 12 🦋 -
- Bab 13 🦋 -
- Bab 14 🦋 -
- Bab 15 🦋 -
- Bab 16 🦋 -
- Bab 17 🦋 -
- Bab 18 🦋 -
- Bab 19 🦋 -
- Bab 20 🦋 -
- 🇾 🇪 🇴 🇳 🇦 ❁ -
- 🇳 🇦 🇷 🇮  ❁ -
- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -
- Bab 21 🦋 -
- Bab 22 🦋 -
- Bab 23 🦋 -
- Bab 24 🦋 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 1 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 2 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 3 -
- Bab 25 🦋 -
- Bab 26 🦋 -
- Bab 27 🦋 -
- Bab 28 🦋 -
- Bab 29 🦋 -
- Bab 31 🦋 -
- bab 32 🦋 -
𝘦𝘯𝘥? 🦋
ʏᴇʏ ! ▼・ᴥ・▼
im bbackk !

- Bab 30 🦋 -

167 29 2
By aevwaryn

Eunji pov

"Awak nak saya jumpa dengan ibu bapa awak?"

"Ya, lagipun mama saya nak sangat jumpa dengan awak"

Aku terdiam sebentar, berfikir-fikir tentang perkara itu

"Kenapa? Awak tak suka?"

"Eh! Bukan, cuma saya takut mama awak tak suka saya"

Aku memang mahu berjumpa dengan keluarganya juga, cuma perkara itu saja yang aku amat risaukan

Dia tertawa kecil dan aku menjelingnya

"Jangan risaulah, mama saya tak macam tu"

"Yelah tu"

Dia tertawa lagi dan menepuk-nepuk bahagian atas rambutku

"Kenapa tak beritahu saya daritadi? Kalau tak, boleh awak pilihkan baju kat mall tadi untuk saya pakai esok"

Dia segera mencubit kedua-dua belah pipiku membuatkan aku mengerut sedikit

"Saya dah cakapkan, awak pakai apapun tetap cantik"

"Itu awak kata, tapi macam mana kalau mama awak-"

"Kalau awak tak jumpa mama dengan papa saya, macam mana saya nak lamar awak nanti?"

Kata-katanya tadi membuatkan bibirku tertutup

"Apa awak-"

"Selamat malam~ Dahlah masuk, tidur"

Aku mencebik dan masuk ke dalam rumah setelah melambai ke arahnya

'Lamar aku? Atau aku tersalah dengar tadi?'

Sebaik saja aku masuk ke dalam bilik, kudapati Yeona sudah terlena di katil sambil memeluk sesuatu.

Aku mendekatinya dan melihat gambar polaroid kami berdua di taman tema. Aku melihat disebalik polaroid itu dan mendapati sesuatu tarikh dibelakangnya

'Masa ni aku 17 tahun lagi ya?'

Aku meneliti orang yang ada dalam gambar polaroid tersebut

"Hm?"

Walaupun semua lelaki itu memakai pelindung muka tetapi aku amat kenali salah satu daripada mereka

"Renjun?"

Aku kembali teringat kejadian di mall tadi semasa aku memberinya nombor telefonku

Aku tersentak apabila melihat wallpaper skrin hadapan telefonnya iaitu gambarku semasa sekolah menengah

'Kalau betullah aku kenal dia, kenapa aku tak boleh ingat?'

Ye Jun pov

Selepas saja menghantar Eunji tadi aku segera mengambil buku diari itu

'Sikit lagi dia nak buka'

Sebelum dia keluar daripada kereta tadi, dia mengambil buku itu dan hampir membaca isi kandungannya. Aku segera mengambil daripadanya dan memberitahu buku itu hanya buku diari persendirian milikku saja

Aku keluar daripada perut kereta dan segera menuju ke arah belakang rumah banglo itu iaitu taman bunga persendirian. Aku mengambil sekotak mancis di kabinet dapur terlebih dahulu

'Kau ingat aku tak nampak ke kau jumpa Eunji tadi?'

Aku secara senyap memerhati perbualan mereka selepas keluar daripada tandas tadi.

'Aku kena jauhkan dorang, tapi pertama sekali aku kena padam nombor dia kat dalam telefon Eunji'

Sebelum aku membakar buku diari tersebut, aku mengoyakkan setiap halaman di dalam buku itu.

'Kau bukan ditakdirkan untuk dia, aku yang ditakdirkan untuk Eunji'

Aku menghidupkan api pada batang mancis itu dan membuangnya ke arah kertas-kertas yang sudahku koyakkan tadi

'Jangan harap aku biarkan kau rapat dengan dia lagi. Eunji milik aku'

Eunji pov

Selesai aku membersihkan diri, aku duduk di meja belajarku dan memeriksa notifikasi telefonku

"Hm? Siapa pula ni?"

Unknown number
EUNJIIIII 😭😭😭
KAU TAK BERITAHU PUN KAT AKU KAU DAH BALIK?!?!?!?
WARGHHH RINDUNYA AKUUUU

You
Maaf tapi siapa ni?

"Wah lajunya dia balas"

Unknown number
Aku Jieunlahh
Kim Jieun
Aku kawan baik kau kat sekolah menengah dulu
Takkan aku pun kau lupa huarghh 😭😭😭
Nari? Kau ingat dia??

You
Maaflah saya tak ingat
Oh kalau macam tu selamat berkenalan sekali lagi

Unknown number
Kenapa pula nak berkenalan lagi?
Kau kan memang kawan akuu😭😭
Aku dapat nombor telefon baru kau daripada Yeona
Nasib baik Haechan beritahu aku yang kau dah balik

You
Haechan?
Eh tu bukan idol ke?

Unknown number
🥺🥺
Nampaknya kau memang lupa kitorang
Takpe aku faham, aku taknak paksa kau ingat balik benda tu semua
Esok kau lapang tak?
Kalau tak aku dengan Nari nak jumpa kau
Kitorang rindu tau 😢

Aku berfikir-fikir sebentar.

'Ye Jun ambil aku waktu makan malamkan? Renjun pula nak jumpa aku pagi esok'

You
Tengah hari esok aku rasa boleh kot

Unknown number
WAHHHHHH
Ok 🥺❤
Good night!

Aku tersenyum nipis dan berbaring di katilku.

'Tak sangka aku ada kawan baik macam ni dulu'

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

"Aduh macam mana aku boleh lewat bangun ni"

Aku membongkar almari pakaianku dan mencari-cari baju yang ingin kupakai untuk berjumpa dengan Renjun. Dia sudah memesejku bahawa kami akan bertemu di kafe berdekatan rumahku

11.57 a.m

"Kakak nak pergi mana?"

"Renjun nak jumpa kakak katanya"

"Eh! Wahhh, sekejap adik pilihkan baju~"

"Takpe, kakak nak jumpa dia kejap je"

Aku mendorong dia untuk duduk di katilnya semula. Aku akhirnya berjaya menemukan baju t-shirt dan seluar jeans pendekku di dalam timbunan baju yang lain

"Ehh! Takkan macam tu je??"

"Oklah, kakak pergi dulu!"

Aku mencapai telefon pintarku dan segera menuruni anak tangga.

"Eh Eunji nak pergi mana?"

"Eunji-"

Aku tersentak melihat Ye Jun yang duduk bersama ibuku di ruang tamu. Langkahku segera terhenti untuk menuju keluar ke arah pintu rumah

"Oh ya saya memang nak bawa Eunji cari baju untuk makan malam nanti"

"Ohh! Eunji kenapa tak beritahu ibu yang Ye Jun nak kenalkan kamu dengan mama papa dia?"

"Eunji nak beritahu ibu semalam tapi ibu dah tidur jadi Eunji tak nak ganggu"

"Takpe, Ye Jun dah beritahu ibu tadi. Hati-hati tau jalan tu"

Ye Jun tersenyum ke arah ibuku dan menunduk hormat. Dia berdiri dan mendekatiku yang masih tercegat di bawah tangga tersebut

"Hm?"

Yeona yang baru saja keluar daripada bilik dan menuju ke bawah melihat pelik ke arah Ye Jun

"Bukan kakak nak jumpa-"

Tok tok tok!

Ibuku segera membuka pintu hadapan dan melihat siapa gerangan yang mengetuk tadi

"EUNJIIII!!!"

Dua orang perempuan tersebut segera berlari ke arahku dan memelukku erat. Dapat kudengar tangisan kecil mereka saat memelukku

"Kitorang ni. Jieun dengan Nari"

"Oh!"

Aku tersenyum manis ke arah mereka dan membuka sedikit pelukan tadi kerana aku hampir saja kehilangan nafas

"Eh maaf hehehe"

Mereka berdua melihat ke arah Ye Jun yang berada di sebelahku dan kemudian melihat Yeona dengan penuh tanda tanya.

"Kau nak bawah kakak aku pergi mana?"

Yeona merenung tajam dan bercekak pinggang ke arah Ye Jun. Ibuku yang menyedari keadaan yang semakin tegang itu segera menuju ke arah kami

"Ye Jun nak bawa kak Eunji-"

"Saya nak bawa Eunji pergi pusat beli belah, baju untuk makan malam bersama ibu bapa saya malam ni"

"HAH? Makan malam??"

"Ya supaya lebih cepat saya nak melamar kakak kamu nanti"

Aku membulatkan mataku, memandang tidak percaya dengan kata-katanya tadi begitu juga dengan yang lain

"H-hm lebih baik kalau kamu gerak sekarang. Taklah kelam kabut nantikan?"

Ibuku memecahkan kesunyian tadi.

"Yeona, Jieun dengan Nari nak ikut sekali. Lebih senangkan nak pilihkan baju nanti?"

Yeona dengan kasar menaiki tangga menuju ke atas untuk menukar pakaiannya

Renjun pov

Sejak tadi aku asyik memeriksa ruangan mesej di telefon pintarku.

'Dia lupa ke atau dia ada janji dengan lelaki tu?'

Sudah 3 jam aku menunggunya di kafe ini tetapi kelibatnya masih tidak kulihat. Tiba-tiba, telefon pintarku bergetar menandakan ada pesanan yang masuk

Eunji 🦋❤
Maaf tapi saya tak dapat jumpa awak
Lain kali boleh?

Aku mengeluh perlahan dan telefonku berbunyi sekali lagi tetapi kali ini ada panggilan daripada seseorang

"Hello? Jeno?"

"Kau kat mana? Kejap lagi ada program ni"

"Ok aku datang sekarang"

Aku membayar minuman tadi dan keluar daripada kafe itu

'Nampaknya, kau tengah berseronok dengan dia sekarangkan?'






Continue Reading

You'll Also Like

19K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
250 8 1
//sorry if I hurt you// //Aku akan terus balas dendam// Start: 13/12/2022 End: 19/02/2023
3K 445 49
WAYV AF :: COMPLETED ✔ Saya bukan berasal dari dunia awak. Saya datang hanya sebagai pengganti Dan saya datang hanya untuh meneruskan jalan cerita aw...
6.7K 631 29
Taehyung, Jimin adn Hoseok jumpa hantu bungkus? Macam tak caye kan? [It's just a conversation only] Start: 250616 End: 050716