METANOIA [C]

De yuyun309

26K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... Mais

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 14

587 55 0
De yuyun309

*Flashback* + Ashley's POV

Aku membuka pintu Menara Sihir milik Trystan. Diruang tamu, aku melihat Trystan sedang mengunyah beberapa biskut. Aku agak yang biskut itu ialah hasil tangan anaknya sendiri, Lillian. 'Ayah yang terlebih sayang kepada anaknya' ialah tanggapan aku terhadap Trystan.

"Hei, Ashley. Macam mana rondaan kau?"

Trystan masih menanya aku walaupun mulutnya sibuk mengunyah.

"Hari ni takde kes." jawab aku. Aku pun mendekati Trystan dan duduk disofa dihadapannya. Penat.

"Okay la tu.

Dah berapa kes yang dikumpulkan?"

"Dalam masa dua bulan terakhir ni, 7 yang hilang. 4 dewasa dan 3 remaja.

Tapi minggu ni tak de."

Kes orang hilang sering berlaku di Villon. Nak kata bukan di Villon sahaja, tapi di seluruh Sevalone. Setiap tahun, setiap bulan akan ada yang hilang walaupun hanya seorang. Sama ada dibunuh, diculik, atau dimakan haiwan buas atau raksasa, aku sendiri tak tahu. Takde siapa yang tahu.

Aku agak bersyukur kerana yang hilang bukan satu angka yang besar. Tapi ianya masih satu kegagalan bagi semua Hero. Lagi-lagi S rank Hero seperti aku.

"Apa yang kau rasa tentang kes ni?" tanya Trystan.

"Aku tak tahu. Kau cakap kes ni dah berlaku lama, tapi kita masih tak ada satu petunjuk pun tentang pelakunya."

Kitorang terdiam beberapa saat. Pening nak menjawab beribu persoalan yang bermain-main dikepala.

"Aku syak, ianya perbuatan magik hitam." kata Trystan tiba-tiba. Aku tak terkejut. Sebab sedikit sebanyak, aku pun dah agak benda yang sama.

"Aku pun rasa macam tu. Magik hitam susah nak dijejak. Mungkin itu sebab pelakunya masih tak dijumpai."

Perbincangan antara aku dan Trystan berlangsung agak lama.
______________

Angin bertiup kencang. Membawa rasa hangat dan sejuk keseluruh kota. Daun-dan hijau bergoyang, manakala yang kering pula terbang mengikut tiupan angin.

Cukup kencang untuk membuatkan aku menggigil.

"Ashley."

"Ya." aku terus bangun dari duduk aku dan dengan cepat aku berlari keluar menara. Aku memegang pedang aku dengan erat.

Aku dengan cepat berlari kearah sumber rasa janggal ini. Angin tadi bertiup dari hutan yang tidak jauh dari menara Trystan.

Ah. Berlari masih lambat. Aku kumpulkan magik dikaki aku dan melompat beberapa meter keudara. Aku melompat dan melompat menerusi bumbung rumah supaya cepat sampai ditujuan.

Angin tadi bukan angin biasa. Aku dapat rasakan. Satu letupan magik hitam baru sahaja berlaku. Cebisan magik hitam itu lah yang melayang-layang diudara.

Penduduk Villon hanya melakukan hal mereka sendiri, jadi maksudnya tiada satu pun yang sedar akan letupan magik hitam itu kecuali aku dan Trystan.

Tiba di hutan, aku mencari pusat letupan. Aku melompat dari satu pohon ke satu pohon. Hingga aku sampai di satu kawasan lapang.

Kawasan lapang itu tak besar, tak juga kecil. Aku dapat rasakan pusaran magik hitam diudara walaupun tak kelihatan dengan mata kasar. Akibat letupan magik hitam itu, bunga menjadi layu, rumput-rumput menghitam. Beberapa pokok juga menggugurkan daun-daun yang kering membuatkan kawasan itu seperti di musim luruh.

Tapi bukan itu yang buatkan aku terkejut.

Dibawah dan ditengah pusat pusaran magik hitam itu, terlantarnya seorang gadis. Yang aku rasa masih remaja melihat wajahnya yang masih muda.

Kenapa ada mayat kat sini? Dia ada kaitan dengan letupan magik hitam tu ke?

Kepala aku penuh dengan ragu-ragu. Aku tak rasa aura magik dari dia, jadi sudah pasti dia cuma mayat.

Tapi aku rasa aku salah.

Aku melompat mendekati gadis itu. Pada waktu itu aku sedar, dia masih bernafas, walaupun sangat perlahan. Dan itu lah yang buatkan aku terkejut besar.

Badannya penuh dengan bau darah yang pekat. Aku syak dia dalam luka parah. Tanpa fikir panjang, aku mengangkat badannya untuk dibawa ke menara.
________________

"Lillian!!" aku memanggil nama anak Trystan dengan nyaring.

Namun yang sedang menunggu di pintu hanyalah Trystan. Tapi setelah dia melihat gadis digendongan aku, dia terus memanggil anaknya.

"Ikut aku" kata Trystan. Tanpa fikir panjang, aku mengikuti Trystan dari belakang menuju kesebuah bilik yang dipenuhi dengan barangan medik.

"Kenapa? Ada apa?" Lillian yang baru tiba setelah dipanggil Trystan, hanya keliru.

"Tolong rawat dia." Trystan menunjuk gadis yang sudah aku baringkan dimeja ditengah-tengah bilik itu. Lillian terkejut melihat luka parah dibadan gadis itu. Namun dengan cepat mukanya berubah serius.

"Ok. Ayah dan Ashley tolong keluar dulu." kata Lillian sambil mendekati perempuan itu.

"Ok" aku hanya mengangguk dan terus melangkah keluar, membiarkan si mahir melakukan kerjanya.

Aku dan Trystan duduk disofa.

"Aku rasa kau patut tukar baju."

Sebaik sahaja Trystan menegur aku, aku melihat baju aku. Hah.... Penuh dengan darah gadis tadi. Bahkan baunya juga melekat.

"Nantilah." aku masih penat. Jadi aku membiarkan baju aku sebegitu.

"Dari mana kau jumpa dia?"

"Kat tengah pusaran magik hitam."

Trystan terkejut. Siapa saja yang tak akan terkejut dengan fakta itu?

Magik hitam adalah satu benda terlarang sejak beratus-tahun dahulu. Ianya bukan magik yang diperoleh sejak lahir, malah satu magik yang diperoleh secara paksa. Jadi disebabkan itu, magik hitam telah dilarang oleh undang-undang diseluruh negara.

Dan tiba-tiba sahaja muncul dikota kecil seperti Villon. Siapa saja yang tak terkejut?

"Dia ada kaitan dengan magik hitam ke?"

"Tak tahu. Aku tak dapat rasa apa-apa aura magik dari dia. Jadi aku ingatkan dia cuma mayat dari salah satu kes hilang. Aku terkejut tengok dia masih hidup."

"Jadi kenapa kau masih bawa dia kesini? Apa jadinya kalau dia tu satu ancaman?"

Trystan memandang aku. Mata coklatnya terpancar api kemarahan.

"Aku.... tak rasa dia ancaman." aku menjawab dengan lemah sebab aku sedar alasan aku tak munasabah.

"Naluri aku cakap dia tak bahaya." sambung aku dengan harapan amarah Trystan reda walaupun sedikit.

Malangnya amarah dia semakin bertambah. Dia mendesah dengan kuat, ingin menunjukkan betapa kecewanya dia kepada aku.

"Kalau ada apa-apa berlaku, kau tanggungjawab." kata Trystan.

"Baik..."

2 jam. Aku dan Trystan tak berkata apa-apa selama 2 jam. Hanya menunggu berita dari Lillian. Aku harap dia membawa satu berita baik yang boleh memecahkan kesunyian antara aku dengan Trystan.

Pintu bilik terbuka. Aku dan Trystan menoleh kearah Lillian yang bajunya juga dikotori oleh darah.

"Ayah, Ashley. Sini."

Ya. Aku harapkan satu kabar baik dari Lillian.

Continue lendo

Você também vai gostar

418K 64.2K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...
49.1K 4.1K 37
Perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut...
182K 12.4K 68
Sya Adriana Advelyst. Ramai menyangka dia telah lama pergi tapi tanpa sedar. Seluruh Alanstia sedang diperhatikannya olehnya. Keadaan Alanstia kembal...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...