🍁 •BAB 24•

Start from the beginning
                                    

Tanpa kata, Nuri Nafeesa terus mengatur langkah masuk ke pintu dapur.

Buat apa hendak berusaha jika usahanya tiada berjaya?

Tengku Rafael terus meraup wajahnya.

In shaa Allah.

Semuanya akan baik-baik sahaja.


NURI NAFEESA menelan liur sebelum meramas jari jemarinya sendiri. Dia gementar. Dia takut. Di gelisah. Memandangkan sekarang ini sedang sesi bergambar, jadi dia terpaksa duduk agak rapat dengan Tengku Rafael.

Jadi sungguh dia tidak selesa. Hendak bernafas pun rasa susah.

"Get ready." Nuri Nafeesa memaksa diri untuk tersenyum. Tapi sukar. Rasa sesak. Dia rasa sesak dengan orang ramai seperti ini.

"One... Two... Three..."

Bunyi dan flash kamera sana sini mula mengganggu perasaan Nuri Nafeesa yang semakin gelisah.

Tenang Nuri Nafeesa.

Astaghfirullahalazim...

Astaghfirullahalazim...

"Okey sekarang biar pasangan suami isteri pula yang bergambar ya." Arah jurukamera itu.

Ya.

Dia sudah selamat diijab kabulkan dengan Tengku Rafael.

Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang ni dia nak balik.

Umi...

"Pengantin perempuan boleh dekat sikit dengan Tengku." Arah jurukamera itu.

Nuri Nafeesa terus telan liur.

Tak–

Tak boleh!

"Nuri?"

Akur. Lambat-lambat Nuri Nafeesa mendekatkan dirinya dengan lelaki itu.

"Okey ready? One... Two... Three!"

Tangannya terasa tersentuh sedikit dengan tangan seseorang. Automatik dia terundur selangkah.

Cemas.

Nafasnya tersekat-sekat. Degupan jantung semakin laju dan tidak teratur. Pandangannya juga berbalam-balam.

"Nuri?"

Tangan kasar Tengku Rafael terasa hangat melelar di lengannya. Namun Nuri Nafeesa keliru.

"Nuri Nafeesa?"

"Tenang Nuri Nafeesa. Tenang sayang. It will be fun..."

Suara yang terngiang-ngiang itu membuatkan Nuri Nafeesa terasa lemah sendiri. Lututnya terasa lemah. Kaki bagai lumpuh. Tidak kuat untuk berdiri dengan sendirinya.

"Nuri?"

"Shh. Just stay still..."

"Nuri Nafeesa. Are you okey? You're shivering."

"Trust me. I am better than he..."

Tidak!

"Nuri!"

Gelap.

MATA terasa berat untuk dibuka. Pantas tangan meraba-raba comforter lembut yang menyelimutinya.

Comforter?

Terus tegak tubuh Nuri Nafeesa. Pantas comforter itu ditolak menjauh darinya. Dia cemas. Dia dapat rasakan comforter itu sama fabriknya dengan ketika dia...

Nuri Nafeesa terus geleng kepala laju.

Tak nak ingat!

Gelap. Suasana yang gelap gelita membuatkan Nuri Nafeesa semakin ketakutan dalam dunianya sendiri. Terus dia turun dari katil. Dia memeluk tubuh dan mula berjalan dalam kepekatan malam itu.

"Umi?" Suaranya bergetar. Menggigil bersama tubuh.

"Umi..." Airmata mula mengalir apabila tiada jawapan yang diterima.

Buk!

Nuri Nafeesa terus terkaku apabila kakinya terlanggar satu objek keras. Dia terundur ke belakang.

Bukk!!

"Umi!!" Nuri Nafeesa menjerit kecil saat belakang tubuhnya terasa bagai melanggar sesuatu. Terus mengalir deras airmata ke pipi.

Dia terus berlari entah ke mana dan mengecilkan tubuh. Bagai mahu melekatkan dirinya dengan dinding. Bagai tidak mahu ada yang perasan dia di situ.

Umi...

Terhinjut-hinjut bahunya bersama tubuh yang semakin menggigil hebat.

Tolong...

Pintu yang terkuak dari luar membuatkan Nuri Nafeesa terus menarik lutut ke dada. Mata dipejam rapat.

"Nuri?"

Klik!

Serta merta ruangan itu terus terang benderang dilimpahi cahaya dari chandelier di siling.

"Ya Allah, Nuri!" Tengku Rafael terus mendekati seseorang yang duduk diam di penjuru biliknya.

"Nuri?" Tengku Rafael meraih tangan gadis itu. Namun Nuri pantas meronta-ronta kasar. Melawan Tengku Rafael.

"Jangan! Tolong..." Suara itu merayu lemah. Meminta Tengku Rafael melepaskannya.

"Tenang Nuri. Tenang. Ini aku." Tengku Rafael terus mencengkam kejap kedua-kedua tangan Nuri Nafeesa yang mula menolak-nolak tubuhnya menjauh.

"Tolong... Jangan apa-apakan aku!"

"Nuri... Nuri!"

Suara yang agak tinggi itu membuatkan Nuri Nafeesa tersedar dari dimensi ketakutannya. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala. Pandangannya bersatu dengan pandangan mata hitam pekat Tengku Rafael.

"Te... Tengku?"

Nuri Nafeesa memandang lama wajah lelaki itu. Bagai cuba memastikan yang susuk tubuh itu adalah Tengku Rafael.

"Ya. Ini aku." Tengku Rafael terus menyebak rambut yang menutup separuh wajah itu ke atas kepala. Bagai nak pecah dada melihat wajah Nuri Nafeesa yang kelelahan dan ketakutan itu.

"Tengku..."

"Shh it's okay. Aku ada." Tengku Rafael menarik lengan Nuri Nafeesa yang pada mulanya teragak-agak untuk mendekatinya. Bagai tersedar yang Tengku Rafael takkan mengapa-apakannya, Nuri Nafeesa pasrah saat tangan Tengku Rafael memeluk tubuhnya erat ke dalam dakapan hangat itu.

"Tenang Nuri. Tenang. Jangan risau. I won't harm you." Tengku Rafael mengeratkan pelukannya. Dia dapat rasakan tubuh kecil itu menggigil hebat.

Ya Allah!

Lama sehinggalah Nuri Nafeesa kembali tenang. Dadanya berombak perlahan. Menandakan yang Nuri Nafeesa berasa selamat.

"Saya takut..." Adu suara itu perlahan. Lemah dan tidak berdaya melawan ketakutannya sendiri.

When fears overwhelm you.

You will see how weak you can be.

"Its okay." Pujuk Tengku Rafael lagi.

Just what the heck that piece of trash have done to you?



Emm. Maaf jika ada sebarang kesilapan. Lagi-lagi kalau ada kesalahan grammar dan typo. Huhu aq frust dgn diri sendiri sbb Tengku Rafael dah kahwin da...

Hahah gurau! Selamat membaca ❤️

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now