BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Start from the beginning
                                    

"Hehe..."

⭐⭐⭐

Para pelajar berkumpul mengikut kelas masing-masing. Kelas 5A hingga kelas 5E menaiki koc kelas pertama manakala kelas 5F hanya mampu menaiki koc biasa.

"Haih, kita macam biasalah. Koc biasa," keluh Zafina Shahira tersenyum.

"Selamat pagi, semua! Semua dah sediakah?" kata Niratcha muncul dengan pakaian ala Hollywood.

"Cikgu Neraka, kita cuma ke Terengganu, bukannya ke Amerika," kata Ilman Faiz kehairanan.

Niratcha hanya mampu ketawa.

"Buka semuanya," tegur Danial Nabil, dingin.

"Apa?" Niratcha terkejut.

"Tanggal semuanya!" tegas Danial Nabil, geram.

Niratcha terdiam.

Maka, Niratcha berpakaian seperti biasa. Dia merajuk di tempat duduknya dalam kereta api. Para pelajar hanya mampu mengeluh.

"Nanti, Cikgu Wan mana?" tanya Farah Yasmine.

"Sini!" Cikgu Wan berlari di sebelah koc yang bergerak pantas itu.

"Eh, cikgu!" Iskandar terkejut.

"Cikgu pergi mana tadi?" soal Ilman Faiz melihat Cikgu Wan berlari.

"Cikgu pergi tandas tadi. Tak tahu nak letak beg dekat mana," terang Cikgu Wan. "Tapi, jangan risau! Cikgu boleh jadi halimunan."

Serta-merta, Cikgu Wan menjadi halimunan. Namun, beg yang disandangnya, jelas dilihat.

"Beg tu nampak peliklah!" jerit Zulfadlie melihat beg 'terapung'.

Seketika kemudian, Cikgu Wan menaiki koc itu. Dia duduk bersandar, keletihan. Rambut palsu dipakainya. Sarung tangan dan sarung kaki turut dipakai bagi elak pandangan orang ramai. Hidung dipakai juga tetapi terjatuh kerana tidak muat.

"Alamak, dah tak muat!" Cikgu Wan terkejut.

Cheng yang asyik mengukir sesuatu, terus memandang Cikgu Wan. "Cikgu Wan?"

Cikgu Wan memandang Cheng lalu menyambut ukiran hasil anak muridnya.

"Pakailah hidung tu. Nampak comel sikit," kata Cheng tersenyum.

Cikgu Wan memakai ukiran hidung itu. Pelajar yang lain melihat wajah gurunya.

"Macam mana?" tanya Cikgu Wan.

"Hmm... taklah pelik sangat," kata Farah Yasmine.

Wahida membisik ke telinga Farah Yasmine. "Jom order makanan."

"Okey," balas Farah Yasmine tersenyum lalu memandang Situ Sarah. "Sarah, ikutlah sekali."

"Ermm... Ya," balas Siti Sarah menurut.

Mereka bertiga berjalan ke koc lain. Sebaik melangkah ke koc lain, Wahida terlanggar dada seorang lelaki tinggi.

"Oh, maaf," ucap Wahida berpeluh.

Lelaki itu berdiam sahaja. Tiga gadis itu beredar dari situ. Pelajar lelaki sekolah tinggi itu melihat mereka pergi. Buku nota milik Wahida yang terjatuh, diambilnya.

"Jadi, diorang akan ke sini rupanya," kata lelaki itu tersengih jahat.

⭐⭐⭐

Tiba di Kuala Terengganu, setiap kelas menginap di tempat masing-masing. Kelas 5A hingga 5E menginap di hotel mewah manakala kelas 5F menginap di homestay tradisional. Cikgu Wan bersandar pada sofa, kepenatan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now