"Boleh tak beli kopi panas dari Vietnam?" pinta Niratcha.

"Err... Boleh. Tunggu ya," kata Cikgu Wan manja.

Cikgu Wan terus terbang ke negara Vietnam untuk membeli kopi dari negara itu.

"Dasar miang betul!" kata Zulfadlie.

Niratcha mengeluarkan kita rokok dari poket seluar lalu meletakkannya di bibir. Api dinyalakan, membakar hujung rokok.

"Cara kamu bunuh harimau tu tak kena caralah," perli Niratcha.

"Kalau macam tu, apa kata Cikgu Neraka bagi tunjuk ajar," kata Alif Najmi tersengih.

Niratcha memandang Alif Najmi dengan geram sebaik namanya disebut sedemikian rupa. "Niratcha la! Bukan Neraka!"

Mata Niratcha tertumpu pada Iskandar. Langkah diorak mendekati lelaki itu.

"Kau mesti Iskandar kan?" kata Niratcha tersengih.

Bahu Iskandar dipegang.

"Haa... Ya, saya," kata Iskandar ragu-ragu.

Niratcha memberi ciuman pantas 30 kali dalam 10 saat. Semua orang terkejut.

"Apakah?" kata Farah Yasmine terkejut.

Ciuman dilepaskan. Iskandar terus rendah dek ciuman bertubi-tubi. Mulutnya mengeluarkan buih liur macam kena sawan. Farah Yasmine menghampirinya.

"Kau okey, tak?" Farah Yasmine menggoyang tubuh Iskandar.

"Okeylah. Aku nak buat plan dengan kawan aku. Korang jangan kacau kami. Kalau tak, peluru sedia jadi dinner kau," kata Niratcha, serius.

Iskandar bangun, dibimbing Farah Yasmine. Mereka melihat tiga lelaki muncul dengan beg berisi senjata api. Mereka berempat itu memulakan perancangan, membuatkan para pelajar membenci Niratcha.

⭐⭐⭐

Murid-murid berdiam sahaja di dalam kelas. Niratcha duduk bersantai di depan kelas sambil melayan telefonnya. Iskandar hanya memerhati.

~Throwback~

"Bagitau apa yang kau tahu tentang harimau tu," kata Niratcha kepada Iskandar.

"Ermm..." Iskandar ragu-ragu.

Niratcha menindih tubuh Iskandar ke dinding, mengugutnya.

"Baiklah, saya bagitau," kata Iskandar menyerah.

Maka, Iskandar memberitahu satu demi satu tentang Cikgu Wan.

"Dan terakhir, saya nak pesan, kalau nak bunuh dengan kru cikgu, pastikan diorang tak rokok sebab cikgu boleh bau dengan kuat. Pernah sekali dia berjaya kesan kami makan maggi goreng dekat hutan," pesan Iskandar.

"Okay, thanks bagitau," ucap Niratcha mengedipkan matanya.

~End Throwback ~

Iskandar mengeluh.

"Cikgu Neraka, ajarlah sesuatu," kata Sharanya, dingin.

"Entah Cikgu Neraka," kata Fauzi yang duduk di belakang Faiz.

"Ajarlah sesuatu Cikgu Neraka," kata Immanuel pula.

Niratcha menjadi berang dengan nama panggilan yang menjengkelkan itu. Dia bangun lantas menghempap meja guru dengan tangannya. "Boleh tak sebut tu betul sikit?"

Serta-merta Niratcha menulis sesuatu pada papan hitam. Wanita itu kembali memandang pelajar.

"Sebut betul-betul! Ni... rat... cha," kata Niratcha, tegas. "Sebut!"

Kelas DSBWhere stories live. Discover now