Two

15 2 0
                                    

"Omo! Comel siaaa abang kau!" Ujar HaeRan teruja. Aku menggelengkan kepala. Tang mana comel pun aku tak tau. Tapi ada juga la sisi sisi comel dia.

"TaeYon, abang nak keluar ni." Aku memandang ke arah Taehyung. "Yelah. Kau memang tak reti duduk rumah pun kan?" Perliku. Dia menjeling aku sekilas.

"Aku taulah kau jeles. Papepon aku nak pegi jumpa guanlin ni. Katanya dia nak duet dengan abang." Terus mataku membulat.

"Nak ikuttttt!"

"Ah kau tak boleh! Gatal tak bertempat!" Terus sahaja Taehyung melarikan diri. Aku mengetap bibir.

Harap je ada abang hensem tapi perangai macam seton!

"TaeYon.. jom keluar.." aku memandang Haeran dengan herannya. Tadi ajak study lepastu sekarang ajak keluar?

"Mana perginya mood study membara kau tadi tu?" Aku menjeling sekilas Haeran. Dia tersengih.

"AKU TAU!" aku beralih menghadapan HaeRan. Kedua dua lengannya aku pegang kuat.

"KAU NAK DATANG RUMAH AKU SEBAB NAK TENGOK TAEHYUNG JE KAN?"

Siapa perangai dia macam HaeRan? Meh sini aku nak tangankan.

"HEHEHEHE."

"PALE HOTAK KAU AKU TAK RESTU KAU JADI KAKAK IPAR AKU."

k gurau.






***


"HaeRan, aku heran la dengan kau ni. Tadi kau ajak aku keluar lepastu sekarang kau mengeluh pulak bila kau ada dekat tengah tengah pusat graviti mall ni." ambik kau. Kan dah terkeluar bebelan aku. HaeRan hanya tersengih seperti kambing di ceruk seoul.

Pernah tengok tak?

Cuba pergi dekat cermin lepastu senyum. Hahshhaha gurau.

" Hoi kau ikut aku eh kerbau? " sergah seseorang dari belakang. Aku kenal suara ini. Suara yang paling annoying.

"Eh sekius mi takde masa aku nak ikut kau. Ni secret admire kau ni ha yang nak datang sini. Ko ingat ko hensem sangat ke sampai aku nak ikut ko." aku menjeling Taehyung yang berada di hadapanku.

"Hensem la Taeyon.." sampuk HaeRan. Taehyung dah HaeRan masing masing tersipu malu.

Pang!

Mendaratla tangan comelku di atas lengan mereka yang sedang menggatal itu.

Haih kau jeles kan Taeyon. Sebab Guanlin tak de kat sini...

"Sakitlaa ish." HaeRan menggosok lengannya yang dipukul. Aku hanya menjelirkan lidah.

"Tae!" aku memandang ke arah punca suara.

Ya Allah.....

Kuatkanlah....

Imanku.....

Bakal suamiku....

Telah tiba untuk menghalalkan aku...

Ceh tibe. Berangan je la kau Taeyon. "Sampai pun kau." Taehyung dan guanlin bersalaman. Aku yang baca cakap tadi terus diam. Macam perempuan melayu terakhir.

Eh jap melayu ke korea?

HaeRan menarik tanganku sebelum berbisik padaku. "Sebab tu la aku ajak kau datang sini." aku tersenyum. Kau memang kawan yang terbaik HaeRan.

Aku sayang kau. Tapi aku lagi sayang Guanlin lah.

"Pehal kau ajak aku jumpa dekat mall? Bukan ke patutnya kita practice untuk next week?" soal Taehyung. Guanlin tersengih sambil mengusap belakang kepalanya.

Ya Allah. Jantungku hampir terhenti. Tersangatlah kacak ye.

"Aku nak mintak tolong kau pilihkan hadiah." ujarnya. "Hadiah untuk siapa?" Taehyung menyoal.

"SaeRa."

Prang ke pang pang

Ye begitulah bunyi hatiku retak.

"Ohh. Kalau macam tu apa kata kau ikut sekali Taeyon. Aku mana tau nak pilih hadiah perempuan macam mana."

Kau memang setan Taehyung. Kau dah tau aku suka Guanlin pastu kau suruh aku ikut sekali nak cari hadiah untuk SaeRa.

TAEHYUNG TAGUNA!!

"Err boleh ke taeyang?" astopojim. Cair aku dengar. Tapi pale hotak kau taeyang.

Takpela aku sanggup jadi Taeyang untuk Guanlin.

Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

Walaupun hati aku sakit. Tapi untuk kebahagiaan crusku. Aku relakan..

Sakainya ayat.







Hallo ladies jangan lupa vote hehe

The Devil's [fanfiction version]Where stories live. Discover now