"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat malam saya ucapkan kepada semua penduduk Kampung Bahagia."

Sebaik sahaja suara garau itu bergema melalui corong pembesar suara di dalam dewan, automatik anak mataku terpaku semula di atas pentas.

Ya Tuhan...

Mengapa mesti mamat ni muncul lagi depan mata aku? Hari ini memang hari malang sedunia ke macam mana?

"Segak sungguh pegawai polis dekat depan tu. Aku rasa macam pernah nampak dia. Dekat mana, ek?"

"Itulah tu. Aku pun macam pernah nampak dia. Lupa dekat mana."

"Alah, itulah Harris. Anak buahnya Si Timah tu. Sebelum ni kerja dekat Kolumpo sana. Hari tu Timah ada cerita yang anak buah dia dah pindah dekat balai polis dekat bandar sana."

"Elok sungguh orangnya. Manis je"

"Itulah, aku berkenan juga nak jadikan dia menantu. Aku nak risik-risiklah dekat Timah. Kot boleh dikenankan dengan anak aku Si Athirah tu. Umur tahun depan dah masuk dua puluh lima. Eloklah aku carikan calon untuk dia."

Naik berbulu telinga aku mendengar celoteh makcik-makcik sebelah aku ini bercakap tentang polis sombong dekat depan sana tu. Dia orang tak tahu lagi perangai sebenar Harris, bolehlah sembang itu ini. Cuba mereka nampak perangai tak semenggah Harris tu, silap hari bulan memang terus terkeluar daripada senarai calon menantu. Ahaks!

"Eh Rai, kau tak nak ke try abang polis dekat depan tu? Kau pun lawa apa. Eloklah kalau kau kenal-kenal dengan dia. Sejuk sikit hati mak kau tu dapat menantu," sapa Cik Leha seraya mencuit-cuit bahu aku.

"Betul cakap Cik Leha kau tu, Rai. Eloklah kau cari menantu cepat-cepat untuk mak kau tu. Kesian makcik tengok mak kau kempunan nak ada menantu."

Sudah! Aku pula kini ditarik ke dalam topik ini. Mahu tak mahu, aku paksa bibir untuk ukir senyuman yang tersangat plastik.

"Tak apalah, cik. Mungkin jodoh saya belum sampai lagi. Sekarang saya fokus jaga mak je," jawabku dengan berhati-hati.

"Ya, acik tahu. Tapi kalau kau ada suami, tak adalah kau rasa sunyi sebab ada teman hidup. Hidup berumah tangga ni, seronok. Jangan didengar cakap orang yang cakap kalau dah ada rumah tangga ni hidup jadi tak teruruslah apa. Ikut orang juga. Kita pemilik rumah kita. Tugas kita sendiri untuk corakkannya. Rumah tangga orang nak serabut ke apa, biarkan je. Yang penting, kita sebagai isteri kena taat kepada suami. Kalau ada apa-apa masalah, eloklah ajak berbincang."

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala apabila Mak Cik Leha sudah berceramah panjang kepadaku .Ya, apa dia kata tu ada benarnya. Cuma, aku belum bersedia.

Disebabkan terlalu lelah untuk memikirkan cakap-cakap mereka, tubuhku yang asalnya tegak kini sudah dibawa bersandar pada permukaan kerusi. Nafas dihela lalu dihembus perlahan.

Buat masa ni, aku memang tak ada keperluan untuk berkahwin. Aku serahkan segalanya kepada Yang Kuasa. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, aku tidak kisah.

"Tuan-tuan dan puan-puan harus peka dengan keadaan sekeliling. Contohlah, andai kata ternampak ada orang mencurigakan di kawasan perumahan, perlu segera laporkan dalam group Whatsapp kawasan perumahan. Kenal pasti identiti individu tersebut. Andai individu tersebut tidak dikenali, tugas ketua kampung pula membuat laporan kepada pejabat polis daerah. Insya-Allah, pihak kami akan segera bertindak."

Apabila berdiri di atas pentas dengan uniform lengkap di tubuh sambil memberi ucapan penuh karisma, aku tak sangka yang lelaki itu merupakan pegawai polis yang agak dihormati. Aku tak tahu Harris sebenarnya memegang pangkat ASP. Aku baru tahu tadi melalui paku uniform yang tersemat pada uniform dia.

Forgotten Moment (NEW)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt