"Ha? Ohh tak ada apa lah cinta."

Ikhwanul menghampiri Uyaina dengan curiga. Dia kemudian melabuhkan punggung di sisi Uyaina. Tangan kanan Uyaina digenggam kemudian dielus lembut.

"Betul ni? Kenapa saya tengok awak macam sedih semacam je..."

"Ehh ta--tak ada lah! Saya okay. Saya happy je ni la hehehe,"

Uyaina menayangkan senyuman hambar. Ikhwanul tahu bahawa Uyaina membohongi dirinya. Namun, Ikhwanul tidak mahu membesarkan keadaan. Ikhwanul hanya membalas senyuman.

"Syukur la awak okay,"

Ruang tamu kembali sunyi. Tiada langsung topik yang boleh dibualkan selain membincangkan pasal masa hadapan. Kalau diikuti, nak sahaja Uyaina meluahkan segalanya yang berada dalam hati. Namun dia enggan kerana dia tidak mahu kedua-dua daripada mereka kembali sedih.

Sebagai mengganti topik tersebut, Uyaina bercadang untuk memulakan permintaan. Uyaina memandang Ikhwanul yang sedang termenung menatap kaca hitam televisyen. Sebelum dia memulakan permintaan tersebut, dia sempat menarik nafas.

"Nas nak--"

"Apa kata kita--"

Kedua-dua terpaku. Tidak sangka masing-masing ada sesuatu untuk diluahkan. Ikhwanul tiba-tiba menjadi segan. Dia cuba mengalihkan pandangan kemudian membasah tekak.

"Sayang cakap la dulu. Sayang nak apa?"

"Macam tau tau je kita nak something,"

Ikhwanul tersengih. Keadaan kembali stabil. Uyaina memikirkan apa yang mahu disampaikan sebentar tadi manakala Ikhwanul tidak lari daripada mengagumi wajah Uyaina yang begitu cantik. Dia turut menanti permintaan Uyaina.

"Lepas je kita pergi cafe kucing hari tu kan, rasa macam tiba-tiba nak ada business sendiri, cafe sendiri."

Ikhwanul mengangguk faham. Dia kembali memasang telinga dengan lebih teliti. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas kusyen. Uyaina kemudian tersenyum.

"I want to do something big extraordinary at least once in my life. Saya nak sesuatu yang bersifat kekal agar Ikhwanul sentiasa mengingati saya~"

Uyaina memegang kedua-dua pipi Ikhwanul. Mereka saling membalas senyuman.

"Lepas sahaja kita dah berjaya, boleh la nanti kita tunai umrah sekali lagi bersama-sama. Perhaps... haji pula kan?"

"Bijaknya isteri Ikhwanul ni... cantik pula tu~ Kebaikan apa yang Ikhwanul buat sampai boleh dapat isteri macam ni."

Uyaina ketawa kecil kemudian menggeselkan dahinya dengan dahi Ikhwanul. Ikhwanul mengangguk berserta senyuman masih melekat di pipi.

"Okay, esok kita start. Esok kita survey-survey tempat nak disewa. Modal pun dah ada sikit kan? so senang. Cuma saya nak tanya, business plan awak dah buat?"

"Eh... hehehe belum... "

"Ha kalau macam tu pergi buat dulu. Saya bukan apa, kalau nak business kita ni lebih teratur... kita kena ada plan. Nanti business plan tu juga boleh tunjuk dekat pihak bank untuk dapat loan yang sah. Dah siap business plan baru kita boleh proceed to the next step."

Uyaina menabik hormat. Dia mengangguk tekad. Uyaina yang bersungguh-sungguh membuatkan Ikhwanul terkekeh. Ikhwanul mengusap kepala Uyaina lembut sebelum dia beredar.

"Kalau ada apa-apa awak bagitahu je saya. Insyaallah saya akan tolong yang mana mampu."

Sebelum Ikhwanul melangkah naik ke tingkat atas, dia sempat mengusik isterinya.

"And jangan lupa mandi tau. Nak jadi boss ni kena wangi."

"Saya dah mandi la!! Ikhwanul!!!"

Uyaina mahu mengejar Ikhwanul namun Ikhwanul pantas berlari naik ke atas. Kedengaran suara Ikhwanul yang sedang ketawa bergema di pekeliling tangga. Uyaina yang bengang mula memuncung. Dia turut menghidu dirinya dengan segan.

"Macam mana dia tahu aku tak mandi lagi? Busuk sangat ke aku?"

Wajah Uyaina yang mula memerah dipantulkan pada cermin berhampiran. Malu la pula bila teringat penipuan yang dia hulurkan pada Ikhwanul sebentar tadi. Kalau dia cakap dia tak mandi, habis la maruah dia. Tapi bila dah menipu ni pun rasa menyesal.

Uyaina kemudian menghentak kaki malu. Dia menerkup mukanya. Cepat-cepat dia menuju masuk ke dalam bilik tetamu di mana dia dan Ikhwanul menyimpan semua alat tulis di bahagian tersebut.

BERSAMBUNG

*Maaf chapter ni agak hambar hahaha. Sis dah tak ada idea. Apa pun terima kasih sebab dah jadi reader and appreciate juga yang mana dah jadi ghost reader. Kita jumpa chapter sebelah.

C | PINJAMANМесто, где живут истории. Откройте их для себя