"Tapi saya tak reti buat bread butter pudding tu hahaha,"

Ikhwanul menolak troli dan perlahan-lahan pergi ke sudut mi segera. Keluhan Ikhwanul membuatkan hatinya sedih. Dia memandang bekas aluminium tersebut dan lantas menggapai nya untuk dibawa ke arah troli.

"Eh!! Sa-sayang ambil balik?"

Tanpa berpandangan mata dengan Ikhwanul, dia mengangguk segan. Dia berdehem lalu memeluk tubuh sendiri.

"Saya pun tak pandai buat tapi apa salahnya kalau kita belajar sama-sama... "

That's it. Itulah jawapan yang mahu dia dengar daripada tadi. Ikhwanul mengangguk teruja, dia kemudian dengan selamba memeluk Uyaina erat. Hairan nya... Uyaina tidak langsung melawan. Malah, mata Uyaina terbutang mengejut apabila Ikhwanul mengucup ubun-ubun nya lembut.

Waktu di kaunter, Uyaina tidak lekang daripada merenung wajah suaminya itu. Pelbagai pertanyaan yang berlegar-legar di dalam kepala. Ilmu apa yang jejaka ini pakai sehingga hati aku begitu luluh terhadapnya. Situasi yang berlaku sebelum kami berangkat keluar masih segar.

Bahu kecil Uyaina dipegangnya lembut. Seperti biasa, mereka berpandangan sengit. Kali ini, hidung mancung mereka berlaga antara satu sama lain.

"And you're lucky that i'm also deeply in love with you Nasuha,"

Tidak terkata. Lidah Uyaina menjadi kelu. Kedua-dua tangannya digenggam erat manakala bibir munggilnya diketap. Beberapa minit kemudian, Ikhwanul tersenyum manis. Kepala Uyaina dibelai.

"So lepas ni tak payah risau atau persoalkan bahawa saya sayang awak atau tidak okay? Now... macam saya cakap tadi. Pergi siap. Cantik-cantik okay?"

Uyaina menundukkan kepala membuatkan Ikhwanul menghela nafas lembut. Senyuman suam terukir.

"Kadang-kadang kita bersiap ni bukan sebab nak tarik perhatian orang. Kita bersiap sebab nak tarik perhatian diri sendiri. Sejujurnya kalau kita cantik dan kemas, keyakinan kita melambung betul? Macam tu la tujuan saya.. saya nak awak yakin dengan diri awak, sayang"

"Tapi..."

"Kecantikan awak tak semestinya kena tunjuk dengan bersolek tebal. Mungkin tiba-tiba awak berhijab, memakai pakaian lebih sopan pun dah cukup syarat tujuan saya. Of course saya masih pin dalam kepala... Kecantikan isteri hanya untuk suaminya,"

Uyaina terdiam. Ya betul. Dia ialah seorang perempuan yang tidak begitu cukup kain sebenarnya. Kadang-kadang pakai skirt atas lutut. Mungkin sebab tu ialah punca aku diuji dengan 'kesakitan' macam ni.

"Terpulang pada awak. Saya tak nak memaksa cuma saya nasihatkan... Kita beragama Islam, kita ada rukun dan sebagainya. Kalau boleh... saya nak awak practice dalam bab ni. Jangan risau, saya akan bimbing dan tolong awak sebaik mungkin."

Baik sungguh lelaki ini. Dia lah lelaki kiriman tuhan buatku. Dia lah pinjaman yang terindah daripada tuhan buatku. Uyaina sebak dan hanya mengangguk. Uyaina turut tersenyum tipis membuatkan Ikhwanul juga mengukir senyuman.

"Dah laa kita tak nak sedih-sedih ni~ Awak pergi naik atas sekarang. Kita tunggu awak dekat dalam kereta. Kalau ada apa-apa awak call je okay?"

Uyaina mengangguk sekali lagi. Ikhwanul akhirnya beredar menuju ke kereta untuk memanaskan enjin. Namun sebelum itu, dia sempat memberi pesanan.

"Jangan risau, take your time as much you want. Saya tunggu."

Bukan senang nak dapat lelaki macam Ikhwanul. Aku ingat aku yang berdosa ni pun tak layak. Namun, aku hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan kerana masih sayangkan hamba mu ini.

"Sama la muka encik dengan adik encik ni!"

Lamunannya terganggu. What?! Adik?! Aku ni pendek sangat ke sampai nampak macam adik kepadanya. Uyaina membulatkan mata serta mengerutkan muka.

"Dia iste--"

"Alang-alang tu boleh saya ambil peluang la.. erm... encik... encik ni handsome la~ Nak kenal-kenal boleh? Boleh kan? Apa kata adik?"

Juruwang tersebut memandang ku meminta pendapat. Aku mendengus namun aku ternampak bahawa Ikhwanul sedang sedaya-upaya menahan diri daripada ketawa. Semestinya dia akan ketawa dengan melihat muka aku yang merah kemarahan.

Uyaina bersikap dingin. Dia terus memeluk tubuh dan lantas menjulingkan mata ke atas. Melihat sikap Uyaina membuatkan Juruwang berasa jengkel. Dia turut menjulingkan mata ke atas namun tersenyum kembali untuk menanti jawapan daripada Ikhwanul. Ikhwanul terkekeh lalu memandang Juruwang serious.

"Saya dah kahwin... "

Wajah Juruwang menjadi pucat. Dia tersenyum hambar namun Juruwang tersebut masih lagi tidak mengalah. Dia masih lagi mahu mengorat Ikhwanul. Uyaina mendengus untuk kedua kalinya serta memeluk tubuh dengan lebih erat. Dah!! aku tak sanggup untuk berdiri macam mayat hidup dekat sini! Menyampah!

Uyaina berasa sangat bengang dan ingin beredar namun bahunya ditarik Ikhwanul secara tiba-tiba membuatkan dirinya sendiri canggung dan melopong. Dia menoleh pada Ikhwanul yang tersenyum memandangnya. Ikhwanul merangkul pinggang Uyaina lembut betul-betul di hadapan Juruwang yang gatal.

"Dan dia lah isteri saya~"

BERSAMBUNG

C | PINJAMANحيث تعيش القصص. اكتشف الآن