"Hmm.. Ye la" Ujar Hanim sayu

"Merajuk?" Soal Irfan risau apabila Hanim sudah pun menundukkan kepalanya ke arah bawah tanah

Senyap.

"Ouh lupa pula, Abang Irfan ada beli Lolipop la, erm... ada budak tu nak tak?" Soal Irfan sambil memandang ke arah lain

Hanim masih lagi senyap

Merajuk!

"Kalau tak nak, Abang Irfan nak makan Lolipop ni, Dah la sedap!" Ujar Irfan sambil membuka plastik di lolipop itu

"Betul ni Budak tu tak nak?" Soal Irfan lagi

"Abang Irfan!!" Marah Hanim sambil memukul kuat tangan Irfan

"Aik? Tadi bukan budak Hanim merajuk ka?" Sindir Irfan. Hanim terus mengambil lolipop di tangan Irfan dan terus brlari masuk ke dalam rumahnya

"Ehem, Ada budak tu nak jadi pencuri la" Ujar Irfan sambil bercekak pinggang

"Mana ada curi! Abang Irfan memang nak bagi lolipop ni dekat Hanim kan? Terima Kasih!!" Jerit Hanim sambil berlari masuk ke dalam rumah

"Haish! Lari pun comel" Gumam Irfan perlahn sambil tersenyum manis ke arah Hanim sempat dia mengelengkan kepalanya beberapa kali

Keesokkan harinya...

Semua keluarga Hanim dan juga Irfan sendiri makan di meja makan. Puan Mira sudah hidangkan Bihun Goreng dan juga Teh O panas.

"Kamu kena balik harini juga ka?" Soal Encik Megat ke arah Irfan

"Haah, Lagipun Ayah nak jumpa sebab ada hal katanya" Ujar Irfan sambil memandang ke arah Hanim yang sudah comot makan Bihun Goreng itu

"Ouh..."

"Bila pula kau nak datang sini?" Soal Hanif pula ke arah Irfan. Iaitu Anak sulung kepada Encik Megat dan juga Puan Mira

"Kalau free aku balik sini. Kalau tak free, memang tak sempat" Jawab Irfan. Hanim terus memandang ke arah Irfan

"Jadi Abang Irfan tak balik sini dah? Pastu siapa nak main mainan dengan Hanim..." Ujar Hanim sambil membuat muka sedihnya

"Amboi, pastu Along ni siapa?" Soal Hanif sambil mengangkat kening kananya

"Along asyik ada kelas, Hanim bosan.."

"Mengada!"

"Okay, Abang Irfan akan balik sini nanti. Tapi, Abang Irfan tak janji tau! Jangan sedih-sedih pula Budak Hanim" Pujuk Irfan sambil menatap wajah comel Hanim

"Janji?" Soal Hanim

"Janji Budak Hanim"

"Okay!" Ujar Hanim Riang

"Mengada erk kau dengan Abang Irfan kau" Marah Hanif sempat dia menjeling ke arah Hanim

"Biarlah!"





"Ayah! Bila Abang Irfan nak datang sini? Dah sebulan Adik rindu.." Ujar Hanim monyok ke arah atas peha Encik Megat

"Nanti Abang Irfan datang la Malaysia, tapi bukan sekarang. Sebab Abang Irfan ada kerja" Terang Encik Megat sambil mengusap lembut pipi gebu Hanim

"Ala... Mesti lambat" Ujar Hanim sedih

"Rindu Abang Irfan ka?" Soal Hanim sambil duduk di tepi Encik Megat

"Mestilah rindu!"

"Ouh yang Along kau tak rindu lak. Dasar adik!" Marah Hanif sambil menjeling ke arah Hanim

"Biar lah! Adik yang nak rindu! Abang Irfan asyik layan adik baik. Along asyik nk marah adik ja!" Marah Hanim

"Haish asyik gaduh ja" Gumam Encik Megat sambil mengelengkan kepalanya beberapa kali

THE CINTA HATI: IRFAN ARASYAH || CWhere stories live. Discover now