15

627 36 8
                                    

"Zaf.. mama nak masuk boleh?"Pintu diketuk berkali-kali.

"Masuk ma.."

Kain sejadah dilipat dan disimpan ditempat asal.Amina masuk bersama senyuman.Hancur hati seorang ibu melihat anaknya diperlakukan begitu.Bukan sekali,tapi kedua kali.

Dulu begitu juga Zafril bersama Sofea.Sekarang dengan Dahlia pula.

"Merahnya mata anak mama ni.. sini duduk sayang"Tangan Zafril ditarik supaya duduk di birai katil bersamanya.

"Ini baru mata ma.. tak hati lagi.. entah dah berdarah teruk"Kepala dibaringkan di atas paha Amina.

Itulah ubat yang paling dia perlukan.Belaian seorang ibu.Sekali lagi air matanya jatuh.Tak tahu bagaimana mahu ungkapkan lagi perasaannya.Tapi Jujur,hanya air mata yang menceritakan segalanya.

"Mama tahu anak mama sorang ni kuat.."

"Mama taknak tengok Zaf menangis.. kalau Zaf menangis mama... Mama tak boleh sayang"Amina ikut menangis.

"Zaf memang tak layak untuk bahagia ke ma.. dah dua kali Zaf hadap sakit ni.. tapi kalini sakit lagi ma.."Adu Zafril.

"Jangan cakap macamtu.. anak mama layak bahagia.."

Zafril angkat kepala memandang Amina.Air matanya dihapus oleh tangan Amina.

"Zaf ada kurang ke mama?"

Amina menggeleng bersama air mata.

"Setiap orang ada kekurangannya, tapi andai pasangan itu tepat,dia akan menerima kekurangan kita Zaf.."Kata Amina.

"Mama tak sangka.. Dahlia sanggup perlakukan macamtu sekali.. hancur hati mama Zaf bila dia buat anak mama macamtu.."

"Sekarang hati Zaf susah nak percaya sesiapa ma.. rasanya lepasni,biarlah bergelar Duda anak satu pun.."

"Tak! Zaf.. boleh lagi kan berbincang dengan Lia? Kesian dekat anak Zaf.. janganlah macamtu,fikirlah masa depan Nayla.."

Zafril Diam sebentar.

Tiba-tiba pintu terbuka.Maya dengan Kamal masuk dengan wajah sayu.Sedih melihat Zafril macamtu.Tapi ada hal yang lebih penting untuk mereka bagitahu.

"Zaf.."Kamal memanggil anaknya.

"Zaf k-kami..."Tergagap-gagap Maya.Tangannya memegang sampul surat.

"Kenapa?"Bingung Zafril.

Maya memandang Kamal dulu lalu Kamal menganggukkan kepalanya tanda beritahu sahaja.

"Kau tak tengok phone ke?"Tanya Maya.

"Telifon aku tertinggal dekat rumah sana,kenapa?"

Maya memberikan sampul surat kepada Zafril.Terus Zafril membukanya.

"Saham syarikat dah dibeli sepenuhnya oleh Tengku Haedar Raeef.. banglo kau,dah dijual menggunakan nama Nayla atas persetujuan Dahlia Natasya..."Ujar Maya.

"Ya Allah..."Amina terus bangkit.

Ketar tangan memegang surat yang ada ditangannya.Tak sangka,seteruk ini Dahlia lakukan padanya.

*

"Kau memang tak sedar diri kan?! Kau tahu tak berapa banyak Zafril habiskan untuk kau?! Kau sekarang dah kaya, kau buat macamni dekat dia kan?!!"Bengap Daniel dengan Dahlia.Dulu dia sangat sayangkan Dahlia sampai nak naik tangan pun tak berani.Tapi disebabkan sayang,tak Salah kalau dia ajar.

"Along! Semua ni Salah faham tolonglah jangan serabutkan keadaan.."Tubuh Nayla yang menangis digendong.

"Serabutkan keadaan? Semuani berpunca dari kau Dan juga jantan tak guna tu!!"Pasu bunga rumah Zafril pecah angkara sepakkan Daniel.Lantaklah,bukan rumah Zafril dah pun.Biar rosak habis barang.

BERIKAN AKU CINTA 2Where stories live. Discover now