Perlahan-lahan Nurina Amani menghulurkan kunci keretanya kepada lelaki yang bernama Dani itu.

"Let's go" ujar lelaki itu dingin sambil memandang sekilas ke arah Nurina Amani sebelum dia mengatur langkah berlalu dari tempat mereka berdiri. Nurina Amani sudah tercengang.

Eh?

"Kak Amani tercegat apa lagi dekat sini? Abang dah ajak gerak tu" Tengku Syafa sudah berkerut memandang ke arah Nurina Amani. Tengku Khalida pula sudah awal-awal lagi masuk ke dalam Toyota Alphard yang sudah terparkir elok di hadapan mereka.

"Kenapa akak kena naik dengan Tengku? Kak Amani naik kereta ni je tak boleh ke?" Nurina Amani sudah gelabah. Kenapa pulak dia kena naik kereta Tengku Harraz? Yang beria-ia memujuk supaya dia tidak pandu kereta sendiri tadi adalah Tengku Khalida.

"Alaa.. pergi je la Kak Amani. Abang dah tunggu tu. Nanti dia marah pulak" Tengku Syafa menahan senyum. Geli hati pula dia melihat wajah Nurina Amani.

"Let'sh go, mommy" Tengku Amanda yang berada di dukungannya sudah menunjukkan kereta BMW X6 putih milik  Tengku Harraz Iyang sudah menanti berhampiran dengan tempat mereka berdiri.

Nurina Amani masih berdiri tercegat. Dia memandang kereta Toyota Alphard dan BMW X6 itu bersilih ganti.

"You want me to roll out the red carpet for you to get in, Cik Nurina?" Pertanyaan sinis yang sedikit kuat itu menyentakkan Nurina Amani. Terkocoh-kocoh dia berjalan menghampiri kereta lelaki itu. Pintu penumpang hadapan dibuka sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta mewah itu. Dia lemah betul kalau dengan lelaki ini. Menakutkan betul!

Tengku Harraz hanya memandang sekilas ke arah wanita di sebelahnya sebelum kaki menekan pedal minyak.

"Mommy nak pergi rumah Amanda, kan?" Tanya kanak-kanak yang berada di atas riba Nurina Amani itu. Mata bulat itu kelihatan teruja memandang ke arah wajah Nurina Amani.

"Ye, babygirl" jawab Nurina Amani dengan senyuman.

"Yeayyy! Nanti mommy boleh shleep dengan Amanda and daddy!" Tengku Amanda sudah menepuk tangan. Ceria sahaja wajah kanak-kanak itu

Nurina Amani membulatkan mata. Tengku Harraz hanya memfokuskan pandangan ke jalan raya. Malas mahu masuk campur.

"Eh, no la babygirl. Acik Amani pergi sekejap je rumah Amanda"

Nurina Amani sudah tersenyum melihatkan wajah comel itu sudah memuncung.

"Alaaa.. daddy, can mommy shtay(stay) with us?" Tengku Amanda sudah berpaling memandang ke arah daddynya  yang sedang memandu itu.

Tengku Harraz memandang sekilas ke arah wanita dan anak kecil di sebelahnya itu.

"Ask mommy, don't ask daddy" selamba sahaja Tengku Harraz menuturkan sebelum mata kembali fokus kepada pemanduannya.

Nurina Amani tercengang. 'Ish mamat muka batu ni. Tak membantu langsung!'

"Mommy, can you stay with Amanda and daddy?" Nurina sudah menggaru kening yang tidak gatal.

"Tak boleh la, sayang. Acik Amani kena jaga Nenek Arfah. Kesian Nenek Arfah tinggal sorang-sorang kalau Acik Amani stay dengan Amanda. Acik Amani pun nak kena pergi work" Lembut sahaja suara Nurina Amani memujuk.

"Okay mommy. But nanti kalau Amanda and daddy rindu mommy macam mana?" Polos sahaja anak kecil itu bertanya.

Tengku Harraz sudah mengerling tajam. Dah kenapa pulak dia terlibat sekali?

Nurina Amani sudah tertawa perlahan. Geli hati mendengar pertanyaan Amanda. Daddy Amanda nak rindu dia? Lambat lagi. Tengok muka Nurina pun dah macam nak telan.

TERNYATA HANYA KAMU (UNPUBLISHED)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin