"Eee dah lah!" Melissa baru sahaja mahu melangkah pergi, Heinz menariknya lagi.

"Apa?"

"Ikut aku." Melissa dimasuk paksa dalam kereta mewah Heinz.

Ya, memang semua perlu dipaksa.

"Kita buat apa dekat sini?" Soal Melissa.

"Nak suruh kau explain lah." Melissa angguk. Terus dia keluar dari perut kereta. Mahu menghentikan semua drama yang telah dia mulakan.

Sewaktu dia masuk ke dalam rumah agam itu, semuanya ada di ruang tamu rumah agam Datin Zehra. Semuanya berkumpul termasuklah

Mama dan Papa.

Sampai di hadapan mereka, Datin Zehra memandang simpati wajah Melissa yang penuh dengan lebam akibat anaknya.

Melissa senyum pahit.

"Mel datang nak jelaskan semuanya."

Ayat yang dilontarkan membuatkan Mak Ngah membulatkan matanya tidak suka. Dah kenapa tak bongkar pula.

"Nak jelaskan apa lagi? Memang betul pun perempuan tu pelacur." Bidas Datin Zehra selamba.

"Zehra, jaga mulut tu." Dato Nazri menegur isterinya.

"Mel nak bagitahu yang gambar yang Mel tunjuk tu semuanya tipu belaka. Semua orang edit macam yang Farel cakap."

DANG

Bagaikan dihempap dengan batu besar saat menghadam kebenaran ini.

Semuanya tipu belaka?

Jadi selama ini dia ditipu dengan Melissa dan kakaknya?

Dengan amarah yang banyak,Datin Zehra bangun dari duduknya dan meluru ke arah Melissa lalu pipi gadis itu dia tamparnya buat pertama kali.

Ya, pertama kali gadis itu ditampar oleh Datin Zehra.

Melissa tidak menghalang. Dia hanya merelakan perbuatan Datin Zehra padanya. Dia, pantas mendapatkan tamparan ini.

Masih lagi tidak puas hati, Datin Zehra mahu menarik rambut Melissa, Heinz melindungi Melissa dari terkena serangan Datin Zehra.

"Aunty jangan lupa, Aunty pun ada seksa dan hina Haura." Heinz mengingatkan. Tidak adil jika Melissa saja yang kena.

"Dan, tu Mak Melissa juga terlibat."

Datin Zehra terkelu. Rasa sebersalahnya pada Haura mula datang menimpa dirinya. Terlalu ikutkan perasaan sampai dia sendiri juga lupa yang dia ada seksa dan hina menantunya.

"Aku tak salah! Itu semua salah kau Zehra! Kau dah tahu kan yang aku nak Melissa kahwin dengan Farel? Tapi kau tetap nak kahwinkan dia dengan pelacur tak guna tu!"

Beritahu Mak Ngah sambil kaki menghampiri Melissa dengan gahnya.

"Dan kau! Dasar anak tak guna!"

Sekali lagi pipi gebunya ditampar. Kalini dengan ibu kandungnya sendiri.

"Memang kurang ajar ya." Baru sahaja dia mahu menarik pergelangan tangan Melissa, Heinz memberi amaran keras.

"Don't touch her."

Melissa di bawa berselindung dengan tubuh tegapnya. Dia juga tidak tahu kenapa, tapi dia tak suka saat ada orang menyakiti Melissa.

"Abang, tolong carikan Haura." Datin Zehra menangis teresak-esak.

Kesal terhadap diri sendiri yang begitu bodoh percaya pada orang lain berbanding menantunya.

Kesal terhadap diri sendiri yang begitu bodoh percaya pada orang lain berbanding menantunya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
His Precious Wifeحيث تعيش القصص. اكتشف الآن